I Amsterdam – Day 1

Arrival : Schiphol, Netherlands

Departure : 1 May 2012 – 11.55 pm

Travellers: Mr Pappi & i

1 May 2012 & 2 May 2012

Excited sesangat. Letih pon ada sebab tiket dibeli dalam jangka masa yang sigkat. Beli tiket flight masa Matta fair bulan April. So dalam masa sebulan semua nak kena arranged. Masa tu takde idea nak ambik route mana. Pegi Matta fair search return ticket yang paling murah. London LAHAM ok. Tapi tujuaan asal nak ke Keukenhof Garden, so kena le landing kat Schiphol. Nak balik tu tercangak bangak jugak nak ikut route mana. Hasil daripada pergi Matta 2 hari berturut-turut we agreed ambik flight balik dari Paris. Kami ambik flight je kat agent, ground buat sendri.

Masa tu booked KLM. Dapat return tiket RM 2780. Aku bayar deposit RM 500. Balance hari isnin baru bayar. Tah macamana Isnin pagi tu memang aku tak sempat nak bank in duit kat agent, so tengahari agent call kata KLM dah tak dapat harga 2780 tu. Yang ada MAS tapi mahal sikit. RM 2920. Tapi dengan syarat before 6 aku kena bank in cepat2. Dalam pukol 4 petang Mr Pappi lari p bank. Akhirnya dapat le tiket MAS return RM 2,920.00 seorang.

Hooreey……..Netherlands…..Negara Europe pertama yang kami jejak

Kali ni perjalanan ke Europe kami bawa makanan dari Malaysia. Tak macam kat Australia kami lenggang Mak Limah. Antara makanan-makanan yang kami bawak :

  1. Nasi Beriani Brahims Ayam + Kambing – 5 bungkuih
  2. Ikan Bilis Brahims – 2 bungkuih
  3. Serunding daging Made in KB (Sponsored by Along & Farah)
  4. Ikan Sardin – 2 tin
  5. Tuna – 1 tin
  6. Maggi Kari – 4 bungkuih
  7. Bubur kacang instant – 1 bungkuih
  8. Milo 3 in 1 – 20 Sachet
  9. Chocolate snickers – 10 Bungkuih (Saiz kecik2)

Perjalanan mengambil masa 13 jam. Bila dengar 13 jam tu mak aiii rasa nak patah pinggan. Tapi bila dalam flight tak terasa pulak 13 jam tu lama. Satu sebab travel malam, so mata boleh tido bila-bila masa. Lepas tu ada macam-macam games, movie, radio & rancangan tv, so tak rasa boring. Rasa macam dok kat depan komputer kat ofis dari pagi sampai malam. Bezanya kat ofis buat taking off & BQ. Kat dalam ni main macam2 game. Letih Tido. Lapor p pantry mintak kudap2. Dahaga mintak orange jus. Mr Pappi kan terlebih ramah, boring2 dia nyembang dengan cabin crew. Sebagai balasan dapat se bundle kacang tanah + chocolate2 + cheese + air tin buat bekalan 10 hari kat Europe. Hooreeyyy….tq abg MAS.

Menu Breakfast. Harus nasi lemak buat bekalan dalam perut selama 10 hari

Sampai Schiphol pukol 6.15 pagi. Pagi tu berkabus sangat. Dari tingkap flight dah boleh rasa tahap kesejukkannye. Keluar dari flight nak ke tempat luggage jauh jugak berjalan. Sebenarnya tak jauh pon cuma belit-belit sikit jalan dia. Sampai kat kaunter imegresen aku keluarkan ticket return dengan itinerary. Duit europe pon aku standby sama in case kalau dia nak tengok. Kat imegresen takde masalah. Senang sangat compared Perth. Soalan2 yang derang tanya :

  • Berapa lama kat Netherlends
  • Lepas tu ke mana
  • Berapa Euro Bawak

Tu je. Amboiii senang nye. Kalau macam ni boleh bawak rombongan Cik Kiah pulak datang (bajet banyak duit le kunun) Bonus….imegresen kat sini muda2 & ensem2. Aisehhhh skali travel ngan Mr Pappi daaa…kalau tak bleh mintak facebook.

Yuhuuuuu…pose pertama dalam keadaan sejuk. Fendeks nye aku berbanding minah salleh balakang aku tu

Settle semua ambik beg apa bagai, pergi toilet semua, kami keluar dari terminal sebab nak posing-posing depan terminal. Mak aiiiii…..sejukkk nye. Tak sure masa tu berapa darjah tapi yang pasti bila aku cakap keluar asap. Hahahaaa…..i’am KECIWI ok (Kata org utara). Siap cakap dengan Mr Pappi….looked at my mouth…i’am not smoking ok. Lepas tu berkepol2 asap kat mulot. Adoiiii peghak sungguh. Gelagat itu dibuat berulang kali. Hahaha….memang teruja sungguh.

Baru lepas menggaya kan aksi KECIWI (Sila Rujuk Kamus Utara bagi maksud sebenar)

Lepas dah buat aksi keciwi tadi, kami bergegas ke dalam terminal cari locker nak letak beg2 kami ni. Oleh kerana kami tak terus ke hotel, jadi locker memang pilihan yang ideal rather then nak mengangkut beg2 tu ke sana ke mari. Kat locker ni ada pelbagai saiz. Dari saiz S-XL. Kami memilih locker L. Kos selama 24 jam adalah sebanyak RM 40.00. Harga sewa locker ni ikut saiz locker. Yang paling best boleh bayar guna kad kredit di pintu locker masing kalau takde duit syiling. Ye la…baru je sampai europe mana le ada duit syiling kan.

Destinasi pertama adalah Keukenhof Garden. Sila rujuk link tadi untuk maklumat lanjut. Taman ni terletak di Lisse iaitu lebih kurang 1/2 jam dari Schiphol. Dibuka hanya pada musim bunga. Kat sini ada huge bunga tulip dan pelbagai bunga-bunga yang lain. Kami ambik combi tiket yang dah beli online masa kat KL. Tiket combi ni mengandungi:

  • Tiket masuk ke Keukenhof tanpa beratur panjang
  • Return Bus dari Schiphol ke Kuekenhof Garden (Line 58)
  • Return Bus dari Leiden Central Station ke Kuekenhof Garden (Line 54)

Tiket combi ni berharga RM 85.00 seorang. Masa tunggu bus tu kami berkenalan dengan couple dari China. Deramng ni student kat Paris. First time jugak sampai Amsterdam. Tapi derang bermalam kat Rotterdam kami pulak akan bermalam kat Zaanse Schans. Sempat jugak bertukar-tukar email & facebook. Perjalanan dari Schiphol ke Keukenhof disajikan dengan permandangan padang-padang tulip yang terbentang luas. Memang santek. Kalau kita ke Utara disajikan dengan kawasan sawah padi, tapi kat sini dengan tulip.

Dari jauh nampak merah je. Rupanya bapakkkk bunga tulip. Kalau drive sendri confirm aku buat aksi bollywood kat tengah padang tu

Sampai kat Keukenhof garden masih lagi awal pagi tapi bus rombongan dah ada lebih kurang 50 bijik kat parking. Tudiaaaa..pukol berapa le rombongan cik kiah ni sampai kan. Jom layan gambo bunge2.

Black tulip kot nama nye. Dalam banyak-banyak tulip color ni paling aku suka

Lagi tulip itam. Spesis rare

Bunga ni memang pelik. Bunga kat bawah kelopak kat atas.

Huge tulip. Sangat santek. Penoh satu area ni dengan color merah kuning. Memang masa ni tengah blooming sangat. Yang baju merah tu bukan mak tulip

Seperti biasa tulip merah memang mempersonakannnn

Mr Pappi pon nak posing jugak. Santeknye background gambo ni. Pandai camerawoman yg ambik. wink..wink

Dari pukol 9 sampai pukol 12 kami kat Keukenhof Garden. Orang dah semakin ramai, kami pon dah tak larat nak posing2 dengan bunga jadi kami pon keluar dari sini & ambik balik bus tadi menuju ke Schiphol. Sampai kat terminal, kami pergi ke arrival hall 4 untuk beli Holland Pass dekat GWX Travellex Office. Holland Pass untuk kegunaan kami esok. Untuk maklumat lanjut mengenai Holland Pass si la klik link tu. Kami ambik Holland Pass 2 yang bermaksud free masuk 2 tempat attractions disekitar Amsterdam atau Rotterdam atau The Hague atau Utrecht. Disamping tu dengan Holland Pass ni dapat free city tour 1.5 jam, bleh masuk free muzium-muzium terpilih, diskaun kad dan banyak le lagi. Disamping tu dapat free satu buku guide pasal tempat-tempat tadi. Kos Holland Pass untuk seorang RM 130.00. 

Lepas settle kat situ kami pergi collect beg kat locker. Perjalanan seterusnya adalah ke Zaanse Schanse. Zannse Schanse ni adalah perkampungan windmill yang menjadi tarikan pelancong.

Perkampungan windmill yang sangat comel

Pengangkutan yang paling mudah adalah train. Mula-mula nak beli tiket train guna mesin, tapi tak reti. Last-last pergi beli kat kaunter. Aku tunjuk itinerary kat staff tu. Nama station yang pergi ke situ Koog-zandijk. Nak ke sini kena kena transit satu station. Tiket berharga RM 21.00 seorang sehala bagi kelas 2 (Bapak mahai). Perjalanan kami adalah seperti berikut:

  • Schiphol – Amsterdam Sloterdijk (Naik Intercity). Sampai sini tukar platform
  • Amsterdam Sloterdijk – Koog-Zandijk (Sprinter)

Train ticket

Perjalanan mengambil masa setengah jam. Masa kat station Schiphol memang konpius betoi ke kami pergi ke platform yang betol. Sebab dah dua train lalu tak jugak sampai train kami. Tapi memang tak sampai lagi pon sebab dalam tiket tulih pukol 1.18pm train sampai. Masa tu baru pukol 1.10pm. First time kan…tu yg cuak skit. Ada satu makcik dengan dua orang anak dia. Muka ala-ala macam negro tegor kami dalam bahasa melayu…mahu kemana ya? fuyyooo dia tanya kita org dlm bahse indonesia. (Mr Pappi yek looks more indonesian. haha) Kami pon tunjuk le tiket kami. Lepas tu dia kata train nye belom sampai lagi dalam slang2 indonesia. Rupanya kat Netherlends banyak orang indonesia yang dah lama bermastautin kat sana. Indonesia kan suatu masa dulu pernah dijajah oleh Belanda. Ada jugak member-member cakap kalau kat sini jangan kutuk derang dalam bahasa melayu sebabnye derang diajar bahasa indonesia kat sekolah. Jadi nak selamat kecek kelate yek. Jadi bila ibu tu kata kami di platform yang betoi, baru kami releks skit.

Kami kena tukar platform kat stesen Amsterdam Sloterdijk. Kat dalam tiket yang staff kaunter tu print kami kena catch train seterusnya dalam masa tak sampai 1 minit. Kalau tak kena tunggu next train. Memang terlepas pon train tu sebabnye nak cari platform lagi, nak turun tangga lagi (ada lif tapi jauh). So tunggu dalam masa 10 minit lebih kurang sampai le train nye. Sampai kat station Koog-zandijik kena berjalan kaki skit. Kalau pakai langkah omputih 5 minit je. Nasib baik cuaca sejuk. Perjalanan dari station ke hotel kena melalui rumah-rumah kedai, ada kilang-kilang kecik dsb nye.

Kami bermalam kat hotel D Vijf Broers yang dah booked melalui internet. Hotel ni betul-betul dekat sebelah jambatan yang boleh terangkat-rangkat tu. Harga semalam termasuk breakfast untuk 2 orang RM 464.00 (Mahai). So kami bercadang malam esok tido kat airport je sebab malam ni dah jadi orang kaya.

Bed & Breakfast yang ada free wifi untuk pelanggan hotel & cafe. Bersih & selesa. Aku letak2 kpala terus lena sedar-sedar pukol 4 pagi

Lepas check in kami masuk bilik letak beg, fresh up apa yg patut, turun kat cafe. Lapo dah weyy tak lunch. Mr Pappi order bread je sebab nak makan dengan serunding. Aku order sandwich smoke salmon. Fuhhh nikmat sungguh makan ngadap tepi sungai, angin sepoi2 bahasa, view jambatan terangkat kalau feri lalu. Kos lunch kami berdua RM  67.00 equal to 3 orang makan kat Pinang Masak depan ofis aku tu. Tapi kalau makan kat Gerai Cik Yah Jinjang seminggu boleh cover. Huhuhu.

This is best bro. Perfect Combination

Bridge yang aku kata terangkat bila feri lalu. Kat atas jambatan tu ada traffic light & besi pengadang. Bila feri nak lalu automatik traffic light tu berfungsi & besi pengadang tu jatuh. Alaaa macam kita tunggu ketapi lalu

Best view sambil menjamu selera

Petang ni kami berjalan-jalan kat perkampungan windmill. Kat sini ada kedai buat terompah, kedai buat cheese, kedai souvenir, cafe2 dan kedai antik. Kami masuk kedai-kedai ni pon just tengok-tengok & ambik gambar. Tak plan nak shopping apa pon lagi sebab rasa awal lagi. Lagi pun kat area ni mesti mahal. Esok nak ke Amsterdam sure lagi banyak pilihan & murah. Masuk kat dalam kedai terompah tu ada diletakkan sudut info sejarah bila orang Holland mula memperkenalkan kasut terompah ni. Lepas tu derang jual jugak terompah-terompah pelbagai saiz. Aku tak beli sebab pikir masa bila le nak pakai kasut ni. Dah le mahal pulak tu. Paling murah pun dalam RM 60. So kami just ambik2 gambar je kat dalam tu.

Pelbagai jenis kasut terompah & juga pelbagai saiz.

Masa spring ni siang panjang. So untung nye kami datang time ni. Pukol 7 malam terang lagi. Mr Pappi pulak nak tunggu sunset kat tepi sungai. Jadi lepas jalan-jalan kat kampung ni kami balik hotel dulu. Aku pulak batuk tak renti-renti sebab suhu sejuk. Batuk ni masa kat KL lagi tak baik2 nye. Balik hotel terus makan ubat & rest. Mr Pappi keluar balik sebab nak ambik gambar lagi. Aku pulak letak-letak kepala atas tilam, mak aiii best ye tilam dia, tarik selimut pengsan sampai pukol 4 pagi. Jom layan gambo-gambo yang Mr Pappi ambik sepanjang aku tido. Bila masa dia balik bilik pon aku tak sedar dah.

Perkampungan Zaanse Schans daripada jambatan. Rumah-rumah berwarna warni tu sangat comel

Salah satu windmill yang ada kat kampung ni. Kebanyakkan rumah-rumah tradisi & windmill kat sini didiami oleh tuan punya rumah tu sendri.

Deretan cafe & muzium yang ada kat sini. Masa ni dah pukol 7 malam. Kedai-kedai kat sini kebanyakkannye tutup pukol 5.50 – 6.00 petang. Pagi esok mula beroperasi balik pukol 9.00

Senja di Zaanse Schans

13 thoughts on “I Amsterdam – Day 1

  1. Aku pegi gak Zaanse Schans tu, tp dh lewat petang sangat, so kedai2 subenir semua dh tutup, dpt amik gambar windmills jek..ciss hehehhe.. keukenhof pn aku pegi gak..lawa nk mampus..hahahahha

    • Kuekenhof memang puas kann….cuma kat tulip field tepi2 jalan derang dah harvest separuh. Aku pulak rasa sayang tengok derang tolak tulip-tulip tu guna mesin buang cam tu je.

      • a’ah kan sis.. tapi saya tak kira ler, kalau tak honeymoon pun nak tido situ jugak! hahaha.. hari tu cuma habiskan sehari je kat sana.. moga2 diberi peluang sekali lagik nak ke sana.. Aminnnnnnn 🙂

      • ermm, tak tau la perasaan saya (atau saya yang perasan), kopi kat sana cam bestttt sangat kan.. lagi2 pulak minum tepi sungai, wallahhhhhhh, dah tak perasan dah orang lalu kiri kanan.. haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s