Istanbul Aku Dah Datang – Day 5

Cite Day 4 kat sini

1 December 2014

Pagi ni pon sendu jugak tapi tak selebat semalam. Hari ni kami cadang nak ambik Bosphorus tour & jalan-jalan sekitar Spice & Grand Bazaar. Saja je nak tengok macamana rupa grand bazaar, kalau nak shopping kami dah ada tempat shopping yang lagi ohsem. Lepas tu seperti biasa arini kami akan cari makanan-makanan rakyat tempatan di kedai-kedai yang bukan tourist pergi. Kali ni kedai makan tu tak jauh dari hotel kami. Kalau jalan kaki lebih kurang 30 minit. Kalau jalan kaki lepas tu benti beli jus, benti kat farmasi, lepas tu benti kat kedai ayam golek, mau makan masa sejam. Haaa…..kalau tanya berapa jauh berjalan ni memang tak boleh accurate. Bergantung kepada cara jalan dan minat sosial masing-masing.

Tapi pagi ni sebelom bersosial sekitar kampung kat hotel ni, kami pergi Bosphorus tour dulu. Hajat nya nak try balik ekmek kat eminonu tu. Siap masok dalam rancangan street food around the world lagi. Jadi harus try ni. Balik ekmek ni bukan apam balik ye adik-adik. Balik ekmek ni adalah sandwich ikan mackerel yang di grill & dijadikan sandwich. Bersama-sama roti tu hanya ada bawang & salad je. Takde sos-sos mayonis apa bagai yek rakyat malaysia yang cintakan sos cili. Cuma nya ada sos lemon untuk hilang kan rasa fishy. Lagi pon kalau meriah dengan sos apa bagai, hilang le rasa smokey ikan tu.

Taraaaa....ni lah balik ekmek yang mana ikan nya sembunyi dibalik bawang dan salad. Harga dia 6 lira kot kalau tak silap

Taraaaa….ni lah balik ekmek yang mana ikan nya sembunyi dibalik bawang dan salad. Harga dia 6 lira kot kalau tak silap

Yang menarik lagi kedai yang jual balik ekmek ni terletak atas bot di atas selat bosphorus. Tapi kedudukan meja kerusi semua atas darat. Tempat masak je atas bot. Ada banyak bot yag menjual balik ekmek ni. Pilih la nak bot yang mana satu, rasa & harga sama je. Kami pilih bot yang paling fancy deco nya. Tah hapa-hapa dah tau rasa sama beli la kat mana-mana pon…tapi nak jugak cari bot yang santek-santek. Haaa…nampak tak kat situ…strategi perniagaan nya. Sapa-sapa ada kedai makan ce korang letak yang ambik order tu cun-cun muda-muda sado-sado skit. Sure ramai orang datang kedai korang. Tapi kat sini semua yang keje lelaki je. Jarang nampak orang pompuan keje kecuali kedai adik beradik derang. Auuu…untong laaaa kan bleh cuci mata nengok abam2 idung mancung.

Tempat memanggang atas bot.

Tempat memanggang atas bot.

Bot yang menjual balik ekmek. (ish lapaq plak cite padal makanan)

Bot yang menjual balik ekmek. (ish lapaq plak cite padal makanan)

Perghhh.....sangat ohsem rasa ikan yang fresh di campor plak dengan sos limau yang masam, bawang yang manis & rangup bila kunyah ada bunyi krup-krup

Perghhh…..sangat ohsem rasa ikan yang fresh di campor plak dengan sos limau yang masam, bawang yang manis & rangup bila kunyah ada bunyi krup-krup

2 ketol balik ekmek & 1 air mineral berjumlah 13 lira. Kenyang sampai tengahari. (iye ke??) Ok lepas menjamu selera kami teruskan plan kami arini nak ambik Bosphorus Cruise. Kami ambik cruise yang paling murah. Lebih kurang 50 minit cruise dalam 24 lira untuk 2 orang dari Bosphorus ke Black Sea. Ada banyak cruise yang menawarkan macam-macam pakej lengkap dengan lunch, dinner, bekpes apa bagai. Tapi kami ambik pakej paling murah je. Dalam cruise boleh order chai & roti kalau lapaq. Rombongan pagi ni tak berapa ramai. Tak sampai setengah feri pon. Ok le tu…takde le berebot-rebot nak ambik gambaq kat luar bot nanti. Haaa……cita-cita tinggi. Beria nak posing apa bagai kat luar bot bila cruise dah sampai kat tengah Black sea nanti. Rupa nya kat luar tu sejuk sampai ke tulang sum-sum mahupon tulang belikat dan tulang-tulang yang lain. Aku yang berisi ni (ehem…berlapik skit) pon rasa kebas-kebas satu muka. Punya la sejukkkk. Last-last sempat le ambik dua tiga bijik gambo buat tunjuk kat anak cucu nanti. Tu pon masok-masok je dalam bot terus order chai. Dari Eminonu, cruise akan membawa kami menyusuri Beylerbeyi, Ortakoy & yang aku nak sangat lalu bawah suspension bridge diantara benua eropah & asia.

Taraaaa...Bosphorus suspension bridge yang menyambungkan benua asia & eropah. (angin kuat + muka kebas = eh comey plak gambo ni)...mati laaaa peminat muntah

Taraaaa…Bosphorus suspension bridge yang menyambungkan antara benua asia & eropah. (angin kuat + muka kebas = eh comey plak gambo ni)…mati laaaa peminat muntah

Jom tangkap gambar berdua. Motif bersembunyi di balik Mr Pappi?? Nak bagi dia nampak besaq, but still tak menjadi taktik tu.

Jom tangkap gambar berdua. Motif bersembunyi di balik Mr Pappi?? Nak bagi dia nampak besaq, but still tak menjadi taktik tu.

Ambik gambar dengan khaleeda pulak. Eh tadi kata sejuk kat luar. Ni dah berkeping-keping posing. Tu la untung nya simpan isi banyak2.

Ambik gambar dengan khaleeda pulak. Eh tadi kata sejuk kat luar. Ni dah berkeping-keping posing. Nak habaq…Tu la untung nya simpan isi banyak2. Jacket & sarung tangan Khaleeda tu beli kat Kadikoy. Murah & berkualiti

Bila sejuk ketaq2 tak tahan kami masok dalam bot. Order chai & makan roti. Le

Bila sejuk ketaq2 tak tahan kami masok dalam bot. Order chai & makan roti. Lepas tu keluar balik, sambung balik ambik gambar.

Jom layan gambaq yang Mr Pappi ambik. Kena la letak gambaq banyak skit sebab mengenangkan kesakitan abam remy sahak menahan kesejukkan demi untuk tatapan peminat-peminat dia.

Abam remy sahak memang galak. Pantang lepa skit dia ambik gambaq awek. Patot pon manjang je ilang

Abam remy sahak memang galak. Pantang jumpa awek mesti dia ambik gambaq depa. Patot pon manjang je ilang

Dolmabahce Mosque. Landmark bosphorus shoreline

Dolmabahce Mosque. Landmark bosphorus shoreline

Fortress of Europe

Fortress of Europe

The Bosphorus suspension bidge di antara Ortakoy & Beylerbeyi (Europe & Asia)

The Bosphorus suspension bidge di antara Ortakoy & Beylerbeyi (Europe & Asia)

bosphorus 9

Sampai balik ke Eminonu

Sampai balik ke Eminonu

Habis sudah cruise Bosphorus. Aktiviti seterus nya jalan-jalan sekitar Spice Bazaar & Grand Bazaar. Rasa nya semua orang dah tau ada apa dalam bazaar-bazaar ni. Specially rakyat Malaysia, berduyun-duyun kalau datang Istanbul mesti borong sakan kat sini. Kalau tak takkan peniaga dalam ni bleh cam dah muka orang malaysia macam mana. Nampak je orang malaysia derang panggil kata sini murah-murah. Derang tanya Mr Pappi dari malaysia ke? Mr Pappi kata no, i’m not. (Ciss budget muka irish ke wey…lain beno rupanya) Lepas tu derang teka lagi, indonesia? Mr Pappi kata tak jugak. Lepas tu derang tak teka dah. Sure dalam ati derang kata nak nipu tapi tak pandai. Sah-sah muka jawa lagi mau tipu. Lain la i…muka macam spainish skit (Mati laaa….muntah ijo)

Interior Grand Bazaar

Interior Grand Bazaar

Peminat Khaleeda nak mintak sign autograpgh.

Peminat Khaleeda nak mintak sign

Jalan punya jalan sampai la ke grand bazaar. Kami tak beli apa pon, singgah kedai untuk beli air & makan kebab. Lepas makan sambung jalan-jalan lagi. Masa nak ke tram station, kami lalu kedai-kedai kat belakang-belakang grand bazaar. Ada satu kedai tu jual lapik meja. Masok kejap cuci-cuci mata & sejuk sama kat luar tu. Dah masok kedai ni ada lah yang berkenan di hati. Suruh Mr Pappi mintak kurang. So sambar le 4 helai dengan harga 40 lira. Dekat area Cemberlitas station ada kedai-kedai jual cenderahati. Ni kalau terdesak nak beli fridge magnet boleh beli kat sini.

Kami berjalan kaki dari sini menuju ke kawasan apartment. Jauh jugak tapi nasib baik kali ni turun bukit. Tak mendaki. Kali ni sebelom balik rumah, singgah makan kat kedai yang Mr pappi dah usha dua, tiga ari masa p solat kat masjid. Kedai ni ada jual nasi campor. Tapi lauk pauk masak stail turki la. Manaaa nak ada tempoyak patin weh kat sini. Jadi laaa…janji ada nasi. Nasi depa ni sticky-sticky skit macam pulut. Color berkilat-kilat skit macam pulut. Jom la layan gambaq makanan.

Ni lah kedai yang jual nasi campoq ala turki. Terletak dekat area Gedik pasa. (confirm ingat sampai bila-bila nama jalan ni)

Ni lah kedai yang jual nasi campoq ala turki. Terletak dekat area Gedik pasa. (confirm ingat sampai bila-bila nama jalan ni)

Satneka lauk pauk. Rambang mata

Satneka lauk pauk. Rambang mata

Nampak macam masak lemak cili api. Tapi sebenaqnya ikan tu rasa light-light macam singgang, tapi tak masam.

Nampak macam masak lemak cili api. Tapi sebenaqnya ikan tu rasa light-light macam singgang, tapi tak masam. Ikan fresh.

Nasi depa letak kacang kuda kat atas

Nasi depa letak kacang kuda kat atas. Cabai burung jeruk pon ada.

Kami ambik 2 jenis lauk, 2 pinggan nasi & air mineral. Total makan kami 17 lira. Harga mampu milik. Kalau dekat tengah-tengah tourist area tak dapat harga macam ni. Jalan kaki jauh sikit takpa janji dapat makanan yang sedap & murah. On the way balik ke apartment tu godaan mata sungguh. Lalu kedai dessert, singgah sat, beli skit dessert 3 jenis. Jadi la nak merasa apa rasa baklava kat turki. Jalan depan lagi, eh jumpa pulak ayam golek sekoq 19 lira. Beli la sekoq, stok tengah malam ni kalau lapaq, bleh ratah.

Maneh leting. Tapi sedap ada rasa kacang-kacang cerdik tu

Maneh leting. Tapi sedap ada rasa kacang-kacang cerdik tu

Yang ni tak best sangat. Rasa manih je. Bleh potong kaki woooo kalau ari-ari macam ni

Yang ni tak best sangat. Rasa manih je. Bleh potong kaki woooo kalau ari-ari macam ni

Ohsem ayam golek ni. Ala-ala ayam golek kat tengkusen ipoh.

Ohsem ayam golek ni. Ala-ala ayam golek kat tengkusen ipoh.

Jumpa pulak kedai juice oren 1 lira. Tanpa pewarna, perasa tambahan , takde tambah gula & air.

Jumpa pulak kedai juice oren 1 lira. Tanpa pewarna, perasa tambahan , takde tambah gula & air.

Sepanjang-panjang perjalanan ke umah ni sungguh banyak onak duri & liku-liku kehidupan yang terpaksa aku tempoh. Ayam golek, dessert, juice semua kami try. Kalau sebulan duduk sini, mau badan sama besaq pintu. Ni pon skit je lagi nak sama pintu. Selalu nya dah lepas makan baru nyesal makan banyak. Esok repeat balik.

Ok selesai la aktiviti pada hari ke 5. Esok hari ke 6 aktiviti shopping. Nak repeat balik pasar kat kadikoy. Asalnya dalam itinerary nak ke tempat lain, tapi Mr pappi dah berkenan dengan pasar kat kadikoy tu. Kali ni dah tau jalan, so senang terus pergi ke tempat tu je. See yaaa next entry ( moga-moga tak malas sampai lajak ke tahun depan)

2 thoughts on “Istanbul Aku Dah Datang – Day 5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s