Bonjour Again – Paris 2013

Toraaaaa datang lagiiiiiii…..bleh gitu aku punye intro.

Sila nyanyi lagi "Sous le ciel de Paris "untuk lebih feel

Sila nyanyi lagi “Sous le ciel de Paris “untuk lebih feel

Memang aku mengaku la Paris ni aku jadikan batu loncatan. Kenapa? Sebab aku jadikan sini starting point aku nak masuk ke mana-mana negara di europe. Lagi pun route Mas kat sini. Naik Airbus 380 lagi baq ang. Sepanjang pemantauan aku selama 3 bulan, akhirnya aku dapat tiket flight MAS : KUL-CDG, AMS-KUL – RM 2,400 seorang. Tips nye beli masa lagi 2,3 hari sebelum Matta start. Beli online sendiri. Kalau beli masa Matta beratoq sampai toilet baq ang punya ramai orang kat kaunter MAS masa hari pertama dia.

Plan asal aku & Mr Pappi saja…..entah macamana lepak-lepak dengan aril, dia kata nak join. Aku kata serius ke? Sebab aku nye itinerary dah siap. Dia kata dia follow je itinerary aku cuma mintak aku masukkan Paris & Rome. Sebab apa paris, sebab nak pegi eiffel tower. Rome pulak sebab nak pegi Colleseum. Ok…ada minor changes kat itinerary aku, so….akhirnya….pada 25hb April 2013….kami bertiga menjelajah ITALY selama 10 hari. Paris 1 hari & Amsterdam 3 hari (Kampung Mr Pappi). Lets go bebeh.

26 April 2013 (Day 1 – Europe 2013)

Kami sampai CDG pukol 6.30 pagi. Kat imegresen tak banyak soal kecuali bila dia tanya aku pernah datang paris ke tak aku kata  this is 2nd time. Memandangkan aku punye passport baru renew, dia mintak aku tunjuk passport lama aku. Nasib baik bawak. Compare masa touched down kat Amsterdam last year, imegresen kat sana lagi banyak tanya. So…permulaan yang baik di sini. MAS berada di terminal 1, jadi kami ambik shuttle train menuju ke Terminal 3. Dari terminal 3 kami akan ke Gare De Nord station menggunakan RER B. Tiket boleh dibeli kat machine. Machine ni terima kad credit. Tiket sorang ke Gare De Nord 9.50 Euro. Destinasi kami sebenarnya Gare de Lyon. Jadi sampai di Gare de Nord kena tukar RER A ke Gare De Lyon. Don’t worry. Masih boleh gunakan tiket yang sama.

Samapai di Gare De Lyon, kami kena cari locker sebab nak simpan beg-beg ni. Takkan nak jalan hangkut beg pac 55 liter ni kot. Kami ambik medium locker. Sorang 5.00 Euro. Malam ni kami akan ambik ketapi malam ke Venice. Tiket sleepers train ni kami dah beli masa kat KL by online. Masa beli tiket ni tak sure kena buat reservation ke tak. Certain train kena buat reservation walaupon korang dah beli tiket tu. Nama train yang akan kami naik ni THELLO. Kami tunggu ofis THELLO bukak dalam pukol 10.30 untuk confirmkan tiket kami & buat resservation. Bila tanya minah THELLO tu, dia kata kami tak perlu reservation. Boleh terus naik train. Lepas tu kami beli one day pass paris ticket yang berharga 6.60 Euro sorang. Yang ni boleh naik apa jua public transport di zonne 1 & 2. Ok….selesai kerja….mari kita bergumbira. Jom layan gambar.

Street

Street

Paris - Typical building in front of Gare De Lyon

Paris – Typical building in front of Gare De Lyon

Gare De Lyon - Paling sebok. Semua nak balik kampung raya bang kali

Gare De Lyon – Paling sebok. Semua nak balik kampung raya bang kali

Street - Sejuk Baq ang masa ni

Street – Sejuk Baq ang masa ni

Tempat pertama kami pegi pagi ni…Notre Dame. Last year dah p ikut depan, kali ni ikut belakang pulak. Kat belakang Notre Dame ni ada park. Jadi kami breakfast kat park ni berbekalkan bekalan staff MAS yang baik hati kat dalam flight pagi tadi. Tq bro. Panjang umor kita jumpa lagi. Tepi-tepi Seine river ni ada banyak lukisan-lukisan dijual. Aril asal nya nak beli tapi tak jadi konon nye nak beli kat Florence atau Venice. Rupa nya kat sana lagi mahal dari Paris. Nyesal tak beli. Huhu. Kami singgah makan kebab padahal baru je lepas breakfast tadi. Sejuk-sejuk ni cepat lapar. Kat area ni banyak jugak kedai-kedai cenderahati. Aril sempat beli FM untuk diri sendiri. Aku & Mr Pappi tak beli apa-apa sebab yang last year punya ada dah. Jimat untuk beli belah kat Italy nanti.

Seperti biasa turun naik bus dengan 1 day pass ticket tu, sampai kampung-kampung mana pon kami tak tau. Last week Lydia & Marina baru je balik dari Paris, dia kata panas gile. Muka Lydia sunburn. So kami tak prepare apa-apa baju panas le hari ni. Rupa nye masa kami kat sini, suhu 10 darjah + hujan + angin. Mengeletar weyyyy. Jadi option untuk memanaskan badan selain dari masuk kedai adalah turun naik bus. Apa lagi menggunakan sepeuhnya ticket 1 day pass ni. Jom layan gambar. Walaupon sejuk tetap pose.

juliet

Mangga-mangga

Mangga-mangga

magga-

Handrailing yang penuh dengan mangga

rose pose eiffel-

An evening in Paris

rose primavera-1

Aku & Aril. Ni boleh jadi cover album. Tq to Mr Pappi yang cemerlang dengan tugas dia.

Aku & Aril. Ni boleh jadi cover album. Tq to Mr Pappi yang cemerlang dengan tugas dia.

seine river 2-2

Seine river

Seine river

Tercapai dah impian Aril nak ke sini

Tercapai dah impian Aril nak ke sini

Haaaa...yang ni baru betoi cover cite sinetron petang-petang kat tv3

Haaaa…yang ni baru betoi cover cite sinetron petang-petang kat tv3

Seharian…..melilau-lilau sekitar paris, pukol 6.30 petang kami dah ready collect luggage & tunggu ketapi. Thello kami akan bertolak pukol 7.50 malam. Kami ambik sleepers cabin 6 orang. Yang ni paling murah. Jadi akan ada 3 orang kawan baru kami pada malam ni. Tiket seorang 100 Euro.

Ok…..cerita sepanjang malam dalam Thello dan pengalaman dikejutkan semasa tido oleh tentera kat border italy akan diceritakan pada episod akan datang. Ciao !!

One thought on “Bonjour Again – Paris 2013

  1. Salam sis Rose,
    Best betul baca blog u ni…. byk info & sempoi jer akak suke….rasa mcm gi travel sekali sampai tak tido mlm dok menelaah tulisan u sis hehehe…
    Akak ni kononye plan nak ke Paris nak tanya klu bwk segala serunding,sambal bilih senang tak lepas kat airport CDG ? Klu dulu Airasia turun Orly x de check2 pun… hrp blh tlg 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s