Mamma Mia – I’m in Love With Italy (Rome & Vatican City) – Day 1

Klik sini untuk cerita sebelum nya.

5 May 2013 (Day 10 – Europe 2013)

Pagi yang suram sebab kami akan meninggalkan Umbria. Cuaca pulak mendung jek. Perjalanan dari Citta Della Pieve ke Rome mengambil masa selama hampir 2 jam. Hujan pulak sepanjang highway ni, kami berhenti kat rnr kejap untuk beli kopi & ke toilet. Tol dari Perugia ke Rome 2.80 Euro.

Belanja gambar satu sebab nak cite panjang lebar ni

Belanja gambar satu sebab nak cite panjang lebar ni

Perancangan bila sampai kat Rome nanti kami akan terus ke BNB yang dah dibooked melalui Air BNB. Malam tadi Aril dah inform host yang kami akan sampai awal dalam pukol 11 pagi. Host pulak dah reply kata tak de masalah. Kami boleh check in awal. Kami target nak beli Roma Pass kat Roma Termini dulu, lepas tu baru check in. Jadi ada masa dalam dua jam untuk kami pulangkan kereta dan isi minyak full tank. Avis akan tutop pada pukol 1.00 tengahari sebab hari ahad derang half day.

Tapi kannnnn……memang panas tak sampai ke petang. Jangan ingat apa yg dirancang akan menjadi. Kami sampai Rome awal, so beli Roma Pass kat Roma Termini sorang satu. Untuk makluman Roma Termini adalah stesen bus & metro ala-ala macam KL Sentral. Kos sorang Roma pass 34.00 Euro. Roma pass ni kami boleh guna untuk naik apa saja kenderaan awam kat Rome ni iaitu bas, tram & train termasuk Metro selama 3 hari. Selain dari tu kami boleh masuk 2 tempat menarik di sekitar Rome samaada indoor atau outdoor secara percuma & tak perlu beratur panjang. Untuk maklumat lanjut Roma Pass boleh refer link ni.

Dekat Roma Termini jugak ada kaunter Avis. Jadi kami tanya kat kaunter Avis kat mana branch terdekat untuk kami pulangkan kereta. Kata minah Avis ni dekat je dari sini iaitu dalam 7 minit je. Nama jalan tu aku dah lupa tapi guna GPS memang dekat je dari Roma Termini ni. Cantik….kami terus isi minyak dulu berpandukan GPS yang ada ni. Stesen minyak belakang Roma Termini je, tapi sebab jalan banyak yang one way, berpusing-pusing le sikit.

Selesai semua, kami terus ke BNB kami yang terletak di Via Balilla. Sampai kat BNB tekan punya tekan loceng takde orang bukak pintu pon. Lama jugak kami tunggu, aril call host tu. Nasib baik kat depan jalan ni ada public phone. Host tu kata dia outstation, tapi dia dah serahkan kunci rumah kat kawan dia. Dia bagi contact no kawan dia. Aril call pulak kawan minah ni, skali kawan dia ni kata dia keje. Dalam pukol 3 baru dia boleh datang, lagipon pagi tadi ada orang check out, dia tak sempat nak buat hosekeeping lagi. Ampeh sangat. Aril pok pek la kata dah inform host malam tadi nak check in awal, tapi minah ni kata host tu tak inform pon kat dia yg kami nak masuk awal. Ampeh kose dua betol minah2 Rome ni. Lst skali terpaksa la tunggu sampai minah ni abis keje. Jadi derang hantar aku kat kedai makan tak berapa jauh dari BNB ni untuk jaga beg2 semua, derang pergi pulang kan kete.

Punya lama baq ang aku tunggu derang, dekat 2 jam kot kat kedai tu. Sampai kan minah waiter tu dok jeling2 kasi hint kat aku bila nak blah. Mana tak nye meja aku ni dah full dengan beg2 kami. Ni semua pasal minah BNB tu la. Last skali dia suruh aku simpan beg kami kat satu lot sebelah kedai dia sebab penoh sangat beg kami kat laluan kedai ni. Hari pulak hujan tak renti-renti. Akhir nya….sampai jugak 2 orang ni. Muka derang tak tau nak cakap le. Masam macamapa dah. Rupanya ada tragedi tadi.

Derang sampai awal kat Avis dalam pukol 12, skali kedai tu dah tutop. Ampeh betol attitude manusia kat Rome ni kan. Pukol 1 la tutop woit…apasal pukol 12 ko dah tutop kedai. Nasib baik masa tu sama-sama nak pulang kete ada sorang minah Rome ni, dia call Avis centre. Kata dia, kena p Avis tempat lain plak. Dah le kalau hantar lewat kena penalti. Apa lagi, follow je minah tu. Minah tu rempit derang pon rempit. Minah tu salah masuk jalan, derang pon salah masuk jalan. Masalah nye kete minah tu kete kecik. Keta kami ni panjang. Tapi Aril kata pedulik hapa….one way pon one way le aku redah. Siap buat drift pon ada sebab minah tu pon tak berapa sure jalan. Selamba je u turn kat traffic light, masuk one way la kalau tak hilang pulak jejak minah tu. Boleh tahan jugak le minah tu drive. Sampai kat Avis yang satu lagi ni derang nak tarik roller shutter dah. nasib baik sempat, minah tu cakap dalam bahasa derang. Mula-mula mamat Avis tu nak claim pasal minyak dah jadi tak berap full tank dah. Tapi Mr Pappi dengan broken english + marah nya gile pok pek pok pek…kata pungkok ang…sana tutop tepas tu mai sini jauh2 hang nak cas minyak. (Macam tu lebih kurang kalau di translate kan) Last skali mamat tu senyap. Tak paham bangkali. Jadi kesimpulannya When in Rome sila sewa kete kecik2 supaya senang nak cilok2 & buat drift depan traffic light.

Lenkali sewa kete kecik macam ni

Lenkali sewa kete kecik macam ni

Settle kat Avis, nak balik ke tempat aku tadi, derang lupa nak ambik Roma Pass. Nak naik metro tak tau sebab peta semua kat aku. Last skali ambik taxi. Sampai-sampai kat tempat aku, terus order spaghetti salmon sorang satu lepas geram kes tadi + lapaq ooo ujan-ujan ni. Senyap semua masa makan, lapaq + geram tak abis bangkali. Mr Pappi dah cop dah yang dia tak suka Rome. I mean attitude orang kat sini le yang buat dia menyampah, tapi Rome memang mempersonakan dengan bangunan-bangunan historical dia. Kaki Aril masih lagi shaking walaupon dah sampai kedai makan. Katanye tawakal je la masa dia buat drift depan traffic light tadi.

Kos lunch kami 16.00 Euro sorang. Semua pasal minah host  BNB tu la, kalau tak sementara tunggu derang pulangkan kete, bleh aku prepare lunch kat umah.

Dalam pukol 3.30 kawan minah host tu sampai. Dok kata sorry2 dekat 50 kali kot. Kena tunggu jugak lagi dia nak kemas & tukar cadar apa bagai semua. Oleh kerana hang membuat ornar, kami suruh dia call taxi masa hari kami nak ke Airport nanti. Kami kena keluar pukol 3 pagi dari sini sebab Easy jet reschedule flight se awal pukol 6 pagi. Ikut kan filght kami pukol 8 pagi. So minah ni call taxi cakap bahsa derang, senang skit kan sebab awal pagi takut2 taxi takmo datang. Ok…settle dah cite permulaan di Rome yang tak berapa best. kami rest, petang skit kami keluar jalan-jalan. Cuaca pulak dah tak hujan, disebabkan kes tadi banyak perancangan dah lari. Redha je lah dengan masa yang berbaki tak banyak ni kat Rome.

Salah satu tram kat sini. Public transport banyak kat sini. Turun naik la public transport menggunakan Roma Pass

Salah satu tram kat sini. Public transport banyak kat sini. Turun naik la public transport menggunakan Roma Pass

Jalan-jalan sekitar Rome

Jalan-jalan sekitar Rome

Posing sambil tunggu bas

Posing sambil tunggu bas

Tempat pertama yang kami pergi petang ni Trevi Fontana & Hard Rock Cafe sebab kengkawan kirim t-shirt. Naik bus no berapa tah dah lupa, tapi kami cari melalui google map. Klik destinasi from where to where, klik icon public transport. Nah keluar semua no bus/metro/train yang ada. Senang je dengan adanya internet. Semua nya dihujug jari. So far kat europe ni semua info updated ye. Kalau kat google tu kata bus no 15, memang betol le bus no 15 yang lalu area tu.

Pokok buah oren ni merata kat sini

Pokok buah oren ni merata kat sini disepanjang jalan nak ke HRC

Di antara bangunan-bangunan kat Rome

Di antara bangunan-bangunan kat Rome

Fontana di Trevi

Fontana di Trevi

Petang-petang ni ramai sungguh orang lepak-lepak keliling ayaq pancut ni. Kata orang baling duit syiling kat sini, moga-moga akan kembali lagi ke sini. Aku tak baling pon, cari duit syiling mesia tak jumpa plak. Nak baling duit euro sayang plak. Rugi ooo kalau kumpol2 bleh beli FM sebijik. Aril kata dia baling. Bajet bleh mai Rome lagi le tu. Hahaha…mitos sangat. Tapi kan Rome ni macam2 mitos dok ada. Cite pasal Remus & Romulus dua beradik yang dijaga oleh serigala kat Paletine Hills tu, yang akhirnya 2 beradik bergaduh sebab nak tentukan bukit mana yang sesuai dijadikan pusat pemerintahan. Romulus memilih Paletine Hills, manakala Remus membina kotanya sendiri. Akhirnya Remus di bunuh oleh Romulus. Tu sebab kat Rome ni ada statue2 serigala tengah mengyusu dua orang baby.

structure

Adriano Temple

Di sepanjang jalan-jalan menuju ke Trevi ni ada banyak kedai-kedai menjual cenderamata. Aku sempat beli tshirt budak roma & beberapa biji FM. 3 helai tshirt budak berharga 10.00 Euro. Range harga FM dalam 3.00 Euro sebijik. Hari semakin gelap tapi suasana kat sini semakin meriah. Tak jauh dari situ kami berjalan kaki menuju ke Piazza Venizzia. Dari jauh nampak cantik sangat bangunan yang dikelilingi dengan lampu-lampu dan obor api.

Venezia Piazza

Venezia Piazza

Roma street di waktu malam

Roma street di waktu malam

Over sangat aril punye pose

Over sangat aril punye pose

Aril di tervi

Aril di tervi

Oleh kerana Rome ni wishlist Aril, so banyak le gambar dia kat Rome ni. Tambahan pulak camera dia jatuh kat Val d orcia aritu

Oleh kerana Rome ni wishlist Aril, so banyak le gambar dia kat Rome ni. Tambahan pulak camera dia jatuh kat Val d orcia aritu, jadi Mr Pappi kena jadi official photographer dia

Suasana dekat Piazza Venezia ni macam ala-ala Dataran Merdeka. Tak berapa jauh dari sini kalau larat berjalan kaki boleh terus ke Colleseum. Tapi perancangan kami nak ke Colleseum esok. Jadi malam ni kita main-main area sini je. Kebanyakkan bas akan lalu ke kawasan ni. Jadi kami banyak habiskan masa posing-posing gambar kat area ni. Tapi kalau nak naik bas nak ke BNB kami, kena p Roma Termini dulu lepas tu tukar bas kat sana.

Sepatutnya kami sampai rumah awal, tapi ter delay sejam sebab masa naik bus dari roma termini ke BNB, sepatut nya 5 minit je dah boleh sampai. Kami dah terlajak.Lepas tu decided follow je la bus ni sampai dia pusing balik. Rupanya destinasi bus ni nallaaaa mana tah kampung mana dia pergi. End up sejam baru sampai umah. Macam-macam orang kami jumpa dalam bus tu. Lagi masuk ke kampung lagi gelap kulit depa. Rasa macam perkampungan negro pulak. (Cis…kulit sendiri pon ala-ala depa jugak….perasan) Sampai umah, masak nasi, ikan sardin & telor dadar. Nasib baik dalam fridge ada beras. Minah host tu kata pakai je apa2 bahan mentah yang ada kat umah tu. Kami gantikan dengan pasta yang kami beli kat umbria, balance groceries yang aku shopping aritu. Lepas makan buat kerja-kerja laundry plak. Lepas tu aku pengsan sampai pagi. Aril & Mr Pappi layan tv channel Italy.

Kawasan sekitar BNB kami

Kawasan sekitar BNB kami

Kalau nak tengok gambar BNB kami kat sini boleh klik ni. Sewa BNB ni dalam 207.00 Euro untuk 2 malam. Bahagi 3 orang so sorang 69.00 Euro. Perancangan esok hari nak ke Colleseum & Vatican City. Sambung cite Rome Day 2 pulak nanti. Ciao.

One thought on “Mamma Mia – I’m in Love With Italy (Rome & Vatican City) – Day 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s