“Pecah Telornya Buk” – It’s Bandung. Day 2

Hari sebelumnya sila klik It’s Bandung Day 1

12 Ogos 2011

Bangun awal semua wey sebab bilik air ada satu je. Penghuni ada 5 yang mandi lama ada 3 orang (orang pompuan). Siap-siap semua wak dah memang tunggu kat luar. Awal dia sampai. Destinasi pertama ke ejen air asia. Nak tambah luggage. Masing-masing confirm yang tambahan barang-barang shopping. Hehe…dah calculate apa semua kami kena tambah RM 35.00 sorang. Berapa kg tambahan luggage kami tu aku pon dah tak ingat.

Lepas tu kami menuju ke Pasar Baru. Mr Pappi kata elok kita sampai awal kat pasar baru sebab nye kalau tengahari jalan jem bangat. Kedai pertama yang aku pergi kedai auntie sona tu la. Kedai auntie sona ni jual semua kain cotton. Kedai lain aku tak berapa nak masuk sangat sebab tujuan aku memang nak cari kain cotton. Selain dari tu aku plan nak cari telekung je. Yang lain-lain dah bertempiaran hilang masuk ceruk mana pon tak tau. Tapi last skali mari kat kedai auntie ni jugak shopping kain cotton. Dekat kedai ni saja kami spent 3 jam. Mak aiii tak perasan pon sampai gitu lama.

kami dengan tokeh kedai

Syaini dah nak gile tak tau nak pilih yg mana. Last skali pilih semua la

Ni lah salah satu kesan daripada kegilaan memilih kain-kain itu

Santek corak ni

bunge tulip

Ni baru separuh masa pertama

Tagged line pasar jeng..jeng..jeng…..kalau pergi pagi-pagi ke Pasar ni jangan terkejut kalau peniaga-peniaga kat sini sebut “Pecah Telornya Buk”. Mula-mula pelik jugak dengar pecah telo..pecah telo ni. Sapa pulak yang pecah telo kannn. Tapi sebenarnya istilah tu bermaksud derang takde buyer lagi. Maklumlah pagi lagi baru je bukak kedai. Jadi bila kita jadi pembeli pertama derang, maknanye kita dah pecahkan zero yakni telo tu. Tu yang bleh jadi istilah pecah telo. (For info ibu takde telo kan.. huhu)

Hampir setengah hari kami kat pasar baru, kami minta wak bawak kami ke Rumah mode. Yang ni pon salah satu tempat wajib pergi kalau datang ke Bandung. Kat sini aku beli seluar & baju kerja, t-shirt lelaki & seluar budak-budak. Baju budak pompuan memang banyak pilihan tapi baju budak lelaki terhad. Tak berapa berkenan dihati. Aku pulak beli beberapa helai legging GAP. Harga dia murah jugak. Memandangkan bulan puasa so nafsu membeli tu dah berkurangan. Aril & Mr Pappi dah surrender awal. Derang duduk lepak kat kerusi depan. Kami bertiga masih lagi gigih meneroka kat dalam Rumah Mode ni. Lepas tu Syaini pulak rehat. Tak larat dah nak belek. Yang mampu bertahan aku & lia. Hehehe….Nafsu serakah sungguh walaupon bulan posa.

Sempat posing dengan monyet depan rumah mode ni

Muqris panggil ni pose “bajet gile”

Dah habis teroka Rumah Mode kami berjalan kaki ke bangunan depan Rumah Mode. Kat sini pon ada jugak factory outlet. Tak silap aku nama nye Rumah Mode plus. Baju kat sini takde semenarik Rumah Mode. Jadi kami cuci-cuci mata je la. Aku beli 2 helai t-shirt mucid & muqris. Diam tak diam dah dekat nak bukak posa rupanye. Stop sopink dulu. Jom cari tempat makan. Cost shopping untuk hari ni aku spent RM 780.00. Lebih dari separuh daripadanya aku spent kat Pasar Baru. Banyak sungguh beli kain yek.

Aku minta wak bawak kami ke kedai seafood murah yang pernah wak bawak dulu. Kat sini cepat & murah. Nama kedai tu D cost Seafood. Kami order ikan dua jenis, sayur, sup, tauhu & tempe, sotong & minuman 1 jug. Cost bukak posa malam ni RM 13.00 seorang. Giler murah. Mana la derang dapat ikan dengan harga murah camni kan. Takkan dalam parit bendang kot. Kat kedai ni juga ada disediakan surau untuk muslimin dan muslimah

Gile camera 2 orang ni. Aku masa ni dah masuk order makanan. Masa ni aku pikir food daripada berposing mosing apa bagai

Karyawan sahaja yang boleh parking kat sini. Karyawan tu staff kot

Lepas berbuka kami sambung balik aktiviti petang tadi. Shopping lagi. Kali ni kami pergi ke factory outlet. Factory outlet kat sini kebanyakkannya rumah-rumah banglo yangh diubahsuai dijadikan butik. Sepanjang-panjang jalan kiri dan kanan factory outlet nye. Jadi kami mintak wak tunggu je kat tempat dia turunkan kami. Lepas tu kami berjalan kaki sepanjang-panjang kedai tersebut. Dekat sini terlalu ramai ulat-ulat jual cenderahati dikaki-kaki jalan. Kesian pon ada tengok derang. Barang yang dijual sama, meniaga dekat-dekat macamana le nak dapat costumer. Kami tak beli pon sebab takut pulak bila semua menyerbu kami. Cepat-cepat masuk dalam kedai.

Peniaga jalanan kat sini dah menjadi permandangan biasa. Kalau naik kereta berhenti kat traffic light, masa ni kita boleh tengok macam-macam jenis barang derang meniaga dari tingkap kete ke tingkap kete yang lain. Ada jugak yang menawarkan service menyanyi sambil memetik gitar. Kanak-kanak pun ada jugak meniaga jajan-jajan di jalanan. Kesian nya. Tiba-tiba teringat muqris & mucid yang sama baya dengan kanak-kanak ni kat rumah. Bangun je tido main psp, facebook etc. Lapar mintak je kat mama. Demand nak makan kfc le hari ni. Muqris kadang-kadang mintak pizza. Tak payah keluar la mama, kita telefon je pizza. Tapi kanak-kanak kat sini sibuk mencari rezeki. Sarapan pagi memang tak pernah kot sama sekali. (Dalam hati insap seketika & bersyukur dilahirkan dibumi bertuah ni)

Posing di salah satu factory outlet. Apa kes brader blakang kita org tu dok usha-usha. Nak join sekaki letuw

Kaki pon dah lengoh tak larat jalan, kami call wak mintak ambik kami. Jam pon dah pukol 10.30. Kedai pon semua nak tutop. Kami balik terus ke apartment tapi singgah kat 24 hours mart. Kali ni kami beli murtabak bebet (if not mistaken) yang ada gerai kat depan mart ni. Rupa dia ala-ala murtabak raja tapi yang ni crispy-crispy & campor dengan cili padi. Murtabak ni guna telor itik. Rasa dia habaq ang…pergh…terangkat bila tergigit cili padi tu. Harga dia RM 8.00 satu. Mr Pappi beli dua set untuk bersahur sekali. Tapi beli satu set dah cukop sebab portion dia besar & tebal. Kat dalam mart aku beli segala jenis minyak urut & balm. Kaki-kaki dah sengal. Lagi pon minyak urut kat sini murah yang amat. 1 botol macam minyak afiat tu dalam RM 1.50 je. Aku pon borong le untuk cik mah (opah muqris) kat umah. (Upah jaga muqris & mucid). Jadi total shopping kat mart malam ni RM 30.00. Gila…kat mart pon jadik jugak aktiviti shopping.

Sampai apartment aku tanya wak nak ambik deposit tak untuk upah dia ni. Bulan-bulan posa ni mungkin family dia nak pakai duit. Wak kata bagi RM 65.00 dulu untuk isi minyak kereta. Selebih nya hari last nanti. Upah wak selama kami berada disini selama 4 hari RM 430.00 termasuk tips & parking. Jadi sorang perlu bayar RM 86.00.

Malam ni semua pengsan awal. Esok nya kami akan ke Tangkuban Perahu. Horeeyy….esok dinamakan aktiviti mesra alam. Daaaa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s