Mamma Mia – I’m in Love with Italy (Umbria – Tuscany) – Day 2

Sila Klik sini untuk cita sebelum nya 4 May 2013 (Day 9 – Europe 2013)

Pagi di Umbria dikejutkan dengan bunyi burung-burung berkicauan. Pagi ni kami breakfast ala-ala omputeh kat garden ditemani kicauan burung-burung. Aku buat french toast (bajet omputeh konon) & panaskan balance spaghetti semalam. Teh o buat seperiuk. Ambik ko…dalam periuk aku masak air sebab cerek takde.  Sambil makan-makan buat video call.

Mr Pappi seperti biasa bangun lagi awal dari aku. Dia dah p melawat kawasan kebun pakcik ni. Lepas pakcik ni tengok pokok-pokok olive dia, dia akan balik ke rumah sarapan. Lepas tu siap-siap untu ke kebun semula. Sementara makcik pulak siap-siap ke kandang kambing nak perah susu untuk buat cheese. Derang proses cheese & olive oil sendiri kat rumah ni. Rumah derang tak le besar mana pon, comel je, tapi semua product derang buat sendiri.

Mentari pagi di Umbria

Mentari pagi di Umbria

Vineyard di sekeliling rumah

Vineyard di sekeliling rumah

Host kami tengah bekerja

Host kami tengah bekerja

Ke kandang kambing pulak. Nak ambik susu untuk dibuat cheese

Ke kandang kambing pulak. Nak ambik susu untuk dibuat cheese

Perah susu kambing

Perah susu kambing

Cheese yang dah siap dimasak

Cheese yang dah siap dimasak & pelbagai usia

Sebahagian daripada pokok-pokok olive yang berada dikeliling rumah

Sebahagian daripada pokok-pokok olive yang berada dikeliling rumah

Lepas sarapan kami bersiap nak berjalan disekitar kawasan ni. Mula-mula kami singgah ke pekan Citta Della Pieve yang lebih kurang 5 minit je dari bnb kami. Masa kami sampai ni ada pasar ala-ala pasar tani di dalam medieval village ni. Menarik jugak barang-barang yang dijual. Aku sempat beli runner table & table cloth untuk dr rohaya. Satu color putih satu color brown & ada corak bunga kecik-kecik yang dikait. Balik kl skali table runner tu tak cukop panjang untuk meja umah dr. Last sekali dapat kat makcik (mak dr) sebab meja dia pendek sikit dari meja dr. So sweet makcik guna time raya aritu.

Dalam bangunan ni jugak ada kedai-kedai yang menjual macam-macam cenderamata. Aku sempat jugak beli satu sandal untuk pakai dalam office. Cafe-cafe memang banyak disepanjang bangunan ni. Tak banyak shopping pon sebab lepas ni kami nak pegi satu lagi tempat. Mana tau kat situ ada benda yang menarik lagi.

Pasar pagi di Citta Delle Pieve

Pasar pagi di Citta Delle Pieve. Baju-baju perempuan murah-murah.

DSC_0058-2

Deretan kedai-kedai di dalam medieval village ni

Deretan kedai-kedai di dalam medieval village ni

Jom kita gerak ke Tuscany

Pekan Citta Della Pieve sangat strategik. Berdekatan dengan highway ke Rome & Florence

Kami meneruskan sessi jalan-jalan santai ke Tuscany. Satu lagi tempat yang fofular kat countryside italy. Penyanyi fofular  Andrea Bocelli berasal dari Tuscany. Andrea Bocelli ada mempunyai villa yang boleh disewakan kepada pelancong. Kalau tak silap aku kat area Siena. Tapi harga dia baq ang….tak mampu mokcik. Shara 20 orang kot baru mampu nak duduk semalam.

Dari Citta Delle Pieve ke Val d Orcia mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tapi kalau pelancong macam kami ni memang akan terlajak skit masa tu. Val d orcia salah satu kawasan yang mempunyai permandangan paling cantik di Tuscany ni.  Kami berhenti kat station minyak tanya area mana yang canti untuk kami ambik gambar. Sekali lagi masalah bahasa, tapi penduduk kat sini sangat-sangat ramah dan bersedia membantu walaupon guna bahasa isyarat.

Nilah pemandangan di sepanjang jalan kami ke Val D Orcia

Nilah pemandangan di sepanjang jalan kami ke Val D Orcia

Masa ni singgah kat salah satu villa yang ada kat sini. Walaupon bukan menginap kat villa ni, tapi owner rumah baik hati sambut kami macam tetamu dia

Masa ni singgah kat salah satu villa yang ada kat sini. Walaupon bukan menginap kat villa ni, tapi owner rumah baik hati sambut kami macam tetamu. Kat belakang tu Aril gigih tangkap gambar sendiri. Kejadian ni sebelum camera dia jatuh ke tanah. Maka tamatlah riwayat camera dia kat tuscany.

Tuscany's typical house

Tuscany’s typical house

DSC_0127-2

Typical Tuscany. Deretan Cypress trees

Typical Tuscany. Deretan Cypress trees

Haha...jangan termuntah dengan pose ala-ala "tuje dekha koi jana sanam" ni

Haha…jangan termuntah dengan pose ala-ala “tuje dekha koi jana sanam” ni. Rayban dah sama dengan Shahrukh Khan (Larikkkkkk sebelum kena silambam dengan Mr Pappi)

Dan lagi....

Dan lagi….

Ni lagiiiii

Ni lagiiiii…keh..keh..keh…ensem wooo

Ni posa ala-ala zaman 4u2c

Ni posa ala-ala zaman 4u2c. Kami rappers yo..yo..

I'm in love with Val d Orcia.

I’m in love with Val d Orcia.

Hijau - tenang dan damai

Hijau – tenang dan damai

Setalah sessi posing-posing maut sampai jatuh-jatuh camera kami bergerak pula ke satu lagi medieval village yang digunakan untuk pengambaran twillight. Montepulciano. Dari Val d Orcia ke Montepulciano memakan masa selama setengah jam je. Mulai saat ni Mr Pappi akan jadi cameraman Aril sebab lense camera dia tersenget masa jatuh tadi termasuk le gambar-gambar kat Rome nanti. Aril sedih wooo sebab nye Rome wishlist dia, tak bleh nak ambik gambar syok sendiri. Ambik gambar syok sendiri pakai ipad je la.

Dekat Montepulciano sama seperti Citta Della Pieve, dimana pelbagai barang dijual di dalam deratan kedai-kedai sepanjang medieval village ni. Aril & Mr Pappi sempat beli sorang satu perfume buatan tempatan. Harga dia  23 Euro sebotol. Lepas tu kami singgah makan roti kat satu kedai pizza ni. Owner kedai pizza ni suka kumpol matawang negara-negara lain & lekatkan kat dinding kedai. Dalam banyak-banyak tu satu pon takde duit Ringgit Malaysia. Aku bagi sekeping duit seringgit. Terus dia lekat kan RM singgit tu kat wall dia. Maka dengan rasmi nya kini ada rakyat Malaysia yang datang ke Montepulciano ni.

Ringgit Malaysia dengan rasmi nya berada di Montepulciano

Ringgit Malaysia dengan rasmi nya berada di Montepulciano. Macam Harith Iskandar pon ada muka dia ni

Medieval Village - Montepulciano

Medieval Village – Montepulciano

Medieval village ni sangat besar. Aku tak habis explore pon sebab tak larat nak jalan. Lagi satu masa nak pergi best la turun bukit, bila nak patah balik tu kena daki bukit. Kalau duduk setahun kat sini confirm bleh kurus. Bagi yang nak duduk kat dalam medieval village ni pon boleh jugak. Terdapat banyak jugak apartment, hotel & bnb yang ada kat sini. Harga dia mungkin slightly mahal dari kat luar. Kena pandai la cari mana tau ada yang berpatutan.

Layout ihsan google

Layout plan – ihsan google

Creative

Creative

Sebahagian rumah yang ada kat Montepulciano

Sebahagian rumah yang ada kat Montepulciano

Lorong-lorong kat medieval village ni

Lorong-lorong kat medieval village ni

Kami baru lepas lunch roti & pizza

Kami baru lepas lunch roti & pizza. Muka letih gila macam baru lepas lari 200m

Kat sini banyak jugak patung-patung purba

Kat sini banyak jugak patung-patung purba. Poyo sangat action aril

View dari atas bukit montepulciano

View dari atas bukit montepulciano

View kawasan sekeliling

View kawasan sekeliling

Dah penat…kami  bergerak balik ke Citta Della Pieve. Dari Montelpulciano ke BNB mengambil masa 45 minit. Kali ni GPS tunjuk jalan lain pulak. Masa pergi tadi lalu main road. Kali ni lalu jalan kampung masuk celah-celah kebun orang. Tapi menarik sebab permandangan cantik. Sampai rumah hari dah mula gelap. Prepare dinner malam ni spaghetti bolognese pulak. Teh o satu periuk wajib. Host ada bagi sebotol homemade olive oil. Untuk makan malam ni dia bagi try olive oil + black papper yang sangat pedas & best dimakan bersama-sama dengan spaghetti atau roti. Mr Pappi pulak hadiahkan dia baju t-shirt landrover (sebab dia punya kete land rover) & mafla Malaysia sebagai kenang kenagan.

Esok pagi kami akan bergerak ke Rome. Kota wishlist Aril. Macam-macam hal kat Rome ni bila teringat balik lawak pon ada.

Dalam botol hitam tu olive oil + black papper.

Dalam botol hitam tu olive oil + black papper.

Babai Agriturismo Cimbollelo

Babai Agriturismo Cimbollelo. Kita akan jumpa lagi tapi tak tau bila

Lovely house

Lovely house

Ok….jumpa dalam cita di Rome nanti. Ciao-ciao.

10 thoughts on “Mamma Mia – I’m in Love with Italy (Umbria – Tuscany) – Day 2

  1. blog ni sgt membantu utk travel plan sy bulan 11 nnt. kami akan ke Rome – Florence – Cinque Terre – Venice – Milan – Paris .cant wait for next post @ Rome!!

  2. salam perkenalan Ros. I suka bc blog u ….pic italy cantik & cerita u pun best. Pertama kali bc blog u tentang Holland…sedikit sebyk mbantu & bulan april lalu i sampai juga ke Amsterdam. Tq Ros 🙂

  3. Hi Ros. I pegi keukenhof tapi masa tu tulip tu masih kecik lg..cuma dpt tengok tulip besar kt pavilion. masa tu Holland baru 2 minggu ribut salji. Sedih gak. Tapi Zaanse Schans tu memang best lah. Lepas ni belum ada idea g mana..hehee tengok budget next year

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s