HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 4

Previous entry klik sini HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 3

7 May 2012 (Zermatt)

Hari ni kami akan ke Matterhorn….Info pasal Matterhorn boleh rujuk di sini Klein Matterhorn. Bangun awal dah tapi golek-golek dulu atas katil, bagi burung makan kat varendah, breakfast roti cicah sambal tumis ikan bilis + milo 3 in 1, siap-siapkan bekalan kudap-kudap, bawak air sebotol, kami pon berjalan kaki menuju ke Zermatt Bergbahnen AG (Nama cable car station yang nak Matterhorn)

Jalan kaki dari Apartment ke cable car station ni memakan masa lebh kurang 20 minit. Masa tengah-tengah jalan kaki tu ada bas berhenti dekat salah satu bus stop yang kami lalu. Apalagi Mr Pappi pon tanya le driver bus tu pergi ke cable car station tak. Nasib kami baik memang bus tu pergi ke sana. Hooreyy…best tak yah jalan kaki. Jauh jugak le bus ni bawak pusing-pusing. Dan yang penting bus ni free. Mula-mula aku hairan jugak napa takde tempat nak scan tiket dan sebagainya, lepas tu sorang-sorang naik bus ni takde scan apa-apa. Oooo rupanye memang free.

Pegi main ski naik beskal. Ko hader? Aktiviti ski ni dah macam pegi pasar je bagi derang ni. Dah jadi macam rutin harian

Sampai kat cable car station, kami posing-posing dulu. Dari Station ni dah boleh nampak gunung Matterhorn yang femes tu. Nasib baik pagi ni cuaca elok. Terang benderang. Apalagi moh kite beli tiket.

Aku & Matterhorn. Sangat debab dengan baju tu. Kalau tak terpaksa pakai memang aku tak pakai. (Tak pakai baju tu pon memang nampak debab pon)

Nak jugak suruh letak gambo dia. Hihihi…Muqris sangat

Tiket untuk ke atas tu setelah dapat diskaun guna swiss pass RM 170.00 seorang. Tiket yang kami beli ni dapat diskaun lebih kurang 25% sebab tunjuk Swiss Pass. Kalau nak ambik pakej sekali dengan masuk muzium ais kat atas pon boleh jugak. Tapi aku tak ambik pakej tu. Berapa harga tiket untuk masuk ke dalam muzium tu kena cek kat link yang aku bagi tadi. Dari sini nak sampai ke Matterhorn Glacier Paradise kena tukar beberapa cable car. 3 kali tukar. Moh kita naik cable car.

View masa kami nak naik ke Furi. Kat valley tu adalah perkampungan zermatt

Stesen perhentian yang pertama Furi. Furi mempunyai ketinggian setinggi 1867m. Kat sini aku kena tukar cable car untuk naik cable car yang lain menuju ke Schwarzsee. Schwarzsee pula mempunyai ketinggian setinggi 2552m. Fuh makin lama makin tinggi ni.

Semakin jauh meninggalkan Zermatt

Station seterusnya adalah Trockener Steg. Kat sini ada disediakan restaurant-restaurant untuk menjamu selera. Aku tak meninjau pon kawasan ni sebab nak terus ke puncak. Ketinggian Trockener steg ni adalah lebih kurang 2939m. Dari sini perjalanan akan terus ke Matterhorn Glacier Paradise. View pulak dah nampak salji-salji memutih.

Yang ni rumah ke stor ke kilang ke apa ke aku pon tak tau. Berada pada ketinggian lebih kurang 2900m. Construction mesti pakai heli ni.Kalau nak p hospital emergency cam maner le kan. Kena ada sorang sebijik heli le agaknye

Kami semakin menghampiri Matterhorn

Akhirnya dah banyak kali tukar cable car, kami sampai ke Klein Matterhorn. Ketinggian Matterhorn adalah lenih kurang 3880m. Masa ni suhu lebih kurang -8 darjah. Udara pon dah semakin nipis kat atas ni. So aku rasa pening-pening lalat sikit. Aku baca kat google kalau pening-pening lalat tak bleh jalan rushing2 sangat. Kena slow and easy. Memang aku jalan macam tu pon walaupon tak 3 ribu meter ketinggian. Hari ni ramai jugak yang main ski. Dalam cable car tadi penuh dengan mat salleh gendong kayu ski masing-masing. Tingin nak main tapi takde kekuatan lagi. Tunggu le next visit. Cewahhh berangan lagi.

Dari cable car tadi kami berjalan di dalam satu terowong menuju ke elevator yang akan membawa kami ke observation platform. Keluar je dari perut elevator tu, terbentang luas salji memutih depan mata kami. Suhu yang amat sejuk wey. Paling aku tak tahan hidung aku rasa nak tercabut. Nak ke Observation platform tu aku kena panjat tangga pulak.Ada tangga ok. Tinggi nye lebih kurang setingkat bangunan je tapi nak daki tu Ya Allah….dengan udara nipis, suhu sejuk, pening-pening lalat, aku rasa dekat 5 minit baru sampai kat atas tu. Mr Pappi dah tunggu aku kat platform. Siap tepok2 tangan bagi semangat. Ada sorang mat salleh turun tangga sempat bagi semangat kat aku. Katanya slow2 & nikmati lah view ini. This is Matterhorn!! Fuhhh… semangat mak jemah membara biarpon rasa nak pengsan. Hahahaha….punye le susah kan. Lelemak mak jemah mencair sungguh (member kat kl kata dah kurus skit. hahaha..sampai2 kl sental nasi lemak)

Akhirnya….sampai jugak kat platform. Benda pertama yang aku cari…kerusi. Fuhh nikmat tak terkata dapat duduk masa tu. Kat platform tu jugak ada group rombongan cik kiah dengan tourist guide derang. So aku dapat dengar free briefing daripada travel guide tu. Cuaca sangat elok hari ni jadi kami semua dapat tengok Mont Blanc & Jungfrau. Mont Blanc adalah gunung yang tertinggi di banjaran Alps. (Wish to visit Mont Blanc time winter kalau ada rezeki. Insya Allah) Kami jugak boleh nampak Italy & France dari sini. Lepas dengar penerangan dari tourist guide derang, group ni diberikan sorang segelas champagne. Seb baik dia tak offer kat aku. Huhu. Jom layan gambo. Cheers.

Inilah tangga yang telah mencairkan lelemak aku. Awek chinese baju ijau belakang aku tu pon sama je stamina macam aku walaupon dia kurus skit dari aku (hahaha motif??)

View dari platform. Kalau kabus tu takde boleh nampak Italy

Nampak tak yang halus-halus tu. Menurut travel guide group cik kiah tu, yang tu orang tengah hiking. Ada 9 orang kalau tak silap aku. Fuh…gigih. Kalau le aku bleh buat camtu comfirm slim macam Lisa Surihani. Tapi salah satu wish list Mr Pappi nak buat hiking macam tu bukan nak aku slim macam Lisa Surihani

Mont Blanc katanye. Kalau tourist guide tu tipu, maka tipu la aku

Detail salji…(Masa ni keciwi abis)

Salji yang mula cair

Kami & Matterhorn. Jenuh nak nunggu group cik kiah tu turun baru bleh posing kat sini.

View zermatt dari Observation Platform

Pose ekslusif mak jemah yang freezing. Masa ni rasa selesa nye kelubung camni. Pakaian ditaja oleh bundle-bundle disekitar kl. Glove tu nampak kartun sangat tapi dah sejuk terpaksa le guna jugak.

Lama jugak le duduk kat atas tu. Sampai aku bleh buat pose ekslusif tak larat. Alang-alang sampai biar sampai berjam-jam. Lepas dah puas dengan view-view yang ada kat sini kami turun semula ke terowong tadi. Kali ni kami menuju ke cafe. Kat sini ada disediakan cafe dan ada juga kedai-kedai cenderamata. Masuk je dalam cafe rasa suam-suam kuku memang melegakan sesangat. Aku order plain vege spagetti & hoc choc. Mr Pappi seperti biasa order hot choc je. Bread & serunding dia sentiasa dibawa bersama. Portion spagetti dia cukop untuk 2 orang dewasa yang sedang kelaparan. Banyak sungguh. Cost lunch kami hari ni RM 73.50. Ni kategori murah le sebab makan kat cafe yang berketinggian hampir 4000 m.

Kami berkongsi meja dengan tourist dari canada. Dah tua uncle ni. Dia datang zermatt sorang je sebab nye dia order kereta dari jerman, so sebelum shipping to canada, dia jelajah europe guna kete baru dia tu. Gigih jelajah sorang diri. Dalam hati aku sentiasa mintak bila aku dah tua camni dikurniakan kesihatan yang baik supaya boleh jelajah dunia sama-sama dengan Mr Pappi. Geng-geng ski meja sebelah pon menyapa & sembang-sembang dengan kami. Agaknya dalam cafe ni muka kami je yang lain dari depa. Depa semua pattern muka omputih. Geng-geng ski ni dari US. Katanya tak ramai tourist dari Malaysia yang datang ke Zermatt ni. Siap tanya mana kami dapat info pasal Zermatt. Huhuuuu aku kata google daa. Hihihihi.

Dinding-dinding cafe ni kebanyakkannya dibina daripada glass supaya orang dari cafe dapat menikmati view salji & orang main ski kat luar. Masa keluar dari cafe Mr Pappi pergi ke tempat derang main-main ski. Aku tak follow pon sebab nye..heemmmm ni nak marah ni….ada ke Mr Pappi tinggalkan aku yg jalan slow-slow macam siput b*** ni. Sudah nye kami lost. Aku tak tau dia kluar pintu mana. Dah le pening-pening lalat ni, last-last aku berjalan ke terowong menuju ke cable car. Hasil nye aku naik cable car turun dulu, sementara Mr Pappi bleh posing tak sedo diri seperti gambar-gambar berikut. Mood – nak tak nak je upload gambo ni.

View dari tingkap cafe

Ok got it. Patot pon Mr Pappi buat-buat jalan laju tinggalkan aku.

Tulih-tulih nama atas salji tu nak bagi aku jeles letuw. (Memang jeles yang amat pons)

Burung pon ada? ye ke? burung bleh fly sampai 4000m ke?

Terus jadi malu budak ni bila Mr Pappi ambik gambo dia

Akhirnya aku tunggu Mr Pappi kat stesen mula-mula tadi. Sampai kat bawah best nye rasa. Dah kurang rasa sejuk. Aku duduk kat kerusi tengah-tengah matahari terik. Tak lama lepas tu dah Mr Pappi sampai. Boleh pulak tanya aku p mana. Padahal dia yang tinggalkan aku kat terowong tu. Dah le sejuk. Mood sentap. Huhuhu. Kami tunggu bas balik ke Apartment. Sampai-sampai terus cari toilet. Lepas tu rehat-rehat sambil-sambil hirup milo panas. Petang ni kami nak keluar jalan-jalan kat town. Oleh kerana letih kami tido kejap.

Sesudah mengumpul tenaga, kami bersiar-siar ke pekan. Aku masuk kedai kasut. Belek punya belek eh ada yang terbekanan pulak. Ada pulak diskaun, so dapat le sepasang kasut untuk kenang-kenangan. Kos sopink kasut aku RM 253.00. Bleh pakai sampai setahun. Kalau di bahagikan RM 253/360 hari = 0.70 sen sehari. Tak ke murah tu. Hehe. Lepas tu aku masuk ke supermarket nak beli spagetti untuk dinner malam ni. Malam ni kena masak, hari-hari makan luar tak bleh tahan. Kos barang-barang groceries RM 38.00 je. Jimat.

Kedai ni display kasut kat luar je

Aku bersama hasil tangkapan untuk hari ini

Mr Pappi menepok dahi melihat hasil tangkapan aku. Hehehe…alah satu hari 0.70 sen je

Setelah puas bersiar-siar hari pon dah makin gelap, kami pulang ke Apartment. Malam ni kena tido awal. Rest cukop-cukop sebab esok nak meneruskan perjalanan ke Geneva. Lepas makan malam, cadang nak tido awal, tak jadi pulak sebab Mr Pappi dok layan cite omputih yang di alih bahasa France. Tak paham apa pon sebab mana ada sarikata. Cite tu aku dah lupa apa tah tajuk nye, tapi cite yang dekat public phone tu. Alah yang dia kena ugut melalui telefon tu. Balik KL net week nye ada pulak cite tu kat tv2. So Mr Pappi layan lagi sekali sebab nak tau apa yang depa tu cakap masa bertekak-tekak dalam phone tu. Aku layan kejap je cite tu, lepas tu dah sampai ke bulan. Good night Zermatt. Tak tahu lah bila akan berjumpa lagi. Insya-Allah, kami akan ke sini lagi. Kali ni nak try Gornegrat pulak. (Berangan lagi).

Pagi tu sebelum bertolak meninggalkan Zermatt aku sempat singgah kat kedai Elizabeth hari tu. Kali ni Elizabeth muda pulak yang jaga kedai ni. Rupanya ada 2 Elizabeth (nama sama) yang jaga kedai ni. Yang veteren tu weekand je sebab dia buat part time. Elizabeth muda ni punya le suka bila kami kata kami dari KL. Katanya dia suka sangat makan makanan pedas. Kata nye lagi kat Zermatt ni ada 2 orang malaysia kerja kat restaurant thai. Kedai thai ni tutup musim ni & akan bukak balik time winter. So 2 orang rakyat Malaysia tu balik bercuti. Hari-hari dia makan kat kedai thai tu sebab nye food swiss tak pedas langsung. Dia pon cakap dalam setahun tak ramai tourist Malaysia yang datang kat Zermatt ni. Punye le peramah si Elizabeth ni. Sempat le aku sambar  handbag Longchamp. Bukan untuk aku, tapi untuk my mother & mother in law. Total tangkapan pagi ni RM 550.00. Dari kedai Elizabeth ke station keretapi tak jauh mana pon. Seberang jalan je. Kami meneruskan perjalanan ke Geneva & Lausanne.

Me & Elizabeth muda. Dia sangat santek dan tinggi lampai. Katanya dia mix african & portugal. Tu sebab dia suka makan food yang pedas-pedas macam asian food.

Babai Zermatt. Gonna miss u so much

8 thoughts on “HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 4

  1. (Dalam hati aku sentiasa mintak bila aku dah tua camni dikurniakan kesihatan yang baik supaya boleh jelajah dunia sama-sama dengan Mr Pappi)…. wish ur dream come true

  2. oh i loike…biler baca mcm dah betui2 berada kat sana..hehhhe i jeles lah nape x tulis nama i skali kat atas salji nun hehhehhe….tp nama i x der pun selaku penaja gehehhe n babysiter yg berjaya gehehhe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s