It’s Western Australia – Day 1

Hooreyyyy……hari yang di tunggu dah tiba. Almost 1 year kot beli tiket ni. Maka pada 22 March 2012 perjalanan pon bermula:

Venue : Western Australia

Departure : 22 March 2012 thru LCCT

Time: 11.55 pm

Ahli2 Penyamun terdiri daripada:

  1. Of Coz My self (sambil buat2 mata pejam celik pejam celik)
  2. En Toy a.k.a Mr papii
  3. Lia ( younger sister yg debab)
  4. Aril (frenz)
  5. Mar (Frenz)
  6. Abg Tomoe (Frenz & Hubby Mar)

Sunrise at Perth International Airport

22 March 2012

Dari rumah ke KL sentral menaiki…..emmmm…tah dah lupa. sebab banyak sangat version umah – kl sentral (konon travel bnyk tempat le kan). ok…dah ingat. Along hantar naik kembara. huhu….yg boleh ingat along hantar tu sebab Mr Papi ambik video ala2 poyo gitu. maka Mr papi, Me & Debab berlari2 gedik ke kaunter erl sebab tau aril dah tunggu. sampai2 kat kaunter aril seperti biasa dah setia menanti seperti trip2 yg lepas. hebat mr SM.

Bravo Mr SM yang always sampai awai.

Lia & aril gosip2 pasal kerje derang. aril pokpek pokpek bebel kena bawak laptop kecil sebab balik je dari Perth ni derang kena p Sabah trus ada event. Cik SM nye lia. Hancorrr. SM lari ke Perth dulu sblm event.ok cutttttttt pasal kerja. Jom beli tiket erl. Chalo mere bete. kami ambik tiket erl transit2 sebab nak turun kat salak tinggi. sampai salak tinggi kena naik bus ke LCCT. tiket one way erl termasuk bus ke LCCT berjumlah RM 12.50. Murah seh berbanding erl tak transit2 ke KLIA rm 35 hengget.

Sampai LCCT Mar & Abg Tomoe dah check in. Derang tengah melayan kekenyangan perut masing2 sambil menyaksikan kami menambah extra luggage masa balik nanti. Luggage kami share 3 orang & Aril dengan penuh kepercayaan terhadap kami menggunakan namanye for all those 30kg beg tu. So setelah di bahagi 3 sorang kena bayar RM 26.00 untuk xtra luggage tu. Mr Papii yang poyos perasan beg dia ringan tu kena le memunggah barang2 dia untuk diagihkan ke dalam beg aku.  Ok ready to go…perth…i’m coming.

Air Asia X. (Hooreyyy lepas ni bleh makan nasi lemak pak nasir)

23 March 2012

Hooreyyy dah sampai Perth International Airport. Sampai lebih kurang pukol 6 pagi. Nak masuk Australia ni cik kiah oooiiii punye le susah. First kena isi form. Kami dua org dah isi siap2 kat dalam flight berpandukan tunjuk ajar dari uncle yg dok sebelah mr papii. uncle tu dah 15 tahun kerja kat Perth. Kerap jugak balik  malaysia sejak2 ada Air Asia ni. Sampai kat bawah Aril & lia baru terhegeh2 nak isi form. Katanya kat dalam flight tadi derang tido. Crew cabin tu haram tak kasi pon kat derang.

Dekat dalam form tu kena declare semua2 benda yang kami bawak. Kalau bawak ubat kena tick kat kotak tu. Makanan dari luar lagi le kena declare. Biasanya derang tak allowed produk tenusu dari luar. Tapi kalau bawak baby tu mungkin ada kelonggaran skit, cuma barang makan instant yang mengandungi produk tenusu tak lepas. Kalau lepas tu kiranye nasib le cik kiah oiiii.

Kat imegresen dia tanya what kind of medicine that we brought? Mr papii declare ubat2 dia termasuk le inhaler. Tu kan nyawa dia. Lepas cop passport jalan depan lagi, lagi skali minah imegresen tahan tanya pulak makanan apa kami bawa. Mr papii ni semua dia declare sampai roti yang dia makan atas kapal pon dia habaq.

Banyak Songeh Nok Imegresen derang

Lepas tu jalan depan skit kena split pulak sapa2 yg declare lorong kiri yang takde apa2 declaration sebelah kanan bleh terus keluar. Since Mr papii declare everything, so dia sorang kena p lorong kiri. We all selamat dok lane kanan terus keluar. Bye2 Papii pandai2 la u jawab. Kami yg kat luar ni trus p kaunter Avis untuk ambik kete sewa yg dah booking masa kat KL thru internet.

Seperti biasa Mr Banker a.k.a aril le yg register kete tu. So kami yang wanita2 ini bergumbira berposing sakan. Tak sedar yg Mr Papii tak kluar2 lagi. Huhuuuu. Dekat nak sejam jugak le urusan ambik kete semua tu. Mr papii pon dah keluar. Katanya yang buat lambat geng depan dia tu. Beg macam nak duduk Perth 5 tahun. Tiba turn dia kejap je derang tanya. I’m sure they didn’t understand accent “Trengganu” Mr Papii….tu yang derang tak banyak soal.

Perth International Airport yang tak brapa besar / tak brapa kecik.

Ok let’s move. Kereta yang kami dapat Naza Kia. Kete besar & harga nye pon besar. Tapi dah semua yang ada ni pon besar2 so…terpaksa le berbelanja besar skit. Rental 3 hari ni termasuk sewa gps RM 1,300.00. Devided into 6 person so sorang RM 217.00. Total millage dia unlimited. Nak buat satu hari 500km pon takpe. Kalau mampu.

Ok destinasi pertama……dari airport ke Fremantle. Perjalanan lebih kurang 1/2 jam. Sampai kat situ kedai2 belum bukak lagi. Dah macam pekan koboi yang kena tinggal je rupanye. Tapi bangunan2 dia memang old skool. Cool. Parking pon banyak kosong. Yang bukak cafe2. Kami tak brapa lapar sangat. Semua jenis kental perut tak ambik breakfast. Ada pasar tani yang baru nak pasang khemah. Cun kejap lagi bleh usha2 kot2 ada barang menarik.

Wowweee kete buatan Malaysia kat Perth

Fremantle ni pekan yang dekat dengan laut. Maka dari parking kami berjalan2 santai sampai le ke pantai. View….memang superb. Angin jangan cakap le kuat yang amat. Jauh jugak le berjalan dari parking nak ke pantai ni. Tapi tak rasa penat sebab suhu sejuk & berangin. Kat ujung deretan kedai sebelah beach tu ada cafe. Owner cafe ni peramah. Dia yang cakap balik bukit ni pantai & view dia santek yang amat. Nak ke pantai tu kena masuk satu terowong kecik yang memisahkan kawasan pantai dengan jalan raya. Kat atas terowong tu ada tangga yang boleh kita naik untuk tengok view tepi laut fremantle. Jom layan gambar sorang2 posing tak hingat.

View dari atas bukit terowong tu

Pose “Tak Larat” dari Aril

Pose “Tak Larat Siri 2”

Tunnel yang aku ceritakan tadi. Sepanjang terowong tu ada sudut ilmu sejarah pasal terowong ni. Ada juga contoh tulang ikan paus dipamerkan.

Satu lagi Pose “Tak Larat & Melarat2”

Dah penat cik kiah2 semua posing mosing, perut pon berlagu2. Tadi tanya uncle cafe tu seafood mana yang best. Cicerellos ke ataupon Kailis. Dia cakap kalau pilihan pelancong Kailis, Cicerellos tu pilihan local. Tapi ada satu lagi yang tak brape glamour dengan yg dua tu tapi kualiti sama.Sweet Lips. Yang ni portion dia banyak & murah. Pelanggan2 dia terdiri daripada orang2 veteren kat sini. WOwweeee….menariks tu. Selain sedap portion banyak & yang penting murah. Murah dan banyakkkkk ok. For lunch today sorang kena dalam RM 28.00 nett. Ambik family set & share beramai2. Menyandaq kenyang. Kedai dia opposite dengan Kailis. Masa kami sampai tu dia tak bukak lagi kedai. Tengah susun2 kerusi semua, so kami pon berjalan2 & posing2 le disekitar kawasan.

Sweetlips for lunch. Memang berbaloi

Hambek ko…..mana tak menyandaq. Hidang pon pakai talam.

Jeti depan Kailis. Yang buatkan Kailis ni femes sebab view dia yg depan jeti & bot2 mewah

View Payung2 kat Kailis. Masa ni tengah tunggu SweetLips tu bukak. Perut dah bersenandung. Tapi bila tengok view yg santek2 ni terubat skit rasa lapar

Posing “Tak Larat” marina”

Okiesss dah kenyang semua..tenaga dah dikumpol sepenuhnye…moh kita sopink2 plak. Berdasarkan blog John yang aku slalu follow, kita orang bergerak ke E Shed Market yang terletak dalam daerah Fremantle jugak. Tapi kena naik kete kalau berjalan kaki berpeluh jugak ketiak. Itinerary aku ni pon berpandukan blog John jugak sedikit sebanyak. Thanks John.

Kat E shed market ni hanya bukak pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Hari lain tutop. Kat sini macam2 cenderahati & cenderamata (Napa ada hati / mata je. Napa takde cenderatangan, kaki dsbnye) Recommended by John yang kata kedai uncle Singapore ni murah & bleh dapat banyak diskaun, so kami pon sopink2 kat kedai uncle ni. Sebelum tu pusing2 kedai lain. Comparakan semuanya memang kedai uncle ni paling berbaloi. Siap dapat free gift. Aku tak sopink banyak pon sebab nak jimat for next month trip to Europe. Huhuuhuuuu….2012 tahun aku berjalan.

So dengan berhati2 memilih barang supaya tak terbabas budget, aku & Mr Pappii just beli keychain, FM, Tshirt for Muqris & Mucid, Cap & Beg. Sebenarnye nak spend kat flea market hari ahad ni. Mana tau ada benda best2 lagi. So total sopink untuk hari ni adalah RM 144.00. Kannnn tak banyak aku sopink. Mr Pappi tarik nafas lega cepat2 tarik aku kluar dari situ. (Cisss…baru nak plan window sopink)

Terletak kat ujung Fremantle kat area2 University apa tah tak ingat. Tapi situ memang banyak “U”

Ok next destination was Lancelin. Terletak ke utara Western Australia. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Tujuan pergi sini sebab nak main Sand Bording. HOOreeeyy. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan view ala2 padang pasir & ala2 route nak ke pekan koboi. Pokok2 cactus & bushes2 kiri dan kanan. Tak lupa juga signage Awas Kanggaroo melintas. Kami jugak tertembung dengan kanggaroo yg dah terbaring tepi jalan. Dah mati kot kena langgar dengan kete. Siannn dia. Dua jam dalam kete sempat le tido2 ayam kejap. Berhenti isi minyak + buang air besar + kecik kat Moore River Drive. Kat sini je yang kami jumpa ada stesen minyak. Dari main Wannaroo Road belok kiri lepas tu terus je sampai jumpa stesen minyak sebelah kiri. Dalam 6 minit drive jumpa le stesen tu atas bukit.

Kat sini isi minyak dulu baru bayar. Tak takut pulak derang kot2 le lepas isi terus lari. Aril pulak masa ni tersilap isi minyak. P ambik yang premium punye. Huhu mahal le skit yek dik non. Kos isi minyak full tank pada hari ni RM 27.00 sorang. Lepas siap makan ice cream, cuci2 mata kat stesen minyak tu (stesen minyak kampung pon kitaorg bleh berleisure2) kami pon meneruskan perjalanan ke Lancelin. Guna jalan yang sama, kena patah balik ke simpang tadi.

View kiri kanan perjalanan ke Lancelin

Rare Signage. Memang takde kat KL ni

Perjalanan ke Lancelin mengambil masa 1/2 jam. Kami pergi kedai Lucky 7 seperti yang John sujest. Sewa board 3 bijik. Ambik 2 yang duduk 1 berdiri. Saja je aril suruh ambik diri nak try dua2. Cost per person RM 15.00. Sewa board ni adalah selama 2 jam. Masa nak sewa kena letak deposit incase kalau board tu hilang ke, rosak ke etc. tolak le duit deposit tu yek.

Kedai serbaguna. Semua benda ada jual kat sini termasuk le sewa board

Dari kedai Lucky 7 ke dune area tak jauh pon. 2 minit je dah sampai. First impression bila nampak padang pasir tu….mak aiiii….mana datang nye pasir ni banyak2. Cantik , halus licin pasir tu. Dan bleh bayangkan macamana kami nak memanjat bukit pasir tu. Nak panjat sampai atas tu mau 10 minit. (Estimated time berdasarkan stamina wanita melayu terakhir).

Selaut pasir

Dari sini sampai atas bukit tu kena jalan kaki. Tak berani nak bawak kete dekat2 sebab pasir lembut sangat. Nanti sangkut pulak. Tu yang depan skali Mr Pappii. Kat Bawah  Aril diikuti Mar & Abg Tomoe. Aku & lia?? Hehehe….heroin hindustan memang last skali.

Mr Pappi orang pertama start meluncur. Tapi tak bleh luncur sampai bawah pon. Kurus sangat. Kitaorg kat bawah ni tergelak2 dah nengok dia dah macam org tak betul terkayuh2 pakai tangan. Lepas tu dia try board yang berdiri punya. Sama jugak tak turun2 pon. Berdiri punya lagi susah nak meluncur sebab nak balance badan tu. Last2 orang pertama yg berjaya turun Abg Tomoe. Bravooo semua org tepok tangan. At last untung jugak jadi orang badan beso ni. Cehhh bangga kejap Mar, Tomoe, Aku & Lia yang mana kami berempat dalam katageri saiz kiut miut. Tak puas hati aril & Mr Pappii berusaha jugak akhirnya Aril berjaya. Mr Pappi sampai balik tak jugak lepas2.

CubaaN Aril yang ntah ke berapa kali. Ayooo tak sanggup aku nak turun naik banyak kali

Orang pertama yang berjaya turun. Posing skittt

Cubaan Mr Pappii

Posing “Tak Larat” berjemaah. Masa ni luar dalam baju seluar penoh pasir. wowwee berscrub le semua nye

Cubaan yang seterusnye. Gigihhh. Kalau buat taking off bersemangat macam ni kan baguss.

Masa ni kat sebelah tu ada geng mat salleh ambik video. Mr Pappii bajet nak show off le tu. Skali terkandas separuh jalan. Dah cakap dah pakai board yang berdiri punye susah skit nak control.

Tapi semangat kot tengok mat salleh yang ber sand boarding tu pakai short & bikini je. Hahahaa

Lagi setengah jam nak pukol 6 petang kami stop. Sebelum tu berposing beramai2. Pulangkan board kat Lucky 7 tu beli skali barang groceries untuk masak malam tu. Kedai ni semua benda dia ada jual. Cadang nye malam ni Abg Tomoe nak masak vege spagetti. Ok cun…perut dah lapar ni apa pon boleh. Cost makan malam pada malam ini RM 40.00. Yang ni cost termasuk untuk breakfast & lunch tengahari esok. So jimat banyak dah kat situ. Dari kedai ni kami meneruskan perjalanan ke Cervantes. Kami bermalam kat sini. Perjalanan ke Cervantes mengambil masa selama 1 jam lagi.

Sampai kat Cervantes Holiday Homes dah gelap. Nasib baik senang je nak cari. Booking dah dibuat masa kat KL. Owner dia Rose (eh nama sama) memang peramah. Husband dia pon ramah tamah jugak. Rumah ni ada 3 bilik boleh memuatkan sehingga 7 orang. Lepas dah bayar semua kat rose (rumah rose kat depan holiday homes yg kami sewa) kami dapat unit depan main road. Kami bermalam 1 malam je kat sini. Cost seorang RM 150.00. Holiday homes ni complete semua benda termasuk alat2 memasak, pinggan mangkuk periuk belanga, microwave, fridge dsb nye. Rumah2 kat sini tak memerlukan sebarang aircond & kipas. Sejuk dah nok. Bukak2 je pintu rumah angin menderu2 masuk. Kalau le kat jinjang macam ni. huhu

Makan malam di masak oleh Abg Tomoe. Hooreeyy bleh mandi dulu

Ok….masa untuk makan. Lepas makan apa lagi terbungkang semua. Letih wooo. Aril & abg tomoe kot tido lewat. Layan movie kat tv. Channel tv ada 100 kot. Esok konon nye nakbangun awal le kan sebab perjalanan dari utara ke selatan. Harap2 bleh le bangun pukol 6 pagi tuuuuu.

Spagetti lubang2 nama nye

Vege + Seafood. Layan sehhhhh (Lapo macam puasa sehari suntuk)

Ok….Good Night.zzzzZzzzzzzzzzzzzzZZZZZzZ

2 thoughts on “It’s Western Australia – Day 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s