I Amsterdam – Day 2

Entry sebelumnya Day 1

Pagi ni aku dah jaga pukol 4 pagi. Jet legged tak abis lagi. Dari tingkap bilik kami boleh nampak deretan kedai-kedai yang comel. Betul-betul depan hotel ada kedai roti. Pukol 6 pagi staff kedai ni dah start buat preparation. Dari malam tadi aku dok peratikan kedai comel ni rupanya derang stay kat atas. Cafe & bakery kat bawah.

Image

Mr Pappi sarung sweater turun bawah sebab nak ambik gambar waktu pagi kat atas bridge tu. Masa tu dalam pukol 5 pagi. Dia ajak aku, tapi aku lebih suka tarik selimut. Hahaha…sejuk kot time tu. Baik dok dalam selimut suam-suam je rasa.

Zannse Schans pada waktu pagi

Kami turun breakfast dalam pukol 7.30 pagi. Lepas jalan-jalan sekitar hotel planning kami akan bergerak ke Amsterdam Central. Hari ni nak berjalan sekitar Amsterdam. Malam ni kami cadang nak tido je kat airport sebab kami nye flight awal pagi lusa. Nak pergi mana???  Ok next entry baru cerita lanjut.

Hamek ko….satu meja satu bakol bread depa hidang

Pelbagai jem. Satu meja satu bakol dia bagi

Lepas breakfast kami jalan-jalan sekitar hotel, lepas tu siap-siap check out. On the way ke station keretapi kami terjumpa dengan 3 orang perempuan melayu (confirm sebab Mr Pappi perasan derang kat Kuekenhof semalam). Masa kami tegor derang punya le excited derang siap cakap eh orang Malaysia…Fuyyoooo memang lain betoi suasana bila boleh cakap bahasa melayu kat negara asing. Rupanye derang 3 orang bermalam kat Amsterdam & harini derang jalan-jalan kat sini pulak. Lepas ni derang plan nak ke Milan. Tapi flight balik kami sama 10hb kat Paris. So jumpa kat Paris le nanti.

Tambang train dari Koog-Zandijk ke Amsterdam Central RM 12.00 seorang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kali ni takde turun tukar-tukar train dah. Naik Sprinter terus ke Amsterdam Central. Amsterdam Central adalah stesen yang ke empat daripada stesen Koog-Zandijk iaitu selepas stesen Amsterdam Sloterdijk. Sampai kat Central kami cari locker dulu untuk simpan segala mak nenek yang kami bawa ni. Kat mana-mana stesen sini memang senang nak cari locker. Signboard ada di mana-mana. Kali ni kami ambik locker saiz M je sebab kami bawak satu beg kecik berjalan-jalan dengan kami. Kos locker RM 31.00.

Keluar daripada Central kami posing-posing dulu depan bangunan ni. Lepas tu berbekalkan Holland Pass yang dah kami beli semalam, kami start tour town Amsterdam. Memang ramai sangat manusia kat area ni specially kat Damrak Road. Muala-mula kami ambik free tour by bus. Bus ni color merah ala-ala old skool bentuk dia. Kami tunggu bus kat tepi jetty bot-bot yang menyusuri canal. Kat sini ada a few boat yang kita boleh pilih. Disebabkan semalam kami ambik 2 tiket free so kami cadang nak guna tiket free tu kat ferry & Madamme Tasauud.

Posing depan Amsterdam Central. Cantik bangunan ni

Bus Amsterdam City Tour

Kami naik bus ni kat Damrak Road. Lepas tu dia bawak round kat Red Light District yang femes tu. (Lalu je tak benti) Stesen pertama yang bus ni berhenti muzium Berlian kat area Waterlooplein. Semua orang turun masuk muzium tu. Tapi kami tak mo masuk sebab nye kami bukan penggemar berlian pon. Lagipon Mr Pappi dah nampak satu flea market sebelum masuk pintu pagar muzium ni. Tanpa berlengah lagi, kami berjalan kaki dari muzium ke flea market tu. Tak jauh pon dalam 2 minit je jalan kaki.

Papan pengadang di sepanjang sungai. Disebalik papan ni flea market

Ok yang ni tempat peberet Mr Pappi & dia habiskan masa dari pukol 9 pagi sampai pukol 1 tengahari. Pasar ni senang nak nampak sebab terletak disepanjang sungai. Tepi-tepi sungai tu diletakkan papan-papan bergambar klasik. Macam-macam barang ada dijual termasuk le gula-gula hash/ cannabis. Aku tak try pon tak kose aku nak layan benda2 cam tu. Kang termuntah-muntah terus demam tak ke naya. Paling best Fridge Magnet & other souvenir yang lain memang murah. Hasil daripada beberapa jam kat sini hasil-hasil tangkapan adalah seperti berikut :

  • Handbag kulit takde jenama apa-apa pon – RM 21.00
  • Keychain (4 bundle. 1 bundle ada 15 pcs) – RM 160.00
  • Fridge Magnet (20 bijik) – RM 81.00
  • Wallet Fossil (2nd Hand) – RM 12.00
  • Charger Handphone – RM 16.00

Gelagat Mr Pappi dari kedai kopi. Kedai kopi ni yang ke dua aku masuk sementara tunggu dia shopping.

Selesai acara sopink moping, kami ke muzium berlian tadi nak ambik bus tadi. Bus tu bawak kami pusing-pusing lepas tu last skali ke station yang mula-mula kami naik. Kami guna Holland Pass yang free tu kat ferry pulak. Kali ni jalan-jalan sekitar town tapi menyusuri canal. Macam aku kata tadi ada banyak pakej ferry yang boleh kita pilih bergantung kepada bujet masing-masing. Ada jugak ferry yang ada buffet pancakes. Sambil makan pancakes boleh menikmati permandangan canal-canal kat sini.

Ada banyak terowong-terowong macam ni. Scary pon ada kot-kot la sangkut kat bumbung boat ni

Salah satu canal yang ada kat sini. Kat Amsterdam terkenal dengan boat house derang. Banyak boat house yang disewakan biliknye kepada pelancong ala-ala hotel gitu. Ada juga owner nye sendri duduk & menginap kat atas boat tu

lagi gambo canal & bridge

Turun dari air kami ke darat balik. Kali ni ke Madame Tussauds. Yang ni adalah muzium lilin yang menampilkan ukiran personaliti, pemimpin, artis, ahli sukan dan orang-orang terkenal. Terletak di tengah-tengah central Damrak Road. Ramai nye manusia kat dataran ni. Kat sini kami guna Holland Pass yang percuma tu. Disamping guna kupon Holland Pass, kami juga dapat keutamaan access ke dalam muzium. Tak payah beratur2 panjang. Itulah kelebihan kalau beli Holland Pass ni. Nak masuk mana-mana muzium, bleh terus ke entrance vip (vip la sangatttt)

Cayalah David Backhem support harimau malaya

Taktik berselindung di balik victoria. Sekali pandang sama beso je dengan Victoria

Dah habis posing2 dalam ni, kami berjalan ikut tepi2 canal. Masa ni perut dah berkeroncong. Kat tepi2 canal ni ada bangku-bangku kayu. So apa lagi keluarkan le nasi beriani kambing yang dah direbus pagi tadi sebelum keluar dari hotel tadi. Air masak kami ambik kat hotel & tapau dalam botol air. Perghhh…masa ni sejuk yang amat. Batuk aku menjadi-jadi pulak bila time sejuk ni. Ada couple mat salleh dok lepak kat bangku sebelah pon macam kami. Tapau makanan. Tapi depa minum brendy. Lepas tu depa layan rokok hash plak. Lepas makan kami teruskan berjalan menyusuri canal-canal tu.

Rupa-rupanya kami dah sampai kat Red Light Distreet. Perasan yang kami dah ada kat area tu sebab jumpa banyak sangat iklan-iklan erotik. Jalan depan skit ada kedai jual sex toys. Jalan depan lagi cinema-cinema yg ada prono & sex live show. Jalan depan lagi coffee shop yg ada pelbagai jenis hash & marijuana. Muzium hash pon ada. Jalan depan lagi ada le aweks2 peraga body pakai bikini dalam cermin. Masa tu dalam pukol 6 petang. Awaiii depa ni meniaga. Kami tak keluarkan camera pon sebab kat sini larangan mengambil gambar. Karang bonzer2 dia rampas camera tak pasal-pasal rugi gambo2 kita org yg semalam tu. Ada juga dua tiga orang yang dah start buat negotiation dengan awek2 dalam cermin tu. Aku tengok dalam youtube harga dia range 30-50 euro bergantung kepada umur pelacur tersebut. Kalau yang muda2 ni 50 euro le.

Lepas habis round kat sini, kaki aku dah rasa nak tercabut. Duduk lepak jap kat area Damrak Road tengok gelagat manusia yang lalu lalang. Masih lagi ramai manusia macam pagi tadi. Last-last aku ajak Mr Pappi pergi cari kopi. Masa on the way tu jumpa kedai kebab. Ish…jom repeat makan lagi. Sejuk-sejuk ni lapo. Aku order mix grill kongsi ngan Mr Pappi. Portion dia memang banyak. Mr Pappi order hot choc. Cost makan malam kami hari ni RM 85.00. Sementara nak tunggu dia masak aku p toilet. Wahhhh bestt toilet dia sebab ada air. Hoyyehhh….tak yah susah2 tadah air dalam botol & lap2 guna wet tissue dah. Keluar dari toilet terasa perasaan yang cukop selesa & membahagiakan. Hahaha….dari tadi tahan kencing kot.

Kebab Falafel. Toilet bersih & ada air. Aku sukaaa

Mix grill. Banyak portion dia. Share dengan Mr Pappi. Seperti biasa aku makan lebih dari dia

Mr Pappi seperti biasa dengan keramahannya menyembang dengan tokeh kedai tu. Tokeh ni dari iran. Dah dekat 10 tahun kot dok amsterdam. Kedai kebab dia ni belakang Damrak Road. Katanya kat Amsterdam ni belah malam yang happening kat Red Light Distreet. Tempat-tempat lain dah tutop. Lepas makan kami bergerak ke Amsterdam Central. Plan kami malam ni nak ke stesen Schiphol untuk bermalam kat sana. Dalam hati semoga bertabah le badan sebab tido atas kerusi. Dalam hati jugak berkata nak juga merasa macamana keadaannye tido kat airport. Kat Amsterdam plak tu. Bukan airport penang ka, loq staq ka, KB ke…tapi schiphol wooo. Sebenarnya lagi besar airport nye lagi besar facilities nya.

Schiphol Airport pada waktu malam. Pintu utama akan ditutup pada pukol 12 tengah malam & akan dibuka semula pada pukol 4 pagi

Malam tu kami berkenalan dengan sorang student china yang belajar kat London. Kami jumpa dalam train dari Amsterdam central tadi. Dia pon naik flight yang sama dengan kami. Dah dekat setahun dia kat London. Buat master language. Kelas ko maria. Cakap omputeh dah takde accent china. Slang british terus. Kami bertukar-tukar facebook & bercerita pengalaman kat Amsterdam. Minah ni travel sorang je. Tapi esok kawan dia tunggu kat airport.

Sofa kat schiphol airport. Jangan terpedaya. Sofa ni ada bila kami dah check in kat dalam. Kat luar kerusi fabrik panjang macam kat klinik kesihatan tanglin tu je. Kalau sofa camni kat luar, tak yah cari backpack le traveller.

Ok…jom kita tido. zzzzzz (Kasut yg banyak berjasa)

2 thoughts on “I Amsterdam – Day 2

  1. Salam bkenalan drp kami makan angin London

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Instagram: makananginlondon
    http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk

    ———————————————————————-
    Amsterdam & Belgium
    Tulip Garden package
    25 April – 16 May 2016
    3D 2N | 3D2N
    5 px | 6 PX
    £2500 | £2850
    What included in the package
    – Hotel
    – Breakfast
    – Ferry fare
    – MPV
    – Netherland
    Keukenhof, Zaanse Schans windmills,
    – Belgium
    Atomium, Mini Europe
    Harga ade berubah terubah
    Hotel reservation & ferry fare
    ———————————————————————-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s