Mamma Mia – I’m in love with Italy (Florence Day 2)

Kelik-kelik sini untuk cerita sebelum ni

30 April 2013 (Day 5 – Europe 2013)

Hari ni aktiviti turun naik bus menuju ke piazza michelangelo. Kos 1 day pass tiket 5 euro boleh dibeli kat kedai-kedai yang jual newspaper kat Santa Maria Novella station. Piazza Michelangelo terletak lebih kurang 6km dari pusat bandar. Kawasan ni berbukit yang boleh nampak seluruh pekan Florence. Bagi yang gigih boleh  berjalan kaki dari town ke sini, tapi bagi yang tak berapa gigih macam aku sila lah naik bus. Banyak bus pergi situ. Kat BNB kami memang ada map yang host tinggal kan untuk kegunaan pelancong. Jadi kalau takde map sila lah bukak google map & klik mode public transport untuk tengok bus no berapa pergi ke Piazza Michelangelo.

Kat Piazza ni ada gerai-gerai yang menjual t-shirt2 & macam-macam cenderamata. Di samping berangan-berangan posing atas bukit, ada jugak aktiviti test drive ferrari. Kalau budget lebih boleh la try. T-shirt kat sini murah sikit berbanding kat venice. Tapi takde lah tulis venice. Dia tulih florence & italy je. Jom la layan gambar

Ponte Vechio dari puncak Piazza Michelangelo

Ponte Vechio dari puncak Piazza Michelangelo

Bagi yang nak merasa naik ferrari kat florence boleh la try. Harga tu termasuk video bang kali.

Bagi yang nak merasa naik ferrari kat florence boleh la try. Harga yang dikenakan tu termasuk video bang kali.

Pekan Florence

Pekan Florence

Creative & comel

Creative & comel

Hari semakin panas jadi dah tau kulit tak berapa nak putih kan, moh kita pergi tempat lain pulak. Naik bus ikut suka tapi kami tau bus ni mesti pergi kat town balik. Bermula lah aktiviti free & easy turun naik bus, agak-agak nampak tempat tu best je, kami turun. Dari bus besar sampai la ke bus mini yang boleh masuk celah-celah lorong tikus, semua kami try. Hello….tiket 5 euro kot, sila manfaatkan sebaik mungkin. Kami singgah kedai jual perfume, kedai kasut, kedai ala-ala watson pon masuk sebab ada sales. Kedai handbag pakcik semalam pon kami repeat lagi tapi yang ada makcik. Aiseh….tak bleh nak dapat diskaun lebih-lebih. Kami jalan-jalan dalam town balik sampai la petang. Petang ni repeat balik kedai nasi beriani semalam. Kali ni makan besar sikit sebab lepas ni konon nya kami tak jumpa nasi dah. Kos makan kami 17 euro sorang. Erkkkk…jangan convert nanti pengsan. Jom layan gambar disekitar pekan Florence.

Antara museum yang ada kat Florence

Antara museum yang ada kat Florence

Bang kali mokcik ni kata " control..control..depa ambik gambaq cheq"

Bang kali mokcik ni kata ” control..control..depa ambik gambaq cheq”

DSC_0286-2

Master in Art

Master in Art

Wow....amazing. Betol-betol hidup lukisan dia

Wow….amazing. Betol-betol hidup lukisan dia

street 4-2

Malam tu Mr Pappi keluar tengok festival hari pekerja bang kali nama nya. Katanya ramai giler orang & macam-macam aktiviti seni berlangsung. Merata-rata cerok ada je orang main alat muzik dari yang moden sampai la yang tradisional.

Pemain alat muzik tradisional. Dress up ala-ala red indian

Pemain alat muzik tradisional. Dress up ala-ala red indian

Gimrama pon ada

Gimrama pon ada

Esok cuti hari pekerja...malam ni kita bergumbira

Esok cuti hari pekerja…malam ni kita bergumbira

Mr Pappi & Big Brother - Pic instagram sendiri

Mr Pappi & Big Brother – Pic instagram sendiri

Ok…dah lewat malam…jom kemas-kemas beg untuk perjalanan esok pulak. Esok kami akan ke Cinque Terre, kami beli tiket dari Florence ke La Spezia dengan harga 12.50 euro. Esok salah satu tempat wishlist aku & kampung halaman Aril (katanya.. podahhh citt). Ciao!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s