HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 2

Previous entry sila klik HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 1

5 May 2012 (Interlaken – Lauterbrunnen)

Pukul 5 pagi kami dah terjaga. Kenapa lah sejok sesangat pagi ni. Rupa-rupanya hujan. Adoiii…camaner ni? Semalam staff cafe tu ada kata kalau hari ni cuaca elok esok mesti hujan. Jarang derang kat sini dapat cuaca elok berturut-turut hari. Kata nya lagi kalau hujan, tak berapa santek view kat atas gunung tu. Kami cadang nak naik Jungfraujoch ( Top of Europe) hari ni. Kalau dah hujan pagi-pagi ni kena plan aktiviti lain le pulak. Rugi kalau naik jungfraujoch tak nampak apa-apa. Dah le bayar mahal. Waktu awal lagi ni. Apa lagi…tarik balik selimut le sambil tengok tv lintas langsung keadaan cuaca di pergunungan seluruh Swiss. Memang tak nampak apa pon. Putih je aku tengok dalam tv ni.

Pagi ni pulak aku tak berapa sihat. Bahu dengan dada start rasa pedih-pedih. Tapi still under control lagi. Takat nak jalan ke stesen train boleh lagi ni.. Agaknya sebab cuaca sejuk sangat ke yang aku rasa sakit-sakit ni. Dah le tak bawak apa2 pon ubat aku. Aku suruh Mr Pappi bawak ubat-ubat dia je sebab dia ada asma. So ‘pistol’ inhaler dia standby sampai 3. Sampai sini terbalik pulak. Dia pulak yang sihat.

Keadaan kat luar masih lagi hujan rintik-rintik. Keadaan pon dah terang. Aku jenguk ke luar dari tingkap…mak aiii…banyak nye kabus. Ni confirm sejuk. Kami bersiap-siap untuk sarapan. Lepas tu nak round-round kat kedai-kedai belakang hotel ni. Mr Pappi kata malam tadi dia jalan sorang-sorang kat belakang nampak ada a few jugak kedai-kedai barangan antik & barangan terpakai. Ok dia dah jumpa kedai favourite dia. Sarapan pagi kami seperti biasa pelbagai jenis bread, cheese, fruits, ham, meat, bacon, eggs, orange juice, coffee, milk, cereal. Kami cuma makan bread, cheese & cereal. Bread seperti biasa cicah dengan serunding. Kat bilik tadi aku dah rendam nasi beriani Brahims sebungkus untuk bekalan waktu lunch nanti.

Permandangan waktu pagi selepas hujan di Interlaken. Memang boleh beku ni. Sejuk yang amat.

Lepas sarapan kami berjalan-jalan menuju kedai yang Mr Pappi jumpa malam tadi. Hujan masih lagi turun rintik-rintik. Tak berapa jauh dari hotel ni ada satu bakery yang dah buka. Awal sungguh bakery kat sini bukak. Yang best nye nama bakery ni Mohler. Ate kat sini pon ada jugak orang perak ke? Moh le ni bahasa perak yang bermaksud, jom le. Nasib baik dia tak tulih ‘Moh le kome’. Kalau nama kedai tu cam memang sah le mesti orang perak ni. Moh le kita nengok gambo

Bangga kejap Mr os nengok ni. Moh ler kome kita masuk kede ni

Deretan cafe-cafe yang comel dan berwarna warni

Takde apa pon yang menarik minat Mr Pappi. Ada satu kedai tu tak bukak lagi. Kami pulang ke hotel siap-siap untuk check out. On the way ke station keretapi kami berhenti kat satu kedai yang barangan terpakai. Sebenarnya kedai ni adalah cafe tapi dia ada jugak jual barangan terpakai. Belek punya belek akhirnya Mr Pappi berkenan dengan beg sling, kasut loafers pompuan saiz 4 & cap. Seperti biasa dia nego baik punye dengan owner kedai tu.(Owner kedai tu pompuan). Akhirnya tiga-tiga benda tu berjaya dibeli dengan harga RM 39.00. Owner kedai tu pulak seronok melayan karenah Mr Pappi. Selesai urusniaga, dia pelok Mr Pappi dengan gembira nya sebab berjaya negotiation kot. Ampess suka letuw kena pelok.

Kat lorong-lorong kecik macam ni selalu ada kedai-kedai barangan terpakai (bundle) ataupon kedai-kedai antik. Nampak tak lembu kat wall tu. Keras kepala betul lembu-lembu kat sini sampai dinding pon pecah

Sampai kat stesen keretapi Interlaken West, kami ada 2 option nak ke Lauterbrunnen. Samaada menaiki train ataupon bas. Stesen bas terletak bersebelahan stesen keretapi ni aja. Kalau naik bas pon tambang free jugak sebab kami ada Swiss Pass. Tapi kami memilih naik keretapi. Sebab bawak beg banyak jadi jadi train ada ruang letak beg yang besar & mudah. Kat depan stesen train Interlaken West ada tasik yang di beri nama Lake Thun. Plan asal masa kat kl sampai je Interlaken semalam nak naik cruise mengelilingi tasik ni. Tapi sampai lewat lepas tu sesat apa bagai nak cari hotel, letih wooo, terus tukar programme. Pagi ni pulak ada jugak cruise yang offer package breakfast, tapi kami tak ambik sebab LAHAM compare dengan harga cruise petang.

Mana-mana jam kat stesen keretapi & bus kat Swiss ni semua cap Rolex. Jam dinding guna Rolex okey. Ko Hader??

So perjalanan diteruskan ke lauterbrunnen. (Tak jauh pon). Dari stesen Interlaken West ke stesen Interlaken Ost hanya mengambil masa tak sampai 5 minit. Sampai situ kami kena tukar platform untuk ambik train ke Lauterbrunnen. Sebelum tukar train kami simpan beg dalam locker. Kami tak sure malam ni nak bermalam kat Interlaken ke atau Lauterbrunnen, so decided untuk tinggal beg kat sini. Harga sewa locker hari ni RM 17.00 sahaja. Aku rasa lagi pendalaman sesuatu tempat tu lagi murah sewa locker nye.

Tiba-tiba teringat scene kajol & shah rukh khan yang dalam cite diwale tuu.

Perjalanan dari stesen Interlaken Ost ke stesen Lauterbrunnen melalui 2 perhentian iaitu Wilderswil & Zweilutchinen. Sepanjang perjalanan tu kami dijamu dengan permandangan meadows yang menghijau & bukit-bukit yang ber snow. Train ni jugak lalu dekat sangat dengan sungai. Risau je mana le tau tiba-tiba terlajak mau jatuh dalam sungai. Suhu memang sejuk giler pagi ni so aku tak aktif sangat sebab bahu dah mula rasa sakit yang amat. Mr Pappi je yang gigih sengsorang tangkap gambar. (Mood rugi dalam ati).

View sepanjang perjalanan ke Lauterbrunnen

Sampai kat stesen Lauterbrunnen aku terus tanya operator kat kaunter tiket tu macamana cuaca kat jungfrau. Dia tunjuk tv yang ada lintas langsung (katanya) cuaca kat atas tu. Aku nampak putih je tah hapa-hapa pon tak tau. Dia pon cakap rugi kalau naik time sekarang. So dia suggest Murren. Huhu…aku pon pollow je la. (Kes tak buat research so i pollow je la). Kami kena naik cable car yang letaknye di belakang bangunan train station ni. Tak jauh pon beberapa langkah je. Cable car ni free sebab guna Swiss Pass.

Selamat datang ke Lauterbrunnen. Kalau nak ke Jungfrau kena naik train dari stesen ni.

Masa naik cable car dari Lauterbrunnen ke Grutschalp (camne nak pronouns ni), permandangan kampung-kampung tu jangan cakap le, memang memukau. Aku suka tengok rumah-rumah swiss yang tepi-tepi bukit comel-comel tu. Laman rumah dia ada pulak rumput-rumput hijau berselang seli dengan bunga-bunga kuning tu. Jom layan je gambar.

Sampai kat Grutschalp ni aku dah sejuk gile dah. Ingatkan dah sampai rupanye kena naik keretapi pulak ke Winteregg dan terus ke Murren. Sekali lagi naik train ni free. Ada jugak yang takmo naik keretapi macam aku ambik option berjalan melalui denai-denai yang dah disediakan. (Dalam hati tak kose nak berjalan sejuk2 ni). Mr Pappi ada jugak bagi hint-hint nak berjalan, tapi aku buat dek konon-konon menghayati keindahan alam semulajadi. Naik train dalam 15 minit je kalau aku jalan kaki mau sampai petang kot. (Nipis lelemak aku nanti)

Posing depan train walaupon tersiksa jiwa dan raga (sejukkk)

Perjalanan ke Murren kami disajikan dengan permandangan gunung-ganang yang bersalji. Kali ni memang duduk depan mata je gunung-gunung tu. Laluan keretapi ni pon tepi-tepi bukit je.Adoiii…gayat tak berani nak tengok ke bawah. Suhu sejuk berangin terasa sampai-sampai tulang-tulang sendi. Geng-geng rusia yang se train dengan aku ni memang ramah tamah. Derang heran napa la aku sejuk sangat. Yelah kalau tengok fizikal mak jemah ni kan….banyak lelemak kental yang boleh digunakan untuk memanaskan badan. Ada sorang tu siap cakap this weather is good for you. Hahaha….ampess ko. Nate bewok sungguh nate ni…boleh ar dah minum todi kat bawah tadi kan.(Hamek ko aku kecek kelate. Terkulat-kulat semua tak paham apa mak jemah bebel)

View ni betul-betul depan mata kami. Tak sangka kan macamana bleh sampai ke sini kami. Sekolah tak tinggi mana pon…(hahaha tiba-tiba)

Ketinggian Murren approximate 1600m. Sila abaikan pelakon tambahan di depan tu yang baru nak belajo ikat tie.

Keluar je dari train station Murren aku duduk kat satu kerusi mengadap view gunung keluarkan nasi beriani kambing Brahim. Sementara Mr Pappi jelajah kawaan sekitar ni, aku menjamu selera. Kelas Mak Jemah makan beriani depan Alps. Murren ni resort ski kot sebab nye aku tengok takde orang yang keluar rumah melainkan gendong kayu ski masing-masing. Oleh kerana aku lambat sangat, so kena tinggal dengan Mr Pappi. Lagipun bahu aku dah makin sakit, so tiap kali ada tempat rest aku benti duduk berjemur tengah panas. Nasib baik ada matahari skit pagi ni. Mr Pappi tah sampai mana pon aku tak tau. Yang aku tau dia patah balik pon aku tak sampai-sampai kat ujung. Dia ajak aku pegi sampai ujung ada cable car lagi. Aku sengih-sengih je la (tu je yg mampu buat). Last-last dia ajak aku singgah cafe minum hot chocolate bila dia tengok muka aku macam orang nak pengsan je. (Susah jugak kalau aku pengsan kat situ. Ko mampu angkat???)

Jadi aku pon tak bleh nak cerita kisah kat hujung Murren dan kawasan pergunugan yang seterusnya dimana kat hujung tu ada lagi cable car yang boleh kita naik sampai puncak Schiltorn. Kalau sapa-sapa nak info pasal tempat ni bleh klik kat blog Chawanna ni. Beliau lagi gigih berbanding aku berjalan sampai ke hujung Murren. (Mood nyesal tak abih sambil Mr Pappi senyum2 sindir)

Peak season time winter baru lah banyaka resort-resort yang beroperasi. Musim ni derang banyak buat renovation

Paip air yang macam dalam cite omputeh zaman medieval ala-ala cite fantaghiro tu

Best kan belakang umah ada view macam ni.

Yang ni bangku ke berapa tah aku duduk. Masa ni Mr Pappi layan kan aje. Sampai depan skit sorry lambat tinggal

Rumah-rumah di Murren. Jauh ooo menapak sampai sini. Habis cekal dah ni

Jom benti minum. Meja yang penuh tu geng-geng russian yang kipochi nak tangkap gambo ngan aku. Mak Jemah layan kan je sebab peminat mak jemah le kata kan

Santek rumah ni. Nak request kat Mr Pappi le nak rumah macam ni. (Sambil tgk kat bulu kaki Mr Pappi agak2 laku tak tu)

Lepas minum kami turun ke Lauterbrunnen. Kami follow jalan tadi jugak sebab aku tak larat nak ambik route hujung Murren tu. Kat situ ada cable car lain. Sampai kat bawah terus kami berjalan ke arah air terjun yang santek masa naik cable car tadi. Sepanjang-panjang jalan ni ada pelbagai pilihan backpackers, cafe &  kedai gift. Cuaca masih lagi sejuk tapi tak le sesejuk kat Murren tadi. Masa berjalan ni kami berkenalan dengan 3 orang pelancong dari Thailand. Tiga-tiga pompuan ni sewa kete dari Paris drive ke Swiss & Amsterdam. Pergh… GIGIH depa ni. Derang sewa kete 11 hari dengan harga 380Euro. Murah seh. Tak pe…dalam hati next time nak try jelajah France. Seperti biasa kami bertukar-tukar facebook. Lepas ni nak mintak advice derang untuk trip ke Rural France. Insya-Allah.

View dari jauh air terjun yang selama ni menggamit pelancong datang

Unik sungguh hardscape derang. Agak-agak sentap dengan orang rumah bawah tu, ko tolak je batu ni. Haamek kau penyekk

Kat tepi air terjun ni ada tangga. Bagi sapa-sapa yang gigih mendaki sila lah panjat kalau nak tengok dari mana datang nye punca air ni. Aweks2 Thai yang aku jumpa tu buat sekerat jalan je pastu patah balik. Tak larat kata nye.

Sepanjang berjalan kat sini banyak bunga-bunga kuning tumbuh. Memang santek kalau nak buat pose-pose ala-ala kajol.Aku cadang nak buat pose-pose baring ala-ala kajol tapi Mr Pappi pulak kang tak sanggup nak tengok. Bukan jadi kajol tapi kojool. Dari sini juga nampak train yang naik ke Jungfrau di celah-celah rumah-rumah & bukit-bukit. Bayangkan celah-celah dapo ko Jah train lalu. Siap bleh laung2 lagi dari dalam ketapi ke dapur umah tanya masak apa tuuu.  Permandangan dia memang superb.

Pose kajol tak jadi kata nye. Cantek kan bunga tu.

Kalau lah boleh bermastautin kat sinii…..cop umah yang ada laman besar tu (berangan)

Masa ni aku & aweks2 thai tu lepak bawah pokok yang takde ranting tu sambil-sambil minum ice lemon tea. (Gigih sejuk2 minum ice). Lama beno Mr Pappi menjelajah

Bunga-bunga tumbuh merata

Hari dah nak petang kami decided nak stay kat hotel yang depan train station tu sebab aku tak larat nak jalan jauh-jauh. Bahu aku yang tadi dah kurang rasa sakit, kali ni bertambah berdenyut. Agak nya sebab cuaca dah mendung balik suhu pon jadi rendah. Kami ambik train dari sini ke Interlaken Ost sebab nak collect beg yang kami simpan tadi. Sebelum tu kami singgah makan kebab kat Interlaken sebab kat Lauterbrunnen memang takde kedai yang bukak. Pukol 5 depa dah katop kedai sebab hari ni hari sabtu. Stesen minyak pon tutup awal. Cost Dinner malam ni RM 98.00. Giler mahal sebab aku tapau satu bawak balik hotel. Kot la tengah malam lapo. Hotel pulak RM 472.00 satu malam termasuk breakfast untuk dua orang. Darurat punye pasal kan…kalau sihat aku dah menapak cari budget hotel kat ujung-ujung kampung tu.

Steinbock Hotel. Thanks to staff hotel ni yang mencari Paracetomol masa aku tak sihat. Nasib baik one of customer cafe derang ni ada stok.

Malam tu memang tak tahan sangat dah rasa bahu. Berdenyut-denyut. Cadang petang tadi nak cari farmasi kat Interlaken tapi semua dah tutop. So bertabah le sementara tunggu pagi. Mr Pappi sapu minyak panas yang aku bawak dari KL. Dalam sakit-sakit tu sempat aku ber wifi bukak yahoo weather tengok berapa suhu sekarang. Mak aiiii patut pon mengigil -7 rupanye.

Tahap beku dah ni wey. Aku duduk dalam 3 lapis selimut. Mana tak nye malam ni bahu berdenyut-denyut menjadi-jadi.

Bila pagi je terus surh Mr Pappi tanya kat staff cafe kot-kot derang ada panadol ke hapa. Nak harap kedai bukak pagi-pagi buta ni confirm tak bukak lagi. Lagipon panadol kat sini tak dijual kat kedai-kedai runcit. Menjadi kesalahan kalau jual sebarang ubat. Kena beli kat farmasi jugak. Nasib baik le staff cafe ni melilau mencari kat customer yang datang tu. Dapat le sebijik. Cukop le buat sementara waktu sebab pagi ni kami akan ke Zermatt. Perjalanan yang panjang. Kami tak breakfast pon pagi ni sebab aku tak berapa sihat tak larat nak turun awal. Buffet sampai pukol 10 pagi je. Masa nak check out kami order hot chocolate sorang satu & makan kebab yang aku tapau malam tadi. Oleh kerana kami tak makan masa breakfast tadi, so hot chocolate yang kami minum tu dia tak cas. So suweet….derang memang baik hati.

Ok…perjalanan harus diteruskan. Berat hati nak tinggalkan Lauterbrunnen. Tapi Mr Pappi & aku dah tekad satu hari nanti kami akan ke sini lagi. Nak repeat balik mana-mana tempat yang aku tak larat jelajah tu macam dalam gambar-gambar blog Chawanna. Insya-Allah.

8 thoughts on “HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 2

  1. Hahahaha lawak la entry ko nih!! ye jam rolex tu memang cam %^&*&^%…telan air liur je le..kalau kt sini pakai rolex, alamatnye kaya la mat2 rempit sekalian alam!! hahahah

  2. Salam sis, blh i dpt kn email addr u or any utk I buat sikit pertanyaan psl Swiss? Need r help actually. Tqvm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s