HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 1

4 May 2012 (Geneva Airport – Berne – Interlaken)

Ho..ho..horeyyy…Switzerland menjadi kenyataan. Sambungan entry ni daripada I Amsterdam. Bermalam di Schiphol airport sebab nak catch flight pagi-pagi buta ke GENEVA. (Excited yang amat). Tiket Easy jet kami beli online masa kat KL. Tiket untuk seorang sehala berharga RM 170.00. Murah giler kalau compare naik train dari Amsterdam ke Zurich. Lebih kurang rm 300++. Naik train 5 jam. Tapi naik flight 2 jam je.

Naik easy jet ni memang straight sikit pasal hand luggage. Sorang boleh carry 1 beg je. Kalau tak kena extra cas. Mr pappi boleh bawak dua beg sebab satu beg isi camera. Itupon setelah derang cek yang dalam beg camera tu hanya ada camera sahaja. Tak bleh letak benda-benda lain. Aku carry beg galas, so handbag aku kena masuk dalam beg galas. Beg galas Mr pappi masuk cargo. Yang ni memang aku nak check in & dah bayar pon cost luggage tu masa booked aritu. Lagi satu easy jet ni free seat. So yang mana bawak budak, org tua, kurang upaya boleh naik dulu. Yang lain kena serbu le lepas tu. Nasib baik aku cekap bab-bab “cop” tempat duduk (biasa buat masa budak2 kat dalam bas sekolah cik mael) Aku dapat naik flight dulu (tu guna nye lelemak berlebihan. orang kasi jalan dulu) Reserved seat untuk Mr Pappi & kenalan baru dari China tu.

View dari tingkap easy jet. Pergunungan Alps kot (huhu). Masa ni hanya 10 minit je lagi nak landing. Makna nye dah nak sampai Geneva airport

Sampai kat geneva airport, lepas collect bag terus keluar ke lobby. Aik?? Macam tu je? Takde imegresen ke? Rupanye travel internal europe tak susah-susah nak kena melalui imegresen dan sebagainye. Uk aloh. Sonang je la. Apa lagi aku terus bergegas ke toilet. Melepaskan hajat apa yang patut…lepas ni kami kena pergi ke terminal train untuk activate Swiss Pass kami. Swiss pass ni kami dah beli kat Boustead travel, agent eurorail kat Malaysia. Oleh kerana bulan tu ada promotion buy 1 free 1 bagi yang travel ber couple, so instead of kena bayar RM 1500++ , kami just bayar RM 986.00 untuk dua orang. Of coz Boustead tu ada cas fees dia. Tapi lepas ni kalau ada rezeki ke Europe lagi, kami tak beli kat agent dah. Kami beli kat sini je terus lagi murah. Boleh dapat dalam RM 700++. (Next time Insya Allah)

Swiss flexi pass. Aku ambik 4 hari flexi pass. Maksudnya aku boleh guna 4 hari sehingga expired satu bulan dari tarikh activated. Flexi bermaksud bukan hari yang berturutan. Nak guna selang sehari pon tak pe janji total guna 4 hari

Dengan Swiss Flexi ticket ni kami boleh manggunakan apa saja kenderaan awam seperti train, bus, tram, cable car etc. Tapi bagi train-train yang naik ke gunung2 tu kami dapat diskaun kalau tunjuk pass ni. Senang kalau beli pass ni. Untuk cerita lanjut pasal Swiss pass bleh refer kat link Swiss Pass ni. Ada a few type swiss pass yang boleh dipilih ikut pada itinerary travel masing-masing. Bila dah beli swiss pass ada disertakan sekali jadual train & peta laluan train & kenderaan awam yang lain bagi seluruh bandar di Swiss.

Lepas dah activated swiss pass kat operator train / ejen swiss pass kami bergegas ke train bawah tanah. Sebelum tu dah tanya kat agent swiss pass tadi nak tuju platform berapa. Destinasi kami ialah ke Berne. Sumpah tak tau yang Berne ni ibu negara Switzerland. Sebelum ni ingat Geneva. Ye lah selama ni yang glamour Geneva & Zurich. Berne ni adalah bandar lama yang ada banyak menara-menara jam. Perjalanan dari Geneva airport ke Berne menaiki train mengambil masa hampir 2 jam. Perjalanan menuju ke Berne melalui beberapa station termasuk station Geneva. Lagi satu station Geneva Airport dengan station Geneva adalah tempat yang berbeza. Tak sama yek.

Train bersimpang siur. Dasyat sungguh sistem train depa

Station Geneva. Kalau nak ke Paris boleh ambik train dari station ni.

Kat dalam train ni ada disediakan mobile cafe. Oleh kerana kami ambik train kelas 2, so kena la tunggu pokcik tolak peti makanan sampai ke coach kami. Masa ni memang dah lapo giler. Aku beli croissant, mineral water & coffee. Croissant tu kami makan dengan cheese yang crew cabin Mas bagi & cicah dengan serunding. Perghhh….sedap tak terkata. Cost Lunch kami berharga RM 25.00. Sepanjang perjalanan tu view kiri kanan kami memang tak terkata santek nye. Sampai kan aku dah malas nak ambik gambar sebab nye aku dah menikmati view tu dengan tenang & aman. Biar la Mr Pappi sorang yang tekun menangkap gambar. Dalam hati best nye kalau dapat duduk sini pastu tak yah nak kerja pening-pening kepala. Jadi petani pon takpe. Hohoho…Berangan tak hingatttt. Ko ingat senang nak jadi petani??

Dalam train tu kami disapa oleh sorang awek cun swiss yang duduk bertentangan dengan kami (memang dia sangat santek ok. Macam Linda jasmine) Dia cakap depan ni ada lagi view yang lebih santek. So get ready with your camera. Depan sikit tu memang permandangan bukit-bukit & tasik-tasik. Fuhhh dalam hati tak nyesal aku pilih route ke Swiss ni. Sepanjang perjalanan tu kami berchit chat dengan awek swiss ni. Mr Pappi kan peramah luar biasa. Mesra alam. Awek cun ni bekerja sebagai cikgu & part time dancer (sama plak ngan linda jasmine) Dia suruh kami try derang punya traditional food. Nama nye cheese Fondue. Mr Pappi teruja sesangat nak try cheese fondue tu. Cerita lanjut akan aku ceritakan dalam entry yang seterusnya macamana reaksi Mr Pappi bila try menda tu. Awek cun tu berhenti kat station Laussane. Kami seperti biasa bertukar-tukar facebook.

Best nya kalau ada rumah & halaman macam ni.

Kiri kanan perjalanan kami dihiasi dengan bunga-bunga canola. Adoiiii tetiba teringat shah rukh khan petik gitar dalam cite diwale. Pastu Kajol lari2 tengah-tengah field tu. Adoiiiii……missing this moment so much.

Lagi satu view yang menarik.

Jumpa pulak kilang Sika. Sika ni adalah salah satu daripada jenama water proofing yang selalu digunakan dalam construction. Satu lagi product Made in Switzerland.

Perjalanan yang panjang hampir 2 jam akhirnya kami sampai di station Berne. Perkara pertama yang kami buat, cari locker. Locker kat station Berne ni kami jumpa betul-betul nak menghala ke luar bangunan station. Kami ambik saiz medium dan cost nye RM 24.00 sahaja. Murah ok compare ngan Amsterdam. Aktiviti sosial hari ni adalah meninjau-ninjau bandar Berne yang terkenal dengan rekabentuk jam. Town dia tak jauh pon dari station ni, seberang jalan je dah boleh nampak bangunan yang attached dengan menara-menara jam & bendera-bendera swiss digantung di sepanjang bangunan tu. Bangunan-bangunan santek tu di kiri kanan dan laluan pejalan kaki di tengah-tengah. Di sepanjang bangunan tu terletak pelbagai kedai-kedai butik terkenal, farmasi, cafe etc. Dibawah bangunan ada jugak kedai tapi kebanyakkannye adalah butik-butik bundle (barang terpakai). Barang terpakai pon tak mampu nok aku nak beli ini kan pulak butik-butik original kat atas ni. Mampu cuci2 mata je la. Di tengah-tengah pejala kaki ni ada line2 tram. Aku ada try naik tram ni sebab tak larat dah nak jalan kaki dari kutub utara ke kutub selatan. Naik tram free sebab ada Swiss Pass. Tapi kalau tak bayar pon takde sapa tau. Kalau kena tangkap ngan operator yg cek tiket tu nasib le yek kena bayar denda.

Kiri kanan bangunan yang sama je. Kalau lost nak cakap landmark apa ada kat kiri kanan pon tak tau nak habaq. Sebab semua nampak sama. Nak kata ada jam besar, kat depan sana pon ada jam besar.

Salah satu daripada menara jam yang ada kat sini. Wayer berselirat tu line2 tram

Santek view ni. Bendera kiri kanan dah macam ada pesta football pulak

Perghhh…mati-mati ingat mamat oversea mana tadi. Skali Mr Pappi daaa. (kalau dia baca ni confirm aku kena pelangkung pastu)

Kami berjalan-jalan lagi dalam berne ni. Kali ni kami pilih jalan belakang daripada bangunan jam-jam ni pulak. Dekat belakang bangunan federal Berne ni ada satu kampung yang terletak bawah bukit. Nak pergi ke kampung ni kena turun bukit samada berjalan kaki atau pon menaiki cable car. Untuk orang yang malas macam aku ni naik cable car le. Masa mula-mula duduk dalam cable car tu teruja gile sebab ni le cable car pertama yang aku naik kat swiss ni. Rupanya tak sampai 5 minit pon dah sampai kat kampung bawah bukit ni. 3 minit je kot. Hahaha….buat malu je. Kalau aku tau sikit punye dekat baik aku jalan kaki je (Degil kannn)

Free nak guna brapa kali sehari pon takpe. Teruja wey first time naik cable car kat swiss.

Aku tak tau apa nama kampung ni tapi kat sini ada juga budget-budget hostel. Makna nye tempat ni menjadi tarikan pelancong jugak le. Mr Pappi seperti biasa jalan menonong-nonong laju weh tinggalkan aku yang jalan ala-ala catwalk. Aku tak larat nak kejar Mr Pappi, nampak je concrete bench terus melabuhkan punggung kat situ. Wahhhh dok kat sini lagi nikmat….nyaman je dengan cuaca yang terang tapi suhu yang sederhana sejuk. Sambil menantikan Mr Pappi explore kampung ni, aku tengok gelagat budak-budak kampung ni yang baru turun dari cable car sambil menjinjit paper beg pelbagai jenama. Perghhhh dok kampung tapi sopink tak hingattt. Butik tu walaupon butik produk swiss. Ko mampu??

Pulak tu aku peratikan long boots derang perghhh….memang santek2 & stail. Kalau le kampung aku kat sini memang aku melaram boots 24 jam. Ni kalau kat mesia pakai cam ni mau berpeloh kaki sampai betis2. Kat sini derang banyak berjalan & menggunakan kenderaan awam. Patut pon semua slim2 world. Sekali lagi aku berangan kalau le kampung aku kat sini sure aku pon slim macam derang. Hohohooo tiba2 kannnnn.

View dari kampung bawah bukit. Kat atas tu bangunan Federal Berne

Selesai menjelajah (Mr Pappi je) seluruh kampung, kami naik semula ke atas. Sekali lagi menggunakan cable car. Tak kose mak jemah nak panjat bukit. (Mcmana nak slim?) Kat atas bukit belakang federal building tu ada park yang disediakan untuk penduduk kat sini bersantai. Dari atas bukit ni dapat menikmati view kampung-kampung jajahan. Nampak air sungai nye sangat hijau. Rare kan kat kl sungai nye color teh susu. Banyak juga penduduk tempatan berekriasi (cam salah je ejaan aku) kat taman ni. Ada Giant chess kalau sapa2 nak test power.

View dari atas bukit belakang bangunan federal Berne.

Lepas ambik gambo kat sini, kami berjalan kaki menuju ke stesen train tadi. Kali ni kami singgah farmasi beli ubat batuk aku. Pharmacist tu punye le peramah tanya kami dari mana. Sebut je Malaysia dia punye le suka. Katanya dia pergi Singapore lepas tu terus ke KL & Langkawi. Kata nye KL big city & Langkawi memang cantik. Ha ah…aku kata country ko santek, ko kata country aku santek. Hehe…Hujan emas dinegeri org hujan batu dinegeri sendiri lebih baik negeri sendri kannnn. Dia suggest kan aku ubat herba yg just drop dlm air beberapa titik lepas tu minum. So far aku guna ubat ni memang sesuai dengan aku. Aku guna 3 kali je lepas tu lama2 batuk ilang. Cost sebotol kecik RM 42.00 (Bleh tahan le jugak LAHAM sebab botol dia besar skit dari botol eyemore je).

Lepas ambik barang kat locker kami meneruskan perjalanan ke….Interlaken. Bandar yang diapit oleh dua tasik iaitu Tasik Thun & Tasik Brienz. Kami akan bermalam kat bandar ni. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit. Kalau dari Geneva ke Berne perjalanan dihiasi dengan pokok-pokok canola, kali ni perjalanan dari Berne ke Interlaken dihiasi dengan permandangan gunung-gunung & tasik-tasik. Sekali lagi kami disapa oleh nenek yang duduk bertentangan dengan tempat duduk kami. Dia offer Mr Pappi duduk kat seat dia supaya  boleh dapat view yang lagi santek. Ni kali kedua kami disapa oleh penduduk tempatan. Aku rasa derang really appreciate tourist yang kagum dengan keindahan negara derang. So derang willing to help anything asalkan kita menikmati keindahan negara mereka dengan sepenuhnye. (Apasal ayat aku macam buat karangan sekolah je)

Permandangan yang disajikan sebaik saja kami menghampiri Interlaken

Kami berhenti di station Interlaken West. Keluar daripada station tercangak bangak sikit dan menuju ke B&B yang aku dah booked thru online. Aku dah print google map nye jalan. Kalau ikut google map ni kena jalan kaki lebih kurang 15 minit. Tapi tah macamana aku pegi layan pulak cakap Mr Pappi yang konon nye B&B kami ni ke arah bertentangan. Pulak tu otw ke jalan yang sesat tu aku suruh dia tanya orang. Dalam banyak-banyak orang dia boleh tanya nenek yang tengah tunggu bas berdiri pulak pakai tongkat. Kesian aku tengok nenek tu explain kat Mr Pappi macamana nak pergi tempat yang kami nak pegi ni. Sebab nye nenek ni dok reti starang cakap english. Dia bantai cakap france dengan kami. Tapi walaupon kami tak paham, dia berusaha nak jugak nak cerita kat mana letak nye tempat ni. Last-last apa yang boleh kami cakap “merci”. Tapi still muka nenek ni tak puas hati sebab dia tau kami tak paham langsung apa yang dia cakap.

Kalau further more lagi akan jumpa station Interlaken Ost. Kalau nak pergi ke lauterbrunnen kena tukar train kat Interlaken Ost

Adoiii la Mr Pappi….sebenaqnya lepas je keluar dari stesen tadi kami kena jalan kaki ke arah kiri lepas tu cross bridge, jalan belok kanan, jalan je terus sampai jumpa B&B tu. Kami keluar-keluar je dari stesen teruk menuju ke arah kanan. So dah berpusing-pusing. Hangin jugak sebab lapo. Huhuhu…Kena berjalan kaki selama 15 minit, akhirnya sampai le kami kat Hotel Aarburg. Selalunye mana-mana B&B ada restaurant/cafe. Sama le dengan Aarburg ni dimana cafe dibawah manakala bilik kat tingkat atas. Kalau nak dapat penginapan yang sederhana murah better pilih yang macam ni. Bukan tak nak ambik backpackers, tapi aku masih belum bersedia nak share dorm dengan orang yang tak dikenali. Walaupon aku bukan yang memakai hijab 24 jam, tapi perasaan kurang selesa dalam bilik dengan orang yang tak kenal tu buat aku rasa janggal. So pilihan aku B&B. Takde lah terlalu mahal. Lain lah kalau travel 4 orang boleh le aku ambik backpackers yang satu dorm 4 orang. Bilik kami satu malam kat sini termasuk sarapan untuk 2 orang RM 405.00. Takde perancangan malam esok nak tido kat mana lagi sebab nya esok nak pergi ke Lauterbrunnen. Esok baru decide nak stay mana pulak. Ikutkan aku nak ambik 2 malam kat Aarburg hotel ni tapi dah fully booked.

Depan Hotel Aarburg.

Hooreyyy…sampai bilik boleh rendam maggi.??? ???? Sebenarnya memang lapaq gile. Britta Bertschi (kelas nama ko maria) owner hotel ni kata bilik kat 1st floor dah fully booked. So kami dapat bilik 2nd floor. For info kebanyakkan plan lantai B&B adalah similar dengan rumah tradisional swiss. So kena lah memanjat tangga yang comel yang diperbuat daripada kayu. Bilik kami pula tak lah terlalu besar & tak le terlalu kecil. Memang selesa untuk 2 adults & 1 kid. Bath room kat B&B Swiss ni memang direka secara minima. Just nice untuk 2 orang sekali masuk. (Motif nak masuk bilik air 2 orang????)

Tapi yang paling best……view depan hotel kami. Bukak-bukak tingkap….tadaaaa….. permandangan sungai yang color hijau & pergunungan Alps yang ada tompok-tompok salji. Subhanallah. Indah nye ciptaan tuhan. Impian nak rendam maggi tadi terbantut seketika bila sorang satu duduk kat birai tingkap pegang camera masing-masing. Oppss camera pakwe Lia Mok sebenarnya bukan aku yang punye. Aku pinjam je. Katanya walaupon dia tak ke Europe, camera dia pergi pon jadi laaaa.

Dr rohaya takmo buat cawangan PUBRB kat Interlaken ke? Kalau view macam ni confirm tak ngantok buat taking off. (Tak de kena mengena langsung view santek dengan rajin buat taking off)

 Ok…..jom rendam maggi. Mr pappi rendam 2 bungkus tapi aku rasa macam tak cukop je, so aku up lagi sebungkus. Total semua 3 bungkus. Licinnnn. Senyap je time makan tak keluar suara. Lapo sungguh ni. Kat hotel ni ada wifi. Jadi kami viber dengan kengkawan kt KL. Viber dengan lia tanya pasal comot2 2 orang muqris & mucid. Lia kata abang sedih tengok pic mama & papa. Tido berendam air mata. Adoiii la….abang memang ratu touching. Adik pulak as long ada paktam takde masalah. Cuma masa tu dia demam jadi merengek nak papa. Siap cakap dalam mimpi dia papa balik kejap tengok dia, lepas tu papa pergi keje balik. Omg….touching2 le kejap Mr pappi bila dengar news tu. Ada tangisan di mata nye. Mummy?? Mummy sedih jugak tapi mummy dah biasa pegi outstation, so adik kata mummy p keje kat penang tiap kali aku takde.

Selesai makan, mandi dan sebagainya petang tu kami keluar jalan-jalan disekitar bandar Interlaken. Banyak jugak pelancong dari China ke sini. Dah rasa macam Macau pon ada. Kat sini pon banyak jugak kedai-kedai barangan branded. Pekerja kat butik2 branded ni kebanyakkannya China. Aku rasa memang ramai kot pelancong dari China datang sini. Tu yang depa cari staff Asia. Aku ada jugak usha-usha kasut idaman kalbu si Salvatore Ferragamo tu. Usha je la. Dah diskaun 5 kali pon belom tentu boleh beli. Mr Pappi kata beli le untuk kenangan. Allocation untuk tu memang ada, tapi aku rasa aku perlu gunakan duit ke arah yang priority dulu daripada beli kasut idaman yang rega beribu2 tu. (Bleh dapat tiket return 2 orang p Aussie tu.Huhu)

Kami berjalan lagi menyusuri kedai-kedai mewah yang ada kat sini. Dari sini nampak view gunung-gunung & kawasan padang & pokok yang menghijau. Tenang nye rasa. Cuaca cerah tapi sejuknya sampai ke tulang2. Pekan Interlaken ni takde le sibuk macam Berne. Pekan nye pon kecik je tapi semua kemudahan asas ada kat sini. Lagipun kat sini menjadi tumpuan pelancong yang nak ke Lauterbrunnen. Nak cari makanan halal pon senang. Banyak jugak kedai-kedai kebab kat sini. Aku singgah kedai grocery tapau buah epal & ice lemon tea (botol besar). Total cost RM 13.00. Ice lemon tea tu lagi murah daripada air mineral. Disebabkan sejuk kat luar ni aku masuk mcdonald beli fries & coffee. Kos makan kat Mcd ni RM 12.00. Fuhh nikmat nye menghirup coffee dikala sejuk beku ni. Aku tak dapat nak bayangkan kalau musim winter macamana le rupa sejuknya. Spring pon dah tak tahan. Mr pappi masih lagi gigih dengan camera nye kat luar tu. Omg kulit cap crocodile ke hapa dia ni. Kalau kat Mesia beria beno tak tahan sejuk, kat sini elok je dia macam kat kampung halaman dia. Jom layan gambar-gambar yang dia tangkap (Kena promote skit yang photo ni was taken by him)

Kat sini pon ada bunga-bunga yang ala-ala kuekenhof.

Pokok-pokok disepanjang walkway. Ni kalau buat shoot gambo kawen memang santek. Sebelah kanan pokok ni deretan cafe-cafe

Nampaknye Mr pappi macam takmo balik hotel lagi. Aku dah tak tahan dengan cuaca sejuk ni. Last-last aku cakap nak balik hotel dulu. Nak jalan kaki balik hotel ni jauh jugak lebih kurang 20 minit. Tabah le aku mengharungi cuaca sejuk ni yek. Sepanjang jalan nak balik ke hotel terdapat deretan rumah-rumah kedai yang dah diubahsuai jadi budget hotel, cafe-cafe, kedai grocery & etc. Jalan sangat le lengang masa ni. Nak baring atas jalan pon boleh sebab boleh dikira berapa bijik je kenderaan yang lalu. Ada juga local people yang selesa berbasikal. Rasa macam peace sangat tempat ni. Orang-orang kat sini memang duduk dalam rumah je kot. Tak nampak pon depa keluar nyembang2 ngan jiran macam view petang2 yg kita selalu nampak kat kampung. Salah satu sebab derang tak lepak sebab cuaca sejuk. Kelas kalau Mak Jemah datang sini, nak gosip2 depan umah pakai jacket & long boots. Ko hader??

Kelas ko jah…dress up vouge bagai, skali kayuh beskal. Ko hader?? Kat kl mau dah berpeloh ketiak2 mak jemah

Kedai-kedai disepanjang perjalanan menuju ke hotel. Tengok jalan raya dia, lengang dah macam suasana kl di hari raya pertama. Nampak tak view gunung tu….rasa nak bentang toto kat tengah jalan ni ha

Lagi view deratan kedai-kedai yang comel. Kebanyakkan kedai tutop pukol 5.00.

Kat depan tu hotel tempat kami menginap. Ye..yee….dah nak sampai. Gigih aku berjalan dalam cuaca sejuk.

Sungai yang color hijau depan station interlaken west. Sungai ni mengalir dari depan hotel kami. Air dia mak aiiii sejuk yang amat (Mr Pappi punya gigih p rasa. rasa pakai tangan je bukan rasa dengan minum air tu yek)

Sampai kat hotel, lebih kurang pukol 7.30 malam, tapi rasa macam pukol 6 kat malaysia. Musim spring ni siang panjang dari malam. Malas nak naik bilik lagi aku lepak kat cafe bawah tu sambil melayan view sungai color ijau. Order hot choc & butter cookies. Perghhh…nikmat nyee. Kos minum petang RM 14.00. Staff cafe ni sangat peramah. Dia nampak aku gendong camera. Lepas tu dia suruh aku pandang belakang ke sebelah kanan tengok ke langit. Aku toleh ke belakang….Subhanallah. Cantik nye view bulan tu. First time aku layan view romantik mantik ni (Tapi memang santek) Apa lagi terus ambik camera. So…petang ni aku minum hot choc sambil ditemani oleh bulan. Tapi Mr Pappi takde. Adoiii lepas scene nak beromantika di Interlaken.

Cantik nya Ya Allah view ni. Suasana masa tu tak tau nak describe lah walaupon selama ni kerja kat ofis buat description.

Dalam pukol 8 malam Mr Pappi balik hotel. Aku cerita kat dia pasal view bulan dekat gunung tu. Dia cakap dia pon sempat tangkap a few photo tu. Tapi aku kata suasana aku lagi best duduk minum hot chocolate mengadap bulan. (Tak puas hati nak jaki je kan. hehehe) Malam ni kami dinner dengan nasi beriani kambing brahim. Kami rendam je dengan air panas, setengah jam lepas tu dah boleh makan. Lepas tu bancuh milo 3 in 1 sorang segelas. Bukak tv semua cite dalam bahasa france. Sampai kan cite harry porter pon depa alih suara ke bahasa france. Adoiii lawak rupanye. Last-last aku tertido dengan tv terpasang. Mr Pappi seperti biasa keluar balik sebab nak ambik gambar malam. GIGIH. Kata nya bukan senang nak ke sini. Aku? Merekut dok dalam selimut nak kumpol tenaga untuk esok pulak.

Good Night Interlaken

24 thoughts on “HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 1

  1. Woah this blog is magnificent i love studying your posts. Stay up the good work! You understand, a lot of people are looking round for this information, you can aid them greatly.

  2. Great reading and beautiful pictures. really helpful. will be going there in january. macam sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk aje….good tips…mee segera!!!

    • memang sejuk miss blue. mee maggi tu kalau malas nak rendam nasi brahim. makan panas-panas. baru ni i p italy i cuba improvised makan maggi kari dengan ikan bilis goreng. terbaikkkk

  3. Salam Rossdowsen,
    Teman nak tanya sikit…mika p Swiss and Holland bulan brapa ?…we all plan nak P end bulan March next year….sejuk ke masa tu?

    • salam yob

      kami pegi bulan may. bulan may pon dah sejuk sampe ke tulang ni kan pulak bulan march. tahun ni pulak late winter, kuekenhof garden bulan march tak keluor lagi bunge nye. baik kome pegi bulan april

  4. Salam,

    Catatan perjalanan yang menarik, kumpulan kami akan menggunakan catatan tersebut semasa disana. Dijangka Kami kesana pada tahun depan.Tq

    • tq en zainal. cuma ada a few itinerary yang kena improve sikit. contoh nya lauterbrunnen dengan interlaken boleh menginap di salah satu tempat sebab dua-dua tempat ni dekat je antara satu sama lain

  5. Salam,

    Nak tanya, Kalau guna Swiss Pas kemudian nak guna train panorama (train golden pas/ train glacier) kena bayaran tambahan ke….Tq.

  6. kalau nak ke lauterbrunnen turun kat interlaken Ost. Sampai interlaken ost kena tukar train ke lauterbrunnen. Interlaken west banyak kedai-kedai untuk shopping & makan-makan. ada satu kedai shawarma kat interlaken west. memang best

    • saya tak pernah p selain dari spring. tapi kalau tak silap end of september weather dia 15-20 darjah. baju winter tak perlu kecuali kalau nak ke jungfrou. cuma nya standby light jacket sebab akan ada hujan jugak time tu

  7. Seronok baca..sy akan pergi next year feb..rasanya nk kena skip swiss sebab musim sejuk..takut x tahan…bulan may pun sejuk lg..apatah lg bulan feb ye dok?..tp sayangnyer x dpt tgk view tu semua..huhuu

  8. salam,
    seronok bace blog akak.. teringin nak pegi swiss.. insyaAllah masih dlm perancangan.. paling kelakor bace yg ayat akak tulis nak bentang toto sambil tengok view hahaha.. mcm boleh imagine how it feels hehehe.. anyway, thank u for sharing the great stories and experinces 😀

  9. bestnya baca entry2 sis pi jejalan… btw nak tanya, kalau nak dpt swiss pass 2 org RM700 tu beli kat mana? sbb tgk website dlm GBP159 utk 2 org gak rasanya kalau flexi pass. sis beli swiss pass or swiss flexi pass ek?

    • Masa saya beli swiss flexi pass tu ada promotion buy 1 free 1. Boleh beli melalui website swiss pass atau pon boustead travel kat jalan raja chulan. Tapi kalau melalui boustead travel ada cas yg derang kena kan.

  10. suka beno aku baca tulisan kamu nih madam Ross
    cerita kat swiszelen kamu ni mmg best gila…disamping cara penulisan mcm mak jemah tgh sembang mesuarat tingkap..i like!
    teruskan cerita ye, mana tahu satu hari nnt aku akan smpi tempat2 syahdu mcm nih…hiiii
    TQ sharing tauu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s