Mamma Mia – I’m in love with Italy (Florence Day 1)

Klik sini untuk story yang lepas

29 April 2013 (Day 4 – Europe 2013)

Pagi-pagi ni hujan. Pagi-pagi ni kami akan bertolak ke Florence. Pagi-pagi ni bang kali host bnb ni terlajak tido. Janji pukol 8 tak sampai-sampai lagi. Aku bergerak dulu jalan kaki ke station. Mr Pappi & Aril call host. Derang suruh aku gerak dulu sebab aku jalan paling slow. Kutukkan yang terang-terangan tetapi lojik dan boleh diterima akal. Well…aku just menghayati suasana & persekitaran sekitar. Tu yang lambat. Ok….pagi tu hujan & aku menggalas begpack & berjalan kaki ke station dalam keadaan yang rushing. Good exercise indeed. Memang kalau kat KL tak pernah buat macam ni. Sampai kat train station rasa lega. Letak segala beg, cek jadual train belom sampai lagi. Dalam 10 minit lepas tu Mr Pappi & Aril pon sampai. Derang tak tanya & cakap banyak dengan pakcik host tu kenapa pakcik tu lambat. Obviously kalau korang merepek bebel kan pakcik tu pon bukan dia paham apa korang cakap. Let’s go bebeh. We are heading to Florence. Yehaaaa

Train dari Venice ke Florence mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami sampai kat Santa Novella just nice tengahari. Ikut pelan dari station ke BNB kena jalan kaki lebih kurang 5 minit. Tak susah mencari pon, sebab aku dah print map kat google map + dah tengok imej kat google map. Host kami Andrea dah tunggu kat rumah dengan parents dia. They are so sweet & kind. BNB ni kami book melalui Air bnb. Dia brief skit pasal rumah dia, mini taman yang ada kat rumah ni, kitchen, kunci & pintu. Satu je pesan dia kalau boleh tiap-tiap pagi mintak siramkan pokok roses mummy dia yang ada kat mini garden ni. Rumah ni kami sewa dengan harga 195 euro untuk 2 malam. Bahagi 3 orang so sorang kena bayar 65 euro. Apartment ni ada 2 bilik & 1 bilik air. Toilet dia best sebab ada paip air kat tepi wc. Horeeeyy boleh memerut dengan happy nye.

Ni lah halaman rindu apartment sepanjang 3 hari kat Florence ni

Ni lah halaman rindu apartment sepanjang 3 hari kat Florence ni

Kawasan BNB yang kami sewa. Terletak di via Guelfa berdekatan dengan town

Kawasan BNB yang kami sewa. Terletak di via Guelfa berdekatan dengan town

Lepas mandi & makan kami memulakan penjelajahan pekan florence. Cuaca sangat cantik & panas hingga ke petang. Aku salah pakai kasut pulak hari ni. Konon tengok cuaca panas, aku sarung kasut loafers je. Tapak nipis. Berjalan punya jauh rasa nak tercabut tumit sebab nya permukaan jalan kat florence ni kebanyakkan nye dari terracota tiles & texture yang kasar untuk elak dari licin. Esok confirm aku tak pakai dah kasut ni. Jadi mamat dua orang ni kena lah tunggu aku jalan slow-slow yek. Gelato pulak merata-rata. Agak-agak sakit kaki, berhenti makan gelato. Kat florence ni ada macam-macam museum & Cathedral. Yang pasti nye kalau nak masuk confirm kena beratoq panjang. Sekali lagi nak habaq i’m not into art & architectural person sangat pon, jadi aku tak masuk museum kat sini. Kami cadang nak masuk coliseum kat Rome je nanti. Yang tu pon atas request Aril. Aku suka duduk kat luar cafe sambil tunggu Mr Pappi ambik gambar, order kopi sambil tengok local buat aktiviti-aktiviti derang. Street musicians ada merata-rata kat Italy ni, so sambil minum kopi dihiburkan dengan alunan muzik. Perfecto!

Florence Cathedral. Salah satu bangunan yang famous di Florence.

Florence Cathedral. Salah satu bangunan yang famous di Florence. Antara cathedral yang mempunyai facade yang sangat cantik

DSC_0263-2

Deretan kedai-kedai di sini. Dari barangan branded sehingga lah yang tak berapa branded, semua ada kat sini. Sini lah syurga kaki-kaki shopping

Deretan kedai-kedai di sini. Dari barangan branded sehingga lah yang tak berapa branded, semua ada kat sini. Sini lah syurga kaki-kaki shopping

Jalan-jalan kat sini yang kecik & banyak moto vespa...tipikal italy kan

Jalan-jalan kat sini yang kecik & banyak moto vespa…tipikal italy kan

Inilah ponte vecchio. Ponte bermaksud jambatan

Inilah ponte vecchio. Ponte bermaksud jambatan

Kedai-kedai di atas ponte vechio

Kedai-kedai di atas ponte vecchio

DSC_0304-2 DSC_0298-2

Boleh jugak sewa kayak & berkayak kat sungai ni

Boleh jugak sewa kayak & berkayak kat sungai ni

Kat Ponte Vecchio ni ada kedai-kedai yang menjual barang-barang accessories & jam. Punya la ramai pelancong kat area ni. Kami tak shopping pon sebab tak sesuai dengan budget. Lagipon aku bukan peminat tegar barang-barang branded. Sapa peminat Salvatore Ferragamo, Fendi, Channel  & etc harus datang florence. Barang kulit yang takde branded pon banyak di jual kat gerai-gerai macam kat Petaling Street tu. Tapi harga dia still mahal.

s.f.musee

Piazza Dell Republicca. Kat sini pon ada Publika macam kat Dutamas kl

Piazza Dell Republicca. Kat sini pon ada Publika macam kat Dutamas kl

Agaknya berkat aku gagahkan juga kaki berjalan walaupon rasa macam nak tercabot, kami jumpa satu kedai jual barangan kulit yang jual handbeg dengan harga yang mampu beli. Bukan jenama branded tapi made in Italy. Asalnya nak cari kedai beriani halal yang Aril search kat google. Otw ke kedai beriani tu boleh terjumpa kedai pakcik ni. Baq ang…harga dia murah berbanding yang jual kat gerai-gerai ala petaling street tadi. Lepas tu pakcik ni bagi diskaun ikut suka dia je sebelum wife dia datang. Hahahahaaa….pokcik….u are the best. Make sure datang sini time mokcik balik umah. Maka hari ni adalah hari pertama aku berbelanja sakan kat Italy. Aril pon borong sakan jugak untuk adik beradik dia. Harga starting wallet genuine lather made in italy 15 euro setiap satu. Handbeg starting from 20 euro.

Ni lah kedai dia.

Ni lah kedai dia. Kedai dia sebelum sungai & tak berapa jauh dari station train. Kalau bukak google map cari Borgo Ognissanti

Selesai membeli belah, perut dah lapar, tak berapa jauh dari kedai handbag tadi kami masuk kedai indian muslin. Beriani dia baq ang tiada tandingan dengan mana-mana beriani yang aku dah  pernah rasa sebelum ni. Memang terbaik. Nama kedai ni Zafferano yang terletak di Via II Prato. Aku order beriani udang, Aril beriani ayam & Mr Pappi beriani kambing. Paling sedap aku rasa beriani udang kot, sebab esoknya Aril pulak repeat menu beriani udang. Kos makan malam kami 12 euro sorang. Sorry…no food’s photos sebab masing-masing dah starving macam sebulan tak dapat nasi.

Bergambar depan kedai. Tak sure owner dia atau pekerja dia tapi beria-ria mintak kami promote kedai dia. Satu-satunya kedai beriani yang halal di Florence katanya

Bergambar depan kedai. Tak sure owner dia atau pekerja dia tapi beria-ria mintak kami promote kedai dia. Satu-satunya kedai beriani yang halal di Florence katanya

Lepas makan malam, kami berjalan kaki balik ke BNB. Malam ni kami tak keluar sebab nak berehat. Malam esok kata uncle kedai handbag tadi ada festival sempena nak sambut 1 may. Jadi ada macam-macam konsert & event jalanan di pekan Florence ni. Malam tu kami decided esoknya nak ambik 1 day pass ticket untuk naik mana-mana bus kat dalam Florence ni. Lagipon kami bercadang nak pergo ke piazza michelangelo yang terletak di atas bukit. Tak nak hiking lagi kat Florence sebab nya kami dah plan nak hiking kat Cinque Terre. Gosh…..you should go to Cinque Terre. Apa yang menarik kat Cinque Terre akan diceritakan dalam episode akan datang (macam drama tv plak dah). Ok…sambung pulak esok Florence Day 2. Ciao!!

Jom layan street musician yang Mr Pappi ambik menggunakan iphone 5 dia kat one of ponte kat Florence ni.

 

4 thoughts on “Mamma Mia – I’m in love with Italy (Florence Day 1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s