HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 5

Previous entry sila klik HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 4

8 May 2012 (Geneva – Lausanne)

Perjalanan diteruskan lagi ke Geneva. Perancangan awalnya nak ke Geneva takde pon nak ke Lausanne. Tapi disebabkan sampai Geneva hujan & air pancut yang femes tu tutop pulak hari ni sebab maintenance (ciss ampeh time ni le pulak nak tutop pon) kami pon berpatah balik ke Lausanne (Tambang train free takpe)

Berbalik balik kepada perjalanan dari Zermatt ke Geneva memakan masa 3 jam 45 minit. Dari station Zermatt kami turun ke Station Visp. Lepas tu tukar platform untuk ambik train ke Geneva. Sampai station Geneva perkara pertama yang kami buat, mencari locker untuk simpan beg. Esok pagi-pagi kami akan ke Paris menaiki train dari sini. Jadi kami cari locker yang dekat dengan entrance platform ke Paris. Kos simpan barang hari ni RM 40.00. Lepas simpan beg kami menuju ke kaunter TGV untuk beli tiket ke Paris esok pagi. Kami beli tiket kelas 2 pukol 7.30 pagi. Harga tiket seorang RM 398.00. Mahai weyy, tapi derang kata view cukop santek tu yang kami naik train. Kalau nak jimat boleh ambik flight Easyjet.

Dah settle dengan tiket kami menuju ke town Geneva tourist information centre. Tak jauh pon dari train station. Jalan kaki  lebih kurang 8 minit. Jalan kaki tepi-tepi kedai yang aku ingat ada mcdonald, lepas mcd ada bangunan besar sebelah kiri. Masuk dalam tu aku tanya apa attraction kat sini. Tujuan utama aku nak tengok water fountain. Tapi tutop pulak, so dia suggestkan aku pergi ke old town Geneva, jalan kaki lebih kurang 15 minit. Kat situ ada deretan kedai & butik-butik terkenal. Tak terkenal pon ada jugak. Memang syurga shopping le kat sini. Aku tak beli apa pon sebab tak larat nak keluar masuk. Lagi pon target nak ke Paris lepas ni mesti Paris lagi murah. Masa kami sampai ni hujan pulak. Memang spoil la. Tapi hujan kat sini tak le lebat macam kat kl. Kami boleh lagi jalan dalam hujan bersantai-santai. Siap tangkap gambo dalam hujan lagi bila kami lalu kat tepi Lake Geneva tu.

Jambatan yang merentasi tasik geneva. Seberang sana tu nak ke train station.

Feri ni dari Lausanne barangkali. Mood sentap sebab air pancut tutop hari ni. Kalau tak sure santek gambo aku. (Alah kat kl pon ada air pancut kat taman tasik perdana)

Flower Clock by flower girl. Gigihhhh nak bergambo dalam hujan

Kami berjalan menuju ke Old Town yang terletak bertentangan  dengan flower clock ni. Dekat sini memang syurga shopping. Aku hanya berjalan-jalan cuci mata je. Memang niat sampai Geneva takmo shopping pon sebab nye LAHAM. Di sepanjang kedai-kedai ni adalah laluan tram & bus. Dengan Swiss Pass yang ada ni, kami pon naik tram. Ntah ke mana le tram ni bawak kami. Layan kan aje. Agak-agak boring kami turun naik tram lain pulak pergi ke Old Town tadi.

Deretan butik-butik barangan berjenama

Dalam tram ni kami juga bertembung dengan peminta sedekah. Peminta sedekah ni bukan nye orang tua, tapi kanak-kanak yang sama baya dengan mucid. Derang ni datang dengan mak nye. Aku tengok mak nye sihat walafiat. Pulak tu mak dia dok berdiri pandang dari jauh tengok anak-anak dia minta sedekah. Entah-entah bukan mak derang. Agent kot.

Baya-baya ni dah diajar jadi peminta sedekah. Tapi kat sini peminta sedekah depa smart2. Berjaket apa bagai. Kalau kat kl berjaket, berpeloh ketiak

Bangunan-bangunan di belakang butik-butik tadi.

Takde apa yang menarik sangat kat sini kecuali tempat sopink. Masa kami duduk-duduk kat area bangunan ni Mr Pappi suggest patah balik ke Lausanne. Kata nye pekan situ menarik juga. Lagipon hari ni kami takde apa-apa aktiviti yang wajib buat. Tapi memandangkan perut yang berkeroncong, kami singgah makan dekat kedai kebab yang berdekatan dengan Tourist center tadi. Kos makan hari ni berdua RM 101.00. Giler makan kebab je sampai seratus. Memang town orang kaya betol. Lepas siap makan & ke toilet (Toilet kedai arab ada air. Best!) kami menaiki train bergerak ke Lausanne.

Bandar Geneva yang LAHAM yang amat. Tengok je la jenama-jenama tu…..

Perjalanan menaiki train dari Geneva ke Lausanne memakan masa lebih kurang 40 minit. Cuaca masih lagi mendung & hujan masih lagi renyai-renyai. Dari station Lausanne kami kena berjalan lebih kurang 15 minit untuk ke Lausanne Ouchy. Nasib baik jalan yang kami lalu ni turun bukit. Dalam hati balik ni nanti kena naik bas. Tak sanggup nak panjat bukit.

Town Lausanne yang baru disimbah hujan

Rumah kat sini besar-besar

Dekat Ouchy ni ada jetty yang mana kapal-kapal ni pergi ke Geneva, Montreux & Evian,France. Seberang lake ni je adalah France. Kalau naik bot lebih kurang setengah jam. Kebanyakkan local people from France bekerja kat sini dan Geneva. Seberang jalan ni pulak ada Metro. Kat sini juga ada ferry pelancong ke Geneva. Masa kami sampai ferry ni dah tutop.

Ferry ni le yang ulang alik dari Lausanne ke France

Ouchy jetty baru lepas hujan

Bapakk beso rantai dia.

Pose dalam keterpaksaan. Sejuk yang amat

Dekat tepi jetty tu jugak ada garden tempat bersantai. Tapi sorang pon takde sebab masa ni hujan. Sejuk kot tu yang semua duduk dalam rumah. Kami je yang terkinja-kinja. Hujan masih lagi renyai-renyai. Bagi kami yang dah biasa dengan cuaca lembap hujan sepanjang tahun di Malaysia, tak berapa heran sangat dengan hujan kat Swiss ni. Bak kata orang perak “Apah tak rasa”.

Seperti biasa munga-munga di mana-mana

Heran aku napa statue pompuan je? Lelaki punye mana?

Yang ni statue sopan santun

Aku dah kata garden ni senyap sunyi. Semua orang duduk dalam umah

Dah berejam berembun, baru sedar diri nak panaskan badan. Kami singgah minum hot chocolate. Cafe ni bersebelahan dengan Metro. Kos minum petang seorang RM 26.00. Masa minum Mr Pappi seperti biasa berchit chat dengan sorang pompuan swiss sebelah meja kami. Kata pompuan tu kalau nak ke Evian, France setengah jam je naik ferry tapi kalau nak ke Paris naik ferry ni tak sesuai sebab dari Evian ke Paris lebih kurang 500km. Sembang-sembang lagi kata nya kat Swiss ni menggunakan 4 bahasa. Bahasa-bahasa nye adalah France, German, Italy & Roman. Tapi 3 bahasa rasmi yang digunakan adalah French, German & Italy. Patut le sepanjang kat Swiss macam-macam bahasa aku dengar (Acece…macam paham kann)

Kat sini le cafe tempat kami memanaskan tekak. Seberang jalan ni adalah bus stop. Yang ada tulisan “M” tu adalah station metro

View depan cafe. Sunyi sepi takde orang

Kami meneruskan ke train station dengan menaiki bas. Tak kose mak jemah nak menapak memanjat bukit tadi. Kami berhenti sebelum sampai station sebab nak singgah kedai beli groceries. Malam ni nak makan maggi. Kami beli maggi 3 bungkus & ice lemon tea. Kos nya RM 19.00. Kami beli dekat kedai india yang menjual pelbagai barangan runcit daripada asia. Kedai ni terletak hanya beberapa meter dari train station.

Kami ambik train ke Geneva semula. Malam ni kami takde perancangan nak tido kat mana. Cadang nak tido kat train station je tapi kat sini tak dibenarkan sesiapa tidur. Pukol 12 tengah malam pak guard akan halau. Nak tido kat Lausanne pulak kami tak sempat nak catch train pukol 7.30 pagi ke Paris. Jadi nak tak nak kena la bermalam kat geneva. Gila kan… dah le tak booked kat mana-mana hotel. Pulak tu pergi town mahal, dah puas jelajah Geneva cari hotel, kami terpaksa bermalam kat Cornavin Hotel. Hotel ni betul-betul bersebelahan train station. Aku rasa bilik ni le paling mahal aku duduk sepanjang hayat aku. Kaki aku dah tak larat tawaf satu pekan Geneva cari hotel murah. Paling murah pon RM 450 satu malam. Jauh pulak tu menapak. Pulak tu kat situ suasana ala-ala chow kit. Adoiii cancel. Esok pagi pkol 6.30 pagi nak keluar hotel. Risau pulak aku.

Setelah ditimbang tara, kami menginap kat Cornavin. Harga satu malam RM 700.00. Pejam mata je lah. Kata Mr Pappi dia belanja. Fuhhh lega, “tapi balik kl kalau u tak cukop belanja lepas tu mintak i belanja u, yang tu dikira macamana pulak?”….huhuhu…Receptionist hotel ni chinese guy from malaysia. Kata nye dia study kat sini & tengah buat praktikal. Konon Kot la dari Malaysia boleh dapat diskaun….poodah. Dan bilik malam tu memang paling best le. Tapi yang rugi tido kejap je. Pukol 6 pagi Mr Pappi suruh budak tu buat morning call.

Okey…malam ni malam terkahir kami kat Swiss. Esok kami akan ke Paris. Sedih rasanya nak tinggalkan Swiss ni. Jika diberi peluang aku nak ke Lauterbrunnen sekali lagi & menghabiskan berhari-hari kat situ. Insya-Allah, satu hari nanti kami akan kembali ke bumi Swiss. Segala memori & kenangan kat sini akan kekal sentiasa dalam ingatan. Ewahhh…syahdu syahdan pulak. Ni Mr Pappi baca jap lagi sure garu kepala dia yang tak gatal tu. Mesti dia kata “nok mari pulok. Duit starang abok takde. Doh guane nak jalang.” Hahahaha….Muah kat Mr Pappi sebab sanggup layan karenah aku sepanjang travel..lalalalallaa(saja je buat perangai. nak uji sayang ke tak)

-End Swiss trip 2012-

Eh France ke tu?? Tungguuuu aku datanggggg!!!

2 thoughts on “HOOREY…MADE IN SWITZERLAND – DAY 5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s