Hyderabad The Land Of Baigan – Day 3

27 Mac 2015 Klik sini untuk cite Day

Hari ke 3…hari ni kami akan ke Ramoji Film City. Satu hari suntuk akan dihabiskan kat film city ni. Apakah dia Ramoji Film City?? Ala macam Universal studio apa semua la tapi ni version hindi & tamil. Hebat kan derang siap ada film city untuk shooting filem derang. Seperti yang semua tau India kan femes dengan industri bollywood & tamilwood nye. Jadi kat film city ni derang buat shooting location untuk filem-filem depa. Contoh nye filem Chennai Express scene deepika lari-lari kejar train lepas tu SRK hulur tangan dia. Ohhh….i is penggemar cite bollywood hokey. Bukan aku je…Along & nowwa pon sama. Tapi dalam ati tersemat nak pergi shooting film desperate housewife & sex and the city. Wishlist aku ngan sheema ni.

Malam tadi dah deal dengan vijay untuk pak supir yang akan bawa kami ke Ramoji Film City. Dia cas kami 2800 rupee satu hari suntuk. So 2800 bahagi 6 orang, jadi nya 470 sorang. Lebih kurang 30 ringgit sorang. Sebelom tu mamat supir ni bawak kami breakfast kat hotel. Hahaha…terasa seperti jutawan kan. Dia kata taj mahal hotel ni femes kat sini. Vijay pulak ada berpesan kat dia suruh bawak kami makan dekat kedai yang bersih, cekap & amanah bebas dari kotoran. Gituuuu…dia tak tau Abam ramy sahak dah minum ayaq tebu depan masjid mecca yang mana kaki tebu tu terendam atas tanah. Eh tanah tu ada air skit2 tak tau la air apa. Memang blend sungguh dengan local abam rama samy ni. Betoi ke dia ni lahir kat sura gate? ke lahir kat india? Ok berbalik kepada makan ala-ala orang kaya tadi kami order puri, vada, onion ottapam & chai. Chai & vada dia paling best among the other cafe. Total makan 113 rupee sorang lebih kurang 7 ringgit. Hurm makan di hotel dengan harga berpatutan. Cantek!

Breakfast kat hotel. Kaya gile trip ni

Breakfast kat hotel. Kaya gile trip ni. Ini kali je laaaa

Sedap oii vada ni. Crispy di luar lembut di dalam

Sedap oii vada ni. Crispy di luar lembut di dalam

Perjalanan dari Banjara hills ke Ramoji mengambil masa lebih kurang 45 minit. Ni kalau traffic ok. Masa balik traffic jem gile bila nak sampai new town.  Tiket masok 800 rupee untuk dewasa. Ada jugak pakej-pakej yang derang buat. Pakej tu temasuk dengan lunch kat dalam taman ni. Tapi kami ambik tiket biasa je. Sebelom masok ke dalam ni kami beli topi kat kedai cenderamata. Vijay kata cuaca panas gile, so digalakkan pakai topi. Aku beli topi cowboy harga dia 130 rupee. Dah habis guna bleh bawak blik bagi kat mucid. Sampai kl mucid letak atas meja dia buat hiasan.

ramoji enterance 1

Selamat Datang Ke Ramoji Film City

Selamat Datang Ke Ramoji Film City

Harga tiket masuk ke Ramoji. Yang ni termasuk Pakej Lunch buffet

Harga tiket masuk ke Ramoji. Yang ni termasuk Pakej Lunch buffet

Lepas beli tiket kami kena ambil bas yang dah sedia menanti kat dalam. Dari situ kami kan dibawa menaiki bas beramai-ramai dengan rombongan yang lain untuk ke dalam Ramoji Film City. Jauh jugak nak ke dalam park ni kena melalui kampong-kampong dan kandang-kandang binatang. Bau haruummmm semerbak. Keluasan Ramoji lebih kurang 1600 acres. Nama ramoji ni adalah nama owner taman tema ni sendiri iaitu seorang producer filem india & dibuka pada tahun 1996.

Bas yang bawak kami tadi akan pergi ke entrance Ramoji film city di mana kat situ ada show pembukaan oleh penari-penari derang. Aku rasa dah banyak entrance dah kami masok. Ingatkan dah sampai rupanya ada lagi entrance belah dalam.

Dekat depan ni ada show pembukaan selamat datang. Jambatan tu akan diturunkan menandakan show di dalam taman tema di sudah bermula

Dekat depan ni ada show pembukaan selamat datang. Ada Jambatan kat depan tu akan diturunkan menandakan show di dalam taman tema di sudah bermula

Lepas tengok show pembukaan kami bukan terus masuk ke dalam taman tema. Rupanya ada bus cantik menanti kami kat luar untuk bawa kami ke shooting set di dalam taman yang seluar 1600 acre ni. Wow weee eksited nye. Paling tak sangka kat Hyderabad ni ada film city yang grand macam ni. Tu laaa suka under estimate negara ni. Walaupon huru hara atas jalan tapi industri pelancongan derang berkembang dengan adanya idea-idea  seperti membina taman tema macam ni. Dan derang sangat-sangat berbangga okey dengan industri filem negara derang.

Hooreyy...jom naik bus cantik

Hooreyy…jom naik bus cantik

Peraturan nyaaa…kami dikehendaki menaiki bus yang sama setiap kali turun ke shooting location. Lepas dah melawat ambik2 gambar kat site sila naik balik bus yang sama. Tapi nan hadooo la kan….dah cepat sangat pon bus tu bagi masa. Mana sempat nak posing-posing sakan atas ketapi. Memang kena tinggal bus pon. So untuk ke lokasi seterusnya kami tumpang bas orang lain. Tapi kena make sure penumpang asal duduk siap atas bus baru la kami boleh menumpang. Duduk la atas tangga. Sapa suruh kena tinggal bas.

Salah satu punca kena tinggal bas sebab buat scene ni

Salah satu punca kena tinggal bas sebab buat scene ni

salah satu scene deepika padukone berlari-lari ke arah SRK. Ayarkkk deepika version kuasa dua

salah satu scene deepika padukone berlari-lari ke arah SRK. Ayarkkk deepika version kuasa dua

Masa ni dah tau kena tinggal bus so kami sambung posing balik. Alang-alang dah kena tinggal

Masa ni dah tau kena tinggal bus so kami sambung posing balik. Alang-alang dah kena tinggal

Dah kena tinggal bus pastu gaduh laki bini. Hahaha....sara tu dah kenapa cakap sorang2

Dah kena tinggal bus pastu gaduh laki bini. Hahaha….sara tu dah kenapa cakap sorang2

Nasib baik ada bus offer nak tumpang kan kami. Kalau tak kena menapak. Dan ada hikmah jugak kena tinggal bus. Kami naik bus dengan rombongan pakcik-pakcik & makcik-makcik local yang mana pakcik-pakcik ni pakai baju putih & kain sarung putih. Agaknya derang ni ajk jkk kampung kot. Ada a few jugak yang berkaki ayam. Gile panas2 tengahari terik ni releks je derang tak pakai kasut. Lokasi seterusnya adalah shooting location airport.

Masa kat sini kami dah jumpa balik bus kami. Jadi kami taknak masuk ke airport. Selain serik kena tinggal kami rasa tak yah le nak masuk dalam airport. Sama je kan semua airport. Tapi….pakcik-pakcik dalam bus tadi berduyun-duyun nak masuk ke airport. Dalam hati aku laaa airport je pon. Tu pon nak tengok. Krik..krik…krik…lepas tu terdetik….Ya Allah… berlagak nye aku.

Ko tau tak derang tu datang dari tah kampung-kampung pendalaman yang tak pernah jumpa bangunan tinggi lebih tinggi daripada rumah derang. Ko tau tak derang tu tak mampu nak pergi ke airport apatah lagi nak naik kapal terbang. Ko tau tak ntah-ntah nilah pertama kali derang dapat tengok real airport yang selama ni derang tengok dalam tv je.  Krik..krik….sebak wey bila tengok muka pakcik-pakcik tu yang eksited masuk ke airport berkaki ayam sambil senyum-senyum mendongok sampai ke siling & jelas terpancar muka keriangan bila dapat menjejak kan kaki ke dalam airport. Balik kampung nanti boleh la dia bercerita dengan kawan sekampung yang tak berpeluang nak sertai rombongan ni. Insap seketika…dalam hati betapa bersyukur nya aku dengan nikmat dan rezeki yang Allah bagi sehingga dapat selama ni aku & Mr Pappi berjalan melihat dunia.

Airport shooting location.

Airport shooting location

Lekas-lekas naik bas kami yang asal takut kena tinggal lagi dan sempat jugak babai-babai pakcik-pakcik tadi. (Ceh…penat babai-babai…kat depan tu jumpa lagi. Satu hari suntuk jumpa derang lagi dah semua dok berkumpol dalam taman tema ni) Dan…kami jumpa orang india Malaysia kat sini. Ramai pulak tu mai dari kajang & cheras derang buat rombongan. Terkejut oooo ada orang india tegur dalam bahasa malaysia kat india.  Jom layan gambar apa yang ada lagi kat sini

Cantik gile kubah & details dia. Scene nari-nari atas tangga

Cantik gile kubah & details dia. Scene nari-nari atas tangga

Ni kalau cite orang-orang kaya kena guna bunglow atas bukit macam ni

Ni kalau cite orang-orang kaya kena guna bunglow atas bukit macam ni

Rumah-rumah kampong dalam filem tamil

Pejabat-pejabat atau balai polis macam dalam cite tamil

ramoji set_

Hahaha...hollywood pon ada. Takyah la nak apply visa apa bagai. Dah sampai US pon

Hahaha…hollywood pon ada. Takyah la nak apply visa apa bagai. Dah sampai US pon

ramoji park

Set filem purba

Set filem purba

Ada show wild-wild west. Nan hado...tak best. Tembak-tembak mati.

Ada show wild-wild west. Nan hado…tak best. Tembak-tembak mati.

Motif gambo ni? nank nunjuk sjcam & kegunaan nya

Motif gambo ni? nak nunjuk sjcam & kegunaan nya

ok.....yang ni sampai la aku pikir apa tah motif pose cenggini.

ok…..yang ni sampai la aku pikir apa tah motif pose cenggini

Berbangga dengan sepanduk malaysia

Berbangga dengan sepanduk malaysia. Details seni pintu ni sangat cantik

Disebabkan pintu ni cantik ramai pulak nak bergambo kat sini

Disebabkan pintu ni cantik ramai pulak nak bergambo kat sini

Ni jugak dengan pose joga masing-masing

Ni jugak dengan pose joga masing-masing

Ni wajib sebab hantu pintu

Ni wajib sebab hantu pintu

Mr spider man pon ada

Mr spider man pon ada

Masa ni derang tengah setting untuk majlis kawen belah malam. Orang kaya mana la punya majlis kan. Lawa gile

Masa ni derang tengah setting untuk majlis kawen belah malam. Orang kaya mana la punya majlis kan. Lawa gile

Sampai satu lokasi kat atas bukit, adalah destinasi terakhir kami. Lepas ni free & easy sendiri-sendiri punya aktiviti. Kat lokasi terakhir ni ada persembahan kebudayaan setiap 10 minit. Penari-penari akan menari & lepas tu bergambar dengan pengunjung. Kat sini kami sempat bergambar dengan penari-penari & rombongan pakcik-pakcik tadi.

Ni penari import. Jahanam filem

Ni penari import. Jahanam filem

Penari sebenar

Penari sebenar. Mamat sebelah aku tu malu-malu nak ambik gambar dengan kami.

Bergambar dengan crowd tempatan

Bergambar dengan crowd tempatan

Pakcik-pakcik gembira ber chit chat sesama derang

Pakcik-pakcik gembira ber chit chat sesama derang

pose hot 2

Panas wey...tapi tetap pose hot

Panas wey…tapi tetap pose hot

us ramoji record

Perut berkeroncong dah minta di isi. Kami sempat tengok show kebudayaan, light & action show & ada dua tiga show lagi. Tapi paling best….bila time makannnn. Mula-mula nak makan kat cafe buffet. Tapi makanan dia international. Selain indian cuisine ada la makan antarabangsa. Tapi agak mahal. Tak jadi la…aku ngan sheem pergi cafe vegeterian. Buffet jugak tapi harga murah. Bila convert dalam 12 ringgit satu kepala. Dan teh best ever rasem yang aku rasa adalah kat sini. Sedap gile wey. Memang india terror nak mampus masak vegeterian. Tambah nasi 3 kali. Haaaa….menyandaq kekenyangan. Gambaq takde sebab pelahap tahap kritikal makan. Lepas makan kami solat dekat luar depan cafe. Sara ada bawak khemah so boleh dijadikan lapik. Sepanjang kat situ kami tak jumpa surau. Nasib baik sara ada bawak khemah buat lapik.

Salah satu cafe yang ada dalam ni

Salah satu cafe yang ada dalam ni

Sepanjang kat sini dekat 5 botol air mineral habis. Kat sini ada disediakan air-air paip untuk minum tapi kami tak nak ambik risiko. Kang cery bery pengsaaann. Hanya Abam rama samy je yang tahan minum air paip kat sini.

Drinking water. Sila kan pada sapa yang tahan

Drinking water. Sila kan pada sapa yang tahan. Caya lah ane. Steady tak pakai kasut

Lepas makan mood posing masih lagi ada walaupon keletihan

Lepas makan mood posing masih lagi ada walaupon keletihan

Kena aku ada jugak baru berseri gambar

Kena aku ada jugak baru berseri gambar. Matilaaa kena kutuk di blog sendiri

Masa ni dah tahap berat bontot tak lalu jalan. Kat depan tu ada mamat berselfie depan time lapse abam ramy sahak. Cisss.....tercemar time lapse aku

Masa ni dah tahap berat bontot tak lalu jalan. Kat depan tu ada mamat berselfie depan time lapse abam ramy puak tu. Cisss…..tercemar time lapse aku

Pakcik & makcik yang sangat sporting. Kami panggil bapak angkat sara. Gemo betol dia dengan sara. katanya sara macam jepon

Pakcik & makcik yang sangat sporting. Kami panggil bapak angkat sara. Gemo betol dia dengan sara. katanya sara macam jepon

Sampai pukol 6 petang bus-bus dah menunggu untuk bawak kami ke tempat mula-mula datang tadi. Maka berakhirlah trip satu hati di Ramoji Film City hari ni. Otw nak balik ke rumah kami mintak supir bawak kami ke kedai beriani yang femes yang orang local pergi. Lepas tu kami bayar dia suruh dia balik sebab kalau tunggu dia nak cas extra. Katanya dia punya cas sampai pukol 7 sahaja. Balik takpe kami naik auto melambak kat luar. Kedai makan ni di panggil shahi. Aku rasa dalam banyak-banyak beriani yang kami makan, aku paling suka yang ni.Pedas gile & ayam gril dia sangat best. Gobi manchuria mak aiiii…sampai sekarang ni tak jumpa yang sesedap situ. Balik rumah tak basuh tangan dengan sabun. Simpan nak cium sebelom tido. Kos dinner kami dalam 11 ringgit sorang. Ambik beriani kambing, ayam grill, gobi manchuria. Beriani seperti biasa banyak sangat. Satu kampung bleh makan.

Shahi beriani. Pedas sehingga menjilat jari

Shahi beriani. Pedas sehingga menjilat jari

Kebab & chicken grill

Kebab & chicken grill

Paneer puri. Makan dengan kuah cair macam air ada rasa mint-mint sikit

Paneer puri. Makan dengan kuah cair macam air ada rasa mint-mint sikit

Blend with local. Dah macam local dah pon. Sama bau

Blend with local. Dah macam local dah pon. Sama bau

Balik apartment kami ambik auto. Aku terus masok bilik, mandi, berak & golek-golek layan wifi. Abam remy, sheema & sara keluar lagi pergi cari chai pulak. Lepas minum chai derang layan penduduk local main kriket depan rumah. Kat depan apartment ni ada padang khas untuk kriket. Paling best bila kata kami dari Malaysia terus derang sebut badminton & dato lee chong wei. Siap tanya kita org main badminton tak? Krik…krik..krik….Dah lama rupanya aku tak main badminton & bersenam. Hahaha.

Kriket team

Kriket team

kriket_kriket team 2 Dah dah le sara & abam ramy oiii….balik cepat p mandi. Dari pagi tadi berpeloh-peloh ketiak tu. Maka berakhirlah sudah aktiviti hari ke 3 di Hyderabad. Jumpa lagi nanti untuk hari ke 4.

4 thoughts on “Hyderabad The Land Of Baigan – Day 3

  1. Salam
    Nak tya klu pergi ke ramoji film city tu mmg kena full day ke.. Kalau kita masuk half day saja boleh? Lagi satu ada tak bas ke or taxi kat luar ramoji city.. Kita direct dr airport sbnrnya..

    • Macam rugi pulak kalau halfday. Sebab bayar full. Taxi direct mesti ada punya tapi masa nak balik nanti tak sure ada ke tak taxi kat area tu. Sebab yg tunggu kat situ semua dah charted satu hari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s