Dejavu Di Kinabalu -2012 (Day 1)

Hamek ko ……tajuk tak hingatttt

15 Nov 2012 – Day 1

Cuti awal muharam hari ni tapi tak boleh bermalas-malasan kat katil sebab kena bangkit awai. Sapa suruh ambik tiket pagi2 subuh sepie?? (Tanya diri sendiriii) Dah time ni dapat tiket murah. Time lain tiket mahai (Jawab balik pada diri sendirii)

Kali ni dinamakan trip se family yang anggota nya terdiri daripada Mr Pappi, Mummy, Muqris & Mucid. Mucid awal lagi dah cakap nak duduk kat tepi tingkap sebab nak tengok burung2 & sayap kapal terbang. Muqris???? ” Abang nak duduk kat belakang”. Sebab nye……”Makanan cepat sampai”. (Tepok dahiiii 10 kali) Memang sampai je KL Sentral dia dah usap2 perut muncit dia sambil cakap lapar. Aku kata kat airport nanti kita beli makanan. Mucid?? Excited nak naik kapal terbang & nak tengok engine kapal sebab dia dah di trained untuk jadi engineer sejak dalam perut lagi. Hahaha.

Benda pertama yang dia cari masa nak naik ERL…”Kat mana dia letak aircond ketapi ni?”

Mama??? (Mati laaa macam2 soklan dia tanya nanti bila tengok kapal terbang plak)

Muka blur terpaksa bangun tido awal

Muka blur terpaksa bangun tido awal

Dari rumah ke Kl Sental guna transport free ihsan dari Lia. Dari Kl Sentral ke LCCT seperti biasa kami ambik ERL transit. Tiket sekeluarga RM 37.00 termasuk tiket bas dari Salak Tinggi Ke LCCT. Dua-dua hero dah mula bersemangat. Muqris pon dah lupa bab-bab makanan bila dah naik ERL tu. Lepas naik ERL, naik bus pulak, lagi la Mucid seronok. Banyak benda dia boleh cite kat Paktam, Opah & Acu nanti. (Balik rumah memang dia cite satu2 start dari turun ketapi sampai le naik kapal terbang. Siap cerita kete minyak petronas isi minyak kapal) Tiket flight aku beli awal bulan 3 hari tu dengan harga RM 432.00 semuanya. Murah & berbaloi kan….sanggup bersengkang mata sampai pukol dua tiga pagi.

Excited naik train

Excited naik train

Memang dah plan nak ambik kete untuk ke Kundasang. Jadi dah booked kete sewa thru along. Sebab kalau tengok harga kete online bapaakk mahal. Sebelum naik flight Mr Pappi dah sms owner kete yang kami akan sampai kat KK tengahari. Lepas tu Mr Pappi off phone. Sampai airport KK bukak2 phone received sms dari owner kete ” Abang ke KK atau ke Kuching. Kereta saya di KUCHING.”……..Haaaa…amek ko.Aku terus call along. Kata along dia cakap KK bukan Kuching. Ni mesti cousin dia silap bagi info. Adoiii….yg si owner kete dah tunggu kat airport Kuching. So…option lain, lepas je imegresen terus deal kat kaunter kete sewa. Along pulak sms a few contact no yang ada khidmat kete sewa. Tapi setelah ditimbang tara & nego baik nye, kami decided ambik kete viva auto kat airport. Harga sehari RM 118.00. Yang tu paling murah kami dapat dalam masa kecederaan ni.

Perjalanan dari airport ke hotel dalam 15 minit je. Airport Kota Kinabalu ni dekat yang amat dengan town. Aku dah booked Klagan hotel. Ni pon hasil dari recommendation lia yang dua tiga hari lepas buat event kat situ. Harga satu malam RM 240.00 dah termasuk tax & extra bed untuk muqris. Extra bed tu besar kot sebab muqris & mucid bleh tido skali atas tu. Maka aku & Mr Pappi masing-masing berkuak lentang sebab katil kami besar. Bilik ni pon besar tapi view bumbung shopping mall sebelah. Nak view laut sila tambah lagi dalam RM 50.00.

Kerusi fav mucid. Dia suka hotel ni sebab ada kerusi cantik ni yang bleh dibuat pusing2 tanpa henti macam mainan sendiri

Kerusi fav mucid. Dia suka hotel ni sebab ada kerusi cantik ni yang bleh dibuat pusing2 tanpa henti macam mainan sendiri

Ok perut dah bersenandung semalam, jom pegi cari apa yang boleh dimakan. Lepas check in kami santai-santai gedik menyusuri jalan raya tepi pasar filipina. Peniaga baru nak pasang gerai untuk malam ni. Kami pon takde arah tuju selain nak cari tempat makan. Jalan punya jalan sampai le ke jeti yang terletak kat belakang pasar harian KK ni. Menarik seh nampak orang-orang kampung naik bot laju menyeberang laut pegi mana pon kami tak tau. Mr Pappi tanya pakcik yang jaga kaunter tu (takde kaunter pon, depa letak meja lipat & kerusi sebiji). Rupa nya dari sini boleh pergi ke Kampung pulau gaya & beberapa kampung yang lain. Tambang RM 2 je sehala. Murah nye, tapi kalau untuk tourist katanya kena naik bot yang proper kat jesselton jetty. Kat situ ada pakej bawak naik bot keliling beberapa pulau seperti pulau gaya, manukan dan etc. Tapi ada jugak yang offer kat kami kalau nak pergi pulau-pulau tu pagi esok derang ambik RM 100. Takde dalam perancangan pon nak pergi ke puau-pulau ni, jadi kami tolak offer tu.

Tapi Mr Pappi nak try naik bot RM 2.00 ni pergi ke kampung pulau gaya. Rumah-rumah  kat Pulau Gaya ni atas air. Sampai sana ambik-ambik gambar kampung tu lepas tu balik ke KK semula. Kami dah beli tiket tapi tak boleh naik bot lagi sebab kena tunggu giliran. Sampai turn kami Mucid plak protes tak nak naik. Siap buat aksi jatuhkan badan atas lantai sebab tak nak naik bot tu. Adoiii….tak adventure ar Mucid ni. Muqris dah hangin ngan dia sebab Muqris dari tadi excited nak try bot laju ni. Last-last Mr Pappi terpaksa beralah dengan Mucid & kami pon beredar dari situ. Selagi tak blah selagi tu Mucid buat aksi rappers atas lantai. Muqris dah bengkek gile dengan adik dia. Siap sound Mucid jangan jalan dekat-dekat dengan abang. Tapi nak buat camne, dah Mucid ni mandi sungai pon takut, p water park pon jerit ni kan pulak naik bot di tengah-tengah laut.

Ni lah boat yang tak jadi naik tu. Aku tanya budak yang bawak boat ni takde life jacket ke. Dia kata ada tapi semua nya taknak pakai. Kalau ada penguatkuasa je baru keluarkan

Ni lah boat yang tak jadi naik tu. Aku tanya budak yang bawak boat ni takde life jacket ke. Dia kata ada tapi semua nya taknak pakai. Kalau ada penguatkuasa je baru keluarkan

Cuaca pon tak elok hari ni. Langit dah gelap. Ada hikmah jugak mucid taknak naik bot. Kalau tak basah lenjun ala-ala memori daun pisang

Cuaca pon tak elok hari ni. Langit dah gelap. Ada hikmah jugak mucid taknak naik bot. Kalau tak basah lenjun ala-ala memori daun pisang

Dah tak jadi naik bot kami pergi makan ala-ala kadar kat atas pasar KK ni. Cadang nya malam ni baru nak makan seafood kat pasar malam sebelah pasar filipina ni. Kos makan kami RM 16.00. Lauk pauk nye pada aku rasa biasa je la. (Tak rasa apa pon) Dah sedia maklum kalau makan nasi campor kat sini memang rasa suam-suam kuku je. Baik korang makan KFC lagi berbaloi. Tapi chicken wing memang best. Tetiba teringat chicken wing kat NZ lama wangsa maju tu. Makcik tu pon orang sabah. Memang orang sabah teror buat chicken wing la. Asam pedas, tomyam, masak lemak cili api? Nan ado. Sila jangan try masakan berlauk kat sini kecuali kalau kedai tu memang famous dengan masakan lauk pauk. Ada jugak kedai masakan kelate kat sini. Tapi lia lambat bagi info daa.

Mr Pappi ambik jelly ni kata nya nak try. (Tak tau nama apa. aku panggil jelly) Sekali masam daaa rasa ala-ala kerabu. Bagi yang suka rasa masam-masam macam aku layan je.

Mr Pappi ambik jelly ni kata nya nak try. (Tak tau nama apa. aku panggil jelly) Sekali masam daaa rasa ala-ala kerabu. Bagi yang suka rasa masam-masam macam aku layan je.

Lepas makan kami round-round kat bundle yang terletak belakang hotel Le Meridien. Tapi masa ni hujan lebat pulak so rasa excited nak mencuci mata terbatas. Last-last kami berjalan balik ke hotel untuk berehat. Malam ni keluar balik pegi pasar malam.

Bila dah petang derang jual murah-murah je sayur-sayur kampung & buah-buah potong. Buah-buah campor potong tu lima posen satu plastik

Bila dah petang derang jual murah-murah je sayur-sayur kampung & buah-buah potong. Buah-buah campor potong lima posen satu plastik

Kat sini pukol 6.30 dah masuk maghrib. Lepas maghrib kami bersiap-siap nak pegi pasar malam tapi hujan lebat kat luar tu macam tak nak berhenti je. Last option, terpaksa keluar naik kete & kena sabar tempoh jem sikit kat depan pasar tu. Nasib kami baik sebab parking senang dapat. Perot dah berdondang sayang ni. Tak singgah tengok mutiara apa semua pon. Sebab nya tujuan cuti ni nak berjalan je. Takde agenda shopping walaupon shopping cenderahati (Next week nya Mr Pappi ada kursus kat Sabah & Sarawak, boleh beli apa yang patut) Bawak budak-budak susah nak shopping. Mr Pappi pulak jenis yang tawar menawar hingga ke titisan terakhir air liur. Masa kat padang besar sanggup tawar sampai setengah h jam untuk less lima ringgit je kot. Last-last siam tu surrender ngan dia.

Berbalik kepada cerita nak p dinner ni kalau tengok keadaan fizikal pasar malam ni memang tak tergamak nak makan kat sini. Pasar malam ni didirikan atas parking yang ber tar. Tapi rasa macam duduk era 70 an dulu. Jalan tar berlekuk-lekuk, dah le hujan air bertakung sana sini. Becak yang amat. Tempat ni kawasan tourist tapi keadaan jauh beza dengan kl. Dalam hati berkata Malaysia kah ni? Aku rasa Bandung lagi bersih. Tapi desebabkan review dari kengkawan yang suruh try seafood kat sini, kami try jugak le.

Order nasi goreng biasa, ikan & chicken wing. Nasi goreng untuk 1 orang makan dah bleh ajak satu kampung makan sekali. Banyak wey…nasib baik aku share dengan muqris. Mr Pappi & Mucid ratah chicken wing & ikan. Lepas tu aku tapau udang yang cucuk-cucuk tu bawak balik hotel. Kos makan malam ni RM 65.00. Harga murah sebab ikan yang kami ambik tu besar kot. Tapi cara masak dia tak memenuhi selera kami. Salah satu nya tak pedas langsung.

Chicken wing memang terbaekk

Chicken wing memang terbaekk

Ikan jenahak ni RM 15.00 seekor

Ikan jenahak ni RM 15.00 seekor

Pilih lah nak yang mana satu

Pilih lah nak yang mana satu

Jelly lagi. Kali ni tak ambik pon takut tekak tak boleh nak terima

Jelly lagi. Kali ni tak ambik pon takut tekak tak boleh nak terima

Lobster ni berharga RM 250 seekor. LAHAM nye. Tak beli pon. Boleh beli tiket p balik KK-KL dah tu

Lobster ni berharga RM 250 seekor. LAHAM nye. Tak beli pon. Boleh beli tiket p balik KK-KL dah tu

Laut kat belakang pasar malam

Laut kat belakang pasar malam

Lepas makan, kami pergi bundle petang tadi. Bundle ni besar tapi takde apa yang menarik perhatian kami pon. Mr Pappi jumpa cap Mucid je. Tawar  dapat le RM 5.00. Dia letak RM 10.00 tapi Mr Pappi tawar RM 5.00. Mamat tu pon malas nak bercakap, terus agreed dengan harga tu. Hujan masih lagi turun, kami pon ambik balik kete round-round pekan KK dengan kereta. Not much to see malam-malam ni, ditambah pulak dengan hujan, nak lepak tepi laut pon tak boleh. Kami terus balik hotel, sebelum tu aku tapau kopi kat starbucks kat bawah hotel ni. Sampai bilik semua dah menguap padahal baru pukol 9.30 malam. Kat sini suasana dah macam pukol 11 malam. Orang sini semua tido awal kot. Esok pagi kami akan gerak ke Kundasang. Jom tido awal.

4 thoughts on “Dejavu Di Kinabalu -2012 (Day 1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s