Dejavu Di Kinabalu – 2012 (Day 2)

16 Nov 2012 – Day 2

Bangun pagi-pagi & check out. Hari ni kami akan ke Kundasang. Kami breakfast ala kadar je kat area KK ni sebab hotel ni tak menyediakan sarapan. Kata nya cafe tak siap lagi. Mucid pulak kalau suhu sejuk-sejuk mulalah berair idung & batuk. Sebelum keluar dari KK cari ubat untuk dia. Kang bising plak toktam dia marah sebab cucu manja dia demam.(Wekk manja le sangattt)

Kalau ikut google map dari KK ke Kundasang lebih kurang 2 jam. Ni estimate paling slow bawak kete yek. Tapi disebabkan pagi ni cuaca suram je, sepanjang perjalanan hujan lepas tu benti lepas tu hujan balik, maka perjalanan menjadi 3 jam. Bawak plak kete viva yang ala-ala vavi sebab brek pad dia tak berapa elok. Apa punya kete sewa bah tak pernah service ke hapa. So kalau turun bukit tu Mr Pappi change gear instead of gunakan brek. Satu kali tekan brek cas estimate lebih kurang lima posen. Jom layan gambar-gambar sepanjang perjalanan ke Kundasang.

Jalan nak menghala ke UMS

Jalan nak menghala ke UMS

Jalan ni dah start panjat bukit. Berkabus & sejuk. Suhu dah ala-ala Lauterbrunnen

Jalan ni dah start panjat bukit. Berkabus & sejuk. Suhu dah ala-ala Lauterbrunnen

Tak jauh dah. Lenguh bontot rasa lama sangat dalam kete. Hero-hero dah tergolek pelbagai aksi kat belakang

Tak jauh dah. Lenguh bontot rasa lama sangat dalam kete. Hero-hero dah tergolek pelbagai aksi kat belakang

Aku dah booked online Kinabalu Pine Resort. Aku ambik semalam je kat sini sebab nak tengok gunung kinabalu dari dekat. Masa sampai Kinabalu pine Resort bilik tak siap lagi. Kinabalu pon tak nampak sebab cuaca hujan dari pagi. Harapnya cuaca pagi esok menyebelahi kami. Kalau kat Swiss haritu depa kata kalau hari ni hujan, esok possibility cerah tu tinggi. Tu Swiss. Ni Borneo.

Sementara nak tunggu bilik siap, kami pergi Ladang teh. Nama nye Sabah Teh yang terletak kat Ranau. Perjalanan kalau ikut google map kata nye dalam 20 minit. Tapi aku rasa lebih kot. Jauh jugak kena melalui pekan Ranau. Lepas ni kalau sapa-sapa kata kampung dia kat Ranau, aku dah bleh agak dah tahap kejauhan & kehujungan dunia nye tempat ni. Ladang teh Sabah ni tak le besar macam Cameron Highland tu. Kecik je. Kat sini ada cafe, kilang teh, kedai cenderamata. Aku ada terbaca jugak kat sini ada disediakan chalet untuk sapa-sapa yang nak bermalam.

Kami minum kat cafe yang mengadap ladang teh. Kalau hari tak hujan boleh nampak Kinabalu dari sini. Masa kami sampai boleh dikira berapa biji kete je yang ada kat sini. Tak banyak tourist datang. Agaknya mungkin ladang teh dia yg ala-ala suam2 kuku je teh nye. Kat cafe pon kami dengan satu family dari kl je yang ada. Oleh kerana perut tak berdayang senandung lagi, kami order teh o panas satu jug. Ni kalau main uno beramai-ramai amatlah sesuai sebab nye air bleh refill berapa kali pon takpe. Muqris & mucid order fries. So total minum petang RM 20.00.  Lama jugak melepak kat sini (pengsan kot nak abiskan satu jug teh) Borak-borak plak dengan pakcik yang datang dari kl ni, konon nye mengharapkan mentari muncul kembali sebab nak shoot kinabalu, tapi…nan odooooo. Kabus tu macam dah syok parking kat depan kinabalu.

Cafe yang mengadap ladang teh

Cafe yang mengadap ladang teh

Ni lah ladang teh nye. Kinabalu menyorokkan diri

Ni lah ladang teh nye. Kinabalu menyorokkan diri

Berarak awan kelabu...(Sila nyanyi lagu alleycats)

Berarak awan kelabu…(Sila nyanyi lagu alleycats)

Dah kembung perut minum teh, posing-posing skit kat ladang teh kami pon bergerak menuju ke Kampung Luanti. Kat sini ada fish spa. Sebelah ladang teh ni je tempat nye. Tak silap aku kalau nak masuk sini kena bayar tapi kami dapat yang tempat free punya fish spa. Kalau yang berbayar kena masuk ke dalam lagi & beli  tiket kat kedai depan pintu masuk fish spa ni. Niat asal kami nak bagi Muqris & mucid mandi sungai je kat tepi jalan ni. Tah macamana ada pulak ikan-ikan spa ni kat sini. Ok dapat free spa. Cuma ikan-ikan kat sini tak le sebanyak ikan-ikan kat tempat yang berbayar tu. Tapi ok sini lagi kot sebab yang kat tempat bayar tu sure dah banyak kaki orang dia sedot. Hahahaha…yang free ni dia bebas nak pegi mana dia suka. Mucid seperti biasa dengan poyos dia yang takut air. Muqris dah macam orang histeria apa tah nampak sungai pakai spender je dia terjun. Padahal air sungai tu kurang sikit je sejuk dari air batu. Kulit biawak ke hapa tak tau. Mucid santai-santai k-pop baling biskut tiger kat ikan dalam sungai. (Gile ikan makan tiger)

sign fish spa (1 of 1)

Sejam kami kat sini, perut mula bersenandung semalam. Nak makan biskut tiger, mucid dah sedekah habis kat ikan tadi. Kami bergerak ke pekan Ranau. Isi minyak kete RM 10.00 je, lepas tu makan soto kat pekan Ranau. Rasa dia biasa-biasa je la. Cost makan RM 21.00 termasuk dengan tapau roti telor sekeping sorangJalan-jalan kejap kat pekan Ranau ni kami jumpa pasar malam. Ada plak orang jual chicken wing bakar. Aku tapau bawak balik hotel. Tengah malam karang sure lapar. Chicken wing sabah memang terbaik la. Kalau food lain memang tekak aku tak bleh terima, tapi kalau grill2 memang derang terror buat. Cost tapau menapau RM 16.00.

Sebelum ke hotel kami singgah pekan Kundasang. Ada deretan gerai-gerai jual sayur2 & buah-buahan. Aku tapau grapes 2 jenis satu grapes itam satu grapes merah. Total RM 15.00. Masa ni hujan lebat balik. So round-round dalam kete je la. Mr Pappi jumpa pulak bundle kat situ. Suka letuw. Dia dah jumpa makanan dia. Tunggu punya lama, selai pon dia tak beli. Katanya saja je tengok-tengok. Kat pekan Kundasang ni sekarang baru nak bukak KFC. Kerja-kerja renovation tengah berjalan. Suka beno orang sini makan KFC. Mana-mana tempat kat Sabah aku pergi mesti ada KFC. Kat KK saja melambak-lambak KFC aku jumpa dekat-dekat pulak tu jarak antara satu sama lain.

kundasang stall (1 of 1)

Stall di Pekan Kundasang

Permandangan di tanah tinggi Kundasang. memang terbaik. (Tiba-tiba teringat novel RAM yang selalu memuji keindahan Kundasang dalam setiap novel-novel dia)

Permandangan di tanah tinggi Kundasang. memang terbaik. (Tiba-tiba teringat novel RAM yang selalu memuji keindahan Kundasang dalam setiap novel-novel dia)

Sejuk yang amat suhu kat Kundasang ni

Sejuk yang amat suhu kat Kundasang ni

Dah puas round-round dalam kete, kami balik ke Kinabalu pine Resort. Aku dah request nak rumah yang betul-betul mengadap Kinabalu. Derang bagi kami blok S. Yang paling hujung & paling tinggi kedudukannya iaitu di atas bukit. Harga semalam + additional 1 katil RM 310.00.

map kinabalu pine resort (1 of 1)

Nak masuk bilik kad pintu pulak meragam. Kena tunggu orang datang tukar kad. Nasib baik jiran sebelah tolong contact receptionist. Lokasi dah cantik, tapi facilities, equipment semua dah lama.

Nak masuk bilik kad pintu pulak meragam. Kena tunggu orang datang tukar kad. Nasib baik jiran sebelah tolong contact receptionist. Lokasi dah cantik, tapi facilities, equipment semua dah lama

Depan chalet

Depan chalet

Dapat je masuk bilik, sila beratur depan pintu toilet. Kasi Queen masuk dulu. (Semua tak puas ati) Malam tu betoi tak aku kata semua lapo balik. Nasib baik dah tapau chicken wing, roti telo sorang satu dengan maggi cup. Mr Pappi dah bergulung-gulung dalam selimut. Sejuk yang amat sampai lantai-lantai kayu ni pon sejuk. Muqris & Mucid tak jugak tido-tido lagi. Derang melayan movie. Tak tau la pukol berapa derang tido. Aku terjaga pukol 3 pagi (sejuk kot tu yg terbangun pegi toilet) tengok dua-dua dah merekot bawah selimut masing2. Kat sini pukol 6 dah cerah, harap-harap tak terlajak tido sebab nak tengok Kinabalu masa matahari naik.

sign kinabalu pine resort (1 of 1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s