Hyderabad The Land of Baigan – Day 1

25 Mac 2015

Buat julung-julung kali nye….mempersembahkan….trip aku, abam remy sahak & kengkawan yang lain ke HYDERABAD. Hooreyyy….tepok tangan ramai-ramai.

Salah satu attraction dekat Hyderabad - Tomb of Muhammad Quli Qutb Shah

Salah satu attraction dekat Hyderabad – Tomb of Muhammad Quli Qutb Shah

Hyderabad je pon…..ello….this is rare tau. Aku tak pernah lagi pergi ke India tau. Paling India pon aku pergi Batu Caves & Buntong je tau masa kat Malaysia. Batu Caves pon lalu tepi MRR2 je jenguk-jenguk dari jauh. Orang kata kalau boleh pergi India, makna nya boleh la pergi ke negara lain. Haa koo….scary aku dengar. Jadi untuk tak terlalu extreme, aku try Hyderabad dulu. Mak tak bersedia lagi nak cerry berry sepanjang trip nok.

Asal nya masa baru balik dari Istanbul, along cakap sheema kata tiket Hyderabad murah. (Gile tatabahasa aku..”along cakap sheema kata”) Masa tu tengah mood gian nak mengjongkit lebih. So..tanya Mr Pappi dulu…gile Mr Pappi nak tolak. Itulah negara yang dia nak pergi sangat-sangat. Dengar je harga tiket RM 170 return terus setuju. Mula-mula along, sheema & sara booked dulu. Lepas tu aku booked sendiri untuk aku & Mr Pappi guna duit along. Hahahaha dah kenapa guna duit along?? Untonglaaaa ada banker. Kisah nya utang dulu duit tiket dengan along bukan bukit beruntong. Hyderabad bleh la along dahulukan duit dia, ce kalau yurop…mau kena siku dengan dia. Lupa nak cakap…walaupon aku panggil along, dia bukan lah tua dari aku, officemate aku ni muda dari aku walaupon orang selalu panggil aku adik, dia kakak) Mati laaaaa along suruh edit nanti…motif nak cite kat sini??

Trip ni ada aku, along, sheema, sara, abam remy sahak & nowwa. Sapa derang? Sara kawan sheema & along. Sheema housemate along & nowwa ( femes dessert queen) member along. So kesimpulannya semua berpunca dari along. Habis satu Malaysia ni kawan-kawan dia. Jadi….abam remy sahak sorang je la hero tamil dalam cite ni. Nowwa pulak last2 minit baru join selepas sessi kami makan2 kat publika borak-borak pasal travel, skali dia nak join trip ni. Nowwa ni kerje nya cop passport tiap-tiap bulan. Cikgu dessert femes kot kat Malaysia ni. Abis ngajo pergi jalan. Abis duit berjalan balik rumah ngajo buat dessert. Sambil jalan pon bleh buat duit, online class sambil makan beriani. Ko mampu??? Haaa…dia je mampu.

Ada sorang lagi member along join (member along lagi) dah beli tiket apa semua, sekali tak boleh join sebab ada clash dengan kursus jabatan. Jadi yang confirm 6 orang semuanya. Along & Sara (sara – bakal mengikuti jejak zahariz) dah pernah pergi India. Jadi dalam trip ni dah ada 2 orang kuat. (Semasa blog ni ditulis, sara & sheema baru je balik dari India. Dah kena manderem ke hapa si sara sampai 3 kali pergi india)

Haaaa….gitu lah cerita macamana terjadinya ahli rombongan minachi ke Hyderabad. Panjang berkajang-kajang nak cerita pasal ahli rombongan. Cite Hyderabad nye tak keluar-keluar lagi kan. Sabar ye peminat-peminat sekalian. (Mohon sara tak caras title aku) Ok…ok…aku belanja dua tiga keping gambor

Booked. Air asia return RM 170 tak termasuk bag.

Booked. Air asia return RM 170 tak termasuk bag.

Curi gambo insta nowwa. Mahei wey visa india ni. 6 bulan rm 160. Si sara pernah tanya kat kaunter kedutaan india kenapa mahal sangat visa india, kata dia inilah salah satu cara derang nak menjana ekonomi negara derang & membantu rakyat derang. (Ye ke??)

Curi gambo insta nowwa. Mahei wey visa india ni. 6 bulan rm 160. Si sara pernah tanya kat kaunter kedutaan india kenapa mahal sangat visa india, kata dia inilah salah satu cara derang nak menjana ekonomi negara derang & membantu rakyat derang. (Ye ke??)

Ketua kelas trip ni sheema. Jadi semua booking dia yang buat, itinerary pon dia yang buat, kami hanya sebut wish list masing-masing je. Wish list aku nak tengok sound & light show (kononnnnn….tapi nan hadooo sangat show tu. Oppss..nanti aku ceritakan dengan lebih lanjut dalam episod akan datang yang tah tahun bila la kan akan keluar) Along nye wish list ramoji film city. Sheema of coz la nak ke Golconda Fort. Dia kan pencinta seni budaya asli masyarakat medievel Urdu. Meninggei bak kata sara. Mr Pappi…takde lain melainkan flea market. Nowwa & sara pulak i follow je. Tapi tujuaan utama kami semua ke Hyderabad adalah nak MAKAN Beriani Hyderabad yang femes tu. Over sangat kan semata-mata nak makan beriani sampai Hyderabad. Beb….beriani derang terbaikkkk. Tak nyesal sakit perut. Oppss tunggu cerita selanjutnya nanti.

Penginapan dekat Hyderabad sheema booked air bnb. Kami ber 6 ambik satu apartment dekat Banjara Hills. Owner dia vijay. Bapak kaye wey satu apartment tu bangunan dia. Service tip top. Promt reply, ada guard, apartment bersih gile which is tak caya yang kami berada kat india. Sewa 4 malam lebih kurang RM 1300. Bahagi 6 orang so dalam RM 216 ++. Apartment luas gile boleh tido lagi kat living room dalam 5,6 orang. Ada 3 bilik. Setiap orang disediakan towel, toileteries apa bagai. Dalam fridge ada kudap-kudap macam biskut, cheese, butter, roti, buah-buahan tempatan & susu lembu. Maggi cup pon ada. Sheema pulak mintak dia arrangkan airport transfer & van beserta supir ke Ramoji film city. Lepas tu sampai sana dia bagi pulak pinjam handphone yang ada simcard india untuk senang kami berkomunikasi dengan dia. Hari ke dua dia singgah rumah kami sebab nak berkenalan dengan kami sebab malam tu dia nak pergi Bangkok. Jom nengok apartment dia.

Banjara hills Apartment. Gambar ihsan Airbnb

Banjara hills Apartment. Gambar ihsan Airbnb

Walkway & lif

Walkway & lif

Dapur yang lengkap dengan keperluan memasak

Dapur yang lengkap dengan keperluan memasak

Bilik tidur yang selesa

Bilik tidur yang bersih

Tingkat bawah Apartment

Tingkat bawah Apartment

Berbalik kepada perjalanan dari kl ke hyderabad, flight kami sampai dalam pukol 11 malam. Sheema dah deal dengan kawan vijay untuk pickup kami ke apartment. Mamat tu cas 1300 rupee untuk satu kereta ala-ala avanza. Ok la baca review pon range lebih kurang 70-80 ringgit cas airport transfer dari airport ke Banjara Hills. Sebelom tu kami membeli belah dekat vending machine. Kami beli air mineral siap-siap mana la tau kot-kot kat umah takde air bersih untuk minum. Along kata ada dua brand je yang derang percaya sepanjang berada kat india ni. Satu cap Aqua satu lagi cap apa kinley bukan kidney. Mula-mula nak beli dah dekat kedai dalam airport ni, sekali sara nampak vending machine kat tepi kedai tu jual sebotol 10 rupee je. Of coz dalam kedai tu lagi mahal. Dah pegang nak p bayar, terus tak jadi. Letak balik. Mohon air dalam vending machine tu tak buat macam cite slumdog millionaire tu yek.

Lama jugak dok tunggu mamat drebar ni sampai. Dekat setengah jam dia sampai berlari-lari ke arah kami. Aik…mana kete nye. Dia kata dia parking kete. Kat tangan dia ada papan tertulis nama Sheema. Baru kami paham….oooo dia nak fefeling tunggu kami depan enterance sambil pegang papan tanda tulis nama Sheema. Tapi malang nya dia terlambat. So suweet…kalau tau kami keluar lambat-lambat, lepas tu nampak je tanda nama sheema baru kami keluar jalan ala-ala catwalk sambil kibas-kibas rambut kiri kanan. Tapi tanda nama tu sheema simpan buat kenang-kenangan.

Dari airport ke banjara hills dalam setengah jam. Perjalanan melalui jalan highway. Yang rare nye pondok ambik tiket tol sangat antik. Kira nya staff lebuhraya kat malaysia ni sangat beruntung duduk dalam rumah tol yang beraircond, cermin gelap & bersih. Derang punya rumah tol takde aircond, hanya ada kipas kecik, dinding papan & ada opening untuk bagi tiket. Jalan raya pulak berdebu. Kalau panas atau boring kat dalam rumah tol tu, pekerja tol boleh bawak kerusi letak kat luar rumah tol sambil sembang-sembang dengan kawan sekampung dia yang datang dari kampung sebelah. Sorry gambo takde sebab abam remy sahak tak pegang camera. Dia duduk seat murah kat belakang. Seat first class along dah booked iaitu sebelah abam drebar. Istimewa nya seat first class ni takde terkena aroma ketiq abam drebar sebab aroma ketiq abam drebar di bawa aircond ke seat belakang. Kami-kami kat belakang ni la sengsara tahan nafas. Tapi sesekali tersedut jugak bau ituuuuu. Aucchhhhh meninggeiii wey.  Bila laaaaaa nak sampai.

Kesengsaraan berakhir bila abam drebar berhenti dekat satu apartment. Rupa nya dah sampai. Yebedabeduuuu…..selamat tinggal bau ketiak. Tetiba ada orang tolong bukak kan pintu kete dari luar. Pergh dah rasa trip mak datin plak. Rupanya yang bukak kereta tu pekerja vijay. Derang merangkap receptionist, guard, cleaner pon ada kadang-kadang tu. Dia bawak kami ke apartment & yang penting password wifi. Dapat je password wifi terus jadi anti sosial. Senyap sunyi je umah.

Malam tu abam remy sahak dah round kawasan dengan guard vijay pergi cari nasi. Tapi kedai yang murah tu tutop pulak. Takpe…esok lusa masih ada. Malam tu jugak kami discuss pasal itinerary untuk esok sehingga last day. Bila semua dah setuju tengok-tengok jam dah pukol 2 pagi. Patut pon mata tak larat nak angkat dah. Ok…jom tido kumpol tenaga untuk perjalanan mencari beriani & chai esok.

Kami - Chowmahalla palace

Kami – Chowmahalla palace. (Sara…nak sign kat dada bleh?)

4 thoughts on “Hyderabad The Land of Baigan – Day 1

  1. Sis, boleh bg contact number driver tu tak? We all nak cari travel guide ke hyderbad.. Risau pulak bila dengar mcm2 cita kena paw.. Tq ya

    • Saya contact owner airbnb vijay. Semua dia arrangekan. Kalau melalui orang derang boleh la
      Percaya skit. Try bukak airbnb hyderabad area banjara hills. Owner dia vijay

  2. Tq sis, Kami dah booking hotel area banjara hills jugak, hopefully dia sanggup bantu kami jadi travel guide ja. Tq so mc, your blog is awesome and i got many tips there!! Keep on writing! 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s