Hari sebelumnya sila klik It’s Bandung Day 2
13 Ogos 2011
Hari ke 3 nak tukar skit suasana. Semalam asyik shopping mopping apa semua, hari ni kita menghayati keindahan alam. Perjalanan dari apartment ke Tangkuban Perahu mengambil masa lebih kurang 1/2 jam. Perjalanan melalui permandangan bukit-bukit, ladang strawberry & ladang teh. Suhu pula semakin sejuk & segar.
Tangkuban perahu ni adalah salah satu gunung berapi yang terdapat kat Bandung. Terdapat beberapa kawah nya yang masih lagi aktif dan tidak aktif. Untuk info lanjut mengenai gunung ni sila rujuk link Tangkuban Perahu Wikipedia ni. Nak masuk ke kawasan Tangkuban Perahu ni dikenakan bayaran. Seorang lebih kurang RM 19.00. Perjalanan menaiki ke puncak dihiasi dengan pokok-pokok ala-ala iklan salem high country. Bau belerang dah menusuk-nusuk ke lubang idung. Sampai di atas, seperti biasa dimana-mana saja ada ulat-ulat yang jual macam-macam jenis cenderamata. Kita orang tak layan pon, tapi derang ni follow je mana kami pergi. Mula-mula tu rasa rimas yang amat, tapi lama-lama derang yang rimas tengok kami kot sebab tak sampai 10 langkah kami pose dpn camera. Jalan depan skit pose lagi..dan lagi..dan lagi.. Jom layan gambar.
Lepas sejam kami kat gunung ni kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya ke Sapu lidi. Sapu lidi ni tempat makan yang ala-ala nailis kalau kat Kuala Lumpur. Tapi kami bukan nak makan pon, gile pose okey, just pergi nak tangkap-tangkap je. Tapi sebaik saja turun dari gunung tu, kami nampak satu ladang teh yang sangat sesuai untuk dijadikan sessi bergambar ala-ala retis. Wak seperti biasa amat setia melayan karenah kami dia berhentikan van tepi ladang tu. Jom layan gambar pose “bajet gile” kata muqris.
Sejam jugak kami habiskan masa kat sini, dalam van kami tidor kecuali Mr pappi yang melayan wak menyembang. Yang tu memang tugas-tugas khas dia. Aku sedar-sedar dah sampai Sapu Lidi. Disebabkan tak bleh makan, jadi gambo disekitar tempat ni je. Aku pulak tapau pisang keju untuk berbuka. Tempat makan ni dibuat di tepi sawah padi. Tempat makan dia ada yang bersila dan ada juga berkerusi meja bagai semua. Ada juga wakaf-wakaf yang dibina untuk pengunjung makan bersantai bersama kumpulan yang ramai. Tempat ni memang luas & landskap yang cantik. Range harga food dia lebih kurang macam kita makan kat sekitar kl. Little bit pricey bagi orang tempatan.
Perjalanan diteruskan pula ke Kampung daun. Kalau tadi makan tepi sawah tapi di kampung daun ni makan dicelah-celah bukit & air terjun. Masa trip aku ke sini tahun 2010 aku sempat le merasa keenakkan juadah kat kampung daun ni. Masa tu trip ofis. So makan pakai belasah je apa yang dihajati. Semua di tanggung. Tapi masa tu tengku nak sambut besday ana, so lunch ditaja oleh tengku. Tapi kali ni mari bulan posa, so cuci2 mata je la.
Dekat Kampung daun ni juga ada kedai yang menjual cenderamata & baju-baju branded. Belek-belek aku beli 2 helai t shirt untuk muqris & mucid harga nya RM 40.00. Selai RM 20.00. Ok jom kita ke destinasi seterusnya. Kali ni kami minta wak bawak kami ke Istana Helmet. Kami menuju ke pusat bandar semula sebab kat sini senang nak cari tempat nak berbuka puasa. Kat istana helmet ni dijual pelbagai jenis helmet, accessories motor, spot rim, jacket etc. dengan harga yang amat murah. Masa kat kl lagi memang Mr pappi target nak pegi sini. So harini hari dia pulak bersopink.
Kenapa boleh terpikir nak beli helmet? Sebabnya sepanjang kami kat sini kami perhatikan helmet-helmet penunggang motosikal kat sini cantik2 dan fancy2. Moto kapcai je beb tapi helmet depa…habaq ang macam naik moto berkuasa tinggi lagak nye. Kalau yang pompuan & kanak2 plak macam2 corak kartun yang suwet2. Bila kami tanya wak dia kata ada satu tempat yang jual perlbagai jenis helmat. Tu yang bleh masuk itinerary Istana Helmat dalam trip ni
Dah puas belek, Mr Pappi beli sebijik. Yang tu je dia berkenan. Ikutkan hati nak beli rim moto. Katanya murah, tapi pikir macamana le nak bawak naik flight rim tu kan….jadi beli helmet sebijik je. Harga nya RM 53.00. Sama jugak dengan Lia & aril masing-masing beli sebijik sorang helmet.
Ok dah masuk bukak puasa. Jom kita ke Simpang Raya. Kali ni kami berbuka puasa dengan makanan padang. Cara makan kat sini ialah derang akan hidang segala semua jenis lauk yang ada dalam menu derang hari ni atas meja makan kita. Once kita sentuh je lauk tu, bermakna lauk tu akan diambil dikira. Bila kita dah habis makan, dia akan kira lauk yang kita sentuh sahaja. Yang tak sentuh tu derang ambik balik. Lia pulak dah addicted dengan teh botol. Aku tak bleh nak masuk plak rasa teh botol ni sebab ada rasa bunga jasmine. Kos bukak posa kami hari ni RM 18.00 sorang. Murah kan. Kami pulak ambik lauk macam tak pernah makan 10 hari rupanya. Kat sini juga ada disediakan surau.
Tadi dah cakap kat wak minta booked spa malam ni. Lepas makan kami berjalan sekitar factory outlet lagi. Menyambung aktiviti malam tadi. Aku tak shopping apa pon sebab baju budak lelaki tak berapa menarik sangat. Sebenarnya aktiviti malam ni nak pegi spa. Sementara nak bagi nasi turun ke bawah kami berjalan-jalan dulu. Spa ni member wak yang punye. Tempat nya pon tak berapa jauh dari rumah mode. Dah letih kaki-kaki ni berjalan, ni lah masa nye nak picit-picit bagi kaki kami segar semula. Baru bleh sambung balik aktiviti sopink esok.
Ada beberapa pakej spa yang ditawarkan. Kat spa ni juga buat rawatan rambut. Oleh kerana kaki aku tak berapa sakit sangat, so aku pilih buat treatment rambut sekali dengan urut bahu. Mr Pappi ambik urut satu badan. Lia ambik sama ngan aku. Syaini ambik urut badan. Aril kalau tak silap urut refleksologi. Cost untuk aku & Mr Pappi RM 78.00.
Lepas habis berurut semua derang bagi minum air herba. Rasa dia tak le teruk sangat. Macam rasa serai campur limau. Lepas siap semua, kami balik ke apartment. Seperti biasa singgah mart beli murtabak buat untuk bersahur malam ni. Sampai apartment aku mandi skit lepas tu pengsan sampai pagi. Esok….wak kata hari ahad ada flea market. Jadi pagi-pagi esok kami akan ke flea market & lepas tu Cibaduyut & Trans Studio. Hooreyyy!!
Nk Tanya… Xkne tax ke bawak helmet ms lalu kastam???
Kami letak dlm kotak. Lepas tu hand carry. Ikut nasib jugak. Masa balik dari amsterdam kena tanya dengan imegresan tapi dia lepas. Ikut budi bicara derang