“Pecah Telornya Buk” – It’s Bandung. Day 1

 

Aku : Nok….KL – Bandung 70 hengget je. Ko nak tak?

Lia : Ya ampunnn….biar bener?

Aku : Gile…blom beli tiket dah tukar slang. Ok Proceed erk. Brapa orang?

Lia : Jap aku tanya derang. Wey korang…bla..bla…70 hinggit je..bulan posa?….bla..bla..bla lagi..sambung bla…blaa..balalaaaa….

Aku : wey cepat la?

Lia : Ok…ok… 5 orang.

Aku : ok sms no ic, nama penoh apa bagai…So campor aku & toy – 7 orang

11 Ogos 2011

hooreyyy….bandung yuk

Beli tiket 7 orang. Tiba pada hari kejadian, yang pergi 5 orang je. 2 orang lagi ada perkara yang tak dapat dielakkan.  Ni kali ke-2 aku ke Bandung. Sebelum ni dengan geng2 ofis. Dapat pulak tiket murah, tapi trip kami jatuh pada minggu ke-2 puasa. Perghhh…sesuai….bleh shopping raya. Flight kalau tak silap pukol 7.55 malam. Aril & Syaini tunggu kami kat KL Sentral. Aku, Mr pappi & Lia gerak dari rumah naik komuter ke Kl Sentral. Giler gigih kentang semua ada, sebab nyaris-nyaris tak kena tinggal flight. Thanks to Aril yg memecut 100m lari berhalangan start dari turun bus kat LCCT ke kaunter Air Asia. Aku dah check in by mobile kesemua nama, cuma nak p ambik boarding pass. Nasib baik budak pompuan kat kaunter tu nak tolong walaupon mulot dia bebel2 cam mak esah. Kalau tak? Sia-sia Wak Ardi tunggu kami kat airport. (Wak Ardi adalah supir kami yang banyak berjasa sepanjang kami disana)

Inilah Bandung. Permandangan yang susah nak jumpa kat kl. (Tak tau la kalau zimbabwe pon ada macam ni. Huhuhu)

Airport Bandung

Sampai di Hussein Sastranegara Airport lebih kurang pukol 10.30 malam , imegresen depa tak banyak songeh. Dia tau orang Malaysia kalau datang nak shopping apa bagai. So tak tanya apa pon. Cuma ucapan selamat datang je. Wak Ardi dah tunggu aku kat luar sambil memegang kertas tertulis nama IBU ROS. Omg…rasa macam pelancong sangat. Aku tengok wak dah slim world skit compare dengan setahun lepas. Aku pulak kata nye dah makin membesar sebagai johan. Hahaha.

Inilah Wak Ardi, pembantu kami sepanjang berada di Bandung

Dalam flight tadi kami makan snack je untuk bukak posa. Jadi destinasi pertama kami ialah…buka posa ayam penyet. Hooreyyyy…ni yang aku suka pasal bandung. Food memang superb. Kami pulak minta wak bawakkan kami ke kedai yg tak terlalu tourist & kedai ayam penyet yang menjadi pilihan orang tempatan.

Sebelum sampai ke kedai ayam penyet kami mintak wak singgah kedai jual kad sim indonesia. Tapi oleh kerana ni bulan posa, banyak kedai tutop awal, jadi wak bawak kat tepi jalan raya, ada satu gerai jual kad sim indonesia. Aku rasa bukan level gerai pon, tapi depa letak meja sebijik, psang lampu, kerusi 2 biji. Yang tu pon bleh jadi tempat depa meniaga. Tak kisah lah wak janji kami dapat kad sim indonesia. Ada pelbagai jenis kad sim. Macam-macam brand ada. Tapi kami ambik yang paling murah. Kos beli kad sim baru RM 12.00 je. Berapa isi kat dalam aku dah tak ingat.

Sampai kat kedai ayam penyet apa lagi macam singa lapo sorang2. Aku rasa pekerja kedai tu mesti tanjat tengok kami belasah ayam2 penyet. Wak pulak order air je. Dia dah bukak posa kat umah. Agaknye wak kenyang tengok kami makan. Sambal ayam penyet habaq ang…terangkattt. Aku dah stanby air kosong 3 gelas. Lagi pedas, lagi nak makan. Kos makan bukak posa lewat malam kami ni RM 10.00 sorang. Menu yang aku ambik set ayam penyet (nasi,ulam2,tempe, tauhu)+ extra ayam & tempe + teh o ais (2 gelas) + ais kosong 3 gelas.

Ok ….menyandaq kekenyangan, kami bertolak ke apartment. Wak dah ambik apartment kat area Cipedas. Kami ambik 2 bilik. Seperti aktiviti sebelum ni, on the way ke apartment, kami singgah kat 24 hours mart. Beli barang2 makan seperti maggi, air, roti, kudap-kudapan yang lain. Share beli barang2 ni dalam RM 5.00 sorang. Mart ni tak jauh dari apartment kami. Sampai kat apartment kami selesai bayar duit sewa, wak minta diri balik. Esok pagi-pagi pukol 8 nak kena bertugas ambik kami kat sini. Penginapan kami ni dah halfway nak ke umah wak. Total cost sewa apartment 2 bilik ni untuk 4 malam RM 750. Jadi bahagi 5 orang lebih kurang RM 188.00 seorang untuk 4 malam. Cipedas ni luar skit dari pusat bandar & di kawasan bukit-bukit skit. Jadi malam tu memang sejuk gile. Tak perlu pasang kipas pon.

Oleh kerana ni bulan puasa pekerja apartment ni bekalkan kami roti potong & margerin untuk bersahur. Kalau bukan bulan posa penginapan kami termasuk dengan buffet breakfast. (Sarapan yg dia sajikan – roti, kaya, butter, maggi, kopi, teh) Semua self service buat kat pantri.

Ni le apartment yang kami sewa. Selesa sangat

Walkway. Depan pintu bilik kami tu geng2 dari malaysia jugak. Naik satu flight dengan kami

Ada pool jugak. Tapi dah keluar pagi balik malam bila masa nak berendam nye. Wey posa daaa.

Ni le roti yang apartment bagi. siap ada peraduan hadiah pakej umrah lagi

Yang ni menu wajib

Malam ni kami tido dengan nyenyak se nyenyak2 nyee. Kat sini pukol 6 pagi dah cerah. Hooreyyy aktiviti 4 hari ni shopping-shopping-shopping. Destinasi pertama kami esok pasar baru. Jom tido dulu. Daaaa.

9 thoughts on ““Pecah Telornya Buk” – It’s Bandung. Day 1

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s