Sawadikaap – Hat Yai & Krabi (Day 1)

24 Januari 2013 

Cerita bermula bila boring kat ofis (nak muntah dah tengok drawings) saja-saja bukak web Air Asia, saja-saja gatal cari flight Kl-Hatyai ada la tiket one way RM 45.00 sorang. Niat jahat dah mula dahhhhh. Ter booked!! Hahaha…tapi one way je. Balik nak try naik ketapi. Booked 2 orang je aku & Mr Pappi tapi bila Lia tau dia pon nak. Lepas tu Dika pon nak….lepas tu dah nak dekat-dekat tarikh pegi Syai & Zam pon nak join. Lepas tu ada pulak kedatangan khas yang nak meng surprise kan geng yang lain. Sapa kah dia?? Ariel Lasso le (bukan nama sebenar) Gigih dia sanggup naik bus dari KL-Hatyai semata-mata last minit nak join & nak surprise kan derang kat sini. Dia sampai awal pagi. Kami tengahari. Stayed hotel yang sama. Maka dari 2 asalnya beranak-beranak-beranak-ranak menjadi 7 orang.

Inilah Hat Yai.....Sawadikaap

Inilah Hat Yai…..Sawadikaap

Perjalanan dari KL sentral ke LCCT menaiki ERL Transit. (Seperti selalu ye). Tiket Combo train + Bus RM 12.50. Sila beli siap-siap tiket bus kat kaunter ERL transit. Sampai LCCT masing-masing mengisi tank yang kosong. Aku ambik nasi ayam. Lapaq baq ang. Total breakfast RM 16.00 (Sama dengan rege food pinang masak kat blakang ofis aku) Flight pukol 12.10 tengahari. Sila print boarding pass siap-siap kat ofis / rumah kalau taknak kena cas mepek2 AirAsia ni. Machine self service AA manjang rosak. Terbaru ni (June 2013) pon member Mr Pappi nak p Bandung pon kena masalah yang sama. Machine rosak. Dey apadaaaa AA.

Sampai Kat Hatyai pukol 12.25 pm waktu Thai. Kat airport ramai gila orang beratoq nak masuk Hat yai. Baru perasan ramai nya orang Malaysia mai Hat yai. Dekat sejam jugak kami semua settle. Sejam ni termasuk tunggu si Zam memerut kat toilet.

Dari Airport ke pekan Hatyai kami naik van. Tiket sorang RM 10.00. Van ni akan hantar kita kat hotel mana kita menginap sekitar pekan Hatyai. Kami booked Tune Hotel. Baca review dari blog Kakiberangan tune hotel kat Hatyai ni besar sikit dari Tune hotel yang lain. Plus harga dia munasabah jugak.Aku shared bilik dengan lia, kami ambik pakej bilik (3 malam) + wifi 24 hours + aircond + tv+ toiletries + towel = RM 113.00 seorang.  Murah!

Tune hotel. Kat tengah town Hatyai tapi tak le berapa hiruk pikuk suasanan nya.

Tune hotel. Kat tengah town Hatyai tapi tak le berapa hiruk pikuk suasanan nya.

Jalan raya yang lengang kat depan Tune hotel

Jalan raya yang lengang kat depan Tune hotel

Sampai hotel selesai semua kerja-kerja check in, masing-masing masuk bilik, nak mandi, memerut dan sebagainya. Pukol 3.00 tunggu kat lobby. Dah dapat password wifi semua jadi anti sosial. Kat lobby wifi free. Mintak je password kat minah receptionist ni. Sampai bilik aku dengan lia yang memang dah tau aril dah sampai. Kami plan nak surprise kan yang lain kat Lobby. Mr Pappi pon tak tau oooo.

Pukol 3 petang kami berkumpol kat lobby. Mr Pappi dengan Dika mencari simcard thai kat kedai depan hotel. Syai & Zam tak turun lagi. Aku, Lia & Aril dah ada kat lobby. Orang pertama yang kena surprise2 Mr Pappi & Dika. Pastu ayat poyo Mr Pappi…memang dah syak yang aril akan join kat Hat yai. Buweekkk. Lepas tu si Syai & Zam. Kali ni super surprise lagi sebab syai punya reaksi kalahkan actress terhebat dapat anugerah. Punye le suke dia bila tengok abg aril lasso join. Sabar je la abang zazam yek. Nasib baik dah kawen ngan aku kata zam. (Yang ni aku buat dialog sendri)

Ok…misi seterusnya mencari makanan. Bersedia semua pengakap-pengakap. Ketua pengakap (Mr pappi) bagi arahan. Sila ikut ketua pengakap dan peta yang dah dikaji oleh dia. Kami pon berjalan-jalan-jalan….sekali mana kedai ni. Tadi masa tengok kat foursquare dekat je. Takkan sesat kot, sebab Mr Pappi ketua pengakap masa study dulu . Takkan Ketua Pengakap baca salah map kotttt……Haaaaaa memang salah baca map pon. Dia ambik jalan yg opposite.Dushhhh….dey apadaaaa ketua pengakap division mana ni wey. Oleh kerana dah sesat kami mengambil jalan mudah dengan menaiki tuk-tuk & tunjuk map kat pakcik ni. Wokeyyyy settle…lupakan lah niat murni nak jadi backpackers tegar buat sementara waktu. Naik Tut-tut RM 2.00 sorang. Tengok review kat foursquare kedai halal tomyam ni femes. Namanya Salma Rest. Food dia sedap jugak le. Total makan sorang RM 20.00.

So petang ni aktivitinya free and easy. Lepas makan bro tuk2 kat kedai ni suggest pegi pasar malam. Dia boleh hantarkan. Nama je pasarmalam tapi petang dah bukak. Kat situ macam-macam benda ada dari pakaian, kasut, makanan, toys semua ada. Jom layan gambar.

Nama pasar ni Pat thai

Nama pasar ni Pat thai

Menarik sungguh sushi ni.  Tak berapa pasti halal ke tak. So ambik gambar je la

Menarik sungguh sushi ni. Tak berapa pasti halal ke tak. So ambik gambar je la

Kat sini aku beli shawl dengan harga RM 7.00. Makcik tu letak RM 10.00 tapi lepas tawar dapat le RM 7.00. Lepas tu aku beli blouse nak pakai keje 2 helai harga nya RM 74.00. Mahal sikit sebab kata nya saiz besar. Tapi sebab murah dari kenanga kat kl, tu yang aku beli. Corak vintage plak tu.

Masa kami sopink2 kat sini Mr Pappi dah call member dia yang arrange satu van & pak supir nya sekali yang akan menjadi peneman setia kami sepanjang berada kat sini. Sewa van & driver selama 2 hari setengah ni termasuk duit minyak, parking apa semua RM 800. Kami bahagi 7 orang approx sorang RM 115.00. Jadi ni la pengangkutan kami yang akan digunakan ke Krabi, Hat Yai,  Khlong ngae & Khlong ngek (betoi ka aku eje camni). Condition van amat tip top & terbaik.

Ni lah rupa nya van kami. Harga sewa tak termasuk model tu. Yang tu kena timbang kg dulu

Ni lah rupa nya van kami. Harga sewa tak termasuk model tu. Yang tu kena timbang kg dulu

Dah berkenalan & beramah mesra dengan pakcik van, kami pergi ke pekan hat yai. Masa untuk dinner. Kami makan kat depan Lee Garden Hotel yang happening tu. Gerai makcik jual seafood dengan pulut mangga tu always full house. Tunggu punya tunggu dapat jugak meja. Gerai sebelah tu maggi sup dia terbaik. Kalau tengok keadaan keliling memang tak lalu nak makan. Tapi bila dah rasa pulut mangga makcik tu…baq ang…lupa kejap rasa meloya tadi. Esok nya bleh repeat balik. Kos makan share-share kami RM 26.00 sorang. Banyak jugak kami order, pulut mangga 4, pulut durian 1, air kelapa 5, maggi sup 3, udang saiz sederhana 5 ekor, ayam goreng 4 ketol. Syai & zam tak join sebab zam letih asyik memerut je arini. Jadi kami berlima je la. (meja penoh dah mcm 10 org makan)

Budak ni paling kuat makan pulut dan segala-gala nye

Budak ni paling kuat makan pulut dan segala-gala nye

Udang ni sekor RM 10

Udang ni sekor RM 10

Yeeehaaa...malam di Hat Yai

Yeeehaaa…malam di Hat Yai

Burppp…..Alhamdulillah. Masing-masing menyandaq. Dah..dah…Bangun cepat. Bagi orang lain pulak guna meja. Ingat kedai mamak ke.

Perut dah sarat dengan makanan, kami cari orang urut kaki pulak. Sebelum tu di kaki-kaki lima kedai banyak orang jual baju-baju, sandal & barang2 siam yang lain. Mr Pappi beli sliper sepasang nak buat pakai esok. Harga nye RM 7.00. Foot massage pulak RM 20.00 sorang. Best wooo….sejam urut kaki kami pon balik ke bilik. Esok pagi kena bangun awai. Plan kami esok nak ke Krabi. Aktiviti island hopping. Yeeebedabedu….(fake….sebab aku penggeli dengan flora & fauna dalam laut + takut laut nanti lemas kena makan dengan jos). Sambung episod seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s