“Pecah Telurnya Buk” – It’s Bandung Day 4

Hari sebelumnya sila klik It’s Bandung Day 3

14 Ogos 2011

Hari ke 4….cepatnya masa berlalu. Pagi ni pagi minggu jadi wak dah bawak kami ke satu tempat yang ala-ala pasar tani pon ye pasar karat pon ye. Awal-awal pagi kami dah keluar sebab taknak berpanas kat tengah padang. Kawasan pasar ni disepanjang-panjang jalan dan bersambung ke dalam satu padang yang luas. Area mana pasar ni aku pon dah tak ingat. Kami pollow je suggestion wak. Seingat aku kawasan ni dekat dengan maybank & Telekom Indonesia.

Lama jugak kami spent masa kat sini sebab nya banyak gift2 yang murah2. Kain baju pon ada jugak dijual kat sini. Aku beli songkok ketayap (betoi ke istilah ni) empat bijik dengan harga RM 10.00, baju blouse yang ala-ala kelawar tapi ada accessories manik dengan harga RM 45.00 sehelai, t-shirt  ladies RM10.00, tabung & pen holder RM 24.50 yang ni aku beli dalam 35 bijik. So lebih kurang 0.70 sen sebijik. Murah giler.

Tabung & pen holder yang murah gile. Harga sebijik 0.70 sen tu termasuk dengan kos tulis menulis. Cakap je nak tulis apa no additional cost. Kami just tulis bandung 2011.

ok cuba bayangkan kalau aku, lia & syai yang duduk kat buaian tu. Hihihi…menangis airmata darah wak tu nak kayuh

Orang paling akhir sampai kat van wak adalah aku & Mr Pappi. Ni kan tempat fav Mr Pappi, so semua cerok dia masuk. Puas jugak sopink kat sini sebab murah giler. Destinasi seterusnya ialah ke Cibaduyut. Cibaduyut ni famous dengan barang-barang kulit seperti jaket kulit, kasut dan lain-lain. Aku tak sopink barang kulit pon. Lia je beli sepasang kasut keje. Aku jalan tepi-tepi jalan jumpa la sorang wak ni meniaga baju t-shirt budak longgok-longgok. Sehelai dalam RM 2.00. Macam-macam jenama termasuk GAP. Alah bukan original pon takpa janji boleh pakai salin hari-hari kat rumah. Pilih punya pilih dekat sampai 16 helai aku borong. Baru RM 32.00. Haaaa satu hari mucid & muqris nak salin baju sampai 5 kali pon takpa.

Sekejap je kat Cibaduyut kami terus ke Trans Studio. Yang ni adalah aktiviti utama untuk hari ni. Masa ni Trans studio baru je dibuka. Jadi masih banyak lagi kerja-kerja renovations dibuat. Trans studio ni taman tema yang kecik sikit dari Universal Studio. Beza nye Trans studio indoor. Dah le mari sini bulan posa, jadi masuk-masuk dalam ni lengang tak ramai orang pon. Ini sudah bagus!! Tiket nye pon murah je. Dewasa RM 60.00. Jom layan gambar-gambar dalam Trans Studio.

Katun apa pon aku tak tau ni. Katak kot maskot Trans studio ni

Masa ni excited gila 3 orang ni nak try menda alah ni. Mr Pappi riak kuasa 10 dudok belah depan.

Haaaaa….lepas turun je dari moto tadi….(aku & lia memang tak brani cuba)

Kih…kih..kih…Mr Pappi hanya mampu tersenyum. No komen. Tadi riak sangat kan

Captain Jack pon ada

Gigih…..bulan-bulan posa pon nak memanjat

Ada jugak live show. Masa ni tajuk cite ni Kebayan Ke New York. Menarik jugak cite nye. Ada Subtitle english

Ada jugak rumah hantu kat sini. Tapi aku tak brapa takut sebab sebelum masuk rumah hantu ni aku tengok minah2 hantu ni tengah bersolek apa bagai. Tak surprise sangat

Last sekali kami masuk rumah hantu sebelum keluar membeli belah cenderahati buat kenang kenangan. Mr Pappi beli Tag clipper Trans Studio berharga RM 11.00 satu. Mahal sikit le kat sini. So beli le 2 bijik je. Total RM 22.00. Lepas tu kami mencuci mata ke shopping mall yang attached dengan Trans Studio ni. Shopping mall ni baru bukak jugak. Ala-ala Pavillion gitu. Kat sini ada butik-butik barangan branded macam Todd & lain-lain. Saja je cuci mata sementara nak tunggu waktu berbuka. Kesimpulannya Trans studio ni takde lah best mana kalau nak compare dengan Universal Studio Singapore. Agak nya sebab baru bukak kot. Tapi tempat ni sesuai le untuk kanak-kanak sebabnya banyak games budak-budak. Lagipun taman tema indoor ni kalau bawak budak-budak senang nak control.

Kali ni wak bawak kami makan kedai cawangan nasi ayam penyet malam yang mula-mula hari tu. Tapi branch ni tak sesedap kedai yang malam tu. Aku rasa best yang malam tu punye lagi. Kos bukak posa kami sorang RM 20.00. Jom layan gambo food pulak.

Lauk wajib ayam bersama tempe. Ayam penyet dah habis. Tinggal ayam bakar je.

Malam ni kami sambung balik aktiviti sosial kami dengan bersopink. Kali ni Mr Pappi beli beg Laptop dengan harga RM 100.00. Aku pulak sempat sambar dua tiga helai baju kemeja. Lepas tu beli T-shirt untuk epoi kat KL. Total aku sopink baju aku & baju orang RM 65.00. Ok cukop takmo sopink dah. (Yolah tu) Jalan punya jalan kat depan factory outlet ni ada orang jual tepi jalan fridge magnet murah. Kami semua memborong sakan le. Wak tu pon bleh bagi free gift buy 3 set (1 set ada 6 pcs) free 1 set. So aku beli 3 set RM 21.00 dapat 24 bijik FM. Jatuh nye sebijik 0.80 sen. Wak tu pon balik malam ni dengan dada yang lapang. Kami borang 4 set sorang.

Kami melilau sampai kedai tutop baru lah balik ke apartment. Seperti biasa singgah mart tapau murtabak untuk bersahur. Esok adalah hari last kami kat sini. Ada saki baki duit ni cadang nya nak singgah kat Pasar baru sebelum ke airport. Kali ni nak terus ke kedai yang dah aim masa hari first aritu. Nak beli telekung, kain batik & kain pelekat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s