It’s Western Australia – Day 2

Bagi Entry sebelum nye sila rujuk di sini- Day 1

24 March 2012

Pagi tu bangun pukol 7 pagi. Ya Allah sejuk nyeee. Dah rasa macam duduk dalam peti ais. Mr Pappi ajak keluar round2 kampung. Yang lain ada yang belom bangun, ada yang buat breakfast ada yang dalam toilet melepaskan hajat. Dengan tak mandi nye kami sarung jacket jalan2 dalam kampung. Kat hujung kampung ni rupanye ada pantai. Ada small jetty untuk penduduk kat sini turun ke laut. Kalau diperhatikan kat sini setiap rumah mesti ada bot laju. Agaknya derang kat sini bersantai naik bot. Kaya2 derang ni.

Sebelah kanan tu holiday homes kami.

View dekat pantai. Masa ni angin tiup sepoi2 bahasa tapi sejuk nye sampai tulang kering.

Pagi kami bersiap2 & check out. Destinasi pertama ke Pinnacles Desert. Pinnacles ni padang pasir yang ada limestone berdiri. Huhu bunyi nye seram je kan. Sebenarnya macamana batu tu jadi berdiri, dari mana datang pasir2 tu kena rujuk kat web ni. Pinnacles ni terletak di Nambung National Park. Perjalanan dari Cervantes ke Pinnacles mengambil masa 1/2 jam je. Nak masuk ke sini dikenakan bayaran 11 Aussie dollar bagi sebijik kereta. So sorang dalam RM 6.00 je.

Kat Gate utama memang takde sapa jaga, tapi ada disediakan peti surat yang mengandungi sampul surat. Kat situ kita letakkan duit dalam sampul dan isikan no plate kereta & seal kan sampul tu. Lepas tu masukkan ke dalam peti surat yang disediakan. Agak2 kalau kat sini dah menderu2 orang masuk free. Silap2 peti surat tu depa cabot.

Diantara batu-batu yang ada kat sini. Cuaca baik sungguh pagi tu. Terang benderang. Tapi sejuk nye bukan main lagi

Ada pulak lalat sesat sekor kat celah batu ni

Posing ala2 retis. Jacket kulit aril tu membuatkan dia nampak bergaya. Sedondon dengan warna tanah. Kalau nak tau dia beli kat mana, sila PM aku.

Ok selesai menjelajah kawasan ni kami bergerak menuju ke Selatan. Fuh perjalanan jauh ni. Sepanjang jalan nak ada je tempat menarik kami berhenti. Cuaca cerah jadi langit pon biru je. Awan pon santek. So macam2 pose kami buat.

We are flying without wings. Aril paling over siap buat ballet plak kat situ. Seb baik aku tak buat Yoga step body balance taichi apa bagai semua.

Perjalanan diteruskan ke Buselton Jetty yang mengambil masa 5 jam. Kalau kat Malaysia confirm tak drive dah. Sepanjang perjalanan kami berhenti a few tempat. Berhenti isi minyak, buang air, Mr Pappi hisap rokok, benti kencing lagi. Isi minyak hari ni kat dua tempat. Sekali kat tempat semalam, lagi skali nak balik dari Buselton ke cannington. Kos isi minyak hari ni lebih kurang RM 73.00 sorang. Tak benti makan kat mana2 sebab ada bawak bekalan sandwich 6 plastik. satu plastik ada 4 set sandwich. So makan le satu plastik sorang. Lagipun plan nak cari nasi kat pekan Buselton nanti.

Sampai Buselton dalam pukol 3. Misi mencari nasi kata Mr Pappi. Kat sini kalau hari sabtu kedai2 semuanye half day. Banyak kedai makan yang tutop jugak. Gigih mencari akhirnya kami jumpa satu kedai thai. Tapi kedai tu baru je nak tutop. Katanya dalam pukol 4 bukak balik. Sorang staff kedai ni tanya dari mana. Kami cakap dari malaysia dan2 tu dia kata ok..ok…come…come…i’m from thailand. We are Asia. i open shop for you. WOw weee……rezeki. Tunggu apa lagi trus dok kat meja sebelom ada staff lain tukar pikiran nak tutop plak. Kami Order telo dadar, tomyam. Pokcik siam ni suggest Patthai. Kami ingat petai.

Abg Tomoe: Petai? With Prawn? (Fuh sambal tumis udang petai ni)

Pokcik siam: Ya…yaa….Patthai with Prawn.

Skaliiiiiii bukan sambal tumis udang & petai. Yang datang Patthaiii. Makanan thai yg dalam bahasa melayu nye dipanggil kow teau goreng seafood. Hahaha…missunderstood. Tapi blasah je la dah lapo. Cost lunch + makan petang ni berjumlah RM 40.00 sorang.

Patthai yang dimaksudkan adalah yang ni. Tak sama langsung ciri2 fizikal dengan sambal tumis udang & petai walaupon bunyi nak dekat2 sama

Tomyam ni bestttt. Tidak Mengecewakan

Nasi + telo dadar. Combination yang perfecto.

Hooreyyy perot dah isi….jommmm jalan2 pekan buselton. Banyak kedai yang dah tutop. Pekan ni takde le besar sangat tapi semua benda ada. Pekan dia setempat je semua dekat2. Bangunan2 nye pon macam bangunan ala2 koboi. Jalan raya tak crowded. Sekali sekala ada kete lalu. Takde le lama kami jalan kat sini, terus pergi ke jetty yang tak berapa jauh dari pekan ni.

Pekan Buselton yang ala2 koboi. Model tiang tu ada je dimana2.

Sampai kat Busselton Jetty nampak laut dia yang biru. Kami ke tourist information centre kat dalam bangunan papan biru kat jetty tu. Katanya aquarium kat hujung jetty tu dah nak tutup. Kami hanya boleh jalan bersiar2 atas jetty ni aja. Itupon ada dua option samada menaiki train atau pon berjalan kaki. Kita orang undi…. so geng naik train menang. Aku pilih jalan kaki sebab boleh snap gambo banyak skit. Tapi dah kalah dgn geng naik train…so i pollow je la. Cost train tu RM 35.00 sorang. Kalau ambik pakej naik train & masuk akuarium lebih kurang RM 60++ sorang. Along the jetty ni boleh jugak memancing. Nak masuk memancing ni pon dikenakan cas masuk. Tak ingat brapa tapi murah je la. Yang penting jangan buang plastik2 atau sampah2 dalam laut.

View dari parking kete yang tak jauh dari jetty.

Kat dalam bangunan comel ni terletaknye kaunter tiket & tourist information centre. Ada jugak pameran sejarah pasal jetty ni. Souvenirs pon ada tapi kat sini LAHAM sikit.

Pon..pon ketapi nak laluuuu

Grand papa cek pintu train semua bertutop kemas & lock. nanti ada plak tercicir tengah jambatan

Panjang jetty ni lebih kurang 2km. Jetty ni dibina sebab keadaan air laut yang shallow. Mula dibina pada tahun 1853 kalau tak silap. Pembinaan nye pon berperingkat2. Tak terus buat 2km. For additional info visit this page Busselton Jetty. Lepas posing2 kat hujung jetty kami naik balik train ni ke darat. Hari pon nak senja dah. So masing2 ready dengan camera nak snap pic sunset. Jom layan gambar.

Nice sunset. Lama jugak le Mr Pappi nak tunggu burung2 ni main2 tepi tu.

Eh nak jugak posing kat jetty

Hari pon dah malam so kami pon bergerak ke cannington. Perjalanan dari Busselton ke Cannington mengambil masa 2 jam setengah. Malam ni kami bermalam kat cannington. Rumah dah booked masa kat kl. Owner rumah tinggalkan kunci kat dalam peti box je sebab kami cakap kami sampai malam. Info pasal holiday homes ni boleh tengok kat web ni Stayz Holiday Accommodition. Kami stayed 2 malam kat sini. Sewa rumah ni bagi dua malam untuk seorang RM 267.00. Rumah ni ada 4 bilik. Asalnye syaini join tapi sebab department dia ada programme yang dia kena handle terpaksa le dia men burn kan tiket flight dia. Bila nak tukar rumah yang 3 bilik owner kata dah full. Ada yg kecik skit tapi ke dalam. Jauh dari main road. Yang ni dekat dengan segala benda. Stesen minyak, kedai groceries dsbnye.

Sampai kat Cannington ladies2 masuk rumah. Bapak2 mencari bahan mentah halal kat supermarket. Tu pon dapat info halal meat kat bangla yang keje stesen minyak depan rumah ni. Tak berapa jauh dari rumah. Lebih kurang 20 minit. Apatah nama supermarket tu aku dah lupa. Esok2 kalau ingat aku edit kat entry ni. Cost untuk groceries malam ni yang akan meng coverkan breakfast esok RM 77.00 seorang. Ok le kalau makan kat kedai kebab sorang dah dekat rm 40.00. Belom masuk kudap2 lain lagi. Dinner malam ni seperti biasa disediakan oleh Abang Tomoe. Chief tetap sepanjang trip ni. Breakfast pagi esok plak aril yang buat. Sandwich sardin cili api. Fuhhh…ladies??? Hari berehat sedunia.

Cannington Holiday Accommodation. Memang selesa. Bleh buat bbq kat belakang umah. Wifi Free.

Menu malam ni daging masak black papper

Yummy vegetarian. Cendawan butang

Fuyyooo…aril gigih. Bangun pukol 5.30 pagi buat breakfast

Malam tu tak letih sangat so semua tido lewat. Wifi pon free. So masa ni le nak guna sebaik mungkin. Owner rumah pulak janji nak datang malam tu nak ambil balance duit sewa tak jadi pulak. Esok pagi kami nak keluar awal sebab nak catch flea market. Jadi kami letakkan duit sewa kat dapor. Sampai le balik tak jumpa pon mana ke rupanya si daniel tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s