Dejavu Di Kinabalu – 2012 (Day 3)

17 Nov 2012 – Day 3

Kami bangun pukol 5.30 pagi. Hero-hero merekot sejuk bawah selimut lagi. Bangun tido je terus selak langsir….Subhanallah….Kinabalu depan mata. Betol-betol depan kepala. Besar yang amat. Mr Pappi dah start lawat kawasan menggendong camera dia. Aku lepak depan varendah sambil pose2 syok sendiri guna phone. Sejuk tak tau nak cakap la. Tak sanggup nak pijak lantai chalet. Ni pon lantai kayu, kalau lantai concrete aku rasa biru dah kaki2. Jom layan gambo kinabalu.

Masa ni matahari belom naik lagi

Masa ni matahari belom naik lagi

Kabus dah mula bergerak. sikit lagi confirm tak nampak dah gunung kinabalu

Kabus dah mula bergerak. sikit lagi confirm tak nampak dah gunung kinabalu

Kinabalu from viewing deck

Kinabalu from viewing deck

Muqris sound mucid suruh mandi. Mucid kata adik sejuk takmo mandi

Muqris sound mucid suruh mandi. Mucid kata adik sejuk takmo mandi

Alah adik tak mandi pon adik ensem jugak. ayat riak sungguh

Alah adik tak mandi pon adik ensem jugak. ayat riak sungguh

Lepas masing-masing pose tak mandi depan camera (termasuk mama) kita org pon bersiap2 & check out awal sebab nak pegi tengok ladang lembu. Aku mandi yek, Mucid je yang tak mandi pagi tu. Dari Kinabalu Pine Resort ke Desa Cattle Farm tu dalam 10 minit je. Perjalanan dari pekan Kundasang ke Farm ni berbukit bukau. Nasib kau la Viva kami lenjan cukop-cukop.

Permandangan ke Desa Cattle Farm yang berlatarbelakangkan Kinabalu

Permandangan ke Desa Cattle Farm yang berlatarbelakangkan Kinabalu

Farm bukak pukol 8.30 pagi. Nak masuk ke sini kena bayar. Jumlah yang kami bayar  (2 adults & 2 kids) berjumlah RM 8.00. Tiket kena beli kat pintu depan ada satu pondok guard sebelom masuk ke kawasan farm. Dari pintu masuk dah nampak lembu-lembu meragut rumpot. Dah macam view ala-ala lembu New Zealand dalam iklan susu fernleaf (Ntah-ntah iklan susu tu shoot kat sini je. Kita pon ingat kat New Zealand).

Kat Desa Cattle Farm ni ada jual susu segar. Dah sejak keluar dari chalet tadi tak makan apa, breakfast ada tapi Mr Pappi kata tak best bihun dia. Dia dah tanya kat sorang member yang dia baru kenal masa tengah ambik gambo Kinabalu tadi. So …..kami beli susu coklat sorang satu kotak. Budak-budak minum yang kecik je. Orang dewasa kena saiz besar. (Muqris tak puas hati sambil menyedut susu dia dengan laju biar cepat habis. So boleh pau kita org punya) Total harga susu RM 11.00.

New Zealand Malaysia

New Zealand Malaysia katanyee

Yang signage ni gambar wajib ada yek

Yang signage ni gambar wajib ada yek

Part budak-budak paling suka bila bagi makan kat lembu & kambing. Rumput boleh dibeli kat sini dengan harga RM 1.00. Kambing pulak kami bagi susu dalam botol. Susu dalam botol susu boleh dibeli dengan harga RM 1.50 sebotol.

Adik pose jugak

Adik pose jugak

muqris feed cow

Lembu-lembu yang ada kat farm ni tengah breakfast

Lembu-lembu yang ada kat farm ni tengah breakfast

Dah abis breakfast lepak-lepak sambik baca paper.

Dah abis breakfast lepak-lepak sambik baca paper.

Ok dah puas jalan-jalan kat desa cattle ni perjalanan dari Kundasang di teruskan ke Kota Kinabalu.  Kami takde apa-apa plan hari ni. Memandangkan flight kami lewat petang, jadi sempat la nak cuci-cuci mata sekitar pekan Kota Kinabalu.  Perjalanan nak ke Kota Kinabalu menempuh Tamparuli. Kami berhenti kejap kat jambatan Tamparuli yang femes tu ambik-ambik gambar sambil nyanyi-nyanyi lagu jambatan tamparuli dengan pitching & lirik yang berterabur. Mucid seperti biasa dengan perangai jakun dia, nampak benda pelik skit nangis takmo naik jambatan. Tapi kali ni Muqris tak kasi chance punye. Lantak la ko nangis, dia suruh aku seret jugak mucid bawak naik jambatan tu. ATas jambatan muqris buat goyang2 pulak. Lagi la menjerit si mucid.

tamparuli bridge 1

Nangisss

Nangisss

Dah puas menyakat mucid, kami gerak ke Rumah Terbalik yang tak berapa jauh dari jambatan tamparuli tadi. Harga tiket kami 4 orang RM 25.00. Kat dalam rumah ni tak dibenarkan ambik gambar. Jadi takde la gambor bajet retis kat dalam ni. Dalam rumah ni semua benda dia lekat terbalik. Peti ais, toilet, dining table  semua terbalik. Rumah ni kecik je trip tak sampai 5 minit. Keluar dari rumah kat belakang rumah tu ada cafe. So kami lepak2 makan & minum kejap. Muqris sempat melabo (kata org perak) kat dalam toilet derang. Toilet dia sangat besar & santik. Ala-ala macam kat RNR. Yang penting kata muqris…tandas dia ada banyak kipas. Tu yang feel nak melabo tu datang. (gile ke apa cite pasal berak plak)

Ni la dia rumah terbalik

Ni la dia rumah terbalik

Dah kenyang apa semua kami teruskan perjalanan ke KK. Tapi seperti biasa singgah merata. Kali ni kami singgah kat kampung apa tah. Yang menarik nye kat sini banyak kuda. Tu yang ter involved tengok orang main lumba kuda. Suka suki punya itinerary nama nye ni. Ni boleh jugak dinamakan lumba kuda kampung. Jockey takde locker room. Derang salin baju bawah-bawah pokok. Hanger bawak sendri dari rumah lepas tu gantung kat ranting-ranting pokok. Hahahaha…jom layan gambo.

Royal turf club

Royal turf club

Juara

Juara

Kuda ku lari gagah berani

Kuda ku lari gagah berani

Dah abis show kuda kami singgah kat kampung air tak berapa jauh dari turf club ni. Banyak sungguh tempat menyinggah sebelum sampai KK.

Rumah ku dihujung sana. Kalau titi ni roboh, kena pusing jauh la

Rumah ku dihujung sana. Kalau titi ni roboh, kena pusing jauh la

Kampung air ni pulak kat Pekan KK on the way nak ke Airport

Kampung air ni pulak kat Pekan KK on the way nak ke Airport

Sampai kat KK kami singgah kat jetty jesselton. Sapa-sapa nak buat island hopping boleh naik boat kat sini. Muqris buat muka poyo sambil pandang mucid. Ni semua adik punya pasal. Kalau tak kita dah boleh jalan-jalan naik boat. So…main tepi-tepi jetty je la

"tak rock la adik main tepi ni je"

“tak rock la adik main tepi ni je”

pintu gerbang jeselton

jetty jesselton

Petang-petang boleh santai-santai gedix kat sini

Sebelum pulangkan kete kami isi minyak RM 15.00. Sampai Airport awal & check in terus masuk dalam. Punya la ramai orang. Cari port baik skit sebab nak cas battery phone. Muqris & Mucid layan kapal terbang isi minyak. Start pok pek pok pek tanya itu ini apa org tu buat apa semua…sampai la dalam flight derang tido. Sebelum tido tu  sempat satu sorang order maggi & biscuits. Kat LCCT punya la susah nak gerak derang. Acu & pak ngah dah tunggu kat Coffee Bean. Yeahhh…home suweet home…nak tido atas katil umah.

Babai KK....jumpa lagi

Babai KK….jumpa lagi

Yeahhhh dah habis trip sabah. Berjanggut nak menaip satu trip. Ada satu lagi trip nak kena settle sebelum bleh sambung dengan mega trip tahun ni….(sila tabah menaip)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s