Istanbul Aku Dah Datang – Day 6

Cerita sebelum nya kat sini

2 Disember 2014

Hari ke 6…hari last kami di bumi Uthmaniyah. Esok kami punya flight tengahari. Jadi hari ni la last pon kalau nak shopping apa bagai. Asalnya plan kami hari ni free & easy ataupon ke Pierre Lotte fefeling naik cable car. Tapi Mr Pappi kata nak repeat balik pergi pasar kat Kadikoy. Pasar kat kadikoy tu 2 hari je seminggu, hari selasa & hari jumaat. Lagipon haritu sessi memanaskan badan je. So tak membeli apa sangat. Maka…hari ni sekali lagi kami ke kadikoy. Kali ni terus menuju ke pasar tu takde singgah mana2 dah. Jalan pon dah tau, nak naik bus mana pon dah tau. So…lagak nye masing2 macam rakyat tempatan ataupon rakyat luar yang dah bermastautin setahun dua kat sana.

Breakfast kat kedai aritu. Aku order pancake turki which is aku suka pancake kat sini lagi compare dengan kat Bomonti Bazaar. Lepas tu kat sini Mr Pappi dah kamceng dengan uncle kebab tu, so boleh la mintak tambah sayor lebih ke, cheese lebih ke. Oppss…lupa nak cakap, nak ngata kat Mr Pappi la kan……julung2 kalinya kat Istanbul ni dia makan pulak cheese. Cheese putih tu chesse kamben kan. Haaaa….makan pulak? Dia kata…cheese dia fresh takde bau masam atau rasa loya. (Masa dia cakap macam tu aku buat muka jebek. Jebek tau tak macamana?) buat muka jebek ni macam korang naikkan bibir bawak ke arah bibir atas, lepas tu juih kan skit ke depan. Hidung pulak kembangkan se kembang yg mungkin. (Mesti korang gigih buat kan)….haaaa macam tu la aku buat muka bila dengan Mr Pappi punya statement pasal cheese tu. Ok….berbalik kepada aktiviti hari ni yang akan shopping je satu hari…jom kita layan gambar-gambar kat pasar.

Pakcik ni jual legging budak-budak. Longgok-longgok je. Selai 1 lira.

Pakcik ni jual legging budak-budak. Longgok-longgok je. Selai 1 lira.

Lapik meja ada macam-macam corak

Lapik meja ada macam-macam corak. Makcik ni jual mahai skit. Aku pusing sampai ke dalam dapat murah lagi. Tips…jalan dulu baru beli

Brader anggur ni excited suruh ambik gambar dia

Brader anggur ni excited suruh ambik gambar dia

Sarung tangan khaleeda yang ke 2 aku beli kat dia. Kualiti terbaik. Harga sepasang 7 lira.

Sarung tangan khaleeda yang ke 2 aku beli kat dia. Kualiti terbaik. Harga sepasang 7 lira.

Akhirnya aku beli lapik meja makan untuk bos kat kedai pakcik ni. Harga mampu milik. Tak bleh cakap kang bos tau (Eh macam bos aku baca blog aku. Kalau bos baca mohon naikkan elaun saya bos. Nak buat mega trip tahun depan ni)

Akhirnya aku beli lapik meja makan untuk bos aku kat kedai pakcik ni. Harga mampu milik. Tak bleh cakap kang bos tau (Eh macam bos aku baca blog aku. Kalau bos baca mohon naikkan elaun saya bos. Nak buat mega trip tahun depan ni)

Rempah ratus pon ada.

Rempah ratus pon ada. Eh justin biber laa nama dia

Aku lupa nak beli towel ni. cadangnya bila nak keluar dari pasar, singgah nak beli towel ni. Lepas tu lupa. Agaknya nak suruh datang lagi sekali kot

Aku lupa nak beli towel ni. cadangnya bila nak keluar dari pasar, singgah nak beli towel ni. Lepas tu lupa. Agaknya nak suruh datang lagi sekali kot

Buah kurma & sitrus memang banyak

ikang

ikang-ikang. doh bakpe ikang tu merah? (mati laaa….broken terengganu. Kena starlite kat dahi dengang Mr Pappi jap lagi)

Khaleeda belek sarung tangan baru. Ada katun kat sarung tangan tu. Kejap lagi kena kokak le katun tu

Khaleeda belek sarung tangan baru. Ada katun kat sarung tangan tu. Kejap lagi kena kokak le katun tu

Sayor sangat fresh

Sayor-sayor sangat fresh.

Belah pagi ni kebanyakkannya gerai-gerai jual bahan mentah. Kami melilau kat sini sampai tengahari. Antara barang lain yang kami beli fridge magnet 1 lira sekeping. Sarung bantal 10 lira dapat 6 helai. Kain cotton & ada macam-macam design. Pilih je dia main longgok-longgok. Sampai nak lunch kami bergerak ke pekan Moda. Kat sini kami lunch ada satu kedai tu dia offer nasi + 3 jenis lauk dengan harga 12 lira. Lauk boleh pilih. Kami tambah satu lagi nasi, tapi owner tak kira pon. Alhamdulillah…murah rezeki owner tu. Tips takmo kena cas gile-gile tak masok akal, pergi le ke kedai yang dah letak harga macam ni. So far, kami tak kena lagi la cas yang tak masok akal macam yang selalu kami dengar.

Melilau sekitar pekan Moda sampai petang, lepas tu kami bergerak naik bot ke Eminonu & terus ke apartment. Malam ni nak kena packing beg. Ada sisa-sisa lira skit, Mr Pappi laburkan kat kedai gift tak jauh dari masjid dekat apartment lepas dia solat maghrib. Dinner kat umah je, beli ayam golek sekoq.

Pagi esoknya, last day Mr Pappi pergi solat subuh kat blue mosque. Lepas tu pekena roti & chai dekat kedai port breakfast biasa. Kami dah mintak owner apartment panggilkan taxi untuk ke airport. Dia cas guna meter. Tambang kami 45 lira. Normal le tu harga within 40-50 lira dari Sultanahmet ke Artatuk airport.

Maka…tamat lah cerita Istanbul aku dah datang (haaa kooo…kira nya nasib baik la tak makan tahun nak habiskan episod Istanbul ni). Jumpa lagi nanti untuk summary cost travel trip ni.

Babai semua...thank you Istanbul because be nice with Khaleeda.

Babai semua…thank you Istanbul because be nice with Khaleeda. Thank you qatar airways sebab bagi Khaleeda banyak Mr Patrick ni. Ada 4 ekor semuanya. Satu Khaleeda bagi Adam, satu Khaleeda simpan dalam lemari, satu lagi dah kena campak bawah katil kot, satu lagi tah mana tah. (Papa…bila nak bawak Khaleeda jumpa Mr Patrick ni kat qatar airways? Haa….nak tanya soklan kena kias2 dulu. Lepas tu kata…eh bukan mama yang nak berjalan, Khaleeda ni yang nak jumpa patrick?

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s