Pergi nye Seorang Survivor – Alfatihah untuk Abah

25 Februari 2019

Setelah hampir 10 hari Ariel meninggalkan kami, pada 25 Februari 2019, sebelum subuh abah pula meninggalkan kami ke negeri abadi untuk berehat buat selama-lamanya. Dalam masa sebulan 2 orang yang kami sayang pergi meninggalkan kami. Lepas je dr cakap keadaan abah, aku dah redha. Dah lama sangat dia menanggung sakit. Mungkin dah tiba masanya dia berehat. Tapi kata orang selagi ada ruang & harapan untuk sembuh kami berusaha. Bukan sekejap tapi sejak tahun 2011 lagi dia berjuang. Bagi aku dia mempunyai semangat yang kuat & kental untuk hidup. Kali ni dia betul-betul nak berehat, dah letih agaknya. Dan kami bertuah sebenarnya, sekurang-kurang nya Allah bagi kami peluang untuk menjaga & bersama-sama dengan dia berjuang serta menghimpun memori.

2011- diagnosed with peripheral neuropathy. Almost 6 months berkampung dekat hkl.

2012- kidney failure. Bermula lah hemodialysis. Sepanjang tempoh ni 3 kali koma di hospital semasa buat dialisis. But u survived.

2015-suddenly collaped. After done so many test such as angiogram, mri & etc dr said u need to do bypass. First time berdepan dengan major operation. Alhamdulillah the operation succeed.

2016-2017- a few times keluar masuk hospital due to infection in lungs.

2018- warded due to infection just above of valve. 8cm nanah berkumpul dekat valve & luckily the valve still functioning. Surgeon opt for antibiotics & not advisable to do another major operation. To be honest surgeon kata dia tak boleh survive during operation sebab faktor penyakit lain macam kidney failure. So hanya Bergantung pada antibiotics sahaja selama 2 bulan. Sepanjang 2 bulan treatment antibiotics ni dia tak macam dia yang dulu. Kesan antibiotics yang kuat tu kadang-kadang bercakap merepek, kadang-kadang menyanyi. Tapi alhamdulillah lepas habis treatment tu walaupun tak baik sepenuhnya echo result shown injap still functioning & we had his favourite nasi lemak kg kraven in IjN together. And that was the last we spent our meal together until February 2019….

February 2019 – Warded in hosp ipoh. Dia kena serangan strok. Neurologi sahkan sebahagian daripada otak takde apa-apa rangsangan. Sebab tu lah dia tak boleh bergerak. Harapan untuk pulih tipis. Kalau sekiranya operation buang sebahagian air di kepala berjaya pun dia akan kekal macam tu sampai bila-bila. Sekali lagi dengan penyakit yang ada padanya kemungkinan risiko jantung terhenti semasa operation juga boleh berlaku. Apa option yang ada? Berdoa, berdoa dan berdoa mengharapkan keajaiban berlaku.

25 February 2019 – Pergi nya abah seorang survivor sebelum masuk waktu subuh. Sempat jugak ke semua adik beradik abah melawat dia semalam sebelum dia meninggalkan kami semua. Semua kerja-kerja menuju ke rumah abadi juga berjalan lancar. Berahat lah cik man, kami juga akan menyusul nanti. Girlfriend abah cik mah ni kami jaga kat KL & sekali sekala kami bawak melawat kediaman abadi abah kat Ipoh. Barang-barang abah dalam bilik tu sikit pon tak berusik, tersusun rapi. Kata cik mah, biar lah macam tu je jangan di usik, sekali sekala dia balik, dia tidur atas katil abah, dia dengar lagu fav p ramlee abah dalam radio kecik tu sambil kadang-kadang kami nampak dia curi-curi cium baju abah. Gila….sapa yang tak rindu bila kekasih hati nya dah pergi buat selama-lamanya.

Kadang – kadang aku rasa beruntung abah, ye lah ada dua orang bidadari yang sayangkan dia sampai bila-bila. Yup abah ada 2 wives. Dua-dua gilir-gilir teman dia kat hospital. Uncle kat depan katil hospital abah tu kata ni kannn kalau cina arrr sudah gaduh tumbuk-tumbuk ooo. Well uncle…..bukan mudah nak sampai ke tahap ni. Macam-macam kena hadapi, tapi bila sampai satu peringkat tu engkau redha dengan apa yang berlaku biarlah….asalkan bahagia kesemuanya. Tu lah cik mah, kekasih abah.

Aku rasa aku pun tak mampu kot nak buat macam cik mah, tapi ye lah siapa kita kan nak pertikai cara mencari bahagia kerana mencari bahagia setiap orang tu berbeza-beza. Walaupon kadangkala hatinya pedih, sakit, terguris, tapi jika ini yang membuatkan dia bahagia siapa aku untuk menilai mahupun menghalang. Mungkin mata lain yang memandang nampak derita, tapi bagi dia inilah bahagia yang dia rasa. Dan rasa bahagianya akhirnya kekal sehingga ke hujung nyawa.

 

Aku….aku bukan jenis nak meratap pilu dibirai katil pada hari terakhir dia pergi. Bak kata orang aku ada ‘me’ time. Masa tu lah aku menangis & sedih. Lepas tu…semuanya aku tinggalkan jauh-jauh. Bagi aku doa anak yang soleh tu adalah bekalan seterusnya untuk orang yang tersayang yang telah pergi. Cukuplah me time tu untuk aku sedih, pilu menangis dan sebagainya. Maka…hari ni baru lah tertulis cerita untuk abah yang akan menjadi satu memori kepada kami semua. Bila rindu boleh lah baca balik blog ni. Sama jugak nanti bila aku dah takde, boleh la orang-orang yang tersayang baca coretan-coretan dalam blog ni sebagai memori yang aku pernah ada dalam hidup mereka. (ada ke pon orang yang nak rindu kat aku bila aku takde nanti….hahaha)

Berahat lah abah….nanti kita jumpa lagi di sana yek.

tokman

Aircond dekat hospital sejuk sangat katanya. ”Ce bawak baju sejuk akak kamu yang dia pergi istanbul tu’.  Entah kenapa banyak-banyak tempat travel yang aku pergi paling dia ingat Istanbul. Lepas buat bypass pon dia dok ulang dekat nurse anak pakcik pergi istanbul. Padahal dah setahun lebih aku balik.