Istanbul Aku Dah Datang – Day 2

Klik cerita Day 1

28 November 2014

Pukol 4 pagi dah terjaga kami 3 beranak. Lapaq baq ang. Aku masak nasi lauk brahim rendang daging dengan ikan bilis. Khaleeda tibai susu & nestum. Lepas tu sengeh-sengeh golek-golek atas katil. Sementara tunggu Mr Pappi p solat, kami sambung tido dulu seround. Perut dah kenyang suhu 7 degrees plak tu, apa lagi…sambung tido lah. Tengok forecast hari ni cuaca baik. Cerah sepanjang hari.

Hari pertama di Istanbul…..kita naik ferry sikit pergi ke bahagian Asia. Nama tempat tu Kadikoy. Aritu aku ada baca blog local people kat Istanbul yang cadangkan suruh pergi Kadikoy. Kat sini ada satu cafe atas bukit yang boleh tengok view laut sambil-sambil minum chai. Dah kenapa …. datang punya jauh nak pergi minum chai je? Eh….ni view laut Marmara tau. Jemu dah ngadap Sg Gombak & Sg Bunus kat kl tu.

Apa-apa pon sebelum nak ke mana-mana, benda pertama yang kami kena cari Istanbul Card. Kami tanya orang kat sini derang kata boleh beli Istanbul Kart kat mesin yang berada di stesen-stesen tram. Istanbul Card ni macam touch n go card. Kalau habis duit bleh topout je. Tak perlu beli sorang satu, beli satu je dah cukop. Masa nak naik tu touch 2 kali. Lagipon kalau guna Istanbul Card dapat diskaun tambang. Jadi jimat beli ni daripada beli tiket satu-satu. Cost sekeping kad 10 lira. Lepas tu isi duit dalam kad tu. Ikut la nak isi berapa pon. 10,20-50 lira pon boleh. Kalau ramai yang guna isi le lebih.

Mesin tiket di Station Cemberlitas

Mesin tiket di Station Cemberlitas. Senang nye nak tau. Nama dia jeton sameeon.

Sebenarnya aku takde duit kecik nak beli Istanbul Card dekat Jeton Sameeon ni. Jadi kat belakang ni ada stall jual sandwich. Ramai orang dok beratoq. Rupanya sini pagi-pagi derang makan roti. Jadi terpaksa la beli sandwich sebab nak tukar duit. Nasib baik makcik ni tak bising sebab harga sandwich 4 lira je, tapi aku bagi 50 lira. Kalau makcik tu bising aku cakap la ni semua gara-gara jeton tu la mokcik. Tapi 4 lira punya sandwich bleh makan 2 orang. Besaq. Semua benda dia letak. Cuma yang takde mayonis, mustard, cili sos dan lain-lain sos. Derang letak cili flake je dik non. Jadi orang-orang Malaysia yang dah biasa makan cili sos tu sila lah bawak dari umah. We olls memang born tekak oversea tu yang tak makan guna cili sos kat sini. (Sebenaqnya aku tertinggal cili sos kat kl. Punya la gigih kumpol cili sos kfc. Sekali tertinggal dalam laci kat ofis)

Dia tanya aku dalam bahasa dia...aku main tunjuk je semua.

Dia tanya aku dalam bahasa dia…aku main tunjuk je semua. Pisang tu je dia tak letak.

Khaleeda Day 1 in Istanbul

Khaleeda Day 1 in Istanbul

Hokey…dah beli Istanbul Card, kami naik tram menuju ke Eminonu. Kat Eminonu ni kami kena naik ferry. Station Eminonu ni terletak nya Spice Bazaar & ferry-ferry nak ke asia, tour bosphorus, prince island dan banyak le lagi tempat-tempat yang aku tak tau. Sampai station Eminonu, kami ke terminal ferry ke Kadikoy. Ada banyak terminal kat sini. Lain destinasi lain terminal.  Terminal ke Kadikoy seberang jalan station Eminonu je. Naik ferry pon boleh guna Istanbul Card. Dalam ferry ada jual roti, minuman panas & minuman ringan. Dari Eminonu ke Kadikoy dalam 20 minit je.

Galata Tower dari Ferry

Pada yang gigih boleh jalan kaki dari Eminonu ke Galata Tower dengan menyeberangi Galata bridge. Tak berapa gigih bleh naik tram/bus. Bawah Galata bridge tu ada banyak kedai-kedai menjual baju, cenderamata & etc

Nah......pose istimewa khas untuk peminat-peminat

Nah……pose istimewa khas untuk peminat-peminat. Akan ada lebih banyak lagi gambar-gambar yang macam ni. Harap jangan muntah lagi

Kejap ye....Abang Remy Ishak tengah bagi burung makan. Kejap lagi Abang Remy sign autograph.

Kejap ye….Abang Remy Ishak tengah bagi burung makan. Kejap lagi Abang Remy sign autograph.

Dah bagi burung makan, pose siti situ sana sini, sampai la kami kat terminal Kadikoy. Area Kadikoy ni pon sangat pesat membangun. Kawasan shopping street dia di panggil Moda. Kat moda ni ada street yang jual semua barang-barang vintage. Sangat sesuai untuk penggemar barangan antik macam Abg Remy Sahak kita. (Request Abg Remy kena follow. Picit-picit skit bahu Abg Remy)

Depan terminal ferry

Depan terminal ferry

Tapi sebelom p Moda kena p tempat idaman kalbu aku. Nama cafe yang aku nak pergi tu Kemal’in Yeri. Nasib baik depan terminal ferry Kadikoy ni ada tourist information centre. Masok dalam tu kami tanya macamana nak pergi ke Cafe tu. Sebenarnya dia pon tak tau ada cafe kat situ. Sampai la dia bukak google map, baru dia tau tempat tu wujud. Dah kenapa orang Malaysia pulak tau dari korang yang keje kat tourist info ni. Takpe….maafkan dia sebab office dia ni sangat warm so berlama-lama pon takpe korang cari maklumat tu. Boleh kami panaskan badan. Eh…tuang kopi tu skit. (Bau kopi dalam office ni sangat ohsem)

Akhirnya dah tanya 2,3 orang kat dalam office ni, dia pon cerita la cara nak pergi ke situ. Yang pasti…bus berhenti kat luar, kami kena jalan kaki lebih kurang 20 minit ke cafe tu. Alah…cinque terre pon aku rabat naik, ini kan pulak jalan biasa (Haaaa kau…berlagak statement aku). Okey step pertama nak ke cafe tu…mula-mula naik tram klasik dekat depan starbuck Kadikoy. (Maaf ye…abg remy lupa nak ambik gambo tram klasik tu sebab excited dapat naik tram tu). Lepas tu turun kat station……..alamak lupa tapi awek kat information centre tu kata tunjuk kat drebar tram kertas yang dia tulis. Nama tempat dimana terletak nya cafe tu Ferit Tek Sokak. Jadi bila dah sampai dekat satu station tu, drebar tu suruh kami turun. Dari station tu kena menapak 20 minit menyusuri kedai-kedai yang comel-comel & kawasan rumah elit yang mengadap laut Marmara. First time aku rasa sangat best berjalan kaki sebab kawasan ni sangat aman, bersih, sunyi & elit. Agak nya derang punya land rover ni sorang 5 bijik kot, boleh dikatakan kat parking kete mostly semua guna land rover. Okey…jom layan gambo.

Sampai jugak cafe yang aku nak pergi ni

Sampai jugak cafe yang aku nak pergi ni

Kami order chai, roti & cheese. Minum-minum sambil ambik gambar.

Kami order chai, roti & cheese. Minum-minum sambil ambik gambar. Tempat duduk cafe ni overhang & mengadap laut. Bawah tu kedai yang sama

Khaleeda sengeh je pantang nampak camera

Khaleeda sengeh je pantang nampak camera. Kos makan roti 2 biji & chai 2 gelas – 10 lira

Ha....gambaq kami lagi

Ha….gambaq kami lagi. Berejam jugak kat sini. Jauh kot nak mai. Skali mai lepak lama skit

Debab-debab kucing jalanan kat sini. Kat sini kucing jalanan tak kebuluran yek. Merata-rata derang letak makanan kucing. Ada satu tempat tu memang derang buat rumah kucing dekat park & playground. Makanan kucing cap black wood yek tuan-tuan & puan-puan. Bukan cap giant buy 3 free 1 ke apa ke.

Debab-debab kucing jalanan kat sini. Kat sini kucing jalanan tak kebuluran. Merata-rata derang letak makanan kucing. Ada satu tempat tu memang derang buat rumah kucing dekat park & playground. Makanan kucing cap black wood yek tuan-tuan & puan-puan. Bukan cap giant buy 3 free 1.

Lepas minum sejam dua, tukar diapers Khaleeda, buat susu panas untuk Khaleeda, kami jalan-jalan sekitar kawasan ni. Daun pokok-pokok kat sini masih lagi kekuning-kuningan.

khaleeda & mummy 2

Aku rasa ok  jek aku ambik gambo ni.  Mr Pappi kata daun-daun tak banyak. Takkan aku nak ambik posisi menirap kot

Aku rasa ok jek aku ambik gambo ni. Mr Pappi kata daun-daun tak banyak. Takkan aku nak ambik posisi menirap kot

CAMERA

Oleh kerana harini hari jumaat maka nya, kami Mr Pappi kena lah pergi sembahyang jumaat. Kami pakai bantai je jalan kaki. Tah ceruk mana pon tak tau. Sampai satu tempat kami follow orang-orang lelaki berjalan kaki beramai-ramai. Haaaa….ni mesti nak p masjid. Tekaan kami betul. Akhirnya sampai la kat satu masjid yang terletak dekat jalan sair nefi sokak (nama jalan ni aku google. Teror la aku kalau bleh ingat) Tapi masjid tu ada taman permainan. So aku dengan Khaleeda tunggu kat situ sambil ditemani oleh kucing-kucing yang debab & kekenyangan (dia buat nohen je kat korang sebab dia cukop makan) Khaleeda dah lena diulit intan. Suhu sejuk cuaca panas, so rasa suam-suam je. Aku pon ngantok wey.

Selesai solat jumaat, kami berjalan kaki menuju ke pekan moda. Sepanjang jalan tu kami berhenti kat kedai-kedai vintage yang kebanyakkan nya ada kat sini. Akhirnya dapat la jaket kain khaleeda color pink. Sedap je kain dia bila pakai.

Khaleeda tidoq sepanjang jalan.

Khaleeda baru mangkit tidoq. Asal stroller benti je dia jaga. Letih ar macam ni mummy tak bleh benti duduk.

Pekan Moda

Pekan Moda

Jalan punya jalan kami sampai balik kat terminal feri Kadikoy. Laaaa….tak jauh sangat pon tapi bila naik tram rasa macam jauh sangat. Destinasi seterusnya adalah ke Tarihi Sali Pazari. Haaa…apa kebenda nye tu kan. Aku rasa Pazari ni maksudnya pasar. Sali ni mungkin sehari. Jadi bila combined pasar sehari. Haaaa kau…mampo kat Kadikoy pon ada pasar sehari. Tak tipu..memang pasar ni satu hari suntok. Dari pagi sampai malam setiap hari jumaat & ahad. Mana aku dapat tau tempat ni? Melalui blog rakyat tempatan le. Kalau blog tourist guide takde nya derang nak cite pasal outskirt area ni. Balik-balik dia suruh pergi Grand bazaar. Cliche sangat u olls. Hokey…sekali lagi kami pergi ke information centre nak tanya dia kat mana nak ambik bus. Sebenarnya pagi tadi dia dah kata suruh ambik mini bus ataupon bus 13a. Cuma nya kami tak sure nak ambik bus no 13a tu tang mana. Bus tu terletak di terminal B3 kalau tak silap. Kalau silap sila pergi ke kaunter pertanyaan semula. Dari terminal berhenti perhentian yang ke 7. Bus akan berhenti depan pasar sehari ni. Dont worry….tak susah pon nak cari. Kawasan pasar ni sangat huge dari jauh dah boleh nampak payung-payung jualan. Jom kita masok ke pasar.

Landmark dia pintu gerbang ni

Landmark dia pintu gerbang ni

Mula-mula masuk akan jumpa barang-barang fresh

Mula-mula masuk akan jumpa barang-barang segar

market 7

Korang tengok capsicum ke tengok yang tukang jual tu.

kuih macam kat kelantan kan. Manih letting

kuih macam kat kelantan kan. Manih letting

Kat bahagian tengah-tengah market ada section tekstil

Kat bahagian tengah-tengah market ada section tekstil

Mesra sungguh derang ni

Mesra sungguh derang ni

Segar bugar

Segar bugar

Kat dalam pasar ni ada cafe jual kebab & pancake turki. Nama pancake ni Yezlemek (mungkin ejaan dia beza skit). Rupa dia macam lempeng pisang yang mak aku selalu buat, cuma nya kat sini derang letak cheese, bayam, meat kat dalam. Ada satu lagi tempat yang femes & outskirt area jual yezlemek. Famous di kalangan orang tempatan. Yang tu nanti aku cite kat pos akan datang.

Pakcik kebab. Kebab tu dah sama beso dia

Pakcik kebab. Kebab tu dah sama beso dia

Ni rupa cafe dia. Makcik-makcik tu tengah gigih menguli lempeng

Ni rupa cafe dia. Makcik-makcik tu tengah gigih menguli lempeng

Aku tak membeli-belah sangat sebab baru hari pertama. Tapi sempat la beli sarung tangan khaleeda. Comel ada macam-macam design cartoon, bear, bunga etc. Harga sepasang 7 lira. Lepas tu jalan-jalan lagi jumpa pulak orang jual cadar. Kain cotton fitted. Macam-macam color ada. Plain. Harga satu 7.50 lira je. Saiz queen erk. Aku beli 2 helai. Jalan lagi jumpa pulak fridge magnet. Harga sekeping 1 lira. Murah ni. Nak dapat 50 sen macam mustahil. So aku beli 10 keping. Mintak free gift 2. Jalan lagi jumpa pulak jacket timberland budak. Cantik ni. Tawar menawar dapat la 2 lira sehelai. Haaaa….murah ko harga-harga kat sini. Eh tadi aku kata tak membeli belah sangat kan sebab hari pertama. Tak perasan pulak beli tu ini, last-last penoh tangan.

Hari dah makin gelap. Sunset awal kan. Lepas pekena chai kat cafe, kami naik mini bus yang memang dah tunggu depan pintu gerbang pasar ni. Penoh kot bus tu dah nama pon mini. Tapi sebab kami bawak baby, derang usahakan jugak bagi kami naik dengan stroller-stroller derang angkat. One thing about people kat outskirt ni sangat prihatin, mesra, ringan tulang & baik-baik kalau compare dengan kat downtown istanbul. Dalam bus main pas-pas duit tambang dari belakang ke driver sebab space nak bergerak dah sendat. Khaleeda pulak takmo duduk dalam stroller. Time ni la pon dia nak mangkit. Kami dukung dia terus sengih sampai telinga. Derang nampak-nampak je khaleeda sengih semua nak dukong dia. Lepas sorang-sorang acah dia. Orang sini memang suka budak-budak. Berapa kali dah kami kena tahan kat tepi jalan semata-mata derang nak ambik gambar khaleeda. Untong laaa jadi khaleeda.

Ok sambung balik perjalanan dari pasar ke terminal naik bus mini macam sardin cap ayam. Sampai terminal ferry angin kuat dah rasa sampai tulang-tulang dah ni. Kami naik ferry balik semula ke eminonu. Dalam ferry buat susu untuk khaleeda, dia balun sebotol & tidoq sampai la ke apartment. Sampai apartment dalam pukol 9 malam. Kat area ni dah sunyi. Orang tidor awal bangkali. Tapi memang area Sultanahmet kurang happening waktu malam kalau nak compare dengan area Taksim.

Ok….sambung hari ke 3 pulak nanti.

Kadikoy pada waktu malam

Kadikoy pada waktu malam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s