Mamma Mia – I’m in love with Italy (Cinque Terre Day 2)

Klik sini untuk entry sebelum ni

2 May 2013 (Day 7 – Europe 2013)

Hari ke 2 di Cinque Terre, pagi lepas breakfast kami naik train pergi ke Riomaggiore. Mr Pappi & Aril sebenarnya dah keluar awal-awal pagi ambik gambar. Aku sambung tido lagi…(hahaha…kuat tido sungguh, kena pulak suhu sejuk). Hajat nya sampai kat Riomaggiore kami nak guna coastal path Via Dell’Amore. Path ni femes dengan scenery yang superb & bagi pasangan-pasangan bercinta boleh la mengabdikan mangga-mangga kat handrailing di laluan ni.  Tapi malang nya laluan ni di tutop sebab ada landslide. Frust nya….tak bleh nak ber romantik-romantik di amore dengan Mr Pappi. Buweekk.

Riomaggiore sangat padat dengan pelancong. Banyak kedai-kedai cenderamata & groceries kat sini. Apa yang menariknya kalau pergi sini jangan lupa cari product tempatan derang macam spaghetti, sabun buah-buahan, olive oil, chili flakes & campuran herba-herba kalau nak masak pasta. Aku beli herba campuran aglio olio & arabiata. Benda ni senang semua dah campor, kita tinggal tumis je. Seafood calamari pulak sangat murah & fresh. Lepas membeli belah & tangkap gambar kawasan coastal, kami naik bus color hijau untuk ke dalam kampung. Tak perlu beli tiket, tunjuk je Cinque Terre card. Dari pekan Riomaggiore ke last station tak jauh lebih kurang 10 minit je, jalan kaki je pon boleh, tapi memandangkan struktur mukabumi yang berbukit bukau, kami naik bus. Cuma masa nak turun kami berjalan kaki ikut trail yang dah disediakan. Lalu celah-celah kebun orang & disajikan permandangan yang cantik di italian riviera ni.

Laluan Val Dell Amore yang di tutop

Laluan Via Dell Amore yang di tutop

Laluan di antara satu rumah dengan rumah yang lain

Laluan di antara satu rumah dengan rumah yang lain. Yang penting bersih & takde bau-bau yang kurang menyenangkan

Rumah-rumah di Riomaggiore

Rumah-rumah di Riomaggiore

DSC_0802-2

DSC_0812-2

DSC_0824-2

Kedai-kedai di Riomaggiore yang padat dengan pelancong

View perkampungan di Riomaggiore dari atas bukit

View perkampungan di Riomaggiore dari atas bukit

DSC_0847-2

Lemon merata-rata cerok kampung.

Lemon merata-rata cerok kampung.

DSC_0757-2

Kami naik keretapi menuju ke Manarola balik. Sampai Manarola Aril tapau calamari untuk lunch kat rumah. Balik rumah, makan, solat & rest kejap, lepas tu kami keluar balik. Kami naik shuttle bus dekat depan bnb kami ni saja. Bus ni akan menuju ke kampung-kampung kat atas bukit. Dalam bus kami bersembang dengan tourist dari Australia yang menyewa apartmant kat Volastra. Volastra salah satu kampung yang berada dalam Manarola & terletak di puncak bukit di Manarola. Kata nya apartment kawasan pendalaman ni lagi murah, tambahan pulak derang ni vegeterian, so derang akan masak sendiri. Jalan bukit yang bus ni lalu memang betol-betol mencabar. Aku rasa dia guna gear satu je kot. Ni kalau kami hiking dari bawah tak tau la brapa jam baru sampai. Tu kalau aku la, kalau Mr Pappi dia buat setengah jam je kot baq ang…uiiii terror nye dia. (Sat…nak muntah pon ada)

Ok jom hiking…dari puncak volastra menuju ke Corniglia. Dalam map trail ni mengambil masa 2-3 jam. Tu kalau expert buat la. Aku yang tak berapa expert ni tak tau la brapa lama ambik masa. Trail ni merangkumi jalan senang-sederhana-susah. Part yang susah tu bila nak turun ke corniglia. Kat situ bukit-bukit dia berbatu-batu. Paling senang dekat volastra, laluan di tepi lereng-lerang vineyard. Memandangkan pada masa ni bukan musim anggur, jadi kami hanya bergambar dengan pokok-pokok anggur je la. Tapi permandangan lingurian sea tetap superb daripada volastra ni. Ramai jugak buat hiking pada hari ni. Kebanyakkan derang mula dari Corniglia ke Volastra. Penduduk local pon ramai jugak yang kami jumpa disepanjang path ni. Tak macam nak pegi hiking pon derang, pakai skirt & selipar je turun naik bukit. Oomaigod..terror nye derang. Siap jinjit plastik shopping lagi. Bang kali rumah derang kat atas bukit ni.

Laluan di cerun-cerun vineyard

Laluan di cerun-cerun vineyard

Santai sangat kan....ni trail easy....sat lagi ang tau la macamana...berpeluh ketiak2

Santai sangat kan….ni trail easy….sat lagi ang tau la macamana…berpeluh ketiak2

View Manarola dari puncak volastra

View Manarola dari puncak volastra

Cerun-cerun vineyard. Kami bermula dari hujung tu

Cerun-cerun vineyard. Kami bermula dari hujung tu

Salah satu rumah yang kami jumpa sepanjang hiking kami. Rumah ni terletak di atas bukit, mengadap laut & dikelilingi dengan pokok-pokok olive

Salah satu rumah yang kami jumpa sepanjang hiking kami. Rumah ni terletak di atas bukit, mengadap laut & dikelilingi dengan pokok-pokok olive

DSC_0929-2

Kami semakin jauh meninggalkan Manarola. Masa ni dah masuk dalam hutan. Walaupon kami dalam hutan, tapi tanda-tanda jalan ada dimana-mana. Takkan sesat punya. Akan ada detour bagi sapa-sapa yang tak nak turun kat corniglia tetapi akan terun ke Vernazza. Yang tu lagi susah. Bagi yang expert boleh try

Kami semakin jauh meninggalkan Manarola. Masa ni dah masuk dalam hutan. Walaupon kami dalam hutan, tapi tanda-tanda jalan ada dimana-mana. Takkan sesat punya. Akan ada detour bagi sapa-sapa yang tak nak turun kat corniglia tetapi akan terun ke Vernazza. Yang tu lagi susah. Bagi yang expert boleh try

DSC_1002-2

Dah nampak dah Corngilia, tapi jenoh jugak la nak sampai kat bawah tu

Dah nampak dah Corngilia, tapi jenoh jugak la nak sampai kat bawah tu

Ni salah satu trail kat dalam hutan

Ni salah satu trail kat dalam hutan. Berbatu-batu & berliku

View station Corniglia dari  perkampungan ni.

View station Corniglia dari perkampungan ni.

Akhirnya sampai jugak ke Corniglia dengan selamat dan mengambil masa 4 jam. Mak aiii….lama gile nak sampai. Kan dah kata aku bukan expert, lagipon tak de plan pon nak try trail ni sebab nya coastal trail yang katagori senang tu di tutop. Nak cepat naik ketapi je. Hahahaha. Corniglia adalah kampung yang terletak di atas bukit yang tinggi nya lebih kurang 100m. To reach Corniglia by foot you will need to climb tangga yang diperbuat daripada bata. Di anggarkan tangga tu mempunyai 380 anak tangga & 30 landing flight. Kalau tak sanggup nak panjat sila lah naik kereta, bus atau motor yang akan melalui narrow road & cerun-cerun vineyard. Masa kami sampai sini & nak ke station keretapi, bus terkahir dah bergerak. Betol-betol lalu depan jalan yang kami lalu untuk turun ke Corniglia, tapi masa tu ingat ada lagi la bus. Sekali pegi kat bus stop tengok timetable dia, rupanya yang tadi tu bus terkahir. Adoiiii….sila lah bertabah melalui 380 anak tangga tu.Nasib baik lah kan, turun tangga, bukan naik tangga.

Ni lah tangga yang wajib dilalui oleh semua orang untuk ke station sekiranya public transport dah takde

Ni lah tangga yang wajib dilalui oleh semua orang untuk ke station sekiranya public transport dah takde

Vespa kat kampung ni. Cadang nak naik vespa ni je p station

Sewa vespa pon menarik jugak

Sampai kat station keretapi rasa nak tercabot sendi-sendi. Hahaha….rasa nya dah berterabor skru-skru sepanjang perjalanan dari tangga ke station ni. Kali ni kami akan ke Vernazza menaiki keretapi. Nak hiking ke Vernazza dari sini?? Tak sanggupppp….cukop la hiking pada hari ni. Trail dari Corniglia ke Vernazza adalah salah satu trail yang susah. Sebenarnya untuk membolehkan kita buat hiking ke lima-lima kampung, 3 hari 2 malam kat Cinque Terre tak cukop. Next tima kalau ada rezeki ke sini lagi, kena stay sini kurang-kurang 4 malam. Insya Allah…satu hari nanti akan ke sini lagi.

Sampai kat Vernazza dah gelap. Kami cadangnya nak makan kat sini sambil feeling-feeling orang kaya mngadap laut. Tapi harga makanan kat sini mak aiiii…mahal. Compare kat Manarola pasta boleh dapat lagi dengan harga bawah 10 euro. Kat sini kebanyakkannnya 15 euro ke atas. Pizza bodo-bodo pon 12 euro. (Hahahaa…pandai-pandai le aku aku kata pizza bodo-bodo). Tapi tak dinafikan yang Vernazza mempunya telok yang sangat cantik. Malam tu sangat berangin, sejuk sampai tulang kering. Pakai jacket pon still gigil. Tak banyak gambar yang Mr Pappi ambik malam tu, sebab kami nak catch train balik ke Manarola. Kata nya esok pagi-pagi sebelom kami gerak ke La Spezia, dia akan ke sini pagi-pagi untuk ambik beberapa keping gambar Vernazza di waktu pagi. Masa jalan-jalan kat sini, ada sorang pakcik italian ni tegor Mr Pappi sebab nampak Mr Pappi pakai mafla Ultras Malaya. Dari jauh dia panggil KUALA LUMPUR?? Tanjat boboiii baq ang tengah-tengah vernazza ni ada orang panggil KL? Pakcik tu kata, wife dia orang Malaysia, dia suruh tunggu sat dia panggil wife dia. Rupa nya wife dia orang Sg Buloh. Punya la suka dia dengaq kami cakap malay dengan wife dia, kata nya dia suka sangat sebab dah lama wife dia tak cakap melayu. So suweeettt pakcik & makcik ni. Tapi Mr Pappi tak sembang lama sebab nak ke station keretapi. Kang risau kena tinggal pulak & kena tunggu lama macam kat Framura aritu.

Malam ni kami dinner di tempat yang sama seperti malam tadi. Sini je yang murah & masih lagi bukak sampai pukol 12 tengah malam. Kali ni aku order pasta ala lingurian & lingurian herb. Lingurian pasta ni kontot-kontot macam ala-alal bubur cha-cha bentuk nya. Lepas makan balik apartment, mandi & kemas-kemas beg & pengsan sampai pagi. Esok kami akan bergerak ke Umbria. Satu lagi wish list aku kat Italy ni. Ok…jumpa lagi kat Umbria. Ciao!!

Vernazza pada waktu malam

Vernazza pada waktu malam

6 thoughts on “Mamma Mia – I’m in love with Italy (Cinque Terre Day 2)

  1. Wow!!! So colourful.. I baca citer u gi amsterdam terus rasa nak pegi…baca pasal swiss plak terus jatuh chenta….kali ni pasal italy terus cek akaun bank nak start menabung…. Hikhikhik…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s