Mamma Mia – I’m in love with Italy (Venice Day 1)

27 April 2013 (Day 2 – Europe 2013)

Sebut pasal Italy naik bulu roma. I’m so excited with Italy!!!  Scenery, View, Food, People (Ensem baq ang), Music. Mamma Mia!!

Pengembaraan ke Italy bermula dalam ketapi THELLO. Kami berkongsi cabin dengan 3 kawan baru. Yang pertama sampai Cecilia & anak jagaan dia. Cecilia asal dari italy tapi buat master kat paris. Dia buat part time as a nanny. So hari ni dah start cuti sekolah, dia bawak anak jagaan dia ni balik kampung dia sebab budak ni nak belajaq bahasa italy. Budak ni macam muka Harry Porter & malu-malu kucing gitu. Rakan kongsi cabin yang sorang lagi a weekand husband yang family nya kat paris dan dia kerja kat Milan. Nama nya aku dah lupa. So dalam train kami boleh dapat banyak info mengenai tempat-tempat menarik di Italy.

Thello train. Selesa biarpun tak luxury

Thello train. Selesa biarpun tak luxury

Canteen dalam thello

Canteen dalam thello

Walkway

Walkway

Malam ni dalam train kami makan roti & cicah ikan sardin dalam tin yang di beli kat TMC Bangsar (Siap cakap tu aku beli kat mana). Lepas makan masing-masig dah mengantuk. Semua bukak katil yang tadi nya dijadikan kerusi. Bantal, selimut & cadar disediakan sorang satu. Aril aku suruh panjat atas sekali, Mr Pappi kat tengah & aku paling bawah. Senang tak yah panjat. Kami dijangka akan sampai kat Venice pukol 9 pagi. Perjalanan malam ni menempoh bandar-bandar italy yang femes seperti Verona (rumah juliet) & kota Milan. Passport semua penumpang akan di kutip & di simpan oleh pekerja thello. So bila sampai border, kami tak perlu bangun. Semua nya dibuat oleh pekerja thello. Sebelum tiba ke destinasi passport kami akan diagih-agihkan.

Kami lalu kat station je

Kami lalu kat station je

Lebih kurang dalam pukol 5 pagi aku rasa dah nak sampai Milan bang kali, cabin kami diketuk. Bila bukak ada 3 orang berpakaian tentera bersama sorang pekerja thello. Lepas greeting kami dlaam italy, dia minta mamat yang share cabin dengan kami ni keluar. Lepas tu sessi soal jawab kat luar cabin. Mamat tu siap hangin marah-marah. Dah tak paham kan apa derang cakap, bunyi macam nak bergaduh baq ang. Sorang dari tentera tu masuk cabin kami mintak kami cek bag kami kot-kot ada barang atau duit hilang. Mr Pappi mula-mula skali cek camera dia la. Fuhh nasib baik ada. Duit semua cukop. Takde apa yang hilang. Lepas 5 minit mamat tu masuk balik cabin & tentera tu pon blah. Mr Pappi tanya mamat tu apa kes? Mamat tu kata mentang-mentang le dia negro, derang syak dia bawak drug. Dia pon hangin la satu badan, apasal yang lain korang tak tanya. Racist sungguh.

Aku sambung balik tido. Ngantok wey. Tapi dalam mamai tu aku sedar jugak tentera tu panggil aku senorita. Wow weee aku dah sampai Italy. Yabedabeduuu. Mamat tu packing-packing barang dia sebab kata nya Milan dah nak sampai. Tapi ID dia ada lagi kat pekerja thello. Dah satu keje pulak dia berkejar-kejar satu train cari budak THELLO tu. Nasib baik sempat ngam-ngam ketapi nak tinggalkan Milan dia dapat balik ID dia. Ok tak jadi sambung tido dah, aku pegi toilet, refresh apa yang patut, lipat katil jadikan kerusi. Mr Pappi dah merayap ke cafe sebab nak ambik gambar. Kat situ window dia besar skit.

Vineyard sepajang perjalanan

Vineyard sepajang perjalanan

Lama pulak aku membebel…pukol 9 kami sampai kat station Santa Lucia Venice. Lepas ucap terima kasih kat Cecilia & bertukar-tukar email & facebook, kami berjalan kaki ke BNB. Dari station lebih kurang 5 minit ke BNB. Bnb ni kami booked melalui air bnb. Host akan tunggu kat satu  kawasan orang jual-jual barang depan jalan nak masuk ke BNB. Kawasan tempat kami menginap ni di kawasan Canneregio. Ok jom layan gambar. Yang pasti …….Venice amat cantik & menarik di jelajah dengan berjalan kaki.

Salah satu canal kat Canneregio

Salah satu canal kat Canneregio

Sebelah kanan tu adalah station keretapi Santa Lucia. Depan tu ada water taxi

Sebelah kanan tu adalah station keretapi Santa Lucia. Depan tu ada water taxi

Beautiful Venice

Beautiful Venice

Deretan restaurant di sepanjang canal

Deretan restaurant di sepanjang canal

BNB sepanjang 3 hari 2 malam di Venice.

BNB sepanjang 3 hari 2 malam di Venice.

Sampai je kat rumah, kami masak maggi untuk lunch. Lepas tu bancuh 3 in 1 milo. Maggi kami makan dengan ikan bilis goreng & serunding. Perghhh terbaik. Apartment ni kami sewa dengan harga 228 Euro. So sorang dalam 76 Euro untuk 2 malam. Lepas makan, mandi-mandi, solat & rest. Petang dalam pukol 2 petang kami mulakan aktiviti jelalah Venice. Mula-mula kami akan ke Hard Rock Cafe & Piazza San Marco. Depan apartment ni ada banyak kedai-kedai groceries, bakery & gerai-gerai orang meniaga cenderamata. Peniaga gerai-gerai ni kebanyakkannya Bangladesh. Bila dengar kami dari Malaysia, dia akan offer harga murah sikit. Kata nya ramai kawan-kawan dia dari Bangladesh kerja kat Malaysia. People in Malaysia are very nice. Kembanggg idung sat dengaq.

Depan apartment kami. Meriah

Depan apartment kami. Meriah.

Piazza San Marco

Piazza San Marco

Kat Piazza San Marco banyak burung merpati jinak-jinak

Kat Piazza San Marco banyak burung merpati jinak-jinak

Gondola depan Hard Rock Cafe

Gondola depan Hard Rock Cafe

Hari ni tak berhasrat nak naik gondola lagi. Cadang nya esok. Kami jalan-jalan singgah HRC tapau kan baju-baju t-shirt yang member-member kirim. Hari ni jelajah area San Marco. Selebih nya akan diterokai dengan berjalan kaki pada esok hari. Oh kaki…please be nice tomorrow. Jangan buat perangai. Baru hari pertama. Lepas berposing-posing & ber keek-keek kat piazza San Marco, kami nak try vaporetto. Vaporettho ni water bus, public transport kat sini selain daripada water taxi. Water taxi mahal sikit. Kami naik dari San Marco ke Ferrovia (Train station). Tiket sorang 7.00 Euro. Kalau nak jimat sila ambik Venice Card, tapi disebabkan kami bukan nak guna water bus & bukan nak masuk muzium pon, jadi kami tak beli Venice card. Tak venice la kalau naik bus kannn. Jalan kaki + sesat larat baru best.

rose 3-2

Gambar dari water bus

Gambar dari water bus

venice water 12-2

Daneilla hotel. Hotel yang cantek dalam cite the tourist

Danieli hotel. Hotel yang cantek dalam cite the tourist

Piazza San Marco dari Grand canal

Piazza San Marco dari Grand canal

Tak berapa jauh dari area apartment ada satu kedai buat charity sales. Jual barang-barang terpakai. Macam-macam barang ada termasuk baju, toys, buku, accessories pompuan dll. Mr Pappi jumpa bekas air design dulu-dulu yang gantung kat tengkuk budak2 bawak p sekolah tu. Harga 1 euro je. Aril beli baju t-shirt slim fit harga 1 euro jugak. Depan kedai tu ada restaurant. Masa otw nak ke apartment tadi aku nampak orang makan spagethi dakwat sotong. Kat kl aku dah try makan kat La Risata Ampang. Sedap ada rasa lemak-lemak dakwat sotong tu. Jom…kali ni kami try pulak kat Italy. Mr Pappi order spagethi tu, aril order pasta olio (if not mistaken) aku pulak magharitha pizza. Cost dinner kami malam ni 12.00 Euro sorang. Esok posa. Huhuhu.

Spagethi dakwat sotong. fizikal nya menggerunkan. Rasa nye terbaik. Gambar dari instagram sendiri

Spagethi dakwat sotong. fizikal nya menggerunkan. Tapi Rasa nye terbaik. Gambar dari instagram sendiri

Pizza. Bapakkk beso. Tapi boleh plak habis

Pizza. Bapakkk beso. Tapi boleh plak habis

Lepas makan cadang nak sambung jalan tapi hujan pulak. Kami balik terus ke Apartment. Rehat-rehat sambil sapu minyak kat kaki. Hahaha….rutin setiap malam untu persediaan esok hari. Lepas maghrib, Mr pappi & Aril nak sambung jalan. Nak tengok Venice pada waktu malam. Aku tak join sebab dah tarik selimut sambil layan facebook, keek, instagram, we chat, viber, whats app dll. Lagi pun nak simpan tenaga untuk esok. Hokey….bersambung di hari berikutnya dalam Venice Day 2. Ciao.

Belakang apartment yang kami sewa

Belakang apartment yang kami sewa. Comey tak kak ton

Layan lagu Andrea Bocelli – Besame Mucho…Feel…feel..feel….

9 thoughts on “Mamma Mia – I’m in love with Italy (Venice Day 1)

    • asal nye nak naik flight, tapi kalau naik flight petang tu kena sampai awal kat airport. kalau naik pagi esok pagi2 dah nak kena bermalam kat paris pulak. Lagi pon dari airport venice kena naik bus pulak ke venice island.

      Naik train terus sampai pulau. train ticket sekali dengan kemudahan tido dalam train

  1. Hello! Suka nya tengok ur pictures Canteks semuanyaaa. Pakai camera apa yeh?
    I’m planning to go 30 August to Paris so dapat baca posting2 u sangat lah helpful. Maybe next trip nak singgah Italy pulak hihi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s