Mamma Mia – I’m in love with Italy ( Cinque Terre – La Spezia – Umbria) – Day 1

Klik sini untuk entry sebelum nya

3 May 2013 (Day 8 – Europe 2013)

Pagi ni rupanya Mr Pappi bangun awal subuh-subuh sepie sorang-sorang dia naik train pergi ke Vernazza. Malam tadi dah lewat sampai Vernazza. Jadi pagi ni dia repeat balik sengsorang. Dia tak ajak aku pon sebab nya confirm aku tak puas tido lagi. Letih wooo semalam dah hiking. Jom layan gambar-gambar yang dia ambik kat Vernazza

Masa ni dalam pukol 6.30 pagi. Spring siang panjang malam pendek

Masa ni dalam pukol 6.30 pagi. Spring siang panjang malam pendek

DSC_0235-2

Sepatut nya kena hiking kat bukit atas tu baru boleh dapat view Vernazza satu kampung. Tapi pagi ni kami dah nak gerak ke tempat lain

Perkampungan Vernazza di waktu pagi

Perkampungan Vernazza di waktu pagi

Kawasan di dalam Vernazza

Kawasan di dalam Vernazza. Dari station keretapi Vernazza akan melalui deretan kedai-kedai ni sebelum berjumpa dengan teluk tadi

Italian Typical house

Italian Typical house

Lepas ambik gambar kat Vernazza kami bersiap-siap untuk destinasi seterusnya. Sebelum tu sempat juga beli stamp kat pejabat pos depan rumah ni. Semalam masing-masing dah beli poskad nak hantar kat diri sendiri & kengkawan. Sambil breakfast kat local cafe ni, kami tulis poskad. Woww very the mat salleh sangat feeling nok. Hahaha….Set breakfast aku egg scramble + roti + coffee. Harga nya 6 euro. Mr Pappi beli roti harga nya 1 euro je lepas tu kami share egg scramble & kopi. Ni adalah langkah penjimatan ye. Sebelum check out sempat ambik gambar dengan owner rumah. Dah muah-muah dengan owner rumah kami bertukar-tukar email. (Owner rumah pompuan laaa… tu yg bleh muah-muah)

Ni lah owner rumah. Sangat baik.  Walaupon english dia very limited dia berusaha jugak nak beramah mesra dengan kami

Ni lah owner rumah. Sangat baik. Walaupon english dia very limited dia berusaha jugak nak beramah mesra dengan kami

Ok….strategi kami bila sampai kat station La spezia….aku akan tunggu luggage kat station ni sementara hero-hero 2 orang ni akan jalan kaki ke ofis avis. Kalau tengok google map jalan kaki dalam 20 minit. So daripada nak mengangkut beg besar-besar ni baik aku tunggu je kat station. Tapi kan…..kalau semua yang dirancang menjadi & on time kan best kannnnn. Ni dah sampai ofis avis depa nak orang yang booked datang sendiri ambik kete which aku le orang tu. Tapi bila dah pom pang pom pang kata aku kat station la apa bala semua pakcik & makcik kat avis tu pon agreed la dengan kami (Tah-tah pakcik makcik tu haram tak paham apa korang cakap. tu yang pakai setuju je)

Ok settle satu bab. Bila pakcik tu mintak international driving license kat Aril, Aril selok segala poket seluar yang ada…..last-last baru dia teringat dia tertinggal driving license kat dalam beg. Adoiiiiiii…..kena patah balik jalan kaki ke La spezia station. Nasib baik la ko kata kat dalam beg, kalau ko kata kat Malaysia mau kena cekik tang tu. So kena tunggu 40 minit lagi.

Bab kedua….bila dah ambik license, dah sampai avis buat kali ke 2, time ni slow sungguh laaaa pakcik & makcik ni nak keep in data. Pakcik tu menaip seketul-seketul keyboard. Aril nak je ambik keyboard tu tolong taip kan. Kena pulak alamat rumah kat Aril panjang lebar. Last sekali….plan nye sejam je kat avis terus jadi 2 jam setengah. Haaaa…..larikkkk program hari ni. Cost rental kete ni 74 euro sorang termasuk gps + insurance. Asalnya plan ni 5 orang tu yang kami ambik wagon, last skali 3 orang je. Haaa……….nyesal tak sudah ambik kete panjang-panjang ni. Kenapa? Nantikan cite kat Rome! Nasihat aku….jangan sewa kete besar-besar.

Ni lah rupa nya lesen memandu antarabangsa. Kat page sebelah ada letak gambar. Harga dia RM 150 valid setahun. Kami share 50 ringgit sorang

Ni lah rupa nya lesen memandu antarabangsa. Kat page sebelah ada letak gambar. Harga dia RM 150 valid setahun. Kami share 50 ringgit sorang

Sementara menunggu Aril patah balik ambik license, Mr Pappi sempat meronda-ronda pekan La Spezia

Sementara menunggu Aril patah balik ambik license, Mr Pappi sempat meronda-ronda pekan La Spezia

Kete yang kami sewa

Kete yang kami sewa. Sila jangan sewa kete panjang-panjang dah lepas ni

La Spezia Treno station

La Spezia Treno station

Pekan La Spezia

Pekan La Spezia

Ok kete dah dapat. Aril & Mr Pappi kena ambik aku kat station ketapi La Spezia. Nasib baik depa ingat kat aku, mana la tau kot2 la dah rambang mata tengok awek italy kat town tu menonong je terus ke pisa. Haaa….satu lagi dugaan. Nak keluar kan kete yang panjang ni dari parking lot train station. Untuk pengetahuan yek…kat sini parking, jalan dalam town semua kecik2 yek. Masa nak u turn tu aril tak confident bleh kepas ke tak sebab nye moto parking kiri kanan. Nasib baik la ada sorang makcik ni dalam age 50 an bangkali, mula-mula dia jadi budak jaga parking bagi instruction kat Aril. Last skali dia tengok Aril terkial2, dia p kat aril mintak nak drive. Huhu….habaq ang…masa dia reversed apa semua tak tengok cermin pon. Sebelah tangan je dia handle. Bravooo mokcik. My 2 gentlemans tersipu2 ucap tq kat dia.

Hokey…jom ke Pisa. Oleh kerana macam-macam dugaan pagi ni, maka sempat p pisa je la. Lepas pisa cadang nak singgah medieval village kat volterra terpaksa dibatalkan. Sob..sob..sob…sedih….tu tempat wish list aku. Tapi akan digantikan dengan medieval village lain kat Tuscany. Cuma tak twillight le kan kalau tak singgah Volterra. Ada satu lagi medieval village yg mana pengambaraan twillight dijalankan. Yang ni kami akan pergi esok.

Perjalanan ke pisa mengambil masa sejam melalui jalan highway. Masa first time nak masuk highway tu jakun jugak baq ang, sebab kat tol takde orang jaga. Kalau yang tempat card memang le takde orang, ni yang tol cash pon takde orang. Abis laaa kali ni. Takkan semua guna kad kot. Bila sampai kat depan tol, rupanya semua nya auto. Ada mesin macam pandu lalu kat situ. Kita kena tekan sendiri lepas tu letak duit sendiri dalam mesin tu. Ooooo….mai dari kola nerang baq ang. Mana ada benda2 ni semua.

Ni lah rupanya tol mesin selfservice.

Ni lah rupanya tol mesin selfservice.

Ok...sudah pass main-main dengan mesin tu, baru boleh masuk highway

Ok…sudah pass main-main dengan mesin tu, baru boleh masuk highway

Tol dari La spezia ke Pisa adalah sebanyak 6.30 Euro. Kat Pisa kami parking kat via Fazio Degli Uberti. Parking ni free, dari parking ke pisa ada shuttle bus. Just bayar 1 euro saja. Kat bandar-bandar besar italy ni ada restricted traffic zone atau pon dalam bahasa italy nye ‘Zona a Traffico Limitato’ (ZTL). Benda ni selalunya dekat area-area yang mengdungi bangunan-bangunan sejarah. Non resident tak dibenarkan memandu di kawasan ZTL ni daripukol 7.30 pagi – 7.30 malam monday-friday. Kalau saturday 7.30 pagi-6 petang. Jadi elakkan daripada memandu di kawasan-kawasan yang bertanda ZTL. Signages ZTL memang ada diletakkan ditempat-tempat tertentu  supaya kita aware tak masuk ke dalam kawasan ZTL tu. Kalau masuk jugak, camera akan tangkap & hantar notis ke ofis kete sewa & denda akan dicas ke kad kredit kita. Parking di kawasan ZTL pon tak dibenarkan. Jadi kami ambil langkah berjaga-jaga dengan parking jauh sikit dari pisa lepas tu ambil shuttle bus.

Naik bus dari parking lot ke pisa dalam 10 minit je. Kalau nak jalan kaki pon boleh dalam 20 minit. Aku tengok mokcik-mokcik dari china gigih jalan kaki dari pisa ke parking bus beramai-ramai. Kami sebab nak kejar masa, maka bayar je la 1 euro sorang. Jom layan gambar feeling2 perasan.

Battistero

Battistero & pisa cathederal

tahan dengan jari je

tahan dengan jari je

Mr Pappi & learning tower. Sebenarnya dia tak puas ati bila aku ambik gambar dia tak santek. senget la, tak nampak real la...sampai kl tak habis merungut

Mr Pappi & learning tower. Sebenarnya dia tak puas ati bila aku ambik gambar dia tak santek. senget la, tak nampak real la…sampai kl tak habis merungut. Kih..kih..kih

Oleh kerana masa suntuk, kami tak panjat pon learning tower tu. Lepas ni kami akan ke Umbria. Sebelum tu kami lunch dulu kat pisa. Kat luar pagar ni ada banyak orang jual cenderamata & kedai kebab halal. Cost lunch hari ni 6.50 euro. Lepas makan cuci-cuci mata jap tengok fridge magnet. Bangla yang jaga kedai-kedai kat sini pandai cakap melayu sepatah dua. Harga sebijik FM dalam 3 euro. Key chain murah skit 1 euro pon bleh dapat lepas bodek-bodek skit bangla tu.

Jom….perjalanan diteruskan ke Umbria. Tol dari pisa ke umbria 13.80 euro. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Tu belom lagi masuk masa-masa sesat. Tapi so far kami tak le sesat teruk sangat. Cuma bila sampai Umbria nak ke bnb tu kami mintak tolong orang rumah depan sebab jalan masuk ke bnb ni takde tar dah. Keliling kami hutan & pokok-pokok olive je. Tapi view & scenery habaq ang sangat cantik….memang berbaloi walaupon duduk dalam hutan. Kos penginapan 2 malam kat sini 170 euro.

Aku booked bnb ni kat airbnb. Umbria & Tuscany adalah kawasan countryside italy yang wajib pergi. Dua-dua mempunya view berbukit yang sangat cantik. Cuma nya umbria punya penginapan masih lagi murah berbanding tuscany. Tempat bnb kami ni di panggil Citta Della Pieve. Dari sini ke Val d orcia dalam sejam je. Val di orcia ni kawasan berbukit yang femes di tuscany dengan pokok-pokok crypress di sepanjang jalan-jalan & bukit bukit yang menghijau. Ni adalah tempat wishlist aku & kenapa aku pilih italy untuk trip kali ni?? sebab nya aku nak pergi tempat ni.

Ok cita & gambar pasal tuscany & umbria akan disambung nanti.

Masa kami sampai, host bnb kami dah tunggu kami depan rumah. Derang sangat mesra walaupon tak berapa fasih bercakap english. Rumah derang sangat klasik & cantik. Paling best ada bunga-bunga kecik depan enterance bnb kami. Fracesco host kami ni mengusaha kan produk tempatan sendiri macam cheese, olive oil, sabun, jem & macam-macam lagi. Oleh kerana malam ni kami nak masak sendiri dia bawak kami pergi kedai groceries yang terdekat. Aku beli barang untuk 2 malam. Bnb dalam hutan tapi barang dalam rumah complete  yek. Dish washer je takde. Yang lain semua cukop. Cost groceries untuk 2 malam ni 27 euro. Malam ni aku masak aglio olio spaghetti. Olive oil & telor ayam untuk breakfast complimentary daripada tuan rumah.

Bnb kami di Umbria

Bnb kami di Umbria

Rest & relax depan bnb

Rest & relax depan bnb

buaian pon ada depan rumah

buaian pon ada depan rumah

Ni lah pandangan depan bnb kami

Ni lah pandangan depan bnb kami

Lepas meninjau-ninjau kawasan bnb, aku punya turn pulak masak malam ni. Sedap wooo aku masak. Licinnnnn mangkuk. Agaknya sebab malam tu cuaca sejuk tu yang lapaq semacam. Lepas makan pekena teh o panas-panas. Perut dah kenyang, bukak internet tengok berita semasa kat fb. Best….internet laju walaupon dalam hutan. Lepas  ni cite pasal tuscany & umbria pulak. Ciao.

6 thoughts on “Mamma Mia – I’m in love with Italy ( Cinque Terre – La Spezia – Umbria) – Day 1

  1. salam, pegi berapa hari? byk negara nampaknya..Saya plan nak pegi italy insyAllah bulan mac awal mac ni…boleh bagi tips>>italy and Switzerland..nak ambik train & drive laaah sekali!! Alhamdulillah sebelum ni dah penah ke UK & europe ( dpt conquered>> Amst, german,paris Via motorhome

    • Salam siti uma

      Trip ni 14 hari. 10 malam kat italy. Saya banyak xplore italy, tu pon tak sempat nak jelajah naples. Kalau nak jelajah satu italy mau sebulan kot baru puas.

      Lepas tu terus ke amsterdam sebab flight balik kl dari sana.

      Trip swiss saya dengan train je sebab masa tu saya dapat promo swiss flexi pass buy 1 free 1.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s