Istanbul Aku Dah Datang – Day 1

27 November 2014 (Day 1)

Sebenarnya takde rancangan pon nak ke Istanbul. Kehendak hati nulari nak ke Japan dari pregnant kan si Khaleeda haritu. Dari awal pregnant sampai la bersalin sampai la Khaleeda 8 bulan akhirnya tak dapat jugak nak ke Japan. Kenapa? Haaaaa….ada orang sembelit kalau pergi Japan. Dah boleh agak kan sapa yang sembelit tu. Tak tau la aku kot celah mana lah boleh jadi sembelit kalau pergi Japan. Alasan Mr Pappi aka Remy Ishak (nama baru semenjak dua menjak jadi retis ni) sangatlah tah hapa-hapa.

Razali siap offer harga big point dia lagi tiket ke Japan tu (Pergh nama Razali Makhtar pon masuk dalam cite ni) Pon Mr Pappi takde nafsu nak ke sana. Ok la…..aku beralah le sebab fund dari dia (sembam muka kat bantal ikea dalam2) Tah macamana…satu hari saja la gatal tangan nak cek skyscanner. Memang hari2 pon cek skyscanner. Taip everywhare pada mana-mana date in November. Keluarlah Isketambola (Istanbul) dengan harga RM 2,200 flight Qatar Airways. Tu kalau naik dari Kuala Lumpur. Kalau naik dari Singapore RM 1,600. Mak aiii…lagi murah. Tapi yang tak best nye kena transit kat KLIA 12 jam. Lepas tu transit kat Doha lagi. Dah kenapa dari kl pergi singapore lepas tu balik umah makan nasi p KLIA balik? Macam tu le kot kalau aku ambik dari Singapore. Best jugak trip macam tu. Ok…simpan hasrat ketat2 dalam hati, malam ni cite dengan Mr Pappi.

Di pendekkan cerita, malam tu Mr Pappi agreed. Gila mau tak setuju dah diberi pilihan nak Istanbul ke Nagoya? Haruslah Istanbul. Dengar pulak tiket RM 1,600 dari Singapore, terus setuju. Esok nya tanpa berlengah lagi dengan hati berbunga-bunga cinta, nak book tiket KL-SIN-KL-DOHA-ISTANBUL. Cek-cek…nan hado. Sorry dah tak dapat dah rege tu. (Sembam muka atas meja). Call Mr Pappi nak mengadu domba, sekali Mr Pappi kata…i bagi banyak ni je. Pandai-pandai u la nak arrange macamana. Nampak tak kat situ betapa berlagak nye dia. Dia kata u pandai arrange boleh la u shopping banyak. Tak pandai arrange telan air liur je la kat tepi Grand Bazaar.

Pikir..punya pikir punya pikir….last skali aku grab KL-DOHA-ISTANBUL dengan harga RM 2,200 per person. Khaleeda?? Kami bawak sebab tax untuk budak RM 300 je. Abang-abang dia dari aritu lagi nak balik kampung cuti-cuti sekolah. Mama lompat bintang bila dengar. Haahhahaha….mati la kalau Muqris baca ni. Jadi nya kami 3 beranak ke Istanbul dengan harga tiket RM 4,700. Lepas dah beli tiket tetiba terasa seperti Lisa surihani plak. (Sampai laaaaa Aku tak pernah tgk lagi cite Istanbul Aku Datang)

Haaaa…hambek panjang berjela cerita aku… sebijik gambo pon takde lagi. ( Abis laaa…peminat baling botol air)

Qatar Airways - transit Doha

Qatar Airways – transit Doha

Transit kat Doha 3 jam sebelum ke Istanbul Artatuk Transit kat Doha 3 jam sebelum ke Istanbul Artatuk

Oleh kerana ini first time Khaleeda travel, so aku ambik flight tengah malam. Bertolak dari KLIA ke Doha pukol 2. Memang Khaleeda dah tido pon dalam stroller. Masa check in aku dah mintak kerusi dekat row bassinet. Tapi flight dari Doha ke Istanbul tak dapat row bassinet. Dah penoh. Ok la…Doha ke Istanbul 4 jam je. Bila lagi nak tengok sifat bapa mithali Mr Pappi melayan karenah Khaleeda kan. Alhamdulillah..Khaleeda meragam jugak tapi still under control. Nak tido je dia merengek. Bila dapat tido, macam-macam acara dia buat dalam bassinet tu. Kuak lentang, bebas, kupu-kupu semua ada. Dia jaga bila flight nak touch down je. Tu pon sebab bassinet kena ambik balik.

Princess tengah beradu

Princess tengah beradu

Muka tak puas hati sebab kena pakai seat belt

Muka tak puas hati sebab kena pakai seat belt

Masa transit kat Doha…airport dia super ohsem. Facilities untuk family with young traveller sangat ohsem. Siap ada playground. Sofa yang ada dekat playground disediakan soket untuk cas gadget & phone. So sambil tengok anak-anak main, boleh cas tipon. Khaleeda sangat happy..begitu juga dengan mummy & daddy bila dapat wifi free unlimited. Ada tv room, computer mac bersepah-sepah main la korang sampai lebam. Jadi kesimpulannya….transit kat Doha tak boring.

Stroller disediakan untuk kegunaan di dalam airport

Stroller disediakan untuk kegunaan di dalam airport

Khaleeda & kawan baru dari Aussie

Khaleeda & kawan baru dari Aussie

Interior Doha Airport

Interior Doha Airport

Sampai kat Doha dalam pukol 5.30 pagi. Transit 3 jam, kami beli kopi je kat Doha. Kami makan sandwich yang tak di makan kat atas flight tadi. Food dalam Qatar Airways best. Siap ada menu untuk kami pilih. Paling best ada nasi kabsah kambing. Rasa nak mintak nasi tambah pulak.

Ok next flight dari Doha ke Istanbul dalam pukol 9 pagi. Perjalanan 4 jam ni pon ada meal jugak. Kali ni beef & kentang. Khaleeda dapat infant meal. Pon ada 2 menu, satu vegi blend satu lagi fruits blend. Aku mintak dua2. Hahaha…tamak haloba. Khaleeda siap dapat set diapers 2,3 bijik. Mr patrick spoonge bob pon derang bagi free kat semua budak-budak. So total khaleeda dapat 4 bijik sepanjang trip ni. Sampai boring dah dia. Hari nak balik tu dia buat nohen je kat Mr Patrick tu. (Tau tak nohen tu apa? haaa…cari le sendiri apa maksud nya)

Oleh kerana flight mula-mula tadi Khaleeda dah tido tak hengat apa, flight ni dia takmo tido langsung. Takmo duduk jugak. Sudah nya Mr Pappi bawak dia kat pantri beramas mesras dengan FA. Ok sangat curiga di situ…Khaleeda ke Mr Pappi yang takmo duduk kat seat ni. Sudah nya….bila nak touch down berkoyan-koyan jajan derang bagi Khaleeda. Ni la untong nya travel dengan kid. Murah rezeki. Kalau la ada susu formula mau Khaleeda dapat 3,4 tin kot.

Service Qatar sangat ohsem

Service Qatar sangat ohsem

Pukol 1 tengahari kami sampai di Artatuk Airport. Dekat imegresen tak banyak songeh. Ada mesin visa on arrival bagi resident yang memerlukan visa untuk masuk ke Turki. Kami antara yang last keluar dari airport sebab tunggu stroller Khaleeda. Oleh kerana aku tak tukar duit lira kat Kuala lumpur, so aku cari atm. Baca review derang kata rate atm lagi cun berbanding tukar lira kat KL. Memang pon kat kl tak semua tempat ada tukar lira. Money changer kat jalan putra tu nak ambik rm 2.00. Mahal. Aku keluarkan duit kat atm sini kadar tukaran 1.56 je. Cas CIMB pulak rm 10 bagi setiap transaksi.

Dah dapat stroller. Khaleeda boring dah takmo duduk dalam ni.

Dah dapat stroller. Khaleeda boring dah takmo duduk dalam ni.

Lepas tukar duit, cadang nak naik metro, tapi bila tengok beg tarik….hurmmm….mungkin akan tercabot roda-roda beg ni (dah la beg tarik shima), so….we decided to take taxi. Range tambang dari airport ke Sultanahmet (tempat kami menginap) antara 45-50 lira. Make sure deal dengan drebar taxi tu guna meter yek. Ada airport transfer offer kami tambang murah katanya sebab dia kata Khaleeda comel. SIap ambik gambo Khaleeda lagi. Dia offer kami 90 lira. Kata nya kete mewah. Mak aiiii….tu tara dah offer. Kalau tak offer??Tak pe la pokcik…kami ambik taxi biasa je la.

Tambang taxi kami 48 lira. Tu pon sebab pakcik drebar ni sesat nak cari lorong hotel. Tanya dua tiga orang baru jumpa. Kalau tak 45 lira je. Bagi yang nak naik metro boleh ambik dari Artatuk airport. Sebelum tu kena beli istanbulkart atau pon tiket kat mesin. Ambik metro ke station Aksaray. Berhenti kat situ tukar pulak ambik tram line Kabatas-Bagcilar. Kalau hotel yang aku book ni berhenti dekat station Cemberlitas. One station before Sultanahmet. Tambang lebih kurang 4-5 Lira sorang. Dekat area ada melambak-lambak budget hotel & kedai-kedai gift. Harga lagi murah daripada dalam bazaar.

Kami menginap area Sultanahmet, area ni derang panggil old town. Sultanahmet dah dekat dengan Blue mosque dan lain-lain attractions. Aku memang cari hotel dekat dengan tram. Cari punya cari dapat la studio apartment yang comel complete dengan kitchenette. Nama hotel ni A’la House Hotel terletak kat jalan Katip sinan. Boleh pergi ke link ni kalau nak tengok gambar-gambar bilik. Nak tanya apa-apa soklan boleh email kat owner. Owner sangat effisyen & prompt reply.

Enterance A'la House Hotel. Pakcik ni bapak kepada owner hotel. Boleh sikit-sikit cakap english

Enterance A’la House Hotel. Pakcik ni bapak kepada owner hotel. Boleh sikit-sikit cakap english

Tengok review kat tripadvisor bagus-bagus je, so aku email terus owner dia. Dia bagi satu malam 35 euro. Bilik pulak hari-hari ada orang datang kemas. Harga cantik dah, cuma yang tak best nye, takde lift. Jadi pada geng cik bedah yang bawah 3 4 bijik beg tarik ada sedikit azab le nak ngangkut beg yek. Lagi tak best tangga dia spiral. Jadi pada yang fefeling cinderella kasut 5 inci tinggi tu jangan nak verangan. Struktur mukabumi istanbul sendiri pon tak sesuai la nak pakai heels manolo Blahnik apa bagai semua tu. Jalan dia kebanyakkannya daripada coble stone. Struktur mukabumi berbukit-bukit. Turun naik bukit, tangga berbelas-belas anak tangga. Memang boleh kurus kalau berbulan-bulan duduk sini (Tapi balik Malaysia tibai kudu hari-hari. Nan hado)

Tudia rupa jalan raya dalam old town ni. Nasib baik stroller ni tak reban

Tudia rupa jalan raya dalam old town ni. Nasib baik stroller ni tak reban

Jalan depan hotel ni boleh tahan jugak jem nye. Jalan dia kecik-kecik je. Kalau adik-adik baru belajar memandu kat sini confirm  bleh langgar pintu dapor umah orang

Jalan depan hotel ni boleh tahan jugak jem nye. Jalan dia kecik-kecik je. Kalau adik-adik baru belajar memandu kat sini confirm bleh langgar pintu dapor umah orang

Siap check in apa bagai, dapat wifi password terus menirap atas katil. Apa lagi contact le orang tersayang. Suhu masa tu dalam 7 degrees. Sejuk ooo sementara nak tunggu heater ni berfungsi. Khaleeda dah kena balut berlapis-lapis baju. Bagi susu suam….menirap-menirap last-last terus tido. Memang petang ni takde plan apa-apa pon. Just nak rest je kat hotel. Esok pagi-pagi baru keluar. Hujung bulan November ni sunset dalam pukol 4.30 pm. So maghribi awal. Kat hujung jalan hotel ni ada surau. So sepanjang kat sini time suboh, maghrib & isyak, Mr Pappi p surau. (Mr Pappi suruh edit. So aku strike je lah. Boleh gitu??) Wowww…ohsem nya kalau kat Jinjang joe pon buat macam tu. (Mr Pappi suruh edit. Ello ni blog i…tak suka buat blog sendiri. Hahaha….abis ar jap lagi kena starlite kat dahi)

Lepas solat aku panaskan lauk brahim. Ada rendang daging & ikan bilis. Makan nasi panas-panas habis nasi satu periuk. Mak aiii….makan ke melantak ni. Pukol 4 pagi kami 3 beranak dah jaga. Perut pulak lapo. Masak lagi nasi. Khaleeda pon makan jugak. Dia tibai susu 2 botol, nestum yang azie bagi aritu aku bawak jugak. Habis semangkok Khaleeda tibai. Lepas tu berak selambak. Sejuk-sejuk ni nafsu makan dia menjadi-jadi. Suap je apa pon dia nganga je.

Mr pappi siap-siap p surau. Lepas suboh dia singgah kat kedai roti pekena chai secawan dengan roti suam. Pergh roti suam derang sangat ohsem. Gitu lah rutin setiap pagi hari-hari kat sini. Habis sudah cite hari pertama kat Istanbul…Sambung day 2 plak lepas ni. (Harapnya mood tak ke laut Bosphorus)

Sunrise di Istanbul. Dekat atas roof top hotel ni boleh lepak-lepak sambil tengok sunset & sunrise. Nak breakfast kat atas ni pon boleh ( tu pon kalau kulit biawak le tahan sejuk)

Sunrise di Istanbul. Dekat atas roof top hotel ni boleh lepak-lepak sambil tengok sunset & sunrise. Nak breakfast kat atas ni pon boleh ( tu pon kalau kulit biawak le tahan sejuk)

Chai - 1 lira Roti - Tak tau berapa lira. Dia bagi free je

Chai – 1 lira
Roti – Tak tau berapa lira. Dia bagi free je

Sambung Istanbul Aku Dah Datang – Day 2

8 thoughts on “Istanbul Aku Dah Datang – Day 1

  1. Baca citer ko ni buat aku xcited sgt nk p travel dgn baby hahaha.. Lawak la citer ko ni.. Tak sabor nk tunggu episod akan dtg.. Aku setuju tang murah reZeki bila travel dgn baby hehehe

  2. salam..nak mintak tips ttg travel ngan baby..insyaAllah sy akan bercuti ke istanbul in March cuma skrg nie tak pasti dgn stroller. Mcm mane ye klu nak naik tram/metro/public transport dgn stroller? ok ke? klu pg visit mosque or museum, stroller mcm mana? tinggal luar or boleh bwk masuk..

    • Saya prefer bawah stroller. Tak larat la nak gendong baby turun naik bukit. Naik tram/metro sesuai bawak stroller. Bus pon sesuai sebab ada area untuk stroller. Visit blue mosque bleh bawak stroller sampai courtyard. Museum topkapi pon boleh bawak stroller tapi sampai area garden je la.

      Tips bawak baby make sure baby kenyang sepanjang hari.

      • Thank you so much.. Actually they are not really small baby.. baby besar.. 5 yrs old and abg dia 7 yrs old…but whenever we travel I prefer bwk stroller.. sng.. bila dorg penat jalan can rest on the stroller… so mood kite pun tak kacau..heheh.. thx again.. ur blog is very helpful. Look forward to your next entry..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s