Sawadikaap – Hat Yai & Krabi (Day 3)

Hari Sebelumnya sila Klik Sini

26 Januari 2013

Hari ni kami akan ke flea market di dalam kebun getah. Yang ni idaman Mr Pappi. Flea market ni memang femes di kalangan sesiapa yang kaki bundle. Macam-macam barang bundle ada. Kalau dari bukit kayu hitam dalam lebih kurang 40 minit. Tempat ni di panggil Khlong Ngae. Flea market dia setiap hari sabtu sahaja.

Sampai kat flea market ni bukan saja barang-barang bundle, barang baru pon ada. Gerai makanan halal pon banyak. Yang tak halal pon melambak-lambak, tapi derang asingkan kawasan makanan halal dengan yang tak halal. Oink-oink terkangkang dibakar sekor2 pon ada baq ang. (Yang tu kami tak makan la)

Ni lah rupa nye flea market dalam kebon getah. Yang kat belakang tu aja kebun getah nye. Kat depan ni dah kena tebang bang kali

Ni lah rupa nye flea market dalam kebon getah. Yang kat belakang tu aja kebun getah nye. Kat depan ni dah kena tebang bang kali

Flea market dia putus-putus. Yang ni bahagian belakang. Di pisahkan dengan main road

Flea market dia putus-putus. Yang ni bahagian belakang. Di pisahkan dengan main road

Kami brunch kat sini. Sini pagi-pagi dah makan nasi campor. Harga sepinggan dalam RM 5.00 sekali dengan air & ulam ulaman yang unlimited. Masa aku jalan sorang-sorang kat sini (Mr Pappi lambat sangat) aku jumpa orang jual todman yang di goreng panas-panas la-la tu. Todman ni macam fish kek buatan sendiri yang di goreng & cicah dengan sambal. Kat kampung baru tak semua kedai tomyam ada jual todman. Mahal ooo kat kg baru. 5 bijik rm 10.00. Tapi kat sini sebijik 10 sen. Saiz dia kecik-kecik macam cekodok pisang. Aku beli RM 5.00 (Sorry gambo takde, sebab makan sambil jalan)

Dari pagi sampai pukol 1 kami kat sini. Dah start panas, kami pon gerak. Banyak jugak Dika & Mr Pappi borong. Kami singgah hotel untuk rehat & solat. Dalam pukol 3 petang kami keluar. Kali ni ke Khlong Hae. Floating market yang femes kat Hat yai. Kat sini peniaga-peniaga meniaga makanan derang atas sampan. Kita dok atas darat yek. Selain makanan ada juga kedai-kedai cenderamata dan baju. Petang tu masa kami sampai ada pertunjukkan kebudayaan derang kot. Dengan costume apa bagai menari-nari atas stage kecik yang ada kat situ. Kami spent masa kat sini sampai maghrib. Sini juga ada disediakan surau. Jom layan gambar.

T-shirt dia tak panas dan corak vintage

T-shirt dia tak panas dan corak vintage

Senja di Khllong Hae

Senja di Khlong Hae

Seafood cicah sambal cuka

Seafood cicah sambal cuka

Peniaga kebanyakkan nya pompuan

Peniaga kebanyakkan nya pompuan

Kami yang kenyang

Kami yang kenyang

Lepas solat maghrib kat sini, kami mintak uncle hantar kan kami kat pasar pat thai balik. Nak repeat a few benda yang hari tu usha-usha je. Pasar malam ni bukak sampai tangah malam. Aku beli seluar palazzo 2 helai. Sehelai RM 20.00. Dalam 2 jam kami kat sini, kami balik hotel. Malam ni last kami guna khidmat uncle. Esok pagi kami nak balik dah. Dari hotel ke airport kami ambik van. Nasib baik kat depan hotel ni ada kedai sewa van. Sorang dalam RM 12.oo je. Sampai hotel, kemas-kemas barang, lepas tu kami keluar balik tengah malam. Nak repeat makan pulut mangga dengan maggi sup depan hotel Lee Garden tu. Teringat-ringat sampai sekarang kesedapan pulut dia.

Ni ayam yang beli masa otw nak ke krabi. Bising lia sebab gambo dia takde. so aku letak gambo ni sebagai penutop. Tempting tak ayam tu?? kan..kan..kan..

Ni ayam yang beli masa otw nak ke krabi. Bising lia sebab gambo dia takde. so aku letak gambo ni sebagai penutop. Tempting tak ayam tu?? kan..kan..kan..

Oppssss lupa pulak nak cite, konon kan nak balik naik ketapi kannnnn. Nan adoooo. Tiket ketapi habissss. Jadi nak tak nak kami naik flight. Aril gigih naik bus. Yang lain sorry bukan backpackers kental yek.

Babai Hat Yai. Tu semua hasil borongan kat Flea market

Babai Hat Yai. Tu semua hasil borongan kat Flea market

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s