Sawadikaap – Hat Yai & Krabi (Day 2)

Hari Sebelumnya sila klik sini

25 Januari 2013

Mangkit awai pukol 4 pagi. Gosok gigi basuh muka, salin baju terus naik van. Tak mandi ok. Alah dah nak pegi laut apa payah mandi. Dalam van sambung tido. On the way singgah surau untuk solat subuh. Lepas tu sambung balik perjalanan & sambung balik tido. Bangun-bangun dah cerah tapi tak sampai krabi lagi. Rupa nya uncle ni benti ajak breakfast kat kampung mana tah. Yang penting halal. Dalam kampung tapi jalan tu ada gerai & masjid (masjid tu aku ingat sungguh sebab aku, lia & aril pegi memerut. Best ooo toilet dia ada banyak)

Gerai kampung ni layan sehhh. Yang unik pagi-pagi dah ada ulam-ulam atas meja. Ulam-ulam ni free ok. Ambik la brapa banyak korang nak. Makan nasi putih pagi-pagi buta. Lauk dia simple je ayam goreng yang di goreng panas-panas, ada kuah skit nak kata kari bukan kari. Kuih-muih macam pulut panggang, pulut berlauk & macam-macam jenis pulut la. Layannn….ayam goreng panas tu siap tapau lagi.

Ni lah gerai makcik senah tu

Ni lah gerai makcik senah tu

Uniform sekolah derang. Masa ni derang tengah tapau pulut & ayam goreng. Kena tunggu sebab first round dah kena sebat dengan kami

Uniform sekolah derang. Masa ni derang tengah tapau pulut & ayam goreng. Kena tunggu sebab first round dah kena sebat dengan kami. Kasut sekolah colour coklat tu.

ulam-ulaman for breakfast. Awet muda

ulam-ulaman for breakfast. Awet muda

Aku ratah ayam goreng je. Perut tak berapa sedap so tak lalu nak makan yang heavy-heavy pagi ni. (Podaahhh ayam goreng 3 ketoi kot) Kos Breakfast sorang RM 3.00. Hokeyy let’s go to the zoo. Perjalanan diteruskan lagi ke krabi. Lama beno aku rasa. Almost 4 hours kot. Sampai Aonang beach member uncle van ni dah tunggu. Member dia ni yang akan bawak kami naik boat dia untuk aktiviti hopping island arini. Sebelum tu uncle van suruh kami tapau nasi campor untuk bekal ke laut. So Mr Pappi dengan budak boat ni merempit naik motor cari nasi campor. Sementara tunggu derang kami ber posing-posing kat pantai Aonang ni.

Dekat sejam jugak le menunggu beli nasi & tunggu mamat tu prepare boat dia. Mamat boat ni sebenarnya member kepada uncle van ni. Aku follow je memandangkan aku bukan die hard fan hopping island, laut dan seangkatan dengannya. Satu boat dia cas RM 250. So kami bahagi le 7 orang. Orait….jom kita ke pulau. Layan gambo.

Boat-boat berbaris

Boat-boat berbaris

Long boat

Long boat

Sampai kat pranang.

Sampai kat pranang.

Pranang beach

Pranang beach

Pulau-pulau sekitar krabi (aku agak je)

Pranang jugak bangkali. (tak ingat dah.)

Tontonan dewasa sahaja

Tontonan dewasa sahaja

Ada sudut history kat pranang beach ni. Ia nye menerangkan gambo 18sx tu

Ada sudut history kat pranang beach ni. Ia nye menerangkan gambo 18sx tadi

Semua sekali ada 5 pulau yang mamat ni bawak. Lepas pranang island dia bawak kami ke satu tempat untuk snookling. Gogle kami sewa RM 5.00 sebijik. Aku turun sekerat jalan lepas tu naik balik. Tak bleh la…terasa rasa ada benda geli-geli kat kaki. Eeeeee….dok atas boat selamat. Yang lain explore lah kat dalam laut tu. Tapi kata syai santek coral kat pulau perhentian lagi. Coral kat situ banyak yg dah mati. (Pengsannnn….kalau aku sampai sudah tak tau coral tu idop ke mati. dah statik je duduk nye mati le kot). Tapi mamat ni tak bawak p pulau yang femes-femes pon. Aku rasa kalau kami p phi-phi island mesti lagi santek. Yang ni Mr Pappi tak puas ati. Next time dia nak repeat katanya.

Lepas tu p pulau monyet le, ayam le…according orang mesia yang kami jumpa kat krabi beach, pulau yang boleh jalan kaki antara satu pulau ke pulau sebelah tu derang panggil pulau ayam. Aku pon tak tau. Belasah je la. Tapi aku tak berjalan sebab sakit baq ang tapak kaki kena batu. So aku pakai jaket pastu menirap berpaut kat pinggang Mr Pappi. Rasa macam dugong pulak. Lepas tu kat pulau yang ke-4 kami berkelah makan nasi yg di tapau tadi. Ada orang jual jagung bakar pulak. Lepas makan nasi belasah jagung. Lepas tu cuci-cuci mata tengok orang berjemur.

Uncle berkelah dalam boat

Uncle berkelah dalam boat

Pulau last. Sini ada toilet. Sempat jugak melepas kan hajat yang terpendam

Pulau last. Sini ada toilet. Sempat jugak melepas kan hajat yang terpendam

Lebih kurang pukol 5 kami semua bergerak balik ke Aonang. Letih nye. Sempat jugak melelapkan mata dalam boat. Sampai kat pantai, kami salin baju & tumpang mandi kat surau otw nak balik ke Hatyai sebab toilet kat Aonang full house. Uncle kata takpe naik je van dia walaupon kami basah. Seat leather takpe katanya. Lepas mandi & solat, kami singgah kat satu tempat jual barang-barang cenderamata & baju-baju. Nama tempat ni San Hoi. Aku beli baju blouse untuk mummy. Lepas tu beli ice cream magnum sambil layan view laut dari atas bukit. Dekat-dekat nak sunset kami pegi pantai krabi. Lepak-lepak tepi pantai. Situ memang kawasan tourist sesangat. Makan pon mahal. Jadi uncle decided untuk singgah makan otw ke Hat Yai.

Sunset di Krabi

Sunset di Krabi

 

Perjalanan ke Hat yai diteruskan. Apa lagi….semua start buat taik mata. Letih woooo. Terjaga bila dah sampai Rua Hala. Kami berhenti makan kat sini. Uncle bawak makan ala-ala steamboat & grill. Dari semalam dia dok sebut nak makan kat tempat ni. Semalam aku tak boleh tangkap lagi mcmana keadaan tempat makan yg uncle ni cite. Rupa nye…..ooooo steamboat. Jauh beno bunyi nye dengan yg semalam dia sebut. Sini buffet steamboat. Satu kepala RM 26.00. Walaupon tak banyak pilihan makanan, tapi ok la untuk lapik perut. Tak banyak cakap dah kami sebab masing-masing dah ngantuk. Sampai hotel dalam pukol 11 malam. Mr Pappi tanya sapa nak pegi urut. Kami yang pompuan ni semua nak pegi. Aril, dika & zam dah surrender. Nak naik bilik tido. So kami ber 4 je pegi urut. Best ooooo lepas lenguh2 mandi laut, malam nye kena plak urut. Yang aku ingat minah thai tu picit aku tak sampai 5 minit aku dah tido. Sejam lepas tu dia gerak aku. Nasib baik satu bilik dengan Mr Pappi. Tapi lepas urut tu rasa segar balik badan. Thai massage ni di buka 24 jam. Harga sorang RM 30.00. Ada macam-macam jenis urut. Kalau urut pakai minyak mahal sikit.

Ok…jom balik hotel. Esok pukol 7 dah kena bangun. Kita ke klong ngek (betoi ka eje lagu ni) Flea market yang terletak di dalam kebun getah. Ni fav Mr Pappi & Dika. Petang nye kami ke Klong Hae yang femes dengan floating market. Sambung Day 3 nanti yek.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s