Mamma Mia – I’m in love with Italy (Venice Day 2)

Klik sini untuk cerita sebelum nya

28 April 2013 (Day 3 – Europe 2013)

Hari ke-2 di Venice. Hari ni breakfast roti yang dibeli kat mercato semalam cicah sambal ikan bilis & milo 3 in 1 sambil layan berita kat tv dalam bahasa Italy. Rupa nya ada kes tembak kat Rome. Target nya adalah vvip jugak tapi terkena polis. Motifnya blur-bur sebab tak paham. Tapi aku ada google aritu kenapa mamat tu nekad nak bunuh vvip. Tak ingat dah pasal apa. Okey lets go bebeh, hari ni kami akan berjalan kaki selarat mana yang boleh. Nasib baik cuaca cerah sebab semalam dah hujan. Aku punya ramalan kat europe ni kalau hari ni hujan esok mesti cerah.

Venice waktu pagi takdak orang. Masa ni pukol7 semua dok dalam umah lagi. Sejuk.

Venice waktu pagi takdak orang. Masa ni pukol7 semua dok dalam umah lagi. Sejuk.

Cuaca yang menyebelahi kami hari ni

Cuaca yang menyebelahi kami hari ni

Pagi ni kami jalan-jalan area Cannaregio. Kalau nak tau Cannaregio area mana sila klik link ni. Kedai-kedai banyak yang belom bukak lagi. Semalam kami dah survey range harga Fridge Magnet di kawasan ni. Akhirnya jumpa la satu kedai ni saja paling murah. 21 bijik – 10 Euro. Kedai nye kalau dari Cannaregio nak ke Rialto Bridge, sebelum simpang ke Rialto bridge ada satu kedai kecik sebelah kiri, macam kedai mamak jual newpaper je ruang nya. Bodek-bodek skit dapat free gift sorang satu.

Deretan gerai-gerai sebelum Rialto Bridge. Kedai FM murah tadi sebelum gerai-gerai ni

Deretan gerai-gerai sebelum Rialto Bridge. Kedai FM murah tadi sebelum gerai-gerai ni

Dari Cannaregio kami menyeberangi Rialto Bridge. Kat Rialto Bridge ni ada banyak kedai-kedai menjual barangan kulit & cenderamata. Aku rasa mahal je beg-beg kulit kat sini. So tak beli pon, simpan masa kat Florence nanti. Bila dah cross canal ni kami dah masuk area San Polo. Ada pasar kat area ni, jual t-shirt italy, sayur, bunga & herb. Tapi yang menarik perhatian kami, deretan cafe-cafe yang mengadap canal grande. Apa lagi….order segelas sorang latte, mocha & cappucino sambil berjemur tengah-tengah sang suria, mengadap bot-bot & gondola-gondola lalu. Feeling ala-ala mat salleh baq ang. Kulit sorang-sorang dah itam bera ada ati nak berjemur. Layan kann aja. Cafe ada wifi….so..posing-posing upload terus. Feeling like Angelina Jolie & Johnny Deep pon ada. (vomit at your own risk)

Kedai-kedai atas Rialto Bridge

Kedai-kedai atas Rialto Bridge

Retis sangat kan

Mr Johnny Deep

Layan kopi sambil tengok orang lalu lalang

Layan kopi sambil tengok orang lalu lalang

Dah puas cuci mata tengok orang, kami sambung balik berjalan. Kali ni masuk celah-celah kedai & rumah orang. Yang heran nya mana je kami masuk mesti ada kedai jual cenderamata. Area San polo ni lebih sunyi sikit dari Cannaregio. Tapi masih lagi ada pelancong. Dekat market tadi aku sempat beli t-shirt italy untuk muqris & mucid. Pak muqris & mucid pon ada jugak beli selai dua. Range harga t-shirt kat sini dalam 7 Euro. Ada pulak orang buat charity, beli cabotan bertuah boleh dapat hadiah yang ditetapkan mengikut nombor kat dalam cabutan tu. Aku dapat rantai cengkerang & derang masing-masing dapat kotak souvenir & bear kecik. Aril sempat beli buah tangan untuk Datok KP dia. Perhiasan atas meja daripada kaca dalam tu ada gondola & pemandu nye skali. Sangat comel. Nenek yg jual ni baguih punya wrap takut pecah dalam flight kata nya

Sebelah area San Polo ada lah Santa Croce. Kali ni kami masuk lagi celah-celah dapoq rumah orang. Kawasan ni lagi sunyi dari San Polo. Kebanyakkan pelancong lalu area ni sebab nak ke bus station & Station Keretapi. Sapa-sapa nak kan suasana sunyi sikit boleh menginap kat area-area ni. Aku suka suasana kat kawasan Santa Croce ni. Aman je rasa.

Somewhere in San Polo

Somewhere in San Polo

Rumah kat Santa Croce. Teknik sidai kain yang dilakukan oleh pekerja mahir. Tak mahir kalu, itu kain jatuh bawah

Rumah kat Santa Croce. Teknik sidai kain yang dilakukan oleh pekerja mahir. Tak mahir kalu, itu kain jatuh bawah. Building-building kat venice ni tak perlu cat mahal-mahal ala-ala ICI 10 tahun warranty tak lekang, bersopak-sopak tu lagi tinggi value dia

Setiap rumah mesti ada planter box kat tingkap. Bunga-bunga mekar sejuk mata memandang. Kat kl ada planter box je.

Setiap rumah mesti ada planter box kat tingkap. Bunga-bunga mekar berkembang, sejuk mata memandang.  Tuan rumah ni tanam pokok-pokok herb jugak. Kalau korang tengok siri David Rocco tiap kali nak masak dia petik je daun rosemary kat tingkap dia macam dalam gambar ni. Cuba kita try tanam serai dalam planter box. Nak buat tomyam selak je daun tingkap.

Bunga lagi

Bunga lagi. Pedulik apa building sopak2, janji tourist berduyun-duyun datang venice tiap-tiap tahun.

Lagi gambar rumah-rumah kat sini. Klasik.

Lagi gambar rumah-rumah kat sini. Klasik. Tak perlu plaster.

Kadang-kadang ada jugak simpang-simpang siur yang bleh buat kami argue. Sorang kata kalau dalam map kena ikut jalan ni, sorang kata sini short cut, sorang kata jalan la jauh sikit. Last skali jom lai lai li li tam plom. Selalu nye aku yang menang. Haha…orang paling tak puas ati Mr Pappi le sebab dia selalu against route yang aku pilih. Kali ni Mr Pappi tak bleh buli aku sebab kami pegi ber 3.  Kalau pegi berdua aku selalu kena tinggal. Nak tak nak kena la follow dia. Buweekk.

Jalan-jalan punya jalan akhirnya kami sampai kat station bus. Berehat sat sambil tengok map. Mak aiii jauh jugak kami dah jalan. Bangga baq ang….bukan senang nak jalan macam ni kalau kat KL. Lepas rehat kami sambung berjalan kaki menuju ke area Dorsoduro pulak. Nak ke Dorsoduro kami melalui kawasan Universiti of Venice. Dekat area ni jugak ada a few kedai makan yang harga nya berpatutan. Bang kali sebab dekat dengan area student. Aku & Mr Pappi masing-masing order pasta. Aril try pizza tuna. Memang kat sini saiz pizza dia besar-besar talam. Pizza kat sini thin & crispy. Tu yang best. Kos lunch hari ni 7 euro sorang.

Venice juga banyak pemuzik jalanan. Feel sangat romantik la kan

Venice juga banyak pemuzik jalanan. Feel sangat romantik la kan

Tak berapa jauh dari kedai yang kami makan ada kedai buku. Tapi kedai buku ni dah tutop. Yang menarik nya tiba-tiba kami ternampak gambar Tun Mahathir kat dinding kedai buku ni. Wow....bangga jadi rakyat Malaysia

Tak berapa jauh dari kedai yang kami makan ada kedai buku. Tapi kedai buku ni dah tutop. Yang menarik nya tiba-tiba kami ternampak gambar Tun Mahathir kat dinding kedai buku ni. Wow….bangga jadi rakyat Malaysia. Walaupon ada yang tak tau pon kat mana Malaysia, tapi derang kenal Tun Mahathir.

Ok lepas makan ni kami nak naik gondola. Sementara nak jumpa orang bawak gondola merata-rata cerok kami masok. Jom layan gambar.

DSC_0510-2

Salah satu canal di Dorsoduro

Nasib kami baik hari ni cuaca sangat cantik

Nasib kami baik hari ni cuaca sangat cantik

DSC_0572-2

Jom naik gondola. Cas sebijik gondola ni 80 euro untuk 40 minit.

Jom naik gondola. Cas sebijik gondola ni 80 euro untuk 40 minit.

Mamat gondola ni offer 3 laluan untuk kami pilih samaada nak lalukat grand canal, kampung-kampung atau pon grand canal + kampung. Kami ambik route grand canal + kampung. Boleh rasa dua-dua scenery.

DSC_0609-2

Area grand canal

Masuk dalam-dalam kampung

Masuk dalam-dalam kampung

DSC_0629-2

DSC_0591-2

DSC_0388-2

Air dia hijau emerald. Yang penting sepanjang naik gondola takde terjumpa benda-benda asing terapung yang mencurigakan

Air dia hijau emerald. Yang penting sepanjang naik gondola takde terjumpa benda-benda asing terapung yang mencurigakan

Gondola untuk di sewa

Gondola untuk di sewa. Sini mahai kot bang kali.

DSC_0600-2

Ok dah cukop 40 minit, kami berjalan kaki ke Cannaregio. Sebenarnya nak pegi kedai tutto 9.90 euro. Aril dah berkenan dengan satu beg pack. Harini kedai tutop pukol 6 petang. Nasib tak baik, ngam-ngam sampai, kedai tu dah closed. Siap buat muka sploh sen, tapi tak laku. Esok pagi dah nak gerak ke Florence. Mr Pappi kata kat depan ada satu lagi kedai tutto 9.90 ni. Pergi kat kedai tu memang dah nak tutop tapi disebabkan ada sorang lagi customer kat dalam tu, kami boleh le masuk skali. Tapi dengan syarat,  ambik beg tu & terus bayar. Akhirnya…dapat jugak aril beg tu. Aku malas nak ikut adegan kejar-mengejar derang, so lepak kat kedai pizza. Cadang nak minum je, tapi terorder plak pizza saiz talam. Makan je keje kat sini. Orang kata datang italy wajib try food kat sini. Nah…..ambik….arini saja 3 kali aku makan. Belom campor gelato lagi. Pengsannn…tambah lagi lemak.

Lapas makan, kami balik ke BNB. Malam ni Mr Pappi & aril nak keluar sambung explore lagi venice. Aku nak rest je kat bnb sebab esok nak mulakan perjalanan ke Florence. Tiket ketapi ke florence kami dah beli online. Harga nya 19 Euro sorang. Ok…jumpa lagi dalam sambungan pengembaraan hari yang seterusnya. Kami akan ke Florence, city yang heaven bagi kaki-kaki shopping barang kulit & barang branded. Ciao!!

Good Night Venice.

Good Night Venice.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s