Istanbul Aku Dah Datang – Day 4

Cite Day 3 kat sini

30 November 2014

Pagi di Istanbul pada hari ke 4 sangat sendu. Bangkit-bangkit tido je dah hujan kat luar. Tapi plan tetap diteruskan walaupon masa ni nampak selimut bantal lagi ohsem. Mau nak kena bebel dengan Mr Pappi kot dah kenapa datang jauh-jauh nak melingkor tempat tido je. Ni bukan trip bulan madu di awan biru hanya kita berdua je. Oleh kerana hujan pagi ni maka stroller & khaleeda akan di selimut dengan baju ujan. Stroller kosong kena balut dengan baju ujan. Mr Pappi akan carry khaleeda lepas tu balut dengan dia-dia skali dengan baju ujan.

Best nye jadi khaleeda dapat dukung dok celah2 carrier suam2 je rasa

Best nye jadi khaleeda dapat dukung dok celah2 carrier suam2 je rasa

Alhamdulillah walaupon sejuk & hujan mood khaleeda sangat baik. Backpackers jr ni

Alhamdulillah walaupon sejuk & hujan mood khaleeda sangat baik. Backpackers jr ni

Hari ni plan nya nak ke pasar rakyat tempatan yang terletak di Ferikoy. Khabar nya kat pasar ni ada satu kedai femes jual yezlemek (pancake turki). Info diperolehi hasil bacaan blog rakyat tempatan turki. Haaa…..datang dari jauh nak makan pancake je? Sangat tah hapa-hapa kan. Tapi……. satu lagi yang nak sangat pergi Ferikoy ni sebab ada satu pasar barang antik kat sini. Biasa la….travel aku ni ditaja oleh Mr Pappi so kena lah masukkan place of interest dia. Kang takat klia je dia taja aku.

Dari hotel nak ke ferikoy ada beberapa cara. Tapi cara yang aku ambik ni paling mudah dan cepat. Konon mudah dan cepat…last2 sesat jugak. Kami naik tram sampai ke station Kabatas. Dari kabatas station kami ambik bus menuju ke Osmanbay. Bus station tu kena jalan kaki skit je dari station tram kabatas. Naik metro pon boleh, tapi kami nak naik bus sebab boleh feeling-feeling melihat alam sekitar. Dekat situ kami kena ambik bus no 70KE ke Osmanbey. Dari Osmanbey kena jalan kaki lebih kurang 10 minit ke pasar ferikoy. Pasar ni juga di panggil Bomonti. Tapi jalan kaki 10 minit tu sangat tipuuuuu. 10 minit langkah orang buat marathon bangkali.

Turun-turun je bus kat osmanbey, kami jalan la kaki budget macam rakyat tempatan lagak nya. Pakai jalan je bak ang tak tanya orang. Laju pulak tu jalan almaklumlah Mr Pappi lead. Kita follow je dia. Sampai la aku rasa aik..rasa jauh dah jalan ni. Kata 10 min je. Last-last tak puas ati aku suruh Mr Pappi tanya orang. Mula-mula dia tanya market. Pakcik tu kata betoi dah jalan ni sampai ujung. Tapi jalan lagi tak jumpa jugak. Last-last tanya budak kedai kasut. Rupanya kami jalan kaki melawan arus. sepatutnya ke utara, tapi kami jalan ke selatan. Huaaaa…..peristiwa kat Hatyai berulang kembali. Same case jugak ambik wrong direction. Same person jugak yang lead. Ciss…..tolak Mr Pappi dalam longkang. Sengaja nak sabotaj lelemak aku kan.

Tarikkk nafas panjang-panjang….ok mula balik jalan kaki menyusuri jalan tadi. Budak tu kata sampai ujung belok kiri jalan terus. Bunyi macam dekat. Dah belok kiri, jalan terus dan terus dan terus dan terus lagi tak sampai-sampai. Benti lagi tanya orang. Kali ni tanya brother kat dalam supermarket. Rupanya orang sini punya fahaman market tu ialah supermarket. Kalau flea market tu kena panggil bazaar. Haaa ingat tu adik-adik….bazaar ye. Nasib baik jumpa brother tu. Katanya tak jauh dah bazaar tu. Jalan kaki skit je lagi. Tapi ku tak percaya dah kata-kata mu yang kata dekat je. Tipah tak tertipu kali ni. Dengan semengat berkobar-kobar tipah melangkah di dalam hujan renyai-renyai dan kesejukkan. Tengah-tengah jalan hujan lebattttt. Huaaa….tipah lari-lari kamben masok bawah bangunan. Huaaaa….terlalu banyak onak ranjau berduri nak ke pasar ni. Dah le ujan lebat, berangin sampai ke tulang sum-sum. Teringat bubur sumsum panas-panas makan lepas habis kenduri kenara kat kampong. Dah berteduh bawah building tinggi yang aku rasa dah dah dpt cpc bangkali,  (tinggal kerja-kerja defect je) Mr Pappi nampak satu kawasan lapang macam parking, ada bumbung macam kanopi. Haaa….tudia-tudia…huaaaa…rasa nak buat sujud syukur rasanya bila dah jumpa bazaar tu. Akhirnya…sampai jugak kami kat sini.

Benda pertama yang kami buat…..let’s breakfast yezlemek bersama-sama chai. Kita panaskan badan dulu. Masa tengah makan tu ada sorang local tanya kitaorg ni mai dari mana. Lepas tu dia kata selama 20 tahun dia menginap kat sini, ni lah first time dia sampai sini sebab nak cuba pancake femes ni. Heran dia macamana kami boleh sampai sini & tau pancake kat sini sedap. See Mr Pappi….perasan tak idung i kembang kuncop tak bleh control masa tu. Ok jom layan gambo. letih dah bercakap dari tadi.

Masih lagi makcik yang sama seperti dalam blog yang aku baca tu

Masih lagi makcik yang sama seperti dalam blog yang aku baca tu

Aku try pancake filling  spinach & cheese. Chai tu 2 cawan.

Aku try pancake filling spinach & cheese. Chai 2 cawan

Khaleeda menjadi perhatian

Khaleeda menjadi perhatian. Nyegih sampai telinga yek khaleeda. Padahal dia buat kuih dalam pampers tu. Kelas ko khaleeda nak berak atas tangan mamat turki

Mr Pappi ambik filling daging. Makan bersama dengan chili flake untuk sensasi pedas. Lepas tu 3 hari sembelit

Mr Pappi ambik filling daging. Makan bersama dengan chili flake untuk sensasi pedas. Rasa sangat ohsem. Panas-panas tarik pulak pancake tu dengan cheese dia yang melting tu. Perghhh….first time Mr Pappi makan cheese & kata nya tekak melayu mamak celop dia boleh terima rasa cheese ni. End up 3 hari sembelit. Haahahaha….(matilaaa confirm dia suruh aku edit nanti)

Lepas makan kami cari wc nak settle kan pancake dalam pampers Khaleeda tu. Time hujan-hujan sejuk ni la dia nak melepas pon. Nasib baik ada wc tapi sejuk bukan main air dia tuhan je yang tau. Masa kami sebok-sebok nak siapkan khaleeda, atok-atok yang meniaga kat tepi-tepi punya la prihatin. Bagi space untuk kami siapkan khaleeda, lepas tu cepat-cepat derang suruh cover khaleeda sebab sejuk sangat masa tu. Lepas tu…automatik…khaleeda dapat a few atok angkat kat situ. Sorang ni bagi dia toys, sorang tu tengah jual barang dia depan kami masa tu. Hasil jualan 10 lira tu terus dia bagi Khaleeda. Aku kata eh tak yah..tak yah..pakcik tu kata ambik le dia sedekah kat khaleeda. Dah la sorang cakap melayu sorang cakap turki. Masa tu Mr Pappi jumpa carrier baby maclaren. Mula-mula makcik tu letak 30 lira, tapi Mr Pappi mintak kurang lepas tu pakcik tadi mai kat makcik tu cakap dalam bahasa turki, last2 makcik tu bagi 10 lira. Wow…pakcik ni ketua kampong pasar ni bangkali. Tak abis kat situ je, kami jalan kat depan lagi ada satu bendera turki. Dia nak tolak 2 lira. Lepas tu pakcik penghulu tadi tu cakap apa tah, end up dia bagi kami free. Dia boleh cakap omputih skit-skit. Masa dia bagi bendera tu kat kami dia mintak kami doakan islam berkembang selama nya di turki. Ish… terharu rasanya. Kehadiran kami kat sini sangat-sangat dihargai. Dah terbalik pulak, kami tak beli banyak mana pon, derang pulak yang banyak sedekah kat kami. Lepas round-round kat pasar tu pakcik penghulu market panggil kami. Dia nak belanja kami minum chai. Adoiii…mesra nya derang ni. Rasa macam suasana balik kampung sendiri dah rasa. Lepak pulak kat situ dengan pakcik tu minum chai. Dah la pakcik tu tak reti cakap english, main bahasa isyarat je. Paham la sikit-sikit. Pakcik tu kata kat kawan dia Mr Pappi ni sedara dia sebab patern telinga derang sama.

Atok ni bagi space kat depan gerai dia masa kami nak siapkan khaleeda

Atok ni bagi space kat depan gerai dia masa kami nak siapkan khaleeda

Atok kawasan kami panggil

Atok kawasan kami panggil. Lepas tu Khaleeda guna carrier Mclarren yang berharga 10 lira je. Tq atok. Jasa-jasa mu di kenang

Tq bro for the flag. Insya Allah sama-sama kita berdoa islam berkembang selamanya di turki

Tq bro for the flag. Insya Allah sama-sama kita berdoa islam berkembang selamanya di turki.

Keadaan di dalam bazaar

Keadaan di dalam bazaar

ferikoy market 3

Antara barang-barang antik yang dijual kat sini.

Antara barang-barang antik yang dijual kat sini.

Camera filem pon ada

Camera filem pon ada

Separuh hari jugak kami kat sini. Lepas bergambar-gambar dengan atok-atok, kami pon gerak ke taksim. Kali ni ambik taxi je. Tobat dah nak menapak macam tadi. Atok pon kata taksim tak jauh dah dari sini. Range tambang tadi lebih kurang 12-20 lira. Ok la…kami kena cas 15 lira. Taksim ni new town derang. Kat sini banyak la kedai-kedai ala-ala butik & modern. Tujuan datang sini nak p hard rock cafe beli kan baju member-member yang kirim. Lepas tu nak feeling-feeing ambik gambo kat tram klasik derang. Tapi nan hado. Tunggu punya lama tram tak lalu pon. Rupa nya masa ni ada perhimpunan pasal oku kat jalan raya tu. Sini derang selalu buat piket & perhimpunan. Masok dalam hard rock cafe beli-beli apa yang dikirim, p toilet kasi buang semua yang disimpan sejak pagi tadi. Fuh legaaaa….cadang nak makan kat situ. Tapi pikir balik…kita makan murah-murah je la. Akhirnya p la kedai depannn hard rock cafe. Sebenarnya depan ni kedai juice. Order juice & makan roti kat situ. Yang boleh lepak lama dalam kedai ni, sebab ada dua org street musician member kepada pekerja kedai juice ni main muzik kat dalam kedai ni. Haaa…kelas ko…ingat dlm hard rock cafe je ke ada life musician. Kedai depan hard rock cafe pon ada ok. Lepas tu siap boleh request suruh nyanyi banyak kali. Yang unik nya, sorang dari bulgaria, sorang dari japan, kawan yg keje kedai juice ni turki, lepas tu masok plak cameraman terlampau dari malaysia, maka meriah la suasana kat situ dah macam kedai atok masing-masing.

taksim 4

taksim 5

Jom layan video ni. Sebelom tu aksi cameraman tu sangat over kan

Ada perhimpunan agong pulak

Ada perhimpunan agong pulak

Hujan sepanjang hari

Hujan sepanjang hari

Cantik wanita-wanita turki

Cantik wanita-wanita turki

Kami tak lama dekat taksim. Lepas ambik gambar skit terus jalan kaki (nasib baik turun bukit) ke station tram kabatas. Dekat pulak rasa bila nak balik. Dekat area umah kami tapau ayam golek sekor. Harga 5 lira. Lapaq sungguh kot, dua orang je makan habis sekoq ayam tu. Malam tu pengsan awal. Khaleeda pon lena sampai pagi. Pagi baru jaga mintak susu. Ke kami tidoq mati sampai tak sedaq khaleeda mintak susu. Hahaha….apa pun hari ni sangat ohsem berbanding hari lain. Selain meredah kesejukkan dalam hujan (ohsem ke?), kami berjumpa dengan orang-orang yang sangat mesra dan baik hati melayan kami macam keluarga mereka sendiri. Pengalaman ni lah yang membuatkan kami berkobar-kobar untuk terus mengembara menjelajah bumi Allah ni.  Moga-moga dipermudahkan & dimurahkan rezeki. (Mr Pappi garu-garu kepala yang tak gatal sambil pegang calculator)

Ok…sambung nanti pada hari ke 5 di Istanbul.

4 thoughts on “Istanbul Aku Dah Datang – Day 4

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s