HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 3

Previous entry sila lah klik HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 2

6 May 2012 (Lauterbrunnen – Zermatt)

Lepas siap breakfast ala kadar kami menuju ke station Lauterbrunnen. Tak jauh pon seberang jalan je. Hari ni perjalanan diteruskan ke Zermatt. Mana aku dapat tau pasal Zermatt?? Last year boss aku pegi cuti-cuti ke Austria. Derang pegi Salzberg (jelesss ok. Tu tempat wish list aku jugak). Mula nye depa plan nak ke Zermatt jugak, tapi sebab kekangan waktu (cewah guna perkataan canggih) derang jelajah Austria je. Sebelum depa p Austria boss aku bercerita pasal Zermatt. Kawasan perkampungan dikaki bukit Matterhorn. Kat sini tidak dibenarkan kenderaan dari luar masuk. Kenderaan yang ada kat sini semua menggunakan tenaga elektrik. Kenderaan ni dipanggil electro car. Punya la depa nak jaga alam sekitar depa jadi semua kenderaan dari luar hanya boleh sampai ke station Tasch sahaja. Lepas tu dari Tasch kena ambik train ke Zermatt yang memakan masa lebih kurang 15 minit.

Puncak Matterhorn

Dari Lauterbrunnen kami naik train sehingga Interlarken OST. Kena tukar platform tunggu train seterusnya menuju ke Spiez. Sampai Spiez sekali lagi tukar platform tunggu train ke Visp. Dari Visp perjalanan terus ke Zermatt. Jadi perjalanan dari Lauterbrunnen ke Zermatt mengambil masa lebih kurang 3 jam. Masa dalam train nak ke Speiz kami berjumpa satu family dari Puchong. Derang pon nak ke Zermatt jugak. So kami together-gether turun naik train sampai le ke Zermatt. Best wooo dah lama tak cakap melayu. Kali ni kami bertukar-tukar no phone. Kebetulan derang jugak sewa apartment yang sama dengan kami. Derang sekeluarga 5 orang so lagi meriah siap bawak beras, rice cooker apa bagai. Katanye anak-anak dia celik2 je nak nasi. Tak bleh makan benda lain. Hihihi…sama le dengan Mr Pappi…die hard fan nasi kandaq. Tapi demi bini tercinta, sila bertabah le selama 10 hari tak pekena nasi kandaq.

Stesen keretapi Visp

Sepanjang perjalanan permandangan seperti biasa memang amazing. Rasa nye semua tempat kat Swiss ni memang cantik. Kos tiket train yang dibayar tu adalah termasuk kos view yang disajikan sepanjang kita kat sini. Tu sebab mahal. Jom layan gambar….

Rumah-rumah dilereng-lereng bukit

Lembu-lembu derang mesti ada loceng. Dulu masa kecik2 selalu jugak nampak lembu-lembu macam ni kat kampung pakai loceng. Sekarang tengok lembu kat supermarket je, dah pek-pek dok dalam freezer

Fly over simpang siur

Lagi satu view kampung-kampung di lereng-lereng bukit

Akhirnya setelah 3 jam kami sampai di stesen Zermatt. Dari stesen kena berjalan sikit ke Astoria Apartment. Jalan kaki lebih kurang 10 minit. Naik teksi pon boleh tapi kalau jalan kaki kami boleh meninjau-ninjau pekan Zermatt. Apartment ni aku dah booked masa kat kl. Kami berjalan menyusuri rumah-rumah kedai. Sampai hujung jalan ada bank & muzium Matterhorn. Lepas tu belok kiri selepas jambatan kena jalan sikit sebelah kiri terletak nye Apartment Astoria. Itupun setelah kami terkial-kial kat stesen tadi, datang sorang local people bertanya kami nak ke mana. Fuhh nasib baik ada yang bleh cakap omputih. Dia lah yang tunjukkan arah lepas jalan terus, belok kiri & etc.

Pekan kecil Zermatt

Sampai kat Astoria, staff dia memang ramah sungguh. Astoria apartment mempunyai beberapa rangkaian hotel yang lain. Masa booking aku pilih Apartment Monazit manakala satu family dari puchong tadi booked La perle apartment. Tapi memandangkan Apartment Monazit ni takde wifi, jadi staff hotel ni suggest kami duduk La Perle. Kami setuju je memandangkan wifi ni memang amat diperlukan. Apartment La Perle ni lebih mahal sikit dari Monazit tapi staff hotel ni boleh kurangkan kos cleaning sebab kami stay berdua je. Jadi penginapan kami 2 malam kat sini RM 960.00.  Mr Pappi sempat jugak bertanya kan staff hotel ni ada standby panadol tak. Masa kami sampai tadi farmasi semua dah tutup. Hari ni hari ahad, jadi semua farmasi tutup half day. Nasib baik staff hotel ni ada standby 2 biji paracetomol. Ada lah stok aku malam ni kalau-kalau sakit sementara nak tunggu farmasi bukak esok.

Dari Astoria nak ke La Perle kena berjalan kaki lebih kurang 10 minit. Mr Pappi tak confident ngan aku, so dia minta hotel call taxi. Hehehe….aku bleh je jalan tapi slow le. Taxi yang di panggil electro car ni membawa kami ke Le Perle dengan tambang RM 37.00 (Gile….naik taxi 5 minit je. Standard le swiss)

View daripada hotel kami. Rumah-rumah comel di Zermatt

Sampai kat apartment, apa lagi prepare lunch le. Tadi makan snek je dalam train. Kami makan nasi briyani dengan sambal tumis ikan bilis brahim. Bancuh pulak milo panas sejuk-sejuk ni. Lepas tu rest-rest ni kami cadang nak jalan-jalan pekan Zermatt. Apartment ni lengkap dengan segala bagai pinggan mangkuk, cawan, periuk belanga semua. Microwave, kettle & toaster pon ada. Setiap pagi ada orang akan datang bersihkan bilik.

Cuaca hari ni cerah pulak. Jangan la esok cuaca tak elok sebab nya esok kami cadang nak naik Matterhorn. Lepas nak rehat-rehat kami berjalan-jalan ke pekan Zermatt. Dari hotel ke pekan tak le jauh mana. Jalan kaki tak sampai 5 minit. Tu pun setelah kami dapat tau jalan short cut lalu tepi-tepi rumah orang jalan kaki tak sampai pon 5 minit. Kawasan sini kebanyakkannye adalah ski resort macam kat Murren tu. So banyak le hotel-hotel tutup untuk renovation. Kebanyakkan owner apartment/backpackers kat sini tinggal dalam bangunan yang sama. Jadi aku rasa memang sumber pendapatan utama penduduk disini adalah melalui perlancongan. Derang upgrade bangunan sendiri untuk dijadikan apartment/hostel.

Bapok beso resort ni. Tutop untuk kerja-kerja upgrading

Rumah-rumah kat sini tinggi-tinggi tapi keluasan nye tak besar mana sebab kalau besar sangat cost tinggi nak letak heater setiap ruang. Kalau tak letak heater sejuk beku lah korang

Jalan-jalan kat town dapat roti sebuku. Pagi esok bleh breakfast cicah sambal tumis ikan bilis.

Awal lagi kot nak sopink mopping. So aku sopink roti je sebuku RM 11.00. Tadi kami singgah satu kedai handbag. Sembang-sembang dengan staff kedai tu dapat le info macamana nak try swiss traditional food yang Mr Pappi nak try sangat tu. Cheese Fondue. Elizabeth cadangkan kami satu kedai ni. Elizabeth ni dah baya bapak aku kot. Kata nye dia dah pencen, jadi dia buat part time weekand jaga kedai ni. Dia jugak suruh kami try rosti. Rosti ni ubi kentang yang dihiris-hiris halus, lepas tu letak cheese & panaskan bersama-sama. Kalau nak letak daging hiris pon boleh. Rosti aku dah pernah makan kat Marche The Curve Damansara. Memang sedap makan dengan sos putih (tah apa nama pon tak tau sos tu.sour2 skit)

Aku & Elizabeth. Tu nampak map. Dia siap keluarkan map zermatt punya la nak bagi kami tau kat mana kedai tu.

Kami menuju ke kedai yang Elizabeth suggest tu. Bila tengok menu ada macam-macam cheese fondue. Kami pilih plain cheese fondue sebab nye nak add on meat ke chicken tak bleh kannn. Drinks pulak Mr Pappi order hot chocolate. Aku pulak order sparkling water. Bila juadah tu dihidangkan benda tu datang dengan dapur. Dalam ati aku aikkk… steamboat ke hapa ni. Rupanye…cheese dipanaskan di atas dapur tadi. Lepas tu dia letak sebakul roti yang dah dipotong dadu. Makannye….ambik roti tadi celop dalam lautan cheese yang dipanaskan dalam periuk tu. Lepas tu makannnn.

Ni rupa nye cheese yang dah dicairkan

Roti wholemeal

Aku makan dengan senyum sinis nye. Mr Pappi?? silalah makan Mr Pappi erkk….tak baik membazir wooo. Cost dinner kita ni RM 125.00. For info Mr Pappi memang tak makan cheese. Tak pernah dibuat nye dia makan pizza. Kalau makan spagetti pon without cheese. Kali ni tah macamana dia bleh nak try cheese fondue. Dah terang2 nama nye cheese. Katanya mana tau derang panaskan cheese semata-mata. Akhirnya dia improvise skit letak black papper kat cheese tu. So rasa tengik-tengik cheese tu berkurang le sikit. Baru lah dia bleh makan. Tapi memang takbleh habis pon seperiuk cheese tu. Banyak sangat. Nak tapau? Hehehe…tak pe la. Sambal tumis ikan bilis kat apartment tadi lagi menarik. Dah tekak orang melayu kan tak pedas tak sah.

Kami berjalan-jalan di seluruh pelusok pekan Zermatt. Jalan atas lagi dari swiss bank ada deretan kedai cenderamata. Tapi harga dia mak aiii….sebijik rm 40-50. Adoiii aku tak beli pon. Window-window sopink je. Mr Pappi seperti biasa dengan keramahan nye sembang-sembang dengan nenek yang jaga kedai ni. (Aku panggil nenek sebab dia memang sangat dah tua nye tapi masih lagi kuat bekerja) Nenek ni kata kalau time summer kat perkampungan ni ada festival. Ada orang main alat muzik swiss yang macam seksofon panjang tu. Ada persembahan tarian-tarian tradisional swiss jugak. Ok noted lepas ni nak datang sini kena time summer. (Hohoho…berangan nak datang lagi plak) Oleh kerana Mr Pappi ni ramah sesangat nenek tu suka ngan Mr Pappi so dia bagi homemade sandwich yang kawan dia buat. Kata nye kawan dia buat banyak. Kami tak sampai hati nak tolak, jadi kami ambik je la. Inti sandwich tu smoke meat dengan chicken. Dalam hati takpe kat verandah tadi ada banyak burung-burung hinggap. Best la ko burung makan sandwich pagi esok.

Statue ni terletak kat depan muzium Matterhorn. Muzium ni dah tutop masa kami sampai. Tapi menurut google kat dalam muzium ni ada pameran macamana pendaki-pendaki gunung memanjat Matterhorn. Ada juga pameran alat-alat yang digunakan semasa pendakian

Hari dah mula nak gelap (Masa tu dalam pukol 8 malam) Jadi kami berjalan menikmati suhu segar menuju ke Apartment. Esok pagi kami akan naik cable car ke Matterhorn. Tadi sempat jugak pergi ke stesen keretapi yang ke Gonegrat. Menarik jugak kalau naik train ke Gonegrat tapi berbanding Matterhorn dengan Gonegrat, Matterhorn mempunyai ketinggian yang lebih tinggi iaitu lebih kurang 3800m. Manakala Gonegrat 3089m. Nak naik dua-dua ongkos nya ngak bisa.

Sampai apartment, mandi-mandi semua lepas tu viber dengan kengkawan & family. Lepas tu hooreyyy bleh tido. Tilam ni sangat best & empokk. Good night. Malam ni nak mimpi salji di Matterhorn

Mimpi naik cable car ke Matterhorn dah…zzzzz

2 thoughts on “HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s