Bonjour Paris (Pre-France trip)

9 May 2012

Bonjour Paris ! (tu je yang aku tau selain dari Merci). Kenapa Entry ni dipanggil Pre-France??

  • Flight balik ke kl dari Paris. So trip ke sini sekadar meninjau2 kawasan je
  • Menyimpan hasrat trip seterusnye ke sub-urban france. Huhu berangan
  • Setelah berada kat sini sehari setengah…..rumour yang mengatakan french ni rude tidak berapa tepat. Maka reason di atas diambil kira. Hooreyy Mr Pappi garu pala lagi

Awal pagi kami dari Geneva. Sila rujuk entry yang sebelum nye Swiss Day 5. Perjalanan menaiki TGV yang sepatut nye memakan masa 3 jam menjadi 4 jam sebab lagi sejam nak sampai Gare De Lyon Paris, ada accident kat atas landasan. Dekat area mana yang accident tu tak tau la pulak, tapi train yang kami naik ni kena perlahankan kelajuaannya supaya pihak berkenaan boleh membersihkan tempat accident tu.

Perjalanan dari Geneva ke Paris menaiki TGV akan berakhir di Station Gare De Lyon

Sebahagian daripada Tgv ‘s Route

Permandangan dari Geneva ke Paris memang cantik bila train melalui kawasan-kawasan kampung france. Paling best ladang-ladang canola yang menguning, padang rumput menghijau & biri-biri berlari-lari. Tapi….tak bleh nak ambik gambo cantik2 sebab camera tak canggih. Kelajuan train melebihi 200km/j. Gambo jadi blur. So enjoyed the scenery dengan aman.

Selesa walaupon kelas 2

Disebabkan kami naik kelas 2, maka nak beli makanan &  minuman sila berjalan sendri ke cafe. Kalau first class depa served depan mata. Kos breakfast dalam train kami pagi ni RM 20.00. Beli coffee & bread je. Masa kat Geneva station tadi Mr Pappi dah beli mineral water & chocolate croissant. Yang tu pon kos nye RM 20.00 (masa taip entry ni tengah tunggu nak bukak posa..ishhh lapaq plak).

Mr Pappi seperti biasa dengan pose “suka letuw” (sengeh manjang)

Sampai kat Gare De Lyon, kami bergegas mencari kaunter metro tiket. Aku tak tau nak ambik tiket apa, sudah nye aku tunjuk itinerary aku untuk hari ni kat kaunter tiket. Lepas tu aku kata esok aku nak ambik metro p CDG airport. So, awek france ni suggest suruh ambik tiket zon 1 untuk hari ni. Lepas tu esok tiket asing nak ke airport. Airport ni dah masuk kategori zon 2. Tiket-tiket ni jugak boleh digunakan kat public transport lain selain dari metro. Nak tahu zon 1 , 2 & 3 cover sampai mana & kenderaan awam mana yang boleh gunakan tiket ni, sila klik sini Paris Metro Pass. Susah aku nak cerita sebab nye aku pon pening. Hahaha….last-last kami naik bus je ronda-ronda kat Paris sebab nye, bus boleh nampak view kat luar. Free pulak tu nak turun naik berapa kali pon takpe. Kalau Metro, nak tukar dari satu route ke route yang lain azab nye mendaki tangga. Mr Pappi kata dah rasa macam tikus, berjalan dalam tanah dari terowong ke terowong yang lain. Station Metro dan terowong laluannye? Sila sediakan tisu untuk tutop hidung anda kalau tak tahan bau hancing. (Beza sesangat dengan train station swiss).

Ok berbalik kepada cerita beli tiket tadi ke semua tiket yang kami beli tu berharga RM 65.00 seorang. Operator tu ada bagi map laluan2 metro, tapi nak kena study dulu ni. Option paling senang tanya je orang. Macam kes kami aritu kami nak ke Ledru Rollin. Nak ke Redru Rollin kena naik metro route no 8. Kat Gare De Lyon ni jenuh kami cari route no 8 satu signboard pon takde. Rupanya bila dah tanya kat operator tu balik, nak ke route no 8 tu kena naik route no 1 dari sini sampai station Bastille. Lepas tu dari Bastille baru ambik route 8 ke Ledru Rollin. Adoiii gitu rupanye.

Sampai kat station Bastille, kami sekali lagi tanya local people. Mana la tau kot-kot salah station. Derang memang willing to help. Selama ni dok  baca dalam internet yang french ni sombong la tak layan la kalau kita cakap selain dari bahasa depa, tipu je tu. Sebenarnya dah tau kan korang tu pelancong kena lah ikut pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau…err..err kandang rimau?? (pikir nak masuk ke tak ni)….hihihi.

Nak tegor derang kena lah greetings dalam bahsa depa. Bonjour..Lepas tu belasah le english broken sambil-sambil tunjuk map nak pegi mana. Bukan apa kena tunjuk map, sebab nye derang akan jawab dalam bahsa france. Bahasa france ni bunyi nye tak sama dengan ejaan normal kita ni. Contoh nye ejaan normal kita “je” depa pronouns “zhur”. Tu yang kita akan rasa, aku tanya lain dia pandai2 pulak sebut nama tempat lain.

Kami sampai di Ledru Rollin sebab hotel yang aku booked ni kat sini. Kalau berjalan kaki dari Gare De Lyon ke Ledru Rollin dalam 20 minit je. Tapi memandangkan konon nak try naik Metro la kata nye…terus jadi setengah jam. Dari station metro Ledru Rollin kena jalan kaki lebih kurang 3 minit ke Baudin Hotel. Tu pon mula-mula sesat jugak. Nasib baik ada yang tanya kami nak kemana, so dia yang tunjukkan jalan. Rupa nya kami dah melawan arus. Huhu…Paris…adoiii memang boleh sesat sebab nye bangunan dia sama je sepanjang-panjang jalan tu.

Adoii la..tersiksa jiwa dan raga nak boleh sampai sini.

Baudin hotel

Sampai kat hotel kami disambut oleh Louise owner hotel ni. Kata nya hotel ni tengah dalam renovation. So ada bau cat skit kat tangga. Bilik kami pulak di tingkat 3. Kena lah memanjat tangga. Harga semalam bilik kami RM 300. Yang ni paling murah kat area ni. Louise sangat baik & peramah. Sementara nak tunggu bilik kami siap (kami sampai awal) kami bertukar-tukar cerita dengan Louise. Kata nya hotel ni business family. Belah malam dijaga oleh abang dia. Internet kat sini pon baru je upgrade supaya semua bilik dapat guna internet. Dia juga mintak kami tulis something kat dalam guest book dia. Kata nya sila tulis dalam bahasa Malaysia. Memang semua pelancong yang datang tulis dalam bahasa ibunda masing-masing. Bergulung2 tulisan depa (mesti tau kan dari mana yg tulisan gulong2 tu). Walaupon dia tak fasih berbahasa inggeris, so do i (hehehe)…tapi dia berusaha jugak nak berkongsi apa jua cerita dengan kami. Sampai sekarang kami still contact melalui fb atau email. For next trip Insya-Allah, Louise ada kongsikan a few places yang berbaloi untuk dilawati.

View dari jendela Baudin Hotel (Jendela kata nyeee)

Tempat pertama sekali nak pergi pagi ni Marche d’Aligre. Yang ni macam pasar pagi le. Berjalan kaki dari hotel mengambil masa   10 minit je. Tapi sampai kat sini banyak stall yang dah kemas-kemas nak balik.( Sedey) Sepatutnya kami sampai awal kan, tapi disebabkan train tgv lewat sampai Paris, sesat dalam metro, sesat kejap kat Ledru Rollin, jadi terlewat le sampai sini. Yang ada lagi orang meniaga barang basah & buah-buahan. On the way nak ke bus stop aku tapau kebab untuk lunch nanti. Harga kebab ni RM 30.00. Ada fries sekali. Kami berjalan kaki sampai bus stop. Aku tengok kat sign bus stop tu, bus yang lalu sini pergi Notre Dame. Ok santek, tak payah nak susah-susah naik metro, kami tunggu je bus kat sini. Aku tanya kat sorang awek tempatan macamana nak ke Notre Deme. Dia kata kena tunggu kat bus stop seberang jalan. Rupa nya arah yang kami tunggu tu nak ke Gare De Lyon. Nasib baik tanya, kalau tak sah-sah jadi konduktor bus.

Salah satu bangunan yang ada kat sini. Bayangkan sepanjang-panjang jalan, bentuk bangunan nye sama je macam ni. Tak ke bleh sesat mak jemah

Sini pon banyak jugak basikal macam Amsterdam

Sampai kat Notre Dame ramai nye orang berator nak masok ke church tu. Aku duduk santai-santai kat depan sungai Seine sementara tunggu Mr Pappi ambik gambar. Aku ajak Mr Pappi ambik cruise menyusuri sungai Seine tapi dia taknak. Kata nye sama je rasa macam kat Amsterdam aritu. Hehehe….Tapi kalau nak naik pon harini mesti full sebab tiap kali ferry ni lalu penoh dengan pelancong. Dari bus stop tadi aku beli mineral water kat Carrefour express. Evian water murah seh. Botol besar RM 6.00 je. Jadi sementara menunggu Mr Pappi aku makan kebab & fries yang ditapau tadi. Tadi masa lalu tepi-tepi cafe derang, ada macam-macam color macaron (huge macaron pon ada) &  macam-macam pastries depa. Tapi Mr Pappi takmo layan selera aku, dia jalan laju2. Huaaaaaa telan air liur je la. (Mood sentap buat jalan lambat2. Tapi tak dapat jugak even jln lambat2 pon). Jom layan gambo.

Ada diantara bangunan lama-lama aku tak tau apa tah nama nye. Kat Paris memang melambak bangunan istana-istana lama, church lama yang rekabentuk nya sama je aku tengok. Hahaha…memang takde feel arkitek langsung. Tu sebab jadi qs je.

Lepas bersiar-siar kat tepi-tepi sungai seine ni aku meneruskan idea Mr Pappi. Idea bernas dia turun naik bus ikut je bus tu nak pegi mana. Tambang guna tiket yang sama. Valid sampai sehari suntuk. Agak-agak ada tempat-tempat menarik kami turun. Tu yang akhirnya membawa kami ke Arc de triomphe & Eiffel Tower. Masa on the way ke sini bus yang kami naik ni lalu depan Moulin Rouge. Setahu aku show dia belah malam. LAHAM yang amat jugak le nak masuk. Info yang aku tahu tiket dalam RM 200++  termasuk minuman.

Kami singgah minum kat starbucks yang terletak tak berapa jauh dari Arc de triomphe. Masa ni nak dapat wifi free. Tiba-tiba pulak aku boleh terpikir flight aku esok ni pukol 12 tengahari ke 12 tengah malam. Kalau 12 tengah malam maknanye malam ni le. Hahaha..pening dah dekat nak balik baru gedik2 nak cek. Aku viber message ngan Along mintak dia confirmkan MAS at same time aku cek jugak online. Tak lama lepas tu Along reply balik kata 12 tengahari esok. Waktu Paris. Fuh legaaa. Baru senang ati nak berpoya-poya balik. So kos minum kopi sebab nak dapatkan wifi RM 20.00. Jom layan gambar-gambar kami yang keciwi dengan Eiffel Tower.

Ntah macamana tak sengaja punya cerita le ni, salah satu bus yang kami naik menuju ke Trocadero. Yang ni aku ingat, kat tempat ni dah tak jauh dengan Eiffel Tower. Kat sini derang buat macam dataran yang boleh nampak view Eiffel Tower. Sebenarnya Eiffel Tower dah tak jauh dah dari sini. Cuma dataran ni dibina dengan kedudukan yang tinggi sikit, so boleh le bergambar dengan berlatarbelakang view Eiffel Tower.

Statue ni terletak di bawah dataran dekat dengan water fountain depab Eiffel Tower.

Lepas dah posing-posing apa bagai kat sini, kami naik bus lagi. Kali ni tah mana-mana le pulak dibawa nye. Last-last kami turun tak berapa jauh dari Notre Dame. Aku singgah kat kedai yang jual FM, Tshirt, Keychain & etc. Kos sopink RM 300 le jugak. Lepas tu berjalan kaki nak ke Louvre Museum. Tapi kaki aku rasa nak tercabut, so kami tanya orang nak ke Louvre Museum nak tunggu bus no berapa. Nasib baik bus tu lalu dekat sini. Bus no berapa aku dah tak ingat tapi aku lega yang amat sebabnye kalau nak jalan kaki memang boleh tahan jauh nye. Jom layan gambar-gambar disekitar Louvre Museum.

Kami tak masuk pon museum ni. Aku pon bukanlah pencinta seni yang amat. Lagipon hari dah petang. Memang takde plan nak masuk museum pon. Shopping pon tak. Takde dalam itinerary Mr Pappi. Kata nye nak shopping p Bandung & Shemzen. Adoiiii jimat nye dia. Nasib baik la aku bukan nye die hard fan barang-barang branded. Baik aku spend duit untuk pergi trip seterusnya.

Satu pon tak pergi Ledru Rollin. Belasah je la turun kat mana-mana pun. Pusing-pusing pon still lagi Paris kan

Hari dah semakin gelap & perut mula berkeroncong. Jom balik, seperti biasa tunggu bus tah mana-mana le bus tu bawak. Sampai masuk celah-celah bangunan, last-last ada kereta parking tepi jalan tapi makan space laluan bus. Sudahnye bus yang kami naik tak boleh lalu. So…semua penumpang kena berjalan kaki dalam 5 minit macamtu tunggu bus lain. Mamat france yang budiman ni tanya kami nak ke mana. Kami kata ke Ledru Rollin, so dia kata ok boleh tunggu kat bus stop ni naik bus no sekian..sekian. (No berapa tah aku tak ingat)

Sampai kat Ledru Rollin, kami berjalan menuju ke hotel. Tapi aku pelik napa pulak rasa macam lain je dari pagi tadi. Takde pon kedai-kedai yang kami lalu pagi tadi. Aku mula cuak dah. Dah ar bangunan sama je. Tanya orang derang kata jalan ni memang Ledru Rollin, cuma kami kena cari no bangunan je. Kami jalan lagi, tak jugak sampai-sampai hotel Baudin nye. Mr Pappi tanya lagi kat satu staff hotel yang kami jumpa. Kata Paris ni senang je, dapat je nama jalan & no unit, maka selagi tak jumpa no unit tu, selagi tu jalan terus saja sampai jumpa. Yang penting jangan belok-belok sebab kalau belok dah masuk jalan lain.Oooo…gitu….Maka berjalan kaki le kami dekat nak 20 minit, baru le jumpa familiar kedai-kedai yang kami jumpa pagi tadi. Punya la jauh jalan kaki, sampai hotel aku terus rendam maggi yang kami beli kat Lausanne hari tu. 3 bungkus terus aku rendam. Lapoo yang amat. Tapi maggi kari tu tak sedap macam kat Malaysia punye. Rasa nye pelik aku rasa mungkin kurang pedas & kurang rempah ratus. Mungkin jugak sebab omputeh tak makan pedas.

View malam dari balkoni hotel

Malam ni nak tido awal sebab esok pagi nak catch metro pagi-pagi. Louise pon ada cakap tadi better keluar awal takut-takut kami sesat dalam metro. Mr Pappi seperti biasa turun kat bawah hotel ni melawat kawasan.

10 May 2012

Pagi ni kami bangun pukol 6. Siap-siap apa bagai, kami meneruskan perjalanan ke station metro Bastille. Semalam Louise kata kalau naik dari Bastille kami tak perlu tukar banyak-banyak train. Kalau Kami naik dari Ledru Rollin, kami kena turun di Bastille. Lepas tu kena pulak ambik train ke Gare Du Nord. Dari Gare Du Nord kami akan ambik train ke Terminal 1 Charles De Gaulle Airport. Tapi memang tidak syak lagi akan sesat, tah macamana dari Bastille kami dah naik salah train. Tah turun mana tak tau (aku pon tak ingat). Apa lagi tanya orang macamana nak ke Gare Du Nord. Awek France ni tunjuk kat map yang ada kat metro tu yang kami kena turun kat station ni. Nasib baik ada signages sebab kami tak paham apa dia cakap. Tapi melalui direction dia yang kami tak berapa paham tu la membuat kan kami berjaya keluar dari terowong metro & sampai ke Gare Du Nord. Kan aku kata derang ni baik-baik belaka.

Sampai kat Gare Du Nord kami ambik train ke Charles De Gaulle Airport. Perjalanan lebih kurang setengah jam. Sampai kat airport kami brekfast dulu. Cost breakfast RM 92.00 untuk 2 orang. LAHAM! Kami tak pergi refund VAT pon sebab kami bukan shopping sakan. 3 orang aweks yang kami jumpa kat Amsterdam aritu pon ada jugak same flight dengan kami. Tapi depa shopping sakan. Lama jugak le derang kat kaunter nak refund balik VAT.

Dalam flight nanti (dah berangan) nak makan nasi lemak. Hooreeyy nak balik kl dah. Rindu nye dengan nasi kandaq kudu, nasi lemak tanglin, mucid & muqris (hahaha…sewel rindu kat food dulu baru rindu kat derang) Gosh….toys untuk derang tak jumpa pon. Alamatnye cari kat Jusco le nanti.Hihihi.

Baru lepas check in. Dah nak tinggalkan Paris. Airport Paris biasa je. Santek KLIA lagi

So..dengan ini tamat lah cerita ceriti aku ke Europe. Harapan & impian untuk ke sini lagi amatlah tinggi. Kali ni nak bawak budak-budak pulak. Ongkos nya pon kena la prepare sehabis baik. Ajja…Fighting Insya-Allah. (Mana la tau kot2 dr rohaya bagi duit raya  kena la simpan. tak bleh joli katak le raya ni)

Babai france. Panjang umor kita jumpa lagi. Eh Mak Jemah ke tu?

4 thoughts on “Bonjour Paris (Pre-France trip)

  1. Salam perkenalan Sis Rose,

    Best betul baca ur cerita2 travel ni, bnyk info & bahasa pun sgt sempoi akak suker.Rasa mcm ikut sekali travel 🙂 Akak ni konon2 plan nak ke Paris so nk tanya klu bwk segala serunding, sambal bilih kering kat airport CDG
    tu senang lepas tak?Klu dulu naik Airasia kat Orly tak der kastam check pun.Tq Rose…

    • Tq kak. Saya touch down paris aritu paling senang kastam dia. Tak banyak tanya. Beg pon tak cek. Derang tanya saya pernah dtg paris tak pastu bila datang? Tu je.

      Sama jugak kat amsterdam derang tak cek beg pon. Tapi derang tanya brapa banyak bawak duit & itinerary.

  2. Salam Ross, best bc blog u sb byk pic2 yg super cantik MasyaAllah. Plus very informative. U pg paris time spring ye. Klu spring biasanya mlm lambat,kan? Nk tny pgalaman. U sempat tgk eiffel tower bermandi cahaya tak? Plan nk pg spring next yr cuma tamak nk merasa both siang n time bergemerlapan lampu (is it possible?) lg 1. Nk tny. Ur husband guna nikon ke? Dgn wide lens ke. Pic u sgt osem. Ade edit2 or mmg mcmtu? Klu tgk dpn mata sendiri sure lebih cantik. I tgk pic u esp kt swiss rasa mcm takleh gambar dgn pkataan keindahan ciptaan Allah ni. Thanx ye ross.

    • salam fara,

      Tq sebab sudi baca. saya pegi time spring. tapi kalau berangin adoiii sampai ke tulang sejuk nya. sunset biasa nya dalam pukol 8 malam. tu yang untung pergi time spring atau summer. Tapi 2 kali p paris tak pernah xplore habis pon paris. tu yg tak de suasana malam kat eiffel tower.

      kalau time malam pon superb jugak lampu2 kat eiffel tower tu. husband saya guna nikon. lense campor2 ada kit lense, ada 50mm, ada wide lense. kalau gambar masa time gloomy tu memang saya ada edit skit kasi clear & sharp kan image. Kat swiss kalau hari ni ujan esok mungkin cerah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s