Mamma Mia – I’m in love with Italy (Cinque Terre Day 1)

Kelik tang ni untuk entry sebelumnya

1 May 2013 (Day 6 – Europe 2013)

Hari ke enam di europe, kami bergerak menaiki train menuju ke Cinque Terra. Cinque Terre bermaksud 5 kampung yang terdiri daripada Riomaggiore, Manarola, Corniglia, Vernazza & Monterosso. Coastal village ni berada dalam daerah Linguria. Dari Florence, kami akan turun di La Spezia, satu pekan sebelum melalui Cinque Terre. Di La Spezia kena tukar keretapi. Tiket dari Florence ke La Spezia ialah 12.50 euro seorang.

Masa tunggu train kat Florence, ada sorang makcik ni bang kali homeless kot, dia tanya soklan apa tah kat sorang awek yang duduk sebelah Aril. Lepas tu tah macam mana dia bagi penampaq kat awek tu sampai terpelanting spek minah tu. Terkejut badak semua oarang. Mat-mat salleh kat sini riau dok tanya where’s security. Tapi sapa sekoq security pon takdaq. Lepas tu makcik tu blah sampai kat pintu keluar station dia bleh pelok sorang mamat & kiss sekali & terus blah. Gile..aku kata kat Aril nasib baik dia tak kiss ko nok. Hahaha…awek tadi dah menangis-nangis, sakit baq ang. Kami suruh dia p toilet cuci muka dia. Kesian kat dia. Adoiiii…macam-macam gila ada. Ok train dah sampai, jom naik.

DSC_0480-2

Jadual train & platform

Jadual train & platform

Perjalanan dari Florence ke La Spezia mengambil masa lebih kurang 2 jam. Cuaca hari ni sangat panas & berbahang. Tambahan pulak kami nak ke kawasan pantai, jadi suhu panas dah terasa. Sampai di La Spezia station, sebelum tukar train untuk ke Cinque Terre kami ke Pusat Informasi Pelancong untuk beli Cinque Terre Card. Cinque Terre Card boleh didapati untuk satu hingga tiga hari. Kami beli Cinque Terre Card & Train 2 hari dengan harga 19 euro seorang. Kegunaan Cinque Terre kad ialah tambang percuma  untuk menaiki kenderaan awam seperti train & bus bermula dari La Spezia melalui kelima-lima kampung sehinggalah ke Levanto dan juga bus di mana-mana pelusok kampung-kampung ni. Access free ke mana-mana museum, aquarium di Cinque Terre & access free juga ke trekking path. Kemudahan sewa basikal disediakan, percuma 3 jam pertama  sekiranya nak menjelajah menggunakan basikal.

DSC_0500-2

La Spezia station

La Spezia station

Kat sinilah tempat tourist information yang jual Cinque Terre Card

Kat sinilah tempat tourist information yang jual Cinque Terre Card

Dari station La Spezia ke Manarola mengambil masa lebih kurang setengah jam. Manarola adalah kampung ke 2 selepas Riomaggiore. Kami dah booked bnb melalui tripadvisor kat Manarola. Aku suka Manarola sebab less tourist & harga BNB yang sesuai dengan budget. Riomaggiore sangat crowded dengan pelancong, Corniglia pulak walaupon penginapan nya murah berbanding dengan yang lain, tapi kedudukan kampungnya di atas bukit yang jauh dari station keretapi. Vernazza pulak mempunya telok yang sangat cantik. Pada tahun 2011 kampung ni dilanda banjir lumpur yang menenggelamkan hampir keseluruhan bangunan di kampung ni. Jadi pembangunan pesat dilakukan di kampung ni & harga penginapan dan restaurant di sini agak mahal. Monterosso pula adalah satu-satu nya kampung yang mempunyai pantai, jadi tentulah banyak pelancong & golongan muda belia menginap di sini. Pantai kat sini tak lah sandy beach putih bak mutiara macam pantai kita macam kat Pulau Perhentian tu. Sini banyak batu & pasir-pasir kasar. Tapi air dia….mak aiiii sejuk sampai urat keting. Aril konon berhasrat la kan nak mandi kat pantai ni, sekali baru je cecah kaki dah gigil. Terus tak jadi. Kat Monterosso juga ada camping site. Bagi sapa-sapa yang travel menggunakan motor van boleh la bermalam kat sini.

Manarola station

Manarola station

Dari station Manarola kami kena berjalan kaki melalui terowong untuk masuk ke kampung ni. Berjalan kaki kira-kira 5 minit, keluar dari terowong haaaa….ambik kau….struktur mukabumi Cinque Terre yang berbukit memerlukan kami untuk daki bukit. Oleh kerana dalam email dah cakap yang kami kena collect kunci di ofis BNB, Mr Pappi & Aril suruh aku jaga beg-beg sementara derang daki bukit pergi ke ofis BNB. Sekurang-kurangnya takde lah mencungap nak bawak bag pack daki bukit. Tapi kannnnn….malang nya….BNB kami atas bukit. Nak tak nak kena jugak aku daki bukit berjemaah dengan yang lain. Nak pengsann baq ang. Apartment ni sangat selesa kami sewa dengan harga 220 euro untuk 2 malam. Jadi seorang kena bayar 73.30 euro.

View rumah-rumah di Manarola

View rumah-rumah di Manarola

Ni lah Apartment yang kami sewa

Ni lah Apartment yang kami sewa

Petang ni aktiviti free & easy untuk meninjau-ninjau je kawasan Manarola ni, tapi tah macamana boleh ter hiking pulak. Rupanya hiking trail coastal di tutup sebab landslide. Aisehhh rugi nya, sebab nya coastal trail paling senang nak buat. Kalau hiking  melalui valley agak susah sikit sebab ada antara trail sederhana susah & sangat susah. Kami bercadang esok nak try hiking merentasi cerun-cerun vineyard. Tapi petang ni walaupon hiking menggunakan cerun-cerun yang mudah, permandangan masih lagi superb. Mudah tu tak le mudah sangat, berpeluh jugak ketiak. Jom layan gambar sekitar kampung Manarola dan Lingurian sea.

Colorful houses di Manarola. Yang ni lah keunikkan Cinque Terre

Colorful houses di Manarola. Yang ni lah keunikkan Cinque Terre

Sebahagian daripada rumah-rumah di Manarola

Sebahagian daripada rumah-rumah di Manarola. Selain dari menaiki train, boleh juga naik boat untuk ke kampung-kampung yang lain. Tapi harga boat tak termasuk dalam Cinque Terre Card

Mnarola view daripada coastal path. Sebahagian saja coastal path yang di buka. Jalan untuk ke Corniglia & ke Riomaggiore di tutop buat sementara waktu

Manarola’s view daripada coastal path. Sebahagian saja coastal path yang di buka. Jalan untuk ke Corniglia & ke Riomaggiore di tutop buat sementara waktu

I'm in love with Manarola. Colorful houses, laut & bukit.

I’m in love with Manarola. Colorful houses, laut & bukit.

DSC_0746-2

Kami bercadang untuk naik train ke Monterosso sebab Mr Pappi nak tangkap gambaq sunset. Tapi bila sampai kat Monterosso, sunset macam terlindung di balik bukit. Kami jalan-jalan disekitar kampung Monterosso kejap je sebab nak ke Levanto, station selepas Monterosso. Jom layan gambar kat sekitar Monterosso

DSC_0612-2

Adik oiii...ang tak sejuk ka

Adik oiii…ang tak sejuk ka

DSC_0623-2

Pencarian sunset diteruskan dengan menaiki keretapi ke Levanto, tapi tah macamana dalam train dapat idea bernas. Kami ingatkan Levanto adalah station terakhir, rupanya keretapi ni meneruskan perjalanan ke tempat lain yang kami pon tak pasti ke mana. Yang pasti bila sampai Levanto, kami tak turun, sampai la tiga station selepas Levanto, baru kami teringat yang pas kami sampai Levanto je. Hahaha….ni dah menyalahi undang-undang ni. Kami turun di Framura. Serius memang tak tahu kat mana ni, pakai turun je sebab dah tau langgar undang-undang. Tapi ada hikmah nya….kat Framura la kami dapat tangkap gambar sunset. Tak perlu pergi jauh-jauh, dari station ketapi framura je kami bleh shoot gambaq sunset. Aril apa lagi berposing sakan, aku pulak masuk dalam station untuk beli tiket ke Levanto. Dari Levanto kami dah boleh guna Cinque Terre Card. Tapi rupa-rupa nya niat suci murni aku ni terbantut sebab kaunter dah tutop. Nak beli tiket pakai mesin, mesin pulak rosak. Adoiii…haaa nampak tak kat situ, bukan sengaja nak naik train free yek. Niat dah ada nak beli tiket lain, tapi kaunter plak tutop.

Ok yang tu takpa lagi….bila cek jadual, train ke La Spezia hanya ada pukol 9.45 malam. Masa tu baru pukol 7.30 malam. Lagi scary….kami bertiga je kat station. Kampung ni macam takde orang je. Kalau ada rumah orang pon kat atas bukit tu ada sebijik rumah banglo, tapi gelap je. Mesti owner dah p oversea. Huhuhu….mula lah keluar idea-idea tak berapa bernas. Mr Pappi ajak naik bus la, ajak jalan kaki kita cari rumah orang la, tumpang sapa-sapa la….oooo no..no..no..baik kita tunggu je sampai pukol 9.45 malam. Tahan le sejuk & nyamok skit.

Nak cari sunset membawa kami ke sini

Nak cari sunset membawa kami ke sini. Scary baq ang…kami bertiga je kat station ni

Sunset ni yang dicari

Sunset ni yang dicari membawa kami ke Framura

Tiba-tiba kalau la sampai pukol 9.45 malam train takdak?? Hahahahaa…..mai dah ngarut masing-masing. Tapi train kat europe sentiasa on time. Tepat pukol 9.45 malam sampai. Lega….tapi dalam ketapi kena risau jugak kot2 la ada orang datang cek tiket macamana? Terpaksa la kata kami sesat. Tapi nasib baik takde orang cek tiket pon. Sampai jugak kami kat Manarola. Perut dah bersenandung semalam. Malam pertama ni kami nak try seafood kat sini. Ini kan kampung nelayan, jadi mesti seafood dia fresh. Aku order spaghetti Lobster yang sangat, sangat,  sedap. Mana-mana restaurant Italy derang akan serve roti cicah olive oil & vinegar percuma. Siap mintak extra roti baq ang, punya lapaq nya kami stranded plak kat Framura. Kos dinner malam ni 9.80 euro sorang.

Lapaq plak bila tengok gambaq food

Ni lah Spaghetti Lobster.

Lepas menjamu selera, kami balik ke apartment. Letih jugak hari ni. Perjalanan yang menarik, suasana kampung yang menarik, permandangan yang unik dan memukau. So malam ni nak rehat secukopnya untuk aktiviti esok. Esok kami akan jelajah kampung Riomaggiore, Corniglia & Vernazza. Selamat malam Cinque Terre. Ciao!!

10 thoughts on “Mamma Mia – I’m in love with Italy (Cinque Terre Day 1)

  1. Jumpa blog ni masa cari info cinque terre..best baca blog ni. awesome picture & useful info..tak sabar nk tggu next entry.. nanti blh la minta info plan nk ke europe next year and cinque terre dlm top list.

  2. Hi ross, tengah carik info pasal cinque terre, plan nk pi bln 10 ni. Leh tawu ape name apartment yang ross stayed masa kat cinque terre? Thanks.

    • Hi fazi. Saya cari kat http://www.arbaspaa.com. Kalau boleh mintak yg mengadap laut.

      Wow best nya nak p cinque terre. Kalau boleh saya nak p lagi. Hari tu 3 hari 2 malam rasa tak habis xplore. Ada jugak tourist sewa apartment kat atas2 bukit ke dalam kampong lagi. Tapi dari station ketapi kena ambik bus ke kampong2 tu. sewa lebih murah dari yg dekat laut ni

  3. Waaaa tenkiu ross sudi share info. Bus tu memang ade tiap mase ke ross? Tambang bus leh guna cinque terre card tu juge? Maaf byk tanye ross, almaklumla first time. Sy pon plan nak spend 2 malam saje ross, sebab pastu nak fly ke barcelona from pisa.. haha… kalau la sy banyak mase seronoknye la dapat sewa kat kampung2 macam yang ross cadangkan… huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s