Singapore – Universal Studio (Gile…1 day trip)

17 July 2011

Ni boleh jugak dinamakan trip terkejut tergempaq & juga rezeki terpijak. Lia call aku malam tu:

Lia : Nak gi tak tapi pukol 5 pagi esok kena kumpol kat ofis aku.

Aku : Pegi mana?

Lia : Singapore. Ko bawah passport & badan je. Yang lain semua free. Kita pergi Universal Studio. Lepas tu malam kita tengok Lion King Show. Tiket semua dah beli. Free!! Budak2 ofis aku last minit cancel. Banyak kosong. Tapi aku bleh offer ko sorang je.

Aku : Ye ke? Free? Bawak Passport je. Jap aku tanya Mr Pappi. (Kenapa offer kat aku? Ni mesti sebab aku comey)

Maka malam tu picit Mr Pappi lebih skit sebab nya nak mintak duit blanje sekali. Mintak lebih skit sebab nak beli baju USS budak2. Lagipon tambang bas, tiket uss, tiket lion king semua dah dibayar. Bawak duit belanja je. Hooreyyyy…..Maka seawal pukol 5 pagi aku & lia dah kumpol kat ofis dia. (Heran boleh plak aku bangun awal. Kalau nak gi kerja tu tak bleh plak aku bangun awal)

Lepas kami sampai, Aril sampai. Pastu Haris, Marina, Doria, Serap & office mate lia yang lain juga bos2 dia. Muka aku pon dah familiar dikalangan office mate lia ni, sebab setengah2 event derang kadang-kadang aku pergi. Ni kalau ada Mr Pappi lagi meriah. Semua orang dia kenal. Ikutkan nak gerak pukol 5.30 pagi tapi tunggu ahli rombongan akhirnya pukol 6.15 pagi kami gerak. Tu pon banyak lagi sit bus yang kosong. Sorang bleh guna 2 sit. Marina kata kalau tau tak penoh ajak Abang Tomoe pon takpe. (Couple ni tak bleh berenggang)

Kami akan sampai kat USS tengahari. Sebenarnya tujuan asal trip ofis lia ni nak tengok teater Lion King yang belah malam tu. Oleh kerana sampai siang, boss derang tambah aktiviti sampingan ke USS. So i pollow je la kan dah free. Nak bergumbira sehari suntuk kat USS sila datang semula yek.

Dalam bus, aku tido. Kejap-kejap bangun tengok movie. Lepas tu tido balik. Bus berhenti makan kat RNR mana tah aku tak ingat untuk sarapan pagi. Sarapan ditaja oleh boss Lia. Lepas makan free perjalanan diteruskan & aku pon meneruskan mimpi tergantung tadi. Sampai le kat johor sebelum nak masuk Singapore bus benti kat RNR. Kami singgah membuang apa yang patut. Lepas tu kat situ ada money changer. Aku tukar duit kat sini sebab malam tadi mana sempat nak tukar.

Kat imegresen berjalan lancar, cuma yang tak best nye naik bus ni kena turun naik 2 kali. Sekali kat imegresen johor, lepas tu kena turun kat imegresen singapore plak. Lepas siap cop passport kena berjalan jauh ke parking yang khas untuk bus. Kalau naik flight takde le leceh camni kan (Eleh jalan skit dah bising) Sampai kat singapore, derang ambik sorang pemandu pelancong untuk guide kami & bercerita pasal singapore dalam bus. Uncle ni le yang uruskan semua tiket2 kat sini. Sepanjang perjalanan dari imegresen ke USS uncle ni bercerita kat depan bus. Ha….yg ni kawasan industry…yang tu rumah flat…yg tu kondo (org kaya singapore)…yg ni kawasan elit…bla..bla…bla..Akhirnya kami sampai ke Sentosa Island yang menempatkan Universal Studio.

Parking bus kat basement. Dekat tepi eskalator ada kaunter untuk buat kad Resort world (Classic). Disebabkan nak buat ni free, so semua pakat buat masa ni. Layan kan aje la. Yang tak best nye, gambar kat kad tu derang scan gambar dalam passport. Burukss wey gambo dalam passport. Keistimewaan kad ni aku pon tak ingat dah. Hehehe…pakai buat je. Tak silap aku dapat diskaun kalau menginap kat hotel-hotel rangkaian Resort World & diskaun kat taman-taman tema, muzium & theater.

Sempat pose depan kaunter kad

Aril dah tak Sabo2

Atas parking adalah USS. Sebelah USS juga ada kasino. Mengikut kata uncle pemandu pelancong tadi nak masuk tengok2 kasino sambil-sambil minum juice free boleh je masuk. Sapa-sapa nak try experience baru boleh le try. Kami yang muda ala-ala kanak-kanak riang ni nak jelajah USS.  Tiket masuk ke USS 60 dollar sin. Tiket semua dah dibeli. Valid satu hari nak keluar masuk brapa kali pon takpe. Kat situ ada MRT yang boleh digunakan untuk ke tanah besar. Kalau rajin takmo makan kat dalam USS boleh ambik MRT tu pergi makan kat luar. (Tak kose mak jemah. Baik layan katun2 dalam ni puas2) Jom layan gambo.

Mula-mula masuk akan nampak kete popcorn ni. Depan kete popcorn ni ada kedai cenderamata Universal Studio

Dalam ni kedai cenderamata. Aku beli baju T-shirt USS untuk Muqris & Mucid. Sehelai dalam RM 60.00. LAHAM kan. Tapi untuk kenang-kenangan pejamkan mata je la. Dah sama harga dengan T-shirt GAP & Osh kosh

Permainan pertama yang kami main. Naik bot ramai-ramai lalu kat canal di sepanjang-panjang canal tu ada menatang2 cite madagascar. Gimix dia ujung canal tu ada air terjun. Semua dah cuak sembunyikan handphone. Sampai kat air terjun tu…jeng..jeng…jeng…(sila pergi USS sendri untuk tau apa yg terjadi selanjutnya)

Depan istana fiona. Kat sini kami tengok 3d shreek. Best gile bila scene naik kereta kuda, labah-labah merayap, percikan air liur. Yang part labah-labah tu memang geli geleman rasa dia merayap kat kaki & tengkuk. Padahal angin je

Berlatar belakang kan istana far-far away

Si syerap & doria suka beno deme ngan air ni. Yang ni juice je, tapi bekas dia nampak unik

Aril masuk main game pyramid ni. Aku tak berani sebab sebelum ni naik rollercoster ala-ala budak tadika nye game pon rasa mcm nak mati. Aril cakap best. Indoor track, masuk dalam2 terowong gelap2, pastu kiri kanan ada mumia, hantu etc

Tangkap gambar kat luar je la. Nak masuk penakot

Perot dah pon berkeroncong. Kat sini ada foodcourt yang halal & non halal. Jadi bagi yang muslim sila cari logo macam ni. Aku makan nasi beriani. Harga lebih kurang RM 40. Mahal yang amat tapi perot dah bersenandung semalam blasah je. Lagipon Mr Pappi dah bagi duit bila lagi nak perabih kan. (Mati laaa kalau dia baca)

Lepas puas menjamu selera yang LAHAM (pastikan makan sehingga beras yang terakhir. Baru berbaloi) kami plan nak tengok show water world. Show dia start pukol 3.30. Cuaca memang panas terik masa ni. Sampai kat water world orang dah ramai berator. Sapa-sapa nak access cepat boleh beli VIP ticket kat kaunter. Alah seat sama je beza nya boleh masuk awal tak yah berator panjang macam kami yang tak berapa berduit ni. Bila masuk kat dalam sila pilih seat mengikut citarasa anda. Harap maklum ye sapa-sapa yang taknak kena simbah dengan air, sila duduk bahagian belakang. Crowds yang pilih seat kat depan akan disimbah dengan air. Sebelom show start ada sessi beramah mesras dengan stuntman. Ada games sorak2. Group yg sorak tak berapa kuat kena simbah dengan air. Show derang memang best banget. Tak rugi kami berator panjang. Jom layan gambo.

Part ni paling best. Tiba-tiba kapal terbang terjah. Hero mai dah

Kejadian letop meletop yang real

Adik-adik tak bleh buat camni kat umah yek

Masa memang amat-amat singkat. Pukol 6 semua dah berkumpol kat luar pintu masuk USS. Lagipon tujuan asal trip ni nak tengok show lion king. Yang ni aktiviti sampingan je. Dari Uss kami menuju ke Marina Bay Sands. Kat sini terletaknya shopping complex, hotel, theater, casino, museum, restaurant etc. Show Lion king yang kami nak tengok tu dipentaskan kat sini. Sementara nak tunggu pukol 8.30 malam kami berjalan-jalan cuci mata kat kawasan sekitar ni. Kami tukar baju yang formal skit untuk show malam ni.

Bangunan pencakar langit. Masa ni otw nak ke Marina Bay

Art science museum yang unik design nye. Ala-ala kelopak bunga yang berkembang

Senja di Singapore

Memang superb show ni. Terbaek

Trima Kasih yek JKKN sebab belanja sepanjang satu hari kat USS & tengok Show ni. (Wow kilat kuku…baru lepas buat manicure ke)

The Theater

The lion king show ni aku rasa semua orang dah tahu kan jalan cite nye mengenai seekor anak singa & keluarga nya. Walau pon cite pasal minatang2 tapi sekor minatang pon takde dalam cite ni. Semua watak minatang dilakonkan sendri (Hihihi….apa punya komen daa) Paling best lagu-lagu dia. Aku rasa semua lagu-lagu dia dalam show ni semua nya sedap-sedap. Nak2 plak suara makcik negro yang pegang watak nanny anak singa ni…mak aii habaq ang…bleh naik bulu roma punya power sore dia. Kalau dia masuk rancangan vokal bukan sekadar rupa confirm dia menang. Untuk maklumat lanjut berkenaan bleh refer kat link The Lion King Show ni. Tahun ni broadway lion king berkampung kat US plak kalau tak silap.

Habis show kami bergerak balik ke Kl. Sampai kat johor kami berhenti makan. Perot dah berkeroncong tapi mata tak larat nak bukak dah. Paksa jugak turun bas lapik perut skit. Lepas makan naik bus balik terus pengsan. Sedar-sedar dah sampai kl. Sampai kl dah dekat nak pukol 5 pagi. Kami ambik kete terus balik umah, sampai umah pengsan sampai tengahari. Wey….aku keje ar arini….kelam kabut masuk bilik air sambil jeling jeles tengok lia yang merekot bawah selimut. Cisss…cisss….nyesal plak tak ambik mc.

Ku gagahkan jugak walaupon letih. Semalam berkinja-kinja kat USS tak sedo diri. Harini amek ko….interim payment, taking off, contract document….sila pilih yg mana satu nak buat dulu. Pengsan!

3 thoughts on “Singapore – Universal Studio (Gile…1 day trip)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s