i Amsterdam (Europe 2013) – Day 1

Klik sini untuk cerita sebelum nya di Italy

7 May 2013 (Day 12 – Europe 2013)

Flight easy jet dari rome ke amsterdam di cepatkan dari pukol 8 pagi ke pukol 6 pagi. Suka hati korang je kan nak cepatkan flight kami. Tak pasal-pasal pukol 4 pagi dah ada kat airport. Sejuk pulak tu. Harga tiket termasuk luggage 96 euro. Tiket easy jet ni kami beli online je. Senang je tak macam AA. hahaha…tiba-tiba sentap nok dengan flight AA ni sebab hanky panky siang tadi pasal tiket yang harapnya akan settle before this week sebab aku nak travel minggu depan ni. (Emo kejap aku. Tiba-tiba rindu dengan trip europe compare dengan trip ke negara Asia yang sekangkang kera je jarak nya dari KL)

Ok…tinggal kan kesedihan itu kejap. Let’s I Amsterdam…..yeeehaaaa. Oleh kerana tak tido satu malam sebab tak nak missed flight, dalam flight kami bantai tido berjemaah tiga-tiga orang. Mr Pappii kata baik nye kita org snoring. Kah..kah..kah…nasib la couple depan kami ni tadah telinga, sebab bebulu je aku tengok dari mula naik flight sampai la nak turun depa dok buat adegan kissing missing depan aku. Haaa rasakan snoring kita org. Mesti terganggu adegan kissing itu. Masa flight landing, semua passenger tepuk tangan sebab flight landing smooth je.

Perkara pertama yang harus kami buat bila sampai airport pergi cari kaunter GVB Ticket sebab nak purchase transportation ticket sepanjang kat Amsterdam ni. Kaunter GVB ni kalau tak silap dekat area kedai H&M. For info Schipol sentral ni besar. Tapi senang nak cari sebab signages merata-rata. Sampai kat Kaunter kami decided ambik day pass untuk 2 hari yang berharga 12 euro. Tapi ticket GVB ni hanya cover tram, tram & bus di sekitar amsterdam central. Train dari schipol sentral ke Amsterdam sentral kena beli asing. Jadi dari Schipol – amsterdam kami kena beli tiket berharga 4.40 euro. For info platform mana & train no berapa yang akan melalui Amsterdam sentral bleh tanya kat kaunter ataupon bleh refer kat cite I Amsterdam aku tahun lepas.

Sampai Amsterdam sentral kami berjalan akan berjalan kaki ke BNB. Kalau ikut google map kena jalan kaki lebih kurang 10 minit. Tapi kalau aku kena additional 5 minit lagi menjadikan 15 minit. Kami sampai awal, jadi kami singgah makan kat kedai kebab yang aku pergi last year. Yang menarik nya owner kebab tu dah slim world dari last year. Lepas tu dia kenal lagi Mr Pappii kata nya dari Kuala Lumpur kan. Aku tanya apa rahsia jadi slim ni, dia kata dengan berbasikal. Hari-hari dia naik basikal tambahan pulak Amsterdam ni kan memang bandar friendly berbasikal. Kos makan brunch kami 12 euro. Lepas makan kami menyusuri tepi-tepi terusan menghala ke kawasan Haarleemmerstraat. Sebelum ni owner BNB kata dia dah ter clash booking kami dengan orang lain. Jadi sebagai ganti, dia gantikan kami dengan BNB dia yang lebih besar dan berada di tingkat bawah. Tak perlu naik tangga macam BNB yang kami booked mula-mula. Oleh kerana kesilapan dia, jadi kami tak perlu tambah apa-apa duit memandangkan apartment ni lagi besar dari yang kami booked. Cost sorang untuk dua malam 102 euro. Jarak di antara satu BNB ni pon tak le jauh mana, sebalik nya yang baru ni lagi dekat dengan bus stop. Ok jom layan gambar.

Salah satu kawasan di sekitar BNB

Salah satu kawasan di sekitar BNB

Canal depan BNB

Canal depan BNB

Ni lah BNB yang kami sewa

Ni lah BNB yang kami sewa

Typical house yang ada kat sini

Typical house yang ada kat sini

Cantik sungguh basikal-basikal derang. Striking color dari jauh dah cam tu basikal masing-masing

Cantik sungguh basikal-basikal derang. Striking color dari jauh dah cam tu basikal masing-masing

si bike 3-2

love canal-2

Ok part paling best BNB ni kat tilam dia yang empok gile. So far this is the best ever tilam sepanjang perjalanan ke europe ni. Macam last year tilam paling best kat Zaanse Schans. Aku rasa kat Netherlands ni memang tilam depa best-best. Oleh kerana badan letih sesangat, kami rest dulu sebelom menjelajah serata bandar Amasterdam. Mr Pappii tak tido dia layan cite belanda. Petang sikit kami keluar naik bus yang aku dah google kat google map. Plan asal nak pergi Waterlooplein market. Market ni tutop sampai pukol 6 petang. Tapi disebabkan masing-masing dah surrender sebab tak tido dari semalam, kami singgah kejap ke Waterlooplein market & esok nya kami akan repeat semula. Yang ni salah satu tempat fav Mr Pappii. So wajib pergi.

Dari BNB kami berjalan kaki lebih kurang 3 minit ke bus stop. Nama bus stop ni Buiten Oranjestraat. Dari situ ambik bus no 353 ke Amsterdam Central. Jalan kaki pon boleh tapi saja mengada nak try naik bus. Day pass kan ada, guna kan lah sebaik mungkin. Sampai Amsterdam central kami ambik bus no 357 yang menuju ke Bijlmermeer. Kami turun di perhentian yang ke 5. Dari situ jalan kaki 2 minit ke Waterlooplein Market. Tapi sesat-sesat le jugak sebab bangunan sama je aku rasa. Ingatan yang tahun lepas pon macam ingat-ingat lupa je. Sampai pasar tu tak banyak gerai yang ada sebab dah petang. Takpa esok nak datang balik, Mr Pappii just buat pre survey barang-barang yang dia berkenan. Dia dok belek2 helmet. Esok confirm mamat dutch kena lalui sessi nego harga ngan dia.

Spring season. Salah satu kawasan cantik yang kami jumpa semasa jalan kaki dari bus stop ke waterlooplein kami

Spring season. Salah satu kawasan cantik yang kami jumpa semasa jalan kaki dari bus stop ke waterlooplein Market

Bunga-bunga cinta kata nya

Bunga-bunga cinta kata nya

Street

Street

Destinasi seterusnya petang ni adalah ke Hard Rock Cafe. Dari Waterlooplein kami berjalan kaki ke Centrum Amsterdam. Asalnya nak naik bus, tapi biasa lah kan Mr Pappii kata alah kita jalan kaki je la. Dekat je. Sebenarnya tak berapa dekat. Kalau kat google map kena jalan lebih kurang 30 minit. Tapi disepanjang perjalanan kami berhenti kat kedai cheese, jadi tak le terasa sangat macam nak tercabot kaki. Tapi azab jugak le nak menyampaikan ke HRC tu.

Macam-macam cheese kami rasa kat dalam ni. Green tea cheese pon ada. Bila kat sini sedap je rasa cheese2 ni tapi bila kat KL tak lalu plak nak makan.

Macam-macam cheese kami rasa kat dalam ni. Green tea cheese pon ada. Bila kat sini sedap je rasa cheese2 ni tapi bila kat KL tak lalu plak nak makan.

Kat luar kedai cheese ni ada gerai-gerai jual cenderamata, bunga-bunga tulip & biji benih bunga. Aku ngan Aril beli smoke cheese. Aril ambik cheese lembu aku ambik cheese kambeng. Konon nak makan bila balik KL, sampai sekarang tak abis pon. Tapi benda paling ralat yang aku rasa tak borong masa ni ialah Stroop Wafer. Masa ni beli sebungkus je makan sambil jalan-jalan kat sini. Rasa nya sangat-sangat sedap. Tadi tengok ch 503 food street around the world episode Amsterdam, derang cite pasal wafer ni yang dibuat depan mata & makan panas-panas. Adoiiiii…..ngidam bak ang. Aku ada google pasal pembekal wafer ni kat KL yang made in netherlands. Memang ada, cuma tak try lagi tanya derang still jual lagi ke tak. Kat M&S and groceries market omputih pon ada tapi yang tu bukan ori made in Netherlands.

Ni lah rupanya biskut yang aku idam-idamkan tu. Ngada-ngada sangat kan. Kat dalam tu ada honey lepas tu depa tangkop dua dengan wafer. Bila gigit liat-liat sebab honey tu dah sejuk

Ni lah rupanya biskut yang aku idam-idamkan tu. Ngada-ngada sangat kan. Kat dalam tu ada honey lepas tu depa tangkop dua dengan wafer. Bila gigit liat-liat sebab honey tu dah sejuk. – Gambar ehsan google-

Kat depan kedai ni ada canal & bench untuk kami rehat-rehat sambil makan biskut ni. Aril pulak sempat posing-posing tepi canal.

Ni permintaan dia suruh tangkap gambar dia berlatarbelakang kan daun-daun hijau

Ni permintaan dia suruh tangkap gambar dia berlatarbelakang kan daun-daun hijau. Katanya daun tu cantik

Lagi kedai cheese

Lagi kedai cheese

Dah kenyang makan cheese & biskut, kami berjalan lagi sampai la ke HRC. Kat sini kami beli t-shirt yang member-member kirim. Tanjat kami bila aku ngan aril sembang dalam bahasa melayu, tiba-tiba sales girl tu tanya kami nak yang mana dalam bahasa indonesia. Muka sebijik dutch rambut blonde minah ni, tapi cakap indonesia. Kelakar pon ada, tapi sebelom ni memang kami dah aware yang derang ni diajar cakap indonesia di sekolah. Minah dutch ni pulak kata nenek dia orang indonesia, tu yang buat bahasa indonesia dia lancar. Same case last year kami masa kat Schipol. Minah ni rambut curly kulit gelap ala-ala nigeria, sekali cakap indonesia dengan kami tanya mau kemana ya? Hahaha…terperanjat kami. Lepas ke HRC kami jalan sekitar-sekitar kawasan Centrum ni. Memang happening kat sini. Ada museum Ajax kat sini pada peminat-peminat bola sepak boleh la melawat museum ni. Macam-macam merchandise ada dijual.

Kami bergerak ke destinasi seterusnya ke landmark I Amsterdam yang terletak kat area rijksmuseum. Jalan kaki lebih kurang 10 minit, tapi dah sesat apa bagai, kami belasah je la naik tram. Akhirnya sampai jugak. Alang-alang dah sampai so sampai malam kami dok posing depan ni. Dari ramai orang sampai la takde orang.

Dapat jugak gambar yang takde orang

Dapat jugak gambar yang takde orang sekeliling

Over sangat pose ni

Over sangat pose ni

Nasib la orang kiri kanan ni sure muntah tengok pose kita org

Nasib la orang kiri kanan ni sure muntah tengok pose kita org

us ams 3-2

us ams 2-2

us ams 5-2

toy ams 2-2

Jangan muntah dah le tengok pose-pose budget retis ni. Hari dah malam, so kami ambik tram balik ke BNB. Dari sini kami ambik tram no 2 menuju ke Amsterdam Central. Lepas tu jalan kaki ke BNB. Sambil jalan kaki tu bleh kami cuci-cuci mata tengok macam-macam kedai sepanjang ke BNB. Ada macam-macam kedai menarik & pelik kat sini termasuk la kedai kopi hash & marijuana.

Malam ni kami masak nasi, sardin & telor dadar. Tadi singgah groceries beli bahan untuk masak. Kos barang-barang masak 6 euro sorang. Lepas makan Mr Pappii layan tv movie dutch. Aku bukak google map nak tengok transport apa yang lalu kat area ni untuk destinasi esok. Esok lepas pergi waterlooplein market kami nak try satu lagi market yang besar jugak kat amsterdam ni. Harap-harap nya boleh jumpa benda-benda yang menarik esok. Last shopping esok sebelom balik ke Kuala Lumpur.

Good night Amsterdam

Good night Amsterdam

8 thoughts on “i Amsterdam (Europe 2013) – Day 1

  1. Hai… Boleh share x bnb yg u ddk ni? You booking thru website mn ye? Sy akan ke europe this coming may… Tgh pening cr accommodation kat ams… Mahal ya amat hotel kat Ams… Others countries dh secure booked… Tggl ams je….

    Tq…
    Rina…

  2. Tq ross…. Mind 2 share sape host bnb u? I tgk kt website byk yg within my budget kat area central… Tp x byk review la plk… Takut jugak.. Sbb ktorg 4 org ladies… Jadi ape2 naya… Hehehe…

    Rina…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s