It’s Western Australia – Day 3

Previous entry – Day 2

25 March 2012

Pagi ni kami bangun awal sebab nak pegi sunday market kat Belmont. Perjalanan dari Cannington ke Belmont mengambil masa 20 minit. Sunday Market ni dibuat atas parking lot. Ada macam-macam barang 2nd hand dijual. Barang baru pon ada jugak yang dijual dengan harga yang murah sikit dari supermarkat. Kat sini jugak ada Mc donald. So boleh le breakfast terus kat sini. Mr Pappii paling suka hari ni sebab yang ni tempat favourite dia. Kalau plan buat itinerary mesti dia suruh find out kat mana ada flea market. Acara tu acara wajib dia.

Black coffee Mcd memang terbaik. (Tiba2 masa update entry ni teringat Hot choc mint kat chillacup)

Kalau tengok yang meniaga kat sini rasanya sapa2 pon boleh as long bayar sewa tapak. Sebab nye tengok ada sorang budak lelaki ni yang aku rasa umor dia dalam 12 tahun or kurang (omputeh badan beso) jual barang2 mainan dia. Toys tu aku tengok dah pecah2 so aku rasa yang tu koleksi dia sendri. Rumah dia dekat2 tu je kot sebab dia datang pon jalan kaki.

Signboard ni bukan le signboard sunday market tu, tapi ni signboard supermarket yang betol2 sebelah tapak parking market tu.

Macam-macam ada. Mr Pappii seperti biasa melakukan process negotiation yang selalu dipraktiskan dalam kehidupan seharian sebagai QS

Hasil tangkapan kat sunday market ni aku beli set logo (2nd hand) untuk muqris & mucid, lorry & bus mucid & kasut clarks budak dari 1-4 tahun. Kasut tu aku beli sebab murah. Boleh le bagi kat sapa2 kat kl nanti. Kos sopink untuk hari ni RM 65.00.

Lepas habiskan masa sejam kat sini, kami bergerak ke Caversham Wildpark Life (Zoo) yang terletak di Whiteman Park. Perjalanan mengambil masa selama setengah jam. Sebelum ni kami jumpa owner caversham kat Mattafair kat PWTC. Masa tu dia dok promote visit Perth. So kali ni jumpa balik beliau kat zoo dia. Zoo ni milik persendirian dia yang diusahakan sesama family. Untuk info lanjut sila rujuk web ni Caversham Wildpark Life. Cost masuk zoo seorang RM 74.00.

Mr Pappii & Owner Caversham Wildpark. Dah macam BFF plak pose nye. Tua dah pokcik ni. Tengok dalam web nampak muda lagi. Tu mesti gambo tak update

Kami masuk zoo awal sebab dah kejar farm show yang pukol 10.30 pagi. Mr Pappii orang paling happy hari ni sebab masa farm show ada show yg tibai2 kuda tu. Dia dengan rela hati angkat tangan nak try. Moment paling best bila dia berjaya hayun tali tu dengan betol. Tali tu kalau hayun betol baru keluarkan bunyi. Kalau salah hayun tak berbunyi. Lepas2 hayun & berbunyi semua org tepok tangan. Cehhhhh…..nyengih macam Mr Os dah aku tengok. Lagi kembang kuncup aku rasa bila mat salleh tu kata You are natural. Weeekkkkk….bila masa plak ada ladang kuda kat dungun tu. Bangga le kejap bila dia tanya dari mana pastu jawab dari Malaysia. Even mat salleh aussie yang buat sebelom tu pon tak jadi kannn…kembang satu hari Mr cowboy i.

Cowboy dungun

Dia buat sengih Mr Os

Kalau dia bagi adiah return ticket ke Perth ke best jugak

Pertunjukkan seterusnya adalah macamana nak perah susu lembu & potong  bulu kambing biri2. Mr cowboy aku excited sungguh  nak cuba yang perah2 susu lembu tu. Ni kalau ada muqris & mucid sure derang dah lari jauh2. Dua2 hero tu tak mesra alam semula jadi. Muqris tak boleh cium bau busuk. Mucid pulak penggeli geleman. Ok…. bleh geng dengan mummy dia. Hehe.

Ni nama nye posing disisi payudara. Ganaz tak bunyi nye.

Lepas habis show kita org pegi bagi kanggaroo makan pulak. Lepas tu tengok menatang2 lain. Lepas tu tengok show koala. Dalam banyak-banyak binatang koala bear le paling best sebab keje dia tido je 24 jam. Kalau kurang tido boleh menyebabkan binatang ni mati.

Yang ni spesis rare koala. Ko La Ngok namanye

Rakus kanggaroo ni. Pantang nampak orang pegang makanan dia. Panjat2 pulak dia

Alololo majok plak tak dapat food

Lepas habis tour zoo kami meninjau-ninjau kawasan luar zoo dekat area parking kerete. Kat situ ada park yg mana orang ramai boleh berkelah, bbq & bersantai hujung minggu. Masa tu pulak ada karnival & pameran motosikal besar. Aku tak pergi join sebab aku lagi suka duduk kat park tengok gelagat penduduk setempat bersantai & bbq.

Ramai nye rakyat tempatan ber picnic hujung2 minggu

Dah tengahari dah pon, jadi perut pon berkeroncong. Lunch hari ni kami pergi victoria park. Cari kedai Ajek Hassan, makan2 cafe. Ajek Hassan ni penyanyi famous youtube yang pernah di interview dalam rancangan jangan tidur lagi. Dah dekat 15 tahun dia bukak cafe kat perth ni. Time tu pulak dia memang ada kat kedai, so sempat le kami bergambar depan makan2 cafe. Kalau nak dengar suara lemak merdu beliau, klik le link Ajek Hassan ni. Sure tangkap leleh. Aku suka petikan gitar dia. Lagu ombak rindu yg dia nyanyi tu dia kata buat ala kadar je. OMG ala kadar mcm tu? Kalau sesungguh hati tak tau la lagu mana.

Mr Pappii ambik buffet nasi campor. Aku order nasi goreng. Kos makan tengahari hari ni RM 42.00 sorang. Nasi campor dia layanz jugak tapi nasi goreng tu ada kureng skit. Kat situ ada jugak menu light2 macam keropok lekor & roti canai.

Posing depan makan2 cafe dengan ajek hassan

Sebahagian daripada menu

Selesai memenuhkan perut….shopping time pulak. Kali ni kami menuju ke Harbour Town. Perjalanan tak jauh pon dalam 15 minit je. Kat sini macam-macam branded outlet ada. Aku ngan Mr Pappii tak shopping apa2 pon sebab memang target pegi Perth ni tak shopping apa2. Jimat untuk ke next trip. Kat sini ada pulak insiden minah2 aussie bergaduh sesama derang. Asalnye sebab potong que masa nak bayar kat cashier. Yang teenage ni potong que sorang pompuan ni. Pompuan ni pegi letak stroller anak dia bagi mewakili dia untuk beratur sedangkan dia pegi cari baju lagi. Lepas tu bila teenage ni bertekak-tekak gaduh mulut dengan dia mak teenage ni datang. Haaaa lepas tu lagi meriah kan mak2 pulak masuk campor. Kali ni dengan sepak terajang skali. Hohoho….jom cabot. Guard bleh tengok je. Patot pon…guard Myanmar. Derang pulak yang pergi menyelamatkan diri. Huhu.

Jom shopping

Selesai window shopping kami menuju ke Kings Park. Dari Harbour Town ke Kings Park tak jauh dalam 10 minit je. Perjalanan nak ke Kings Park ada juga lukisan-lukisan graviti yang dilukis dekat wall-wall bawah fly over. Kreatif sungguh. Sampai Kings Park kami lepak-lepak sambil ambik gambar. Kawasan taman ni tinggi so boleh nampak permandangan Perth. Taman ni memang cantik dan sangat besar. Masa nak balik ke Cannington Mr Pappii pilih jalan persisiran pantai dekat Riverside drive. Katanya nak ambik gambar sunset.

Tenang je tengok color-color hijau

Bell Tower yang mengadap swan river

Jalan untuk pejalan kaki ke pantai

Hooreeyyyy….pose bebas. Sampai tak nampak muka Mar dek kerana posing rakus abg tomoe. Aril muka penat. Memang penat pon sebab berjalan dari atas pasir halus. Rasa nak terputus urat keting.

Malam pon berlabuh…..kami pon balik ke Cannington. Sebelum balik singgah kat supermarket sopink barang mentah nak buat bbq. Kos sorang untuk dinner malam ni RM 43.00 sorang. Bila tengok balik gambar bbq ni tiba-tiba rasa lapar pulak. Adoiii…cam ne nak diet ni.

Salad + ayam + daging.

Yang ni buat air liur meleleh

Makan besar malam ni sebab malam last. Esok flight aku pukol 6 pagi. Marina & Abg Tomoe extend lagi 2 malam. So dalam pukol 2 pagi kami gerak dari rumah menuju ke airport. Kami isi minyak kasi full tank sebagaimana yang kami ambik sebelum ni. Cost sorang untuk fuel RM 27.00 seorang. Kereta pon kami dah cuci malam tadi. Sampai airport awal lagi jadi kami rest kejap dalam kete. Lagi 2 jam sebelum pukol 6, kami pergi ke kaunter Avis serahkan kunci kete.

Check in apa bagai semua, kat dalam lepak dome beli kopi sebab nak habiskan duit siling aussie. Nasib le cashier tu kena buat keje lebih skit. Sementara tunggu pukol 6 sempat jugak aku dengan lia tido atas kerusi ogawa yang tak ber fungsi tu. Sebelum tu lia sempat sopink kat dalam toilet beli lips balm kat mesin sebab nak habiskan siling. Mr Pappii kata ada jual pil xx dalam toilet lelaki. Dia tanya nak beli ke? Aku kata tak payah lah Pa…so far your performance are excellant. Huhu.

Lepas tu Mr Pappii rancak bersembang dengan pramugara AA tanya napa le AAx cancel flight ke Paris & UK. Aku tak ambik port dah apa jawapan pramugara tu. Sempat dengar soalan je. Dah lena ke laut.

Terjaga bila pengumuman flight ke kl. Dalam hati tak sabar nak masuk dalam flight sebab nak sambung tido. Lagi satu……hooreyyy dapat makan nasi lemak pak nassir. Kuala lumpurrrr i’am cominggg. Rindu muqris & mucid.

Bila dah sampai hometown tiap kali balik dari travel aku akan rindu satu tempat yang aku lawat. Kali ni tempat di Western Australia yang aku rindu….Cervantes. Sangat suka dengan suasana hening pagi kat situ. Mr Pappii pon suka Cervantes.. Insya -Allah panjang umur murah rezeki kami akan datang lagi.

Bye..bye Perth

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s