Mamma Mia – I’m in Love With Italy (Rome & Vatican City Day 2)

Klik sini untuk cerita sebelum nya

6 May 2013 (Day 11 – Europe 2013)

Hah….aku kata dah…ada je yang tak kena bila kat Rome ni. Pagi ni bersemangat kami tiga-tiga orang bangun pagi, sekali hujan. Dah la nak p colosseum hari ni, makna nya kami kena berpoya-poya indoor je la. Selalu nya kalau pagi hujan petang cuaca akan cerah. Harapnya hari ni macam tu le. Dalam pukol 11 pagi macam tu hujan dah sidang (lama dah tak guna perkataan sidang. Cik Mah (mummy) selalu guna perkataan ni). Oleh itu pagi ni kami akan ke Vatican City.

Hari ni kami bercadang nak naik tram pulak. So dari BNB kena jalan kaki sikit ke perhentian tram Scalo San Lorenzo. Dari sini tram akan terus ke Vatican City. Perjalanan menaiki train mengambil masa lebih kurang sejam. Perhentian terakhir adalah San Pietro. Lepas tu dari situ kena jalan sikit masuk ke Vatican City. Vatican City adalah negara terkecil di dunia yang berkeluasan approximate 110 ekar.  Antara bangunan-bangunan terkenal yang ada kat sini adalah St. Peter’s Basilica, Sistine Chapel & Vatican Museum. Tapi kalau nak masuk Vatican museum punya la hazab…beratoq panjangggg mak aiii…kalau hari tak hujan tak pe la. Takat berator dengan suhu 18 darjah tu apa le sangat. Tapi sampai-sampai je Vatican City hujan turun balik. Kalau nak short cut boleh la ambik pakej-pakej yang ulat-ulat offer. Kata nya tak payah berator. (Sorry la…no budget) Jadi option kami adalah St. Peter’s Basilica.Yang ni pon kena beratoq jugak, tapi tak le macam vatican museum tadi . (Dekat 3 jam jugak le kan baru sampai puncak dome)

queue

St Basilica

St Basilica

Setelah beratoq lebih kurang 2 jam, sampai la kami kat dalam St Basilica ni. Masa ni hujan lebat lagi. Tapi rupa-rupanya nak naik ke atas bumbung ni kena naik lif. Legaaaa dengaq lif, tapi….lepas keluar dari pintu lif, baru sampai 1st stage. Tak sampai bumbung lagi. Nak kebumbung kena memanjat 360 ++ anak tangga lagi (if not mistaken) Cisss…..mula-mula dah syok dah dengaq naik lif, sekali lif sekerat je. (Tak Rome le kalau tak kena daki tangga). Aril & Mr Pappi pandang aku. Ni apa hal plak pandang aku serentak?? Ello…i’m ok ar…walaupon tubuh badan agak berisi (cakap berlapik skit)…tapi aku bleh buat laaa….cuma korang buat 1/2 jam, aku buat sejam la. Eh…tak feel la sampai awai2 kat atas tu. Bila lagi nak abiskan masa lama-lama kat sini. Ingat senang ke nak beratoq 2 jam tadi. Kalau aku letih aku rehat, kalau tak larat Mr Pappi tolong la dukung. Shah Rukh Khan bleh je dukung Deepika Padukone dalam cite Chennai Express tu dari bawah sampai atas bukit kuil tu. (Deepika Padukone kah aku ni???)

Ok…let’s go bebeh….Tapi ada sorang veteren couple ni sian pulak, derang dinasihatkan untuk tak naik ke atas bumbung ni sebab dikuatiri jatuh masa mendaki tangga. Kesian kat derang, dah le beratoq lama, skali kena patah balik. Derang bleh bersiar2 ambik gambar dalam cathederal ni je. Tak bleh le nak tengok view rome & vatican city dari puncak St. Basilica. Jom layan gambar.

Aril posing depan St Basilica

Aril posing depan St Basilica

patung

Painting di dalam kubah St Basilica

Painting di dalam kubah St Basilica

Keluar je dari lif, ada slab yang mengelilingi kubah. Dekat wall ni ada pelbagai corak & lukisan yang di hasilkan daripada tiles.

Keluar je dari lif, ada slab yang mengelilingi kubah. Dekat wall ni ada pelbagai corak & lukisan yang di hasilkan daripada tiles.

Salah satu hasil seni yang ada kat wall tadi

Salah satu hasil seni yang ada kat wall tadi

vatican tiles

Mula-mula kami ingat sampai kat area kubah ni je la attraction yang orang pulun beratoq lama tu. Mr Pappi dah perli-perli aku dah. (Modal ajak gadoh)Pastu aku kata…tadi kan dia kata kena daki…must be somewhere yang kita tak masuk ni. Lepas tu aku nampak orang yang masuk kat sini, lepas je ambik gambar pergi ke luar. So kami follow. Rupanya kat luar ni ada flat roof yang boleh duduk-duduk santai sambil tengok langit. Keluar dari kubah tu, baru lah kami jumpa enterance nak ke tangga yang dikatakan kena daki tu. Masa tu muka riak sambil angkat-angkat kening tengok Mr Pappi. Sabaqqqq….len kali tanya dulu kat i. I tau la sebab dah buat research. (Dalam ati…celah bedah mana la aku buat researchkannn….legaaa…kalau tak mampos kena kutok)

rose-vatican roof top

Kami start mendaki tangga. Sepertibiasa Mr Pappi ke depan dah meninggalkan aku ngan Aril. Dia nak sampai awal kat atas sebab nak ambik gambar. Aril depan aku…sekali sekala bertanya are u ok kak. Boleh ke? Aku kata ok lagi…jalan la dulu…aku rest jap sambil tu sempat tangkap gambar pakai phone. Tangga spiral dia amatlah kecik. Muat-muat je badan aku ni. Jadi sapa yang nak potong orang depan, orang depan kena menyendeng ke tepi skit, kasi lalun. Laluan naik & turun adalah berbeza. Mencungap weyyyy nak sampai atas tu.

Besaq ni je rupa  tangga dia. Pening lalat pon ada

Besaq ni je rupa tangga dia. Pening lalat pon ada

Bila sampai atas….sangat-sangat lega…bleh dudok berehat sampai tengok view Rome. Cuaca menarik sebab baru lepas hujan. Berbaloi la panjat tangga ni bila dihidangkan dengan view dari atas ni.

Vatican City

Vatican City

bird 2

Bandar Rome

Bandar Rome

bird

Sebenarnya kami tak boleh lama kat atas ni. Cukop la sejam. Lepas ni nak berkejar ke Colosseum pulak. Last masuk ke Colosseum pukol 6 kalau tak silap la. Masa tu dah pukol 4. Nak turun tangga lagi. Untuk makluman keadaan tangga naik dan turun adalah sama. Spiral, kecik macam nak naik jugak. Cuma turun ni bleh laju sikit. Tu pon kalau nakk jaga lutut sila turun pelan-pelan. Mr Pappi seperti biasa suruh kita orang turun dulu. Biasa la…hero memang turun last. Uweekk. Turun ke bawah kami kena melalui ruang dalaman cathederal ni. Walaupon rushing sempat jugak tangkap gambar sekeping dua untuk simpanan.

vatican roof

Sebenarnya ada satu lagi tempat yang aku nak pergi iaitu Castel Sant Angelo. Tapi masa pulak tak cukop sebab kes hujan pagi tadi. Tengok la nanti mana tau ada rezeki lagi bleh repeat ke Rome (Berangannnn)

Kali ni kami naik bus bernombor 571. Bus ni kena ambik kat Cavalleggeri. Dari St Basilica kena buat senaman kaki sikit. Sambil tu boleh cuci-cuci mata tengok kedai-kedai cenderamata disepanjang jalan ke bus stop tu. Dari situ ambik bus ke San Pietro. Bus ni akan berhenti betol-betol depan Colosseum.

Sempat lagi tangkap gambar guard yang berkawal di luar St Basilica.

Sempat lagi tangkap gambar guard yang berkawal di luar St Basilica. Mengikut info guard ni bertugas untuk menjaga keselamatan pope. Meraka ni berasal dari swiss & hendaklah masih lagi teruna. Fuyyooooo.

Sampai Colosseum…Aril dengan bangga nye tunjuk Roma Pass. Jadi kami boleh skip line & masuk terus ke Coloseum. Riak gila rasa nak lambai2 tangan ala-ala princess kat mereka-mereka yang tengah beratoq nak beli tiket. Jadi…ni lah tempat wish list Aril tu. Sejak dari zaman sekolah lagi dok belajaq sejarah dengaq colosseum jeee….akhirnya jejak jugak dia kat sini. Siap buat video pusingan 360 darjah lagi. Punya la happy. Jom layan gambar.

centre colleseum

Kan aku kata.....tak Rome la kalau takde tangga

Kan aku kata…..tak Rome la kalau takde tangga

colleseum 4

Lukisan kat dalam colesseum yang menceritakan zaman kegemilangan colesseum pada masa dahulu

Lukisan kat dalam colosseum

kalau tengok lukisan ni, kat area bawah colesseum ni tempat derang simpan binatang-binatang sebelum dikeluarkan untuk apa-apa upacara

Kat area bawah colosseum ni tempat simpanan binatang-binatang sebelum dikeluarkan untuk apa-apa upacara

Serpihan-serpihan patung yang ada

Serpihan-serpihan patung yang ada

view coliseum 7-2

Selesai berposing-posing merata cerok colosseum kami keluar dari sini & melepak dekat dataran di luar colosseum. Kat depan ni ada juga orang jual cenderamata. Kat sini banyak orang melepak syok-syok selfie termasuk le kami.

Tu dia...lompat tikam

Tu dia…lompat tikam

scupture 2

cover album dari aril lasso

cover album dari aril lasso

outside coliseum-2

Hari dah makin petang, so kami belasah je la naik tram pergi ke Roma Termini. Tah ye ke tak main belasah je. Akhir nya kami tau akan sampai juga ke Roma Termini. Cepat dengan lambat je kan. Dari Roma Termini ambik tram ke BNB kami. Malam ni kami bercadang nak makan kat luar sempena meraikan kejayaan kami berkelana di Italy. Huhuhu….poyo sangat eh nak rai2 plak. Haaa…ambik ko 10 euro sorang dinner malam ni. Esok pagi kami akan ke Amsterdam. Ni tempat fav Mr Pappi…tiap-tiap tahun mai sini dah macam balik kampung halaman je rupanya.

Malam ni tugas kami adalah mengeringkan baju-baju yang dah dibasuh pagi tadi. Dek kerana hujan & dryer minah BNB ni macam aremm tak bleh guna, maka kami menggunakan method menyangkut baju-baju tepi lampu-lampu yang ada kat rumah ni. Lampu-lampu kat rumah ni semua jenis lampu berdiri ala-ala ikea tu. Yang penting…jangan kami terlajak tido sudah. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga kami tak tido malam ni sampai pukol 3 pagi. Dalam pukol 3 taxi yang kami booked pon sampai. Cost sorang dari BNB ke Rome airport 18 euro.

Ok…maka tamat lah sessi jelejah italy. Italy ni luas, kalau nak jelajah semua daerah dia, mau sebulan kami kat sini. Kami tak pergi pon area north & sicily serta naples sebab kesuntukkan masa. Ongkos nya pon harus la tebal kan kalau nak jelajah semua tempat kat sini. Kesimpulannya…..aku sangat-sangat-sangat suka kan italy berbanding negara lain yang aku dah pergi. Kalau ada peluang memang nak repeat semula tuscany & umbria countryside. Mana la tau satu hari nanti Andrea Bocelli buat lagi concert kat tuscany aku rasa aku pergi kot. (Hahaha…Berangannnn tak salah. Free pulak tu) Ok italy…jumpa lagi di lain masa. Ciao!!

Jom layan lagu melodramma – Andrea Bocelli. Fav song yang menggamit memory. Tiap kali dengar mesti feeling-feeling rasa macam kat tuscany. Hahahahaa…sila muntah lepas baca statement aku ni.

rose collesio

2 thoughts on “Mamma Mia – I’m in Love With Italy (Rome & Vatican City Day 2)

    • Haha…tak sempat na. Tgh kalut pebetol aku nye contract doc. Stress aku client komen separator sheet je & cover suruh buat cantik2. Padahal isi dalam lagi penting kot (tetiba plak emo pasal keje)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s