Hyderabad The Land Of Baigan – Day 2

26 Mac 2015

Cerita Day 1 Kat sini

Senang je nak tau macamana hari  dah siang kat Hyderabad ni. Aku rasa kat seluruh negeri di India ni kot, kalau tiba-tiba terbangun dari tido dengar bunyi hon motor, kete, lori apa semua kat luar tu…..haaa…maknanya hari dah siang. Bukan India le kan kalau tak hiruk pikuk. Mr Pappi & Sheema dah keluar awal lagi nak ke flea market. Pukol 6 pagi dah keluar. Aku ngantok baq ang. Semalam dah le tidoq pukol 3 pagi. Lagi pon baru hari pertama. Enjin baru nak warm up. (Tarik balik selimut sambung tidoq) Jom layan gambar flea market yang Mr Pappi ambik pagi ni.

Fast food katanya. Idok le lalu teman nak makan kat sini. Ambik gambo je la

Fast food katanya. Idok le lalu teman nak makan kat sini. Ambik gambo je la

Pantun 2 kerat : Bangun pagi nak gosok gigi.....air kat umah tak adaaa.....(Takde air kot kat umah sampai ke market dia gosok)

Pantun 2 kerat : Bangun pagi nak gosok gigi…..air kat umah tak adaaa…..(Takde air kot kat umah sampai ke market dia gosok)

market day 1

sayor1

Tiba-tiba dia muncul depan camera. Suruh ambik gambar dia

Tiba-tiba dia muncul depan camera. Suruh ambik gambar dia

market 3 day 1

Rancangan nya hari ni kami akan ke Chaminar. Chaminar ni adalah pekan lama Hyderabad. Ada pelbagai market & makanan kat sini. Pendek kata sinilah kawasan rakyat tempatan shopping barang-barang keperluan. Suasana ala-ala chowkit tapi lagi sesak dari chowkit. Macam-macam benda ada jual kat sini. Daripada barangan rumah sampai la pakaian dalam. (Aku tak beli pon….fancy sangat dah macam citrawarna pon ada)

Dari rumah (Banjara hills) ke Charminar market kami ambik 2 auto. Tahan tepi jalan je. Deal harga dulu…gebuk gebak..gebuk gebak…driver auto cas tambang 150/ auto. Satu auto boleh naik 3 orang. So sorang 50 rupee. Kena deal harga dulu kalau tak derang ni kaki kencing. Dah la suka kencing merata-rata tepi dinding.

Dekat Charminar jugak ada monumen ala-ala Arch De Triomphe. Yang ni la jadi landmark Hyderabad. Pelancong boleh naik ke atas untuk tengok suasana haru biru Hyderabad. Of coz nak naik ni kena beli tiket. Tak india la kan kalau masok free specilally pelancong. Camera pon kena bayar wey kalau nak masok. Hanya camera yang dibayar je boleh ambik gambar kat dalam. Kami tak masok pon. Dah le kena bayar lepas tu kena panjat tangga.

Arch De Triomphe India

Arch De Triomphe India

Nak masok masjid Mecca pon dah macam apa dah rupa mak guard nya. Sangat vavi di situ. Reason kami tak bleh masok sebab pakaian tak sesuai. Tak berhijab kata nya. Dah tu Nowwa tu cover kepala dia pakai apa? Tudung saji ke?? Along je lepas sebab aku rasa mak guard tu risau tengok lengan along. (Mati laaa ngata along depan-depan macam lengan aku kecik) Sheema lagi la awal-awal dia tak bagi masok sebab dia dressup ala-ala pelancong amareka. Aku ngan sara macam gengster kampong pisang.

Yang hangin kita orang ni….sedara mara dia sekufu sekulit secolor dia bagi pulak masuk. Depa pakai sari woiiii….nampak lemak-lemak kat tepi kiri kanan. Selak sikit nampak pusat. Yang tu hijab tok nek ang apa? Nampak sangat-sangat peraturan ikut suka mak pak dia yang buat. Last skali kami buat kering duduk depan pintu pagar posing ramai2 depan pintu masuk. Mak guard usha-usha kami usha dia balik. BUweekkk…kat luaq dia tak bleh buat apa. Kang aku pakai sari kang angpa semua pengsan.

Along sorang je boleh masok. So gambo dia sorang je la ada kat sini

Along sorang je boleh masok. So gambo dia sorang je la ada kat sini

Enterance Masjid Mecca

Enterance Masjid Mecca. Tu depa semua tu berhijab ke??? (Tak puas ati lagi ni)

Kami dah breakfast kat umah pagi tadi lepas tu kami makan brunch pulak kat Charminar kat kedai makan dalam hotel. Pergh…ni kalau backpacker kental dengar ni nangiss oooo….trip kami ni makan kat hotel-hotel je. Nan hadoooo le sangat hotel nye wey. Ntah aku pon tak tau kat mana pintu masok hotel nye, tau-tau naik tingkat atas ada kedai makan ala-ala zaman p ramlee punye deco. Macam-macam kami order, semua rasa serba sikit. Onion uttapam, puree, vadei, chappati tak lupa jugak chai (Teh ala-ala teh tarik tapi tak tarik) Total semua 330 rupee, kalau convert dalam 22 ringgit untuk 6 orang makan. Taste kedai ni nora bagi 3 bintang. Nama kedai tak ingat, tapi sebelom sampai menara Charminar tu ada hotel dekat deretan rumah kedai.

Menu kat tiang je wey. Sila decide sebelom masok. Dah masok tinggal nak order je

Ni bukan menu kedai yang kami pergi. Tapi rare le kedai ni. Kedai dalam hotel Menu gantung kat tiang je wey. Sila decide sebelom masok. Dah masok tinggal nak order je

Onion uttapam

Onion uttapam. Ni gambar breakfast hari ke 3. Gambar breakfast kat kedai hari ni takde sebab dah habis tak sempat nak snap

Dosai

Dosai

Pelbagai jenis kuih muih vadei & samosa

Puri & kuih cucoq apa semua ada

Seterusnya kami berjalan kaki je dari Mecca masjid ke Chawmahalla Palace. Tak jauh sebenarnya, cuma nya kami tanya orang ni kata ikut sini….jalan lagi tanya orang ni pulak deia kata ikut situ…jalan lagi….tanya lagi…dah dia kata ikut sinun pulak. Patottt laaaa depa kata cakap macam kels….Mcama-macam dok ada lan dengan angpa ni. Last sekali dah berpeloh ketiak-ketiak akhirnya sampai la kat Chawmahalla Palace. Mr Pappi sempat jumpa orang kampung dia bertukar-tukar facebook.

Depa ni nak belajar bahasa inggeris tu yang tegor Mr pappi. Depa tak tau inggeris Mr Pappi British accent yang orang british pon tak paham

Depa ni nak belajar bahasa inggeris tu yang tegor Mr pappi. Depa tak tau inggeris Mr Pappi British accent yang orang british pon tak paham

Taraaa....ambik ang 5 tahun makan tak abis ni. Chips ala-ala pringles. Aku beli la skit nak rasa. Poodahhhh kata Mr Pappi. Street food takmo makan tapi yang ni mentang-mentang le chips ang tibai pulak. (Haahahaa...poyo sangat aku kan) Yang sebenaq nya dia marah kat kami takmo try ayaq tebu taruk limau kat street tadi. Tebu tu baik punya letak atas tanah lepas tu dia mesin jadi ayaq.

Taraaa….ambik ang 5 tahun makan tak abis ni. Chips ala-ala pringles. Aku beli la skit nak rasa. Poodahhhh kata Mr Pappi. Street food takmo makan tapi yang ni mentang-mentang le chips ang tibai pulak. (Haahahaa…poyo sangat aku kan) Yang sebenaq nya dia marah kat kami takmo try ayaq tebu taruk limau kat street tadi. Tebu tu baik punya letak atas tanah lepas tu dia mesin jadi ayaq.

Chowmahalla Palace….nak masok kena bayar 150 rupee. Camera lain harga. Sheema je bayar untuk camera dia. Yang lain tak bayar. Masing-masing kata guna handphone. Sampai kat dalam takde sapa cek pon. Guna je la macam biasa. Kat dalam museum je derang cek. Kalau lepak-lepak kat tepi taman dia boleh je guna camera yang tak dibayar tu. Interior & exterior Chawmahalla palace sangat ohsem. Sangat luxury & fotogenik. Bangunan dia color kuning mustard sangat fotogenik kalau bergambar. Cuaca pulak panas terik. Palace ni digunakan pada zaman pemerintahan Nizam untuk dia meraikan tetamu-tetamu yang datang ke Hyderabad.  Kat sini kami habis kan masa dekat 3 jam. Bukan kami masok setiap bangunan pon, banyak habiskan masa duduk lepak atas tangga mengadap aci & ane tangkap ikan dalam kolam yang ada kat taman palace ni. Sara sempat jugak sketch gambar kami melepak atas tangga palace. Lepas tu peminat dia datang ramai-ramai tengok dia buat apa. Mula-mula malu-malu nak tegor. Bila aku kata sara ni artis kat malaysia semua berdiri beratoq nak ambik sign & tangkap gambar. Ramai pulak tu sebab derang ni rombongan dari kolej. Mana tak lama kat sini, nak layan peminat lagi. Nak keluar dari sini pon ada group makcik-makcik nak tangkap gambaq dengan kami. Wow…terasa artis sangat. Tapi tetap tak bleh lawan sara…abam-abam beratoq nak mintak sign. (Along…bila nak dedahkan video sessi sara bertemu peminat tu)

rose chawmahalla

Ada je kan kat belakang tu orang pose. Asal gambo aku je, nak sabotaj

Ralit bila duduk atas tangga ni

Ralit bila duduk atas tangga ni

Salah satu bangunan yang ada dalam istana ni

Salah satu bangunan yang ada dalam istana ni

chawmahala 3

Interior dalam istana

Interior dalam istana

Statue orang berlawan.

Statue pon ada

Walkway di dalam istana

Walkway di dalam istana

Luxury chandelier

Luxury chandelier

Koleksi pedang

Koleksi pedang

Kami - sebelom sessi bertemu peminat

Kami – sebelom sessi bertemu peminat

Haaa.... peminat dah mai

Haaa…. peminat dah mai

Selesai berjam-jam kat sini kami ambik auto pergi ke bilal ice cream. Auto dari sini ke bilal ice cream 490 rupee untuk 2 bijik auto. Deal macam mana tah dapat le satu auto 245 rupee. Sheema google kata review best pekena ice cream ni. Tapi bila dah try….hurmmmm…..tak le best sanagt pon. Manih letinggg wey. Mau potong kaki dua belah kalau hari-hari makan ice cream ni. Yang berjaya menghabiskan ice cream nye nowwa je. Termasuk le ice cream orang lain dia jugak yang mampu habiskan. Ratu dessert memang suka dengan benda-benda manis ni. Masing-masing berlagak order sorang satu. Aku lagi la order yang paling special. Nampak fancy tapi rasa nan hado. Cisss….jangan percaya bulat-bulat review kat google tu.

Nowwa tengah merasa ice cream bendera aku

Nowwa tengah merasa ice cream bukit bendera

Kedai bilal ni bapak beso. Tapi takde orang

Kedai bilal ni bapak beso. Tapi takde orang

Cost makan ice cream manis 490 rupee semuanya. Kami tumpang solat dekat ofis uncle bilal. Bagus uncle ni siap bukak kan aircond kipas apa bagai untuk keselesaan kami. Semoga murah rezeki beliau. Lepas solat kami pergi ke kuil namanya Birla Mandir. Elok le tu lepas solat p kuil. (Mati laaaa kalau mak tau sure kena bebel) Kami p sini sebab nak tengok view Hyderabad dari puncak bukit. Sebenar nya view dari dalam kuil lagi ohsem tapi memandangkan kami semua kena bukak kasut & menapak naik tangga tak pakai kasut, lepas tu kena turun berkaki ayam ke locker kasut….ok…tak sapa suruh. Semua takmo masok. Cukop la kami santai-santai kat parking kete sambil kadang-kadang tu terhidu bau toilet bila angin bertiup kat atas bukit ni. Baik dok ada toilet kat sebelah je. Patot pon bau kuat sangat.

Sila la menapak berkaki ayam kalau nak masuk

Sila la menapak berkaki ayam kalau nak masuk

Satu lagi landmark Hyderabad. Hussein lake & Buddha statue. nak pergi sini cadang nya tapi masa tak sempat sebab kami nak tengok laser show kat lumbini park

Satu lagi landmark Hyderabad. Hussein lake & Buddha statue. nak pergi sini cadang nya tapi masa tak sempat sebab kami nak tengok laser show kat lumbini park

Lepas menghirup bau toilet kami pergi ke Lumbini Park. Dari kuil ni ke Lumbini Park ambik auto. Kali ni mamat auto cas 240/ auto. Lumbini Park ni macam taman tema la. Ada macam-macam game, rides, taman bunga. Tapi kami tak pergi pon main benda-benda tu semua sebab nak tengok laser show. Laser show start pukol 8 malam. Tiket nak masuk tengok laser show 50 rupees. Sementara nak tunggu masuk laser show boleh lepak-lepak kat taman tengok ragam orang tempatan. Lagi setengah jam nak start show baru derang bukak kaunter tiket. Kaunter tiket ala-ala kaunter funfair zaman 80 an. Klasik sangat. Kami dapat port yang cantik seat tengah-tengah. Mr Pappi setting camera baik punya ambik video. Letak dengan tripod apa semua. Tapi nan hado wey…esok nya video tu ilang. Cisss…..rasa nak hantar dia balik kl malam tu jugak, tapi kang takde orang nak tolong ikat kan tali kasut.

Kesimpulannya….laser show tu menghiburkan. Dan derang sangat berbangga dengan negara derang biarpon  bercelaru kiri kanan atas bawah. Tiap kali bendera india keluar masa laser show tu derang akan bersorak & tepok tangan. Kisah drama dalam laser show tu adalah asal usul Hyderabad. Macamana town Hyderabad dapat nama, sapa pemerintah dia, Charminar berkembang jadi pusat perdagangan di India. Perkahwinan antara sultan dia yang muslim & isteri dia tu India. Kawen campor kata nye. Lepas tu lagu tema dia Jaiho.

Crowd masa dekat Laser Show

Crowd masa dekat Laser Show

Habis show…perut berkeroncong. Show dalam perut la pulak kan. Kami ambik auto pergi ke Paradise Hotel. Malam ni kita makan Beriani yang digembar gemburkan hebat tu. Paradise ni antara kedai yang mendapat review yang baik di kalangan pelancong. Makan kat hotel baq ang. Trip orang kaya ni wey. Pelayan tolong bukak kan pintu. Pelayan siap pakai vest bow semua. Sendukkan nasi dalam pinggan. Nasib baik dia tak suapkan. Lepas makan pelayan tolong ambik kan gambar beramai-ramai.

Nasi beriani dia??? Pergh…best!! Recommended. Tapi tungguuuu hari ke 3 pulak esok. Ada satu lagi tempat beriani yang kami pergi. Yang tu paling ohsem. Argghhhh……lapaq pulak teringat gobi manchuria.

Tu diaaa...setalam beriani. Angpa makan la sampai menyandaq

Tu diaaa…setalam beriani. Angpa makan la sampai menyandaq

ni je yang sempat di rakamkan. Ni pon sebab tak habis. Tpau bawak balik umah. Esok boleh perangat

ni je yang sempat di rakamkan. Ni pon sebab tak habis. Tapau bawak balik umah.

Kami order beriani. Set untuk 6 orang makan. Tapi boleh 10 orang makan rasanya. Ada beberapa lauk pauk yang kami order, tapi paling best gobi manchuria. Air pulak kami order air mineral, Nowwa order falooda. Falooda ni ala-ala ABC mesia le kandungan dia, tapi ni dia serve dalam cawan. Bapakk manis. Seperti biasa nowwa je yang mampu minum. Total cost makan 2340 rupees bahagi 6 orang. Sorang dalam 390 rupees kalau convert into ringgit lebih kurang 25 ringgit.

Lepas makan tangkap gambar. Belakang kami tu ada gambar-gambar artis yang datang ke kedai ni. Antara nya amir khan. Kami pon artis jugak. Tak caya tanya sara.

Lepas makan tangkap gambar. Belakang kami tu ada gambar-gambar artis yang datang ke kedai ni. Antara nya amir khan. Kami pon artis jugak. Tak caya tanya sara. Dah kenapa rambut aku macam kak mah??

Hokey….kenyang perut suka ati. Jom balik rumah. Esok kita sambung trip ke Ramoji Film City. Perkara utama bila sampai umah…..memerut. Oh lupa….berhati-hati sebelum terkena, aku dengan shima ambik ubat tahan cirit birit. Pagi selepas breakfast kami ambik ubat ni yang dibancuh dengan air. Ubat ni so far berkesan. Aku rasa nak memerut jadi seperti semulajadi nak berak. Takde memulas-mulas. Yang penting pagi-pagi bangkit tido akan membung sedas dulu. Lepas tu rasa legaaa sangat & perut dah bersedia untuk itinerary hari seterusnya. Ubat apa aku pon tak ingat sebab shima yang beli. Aku tumpang makan je. Harga satu sachet 4 ringgit.

Ok….sambung hari yang ke 3 pulak yek.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s