Istanbul Aku Dah Datang – Day 3

Klik cerita Day 2

29 November 2014

Hooyeh…day 3 pulak. Haaa…nampak tak kemalasan nye kat situ. Baru nak sambung nulih setelah memeram lama. Ni first entry pada tahun 2015. Di harapnya tahun ni tak melampau-lampau le penyakit malas ni. Hari ke 3 ni kami jalan-jalan area Sultanahmet je. Haa….jalan kaki erk. Dalam google map tulih jarak dari hotel ke blue mosque 700 meter je. Je?? Memang betol 700 meter je, tapi tu tak kira struktur mukabumi turun naik bukit & keadaan jalan yang coble stone tu. Dari hotel kena turun bukit. Takpe lagi turun bukit. Lepas tu jalan landai tapi sempit. Bukan one way tapi 2 way. Bawak pulak stroller dengan jalan yang takde bahu jalan. Yang ada apron kedai yang lebar nya tak sampai 1 kaki pon. Haaaa….tiap kali kete lalu kena berhenti dulu kat tepi jalan. Lepas tu naikkkkkk pulak bukit. Lintas jalan…naikkkkk lagi bukit. Akhirnya sampai la kat Arasta Bazaar. Arasta Bazaar ni terletak kat tepi Blue Mosque. Fuhhh…700 meter kata nya kan.

Sepanjang perjalanan ke Blue Mosque

Sepanjang perjalanan ke Blue Mosque

Baru lepas mendaki bukit. Muka kontrol jaga pernafasan

Baru lepas mendaki bukit. Muka kontrol jaga pernafasan

Arasta Bazaar. Aku tak beli apa pon kat sini. Tak tanya harga pon. Shopping kat sini tak sesuai untuk golongan traveller bajet rendah macam aku ni ha.

Arasta Bazaar. Aku tak beli apa pon kat sini. Tak tanya harga pon. Shopping kat sini tak sesuai untuk golongan traveller bajet rendah macam aku ni ha.

Lepas lalu Arasta Bazaar kena daki bukit skit, belok kiri, sampai la Blue Mosque. Sampai-sampai polis kata tutop. Ramai pulak tu barisan polis-polis. Takkan nak sambut aku datang Blue Mosque sampai macam ni meriah korang raikan. Pulak tu korang tutop demi nak bagi aku masok?? Maigod…Lempang muka banyak kali….(jangan perasan). Mr Pappi tanya en polisi kenapa tutop. Polis kata papa coming. Aik….papa mana pulak? Blur??? Rupanya pope datang.  Ooooo Pope datangggg. Derang panggil pope tu papa (baru tau).  Hagia sofia pon tutop. Aku tanya pukol berapa bukak balik. Polis kata mungkin belah petang. Jadi kami pon ambil keputusan pergi Topkapi Palace dulu. Tiga-tiga tempat ni dekat-dekat je antara satu sama lain. Nak masok ke Topkapi dikenakan bayaran 30 lira sorang. Apa kebenda nya Topkapi Palace ni? Topkapi ni adalah accommodation yang digunakan oleh royal residence pada zaman Ottoman. Lepas tu depa jemu depa buat istana baru yang lebih gah & cantik lagi tepi selat Bosphorus yang di bagi nama Dolmabahce Palace. (Aku tak visit new palace ni. Tak cukop masa, tenaga mahupon sumber pendapatan) Cerita lain pasal Topkapi sila la rajin-rajin google wiki.

Mula-mula masok ke Topkapi ni ada pintu gerbang. Lepas tu jumpa taman. Taman ni sangat cantik ok. Kat situ kena beli tiket kat kaunter. Tak ramai orang pon time kami sampai ni. Lepas tu masok satu lagi pintu gerbang. Kat sini kena scan cek apa semua beg. Tripod tak bleh bawak masok. Lepas cek scan apa bagai jumpa lagi taman. Keliling taman tu la bangunan-bangunan istana dia. Cantik & sesuai untuk photoshoot kawen. Jom layan gambar i olls posing. Muntah tanggung sendiri.

Bapak-bapak polisi yang berkawal sepanjang lawatan pope ke Blue Mosque

Bapak-bapak polisi yang berkawal sepanjang lawatan pope ke Blue Mosque

Entrance Topkapi Palace

Entrance Topkapi Palace

Taman dalam Palace

Taman dalam Palace

Sisa-sisa Autumn masih lagi ada

Sisa-sisa Autumn masih lagi ada

Ni pintu gerbang yang ke dua sebelom masok ke dalam kawasan istana

Ni pintu gerbang yang ke dua sebelom masok ke dalam kawasan istana. Dah kenapa cik abang dua orang tu usha-usha aku. Alo abang berdua…cepat skit jalan tu. Walaupon KJ kata lelaki sejati adalah tinggi + hitam + hensem tak bermakna u olls dalam senarai tu. Taste i macam Remy Ishak je tau.

Eh..Eh boleh pulak jumpa jamal kat sini. Kat kl tak jumpa pulak

Eh..Eh boleh pulak jumpa jamal kat sini. Kat kl tak jumpa pulak

Sebahagian kawasan di dalam istana. Tenang & damai.

Sebahagian kawasan di dalam istana. Eh…posing cover album plak kat sini

Yang tak best nya dalam istana ni tak boleh bawak masok stroller. Stroller sampai kaki lima je. So aku banyak duduk luar berbanding Mr Pappi yang banyak masok ke dalam istana. Dah la luar ni berangin kan…mula lah rasa nak makan je. Bila teringat experience kak wan yang datang sini last 2 weeks, kata nya dia kena ketok masa makan kat restaurant area ni. Jadi…lunch hari ni kami cadang nak naik tram ke luar kawasan ni. Masa kami nak keluar dari Topkapi ni, dah masok waktu zohor. Mr Pappi solat dulu dekat masjid depan Topkapi Palace ni.

Nampak tak pintu kat sebelah kanan tu. Derang azan dekat pintu tu tadi

Nampak tak pintu kat sebelah kanan tu yang ada grill tu. Derang azan dekat pintu tu tadi

Selesai solat, kami naik tram sampai ke station mana pon tak tau. Yang pasti station last sekali. Lepas tu tram akan berpatah balik ke Sultanahmet. Kami follow je tram sampai nampak area kedai-kedai yang menarik kami berhenti.

Kami berhenti kat station ni

Kami berhenti kat station ni Yusofpasa

Mr Pappi kata jom turun kat station ni sebab dia dah nampak kedai makan dengan kebab beso2. Hooreyy…..akhirnya bleh makan. Lama kot tahan dari tadi. Tahan lapaq & tahan kencing jugak. Jom layan gambaq makanan

Ni lah kedai nya

Ni lah kedai nya. Nama nya asrin

Kopi ni 8 ringgit secawan

Kopi ni 8 ringgit secawan

Daging ni makan dengan roti. Roti tu kalau dah habis sebakul dia refill.

Daging ni makan dengan roti. Nama dia eskandar. Roti tu kalau dah habis sebakul dia refill

Aku makan nasi, ikan & salad. Gambaq makanan aku yelek. Tak sempat nak ambik dah wassalam. Kos makan kami 2 kopi, 2 main course, 1 bakol roti & 1 mineral water = 27 lira. Reasonable le jugak sebab portion food dia banyak. Roti tu kami siap tapau bawak balik. Kami ambik tram pergi balik ke Sultanahmet. Tadi tak boleh nak masok Blue Mosque, so kali ni masjid biru dah dibuka pada orang awam. Mula-mula Mr Pappi masuk dulu. Lepas tu aku pulak masok. Gilir-gilir jaga Khaleeda. Plastik untuk simpan kasut disediakan dekat pintu nak masuk ke masjid. Bagi orang lelaki islam boleh masok solat dekat ruang tengah-tengah masjid. Jadi selepas solat Mr Pappi boleh la ambik gambar kat tengah-tengah ruang solat. Jom layan gambar-gambar Blue Mosque.

Courtyard

Courtyard

Tempat ambik wudhuk

Tempat ambik wudhuk

Dalam Blue Mosque

Dalam Blue Mosque

Seni kubah yang sangat cantik

Seni kubah yang sangat cantik

Ruang sembahyang dipisahkan dengan sekatan. Pengunjung boleh sampai takat tu je.

Ruang sembahyang dipisahkan dengan partition. Pengunjung boleh sampai takat tu je.

Blue Mosque dari luar

Blue Mosque dari luar. Depan tu ada banyak benches disediakan untuk pelancong menikmati panorama & keindahan Blue Mosque sambil-sambil makan buah berangan panas-panas.

Kami tak masok melawat dalam Hagia Sofia sebab tak cukop masa. Nak masok hagia sofia kena beli tiket berharga 30 lira. Sapa-sapa yang bercadang nak masok banyak museum digalakkan beli Istanbul museum card. Kalau pergi time summer kena beli museum card sebab boleh potong que.

Hagi Sofia terletak berhadapan dengan Blue Mosque

Hagi Sofia terletak berhadapan dengan Blue Mosque

Hagia Sofia yang mulanya adalah gereja, kemudian semasa pemerintahan Ottoman dijadikan masjid. Lepas tu Mustafa Kemal Ataturk jadikan museum

Hagia Sofia yang mulanya adalah gereja, kemudian semasa pemerintahan Ottoman dijadikan masjid. Lepas tu Mustafa Kemal Ataturk jadikan museum

Lepas ambik-ambik gambar dekat taman depan Blue Mosque kami naik tram pergi ke Eminonu. Takde aktiviti apa pon saja je nak menghabiskan masa sambil-sambil cuci mata tengok rekabentuk masjid. Kat sini kebanyakkan nya masjid mempunyai design & color yang lebih kurang sama.

Yeni Cami yang bermaksud Masjid Baru

Yeni Cami yang bermaksud Masjid Baru terletak di hadapan spice bazaar

Spice Bazaar terletak di kawasan ni. Harini takde plan nak shopping apa-apa sebab esok punya itinerary adalah membeli belah. Haaa…..gembira nya rasa. Tapi kami tak membeli belah area ni. Gigih cari kawasan shopping dalam kampong. Tunggu next story.

Kami balik ke hotel naik tram dari Eminonu terus ke Cemberlitas. Tak larat dah nak jalan kaki. Singgah kedai beli air, 3 in 1 chocolate, shampoo brand turki yang sangat murah. Botol besar harga dia 4 lira je. Aku bawak balik KL mucid buat basoh simen bilik air. Hey…..tu shampoo mama la. Dia kata pelik tulisan shampoo ni. (Tepok dahi)

blue mosque 2

Ok…sambung nanti cerita hari ke 4. Hari shopping & hari paling kental sepanjang trip.

Suasana Subuh di Blue Mosque

Suasana Subuh di Blue Mosque

4 thoughts on “Istanbul Aku Dah Datang – Day 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s