Berlari Ke Langit Caucasus – Day 1 & 2 (Tehran & Baku)

Day 1 & 2 – 28 & 29 Mei 2017

DSC_0884

Lama nya tak update story…sebenarnya ada satu lagi trip aku kena cerita tapi disebabkan trip tu sekerat jalan sebab flight kami cancel due to heavy fog, so aku pon lemparkan jauh2 cerita trip tak kesampaian tu ke selat bosphorus. Iye….nak ke balkan tapi tercampak ke Bosphorus. Takkan nak cerita 2 kali pasal Istanbul walaupon pergi tempat yang berbeza? (Nampak tak alasan kemalasan tahap dewa kat situ)

Maka aku sambung lah dengan trip 2017 ni yang mana sepatutnya aku buat pada 2016. 2016 aku tak pergi mana-mana. Dugaan Allah bila nak cecah umor 40 tahun ni, doctor sahkan aku mengidap Psoriasis. Penghujung tahun 2016, aku kena cellulitis dekat kaki kanan. Sebulan lebih tak kerja, duduk rumah sebab aku tak boleh berjalan langsung. Apa kebenda yek sakit tu? Psoriasis & Cellulitis? Angpa google le sendiri. Kang orang kata ni blog travel ke blog KKM? Maka nya bila masuk tahun 2017, cellulitis aku dah menjauh, cepat2 aku sambung trip aku yang terbengkalai. Kang bila sakit tak berkesampatan pulak nak travel. Aku dah sembuh dari cellulitis, tapi psoriasis aku ni on off. Kejap teruk kejap ok. Aku kena control sendiri diet & pemakanan sebab aku tak nak ambik steroid yang doctor suggested. Dan berita gembiranya bila aku control diet, berat aku dah reduced sebanyak 20kgs. Nanti angpa tengok le sendiri gambaq posing cheq no. Hahahaha….mohon jangan muntah.

Keputusan untuk ke Caucasus bila aku ternampak gambar yang Alisa Omar posted dalam group kaki travel. Mak aiiiii…..lawa gile Georgia. Sila google The petite Wanderlust untuk menikmati gambar dan info berguna dari beliau. Plan asal nak ke 3 negara ni Azerbaijan, Georgia & Armenia. Tapi cuti tak berapa nak ada, jadi aku tumpukan kat Georgia je. Azerbaijan pulak sekadar transit 1 hari je di Baku. Armenia mungkin lain kali kalau ada rezeki. Tu pon aku bleh pergi bulan puasa sebab sebelum puasa sibuk dengan kerja. Bos aku kata cuti dibekukan sampai ujung bulan Mei. Jadi jatuhlah pada puasa ke 2 aku pergi. Merasa la puasa start dari 3 pagi sampai pukol 8.30 malam.

Option paling murah untuk ke Georgia dengan route ni. KL-TEHRAN-KL. Aku beli tiket  Air Asia dengan June Seven atau nama sebenarnya Zulkifli Mat Isa. Haaa siap bagi nama penuh lagi u olls, aku pon paham ramai orang ragu-ragu nak beli dengan orang persendirian ni. Takut kena tipu. So far aku tak pernah kena kencing lagi la dengan June ni. Hahahaha. Tiket KL-TEHRAN dua orang boleh dapat dengan harga serendah RM 500. Oleh kerana aku tak beli return sekali (aku beli pergi dulu balik kendian) jadi total harga tiket sorang termasuk luggage & meal RM 745. Bulan posa kena pre-booked meal le sebab time bukak posa adalah di awan biru.

Rules baru pulak dah….KL-TEHRAN tak boleh online check in. Kat kiosk pon tak boleh. Kena pergi kat kaunter sebab nya staff ground Air asia kata rules baru Malaysian kena buat VOA. Jadi dia nak tengok kita ada cash currency Euro atau USD depan mata dia, baru lah dia print boarding pass. Walaupon dalam internet kata within 14 days, malaysian tak perlu visa untuk masuk Iran, tapi rules baru ni ikut budi bicara pegawai imegresen derang. Jadi kena bersedia la dengan cash sekiranya kena buat VOA. Route aku KL-TEHRAN-BAKU-TBILISI, jadi sampai je dekat Tehran pukol 12 tengah malam, aku kena kejar next flight aku ke Baku pada pukol 2.55 pagi.

Memang cemas nak mati wey….sampai Tehran passport kami kena collect & menunggu keputusan daripada pegawai sana samaada kena visa ataupon tak sedangkan kami tak banyak masa lagi yang tinggal. Dalam hati aku memang dah bersedia dengan risiko kena tinggal flight. Masa bagi passport tu tadi aku dengan sorang housewife dari Indonesia iaitu puan Lia dan anaknya dah remind pegawai tu kata next flight kami pukol 3. Ramai pulak tourist yang macam kami ni menunggu passport masing-masing menantikan keputusan samaada kena visa ataupon tak. Lebih kurang setengah jam nama aku & Mr Pappi di panggil. Pegawai tu serahkan passport kami & kami tidak dikenakan sebarang cas. Punya la lega, sebab urusan menunggu dah selesai. Pegawai tu siap suruh kami lari sebab kami ada masa sejam je untuk collect luggaga, masuk balik ke dalam dewan departure, check in & selesaikan urusan ke luar Tehran semula dengan imegresen. Mr Pappi ada jugak tanya macamana kawan kami Puan Lia, pegawai tu kata derang pemegang passport Indonesia, masih belum settle lagi urusannya . Jadi nya kami proceed dulu. Harapan kami semoga Puan Lia sempat kejar flight ni. Dalam hati aku tobat dah takmo buat kerja gila macam ni. Lain kali sila pastikan buffer time tu 4-5 jam.

azerbaijan

Akhirnya sempat jugak kami naik next flight Tehran – Baku. Terima kasih kepada semua yang membantu mempercepatkan urusan kami terutama sekali pegawai imegresen Tehran & ground staff Azerbaijan Airline di Tehran. Di Tehran kena pakai tudung kepala bagi wanita & lelaki dikehendaki memakai seluar panjang.

Alhamdulillah….bermusafir di bulan puasa ni ramai yang membantu kami. Segala nya berjalan lancar walaupon detik-detik cemas tu ada. Puan Lia juga sempat kejar flight yang sama & tak dikenakan visa cuma dia dikenakan luggage. Kata nya agent dia dah beli luggage tapi bila tengok dalam sistem takde. Jadi dia kena la bayar on the spot dalam 25 usd kalau tak silap bagi luggage yang tak lebih dari 23 kgs.

Tiket Tehran-Baku aku beli online dengan harga RM 348 / seorang. Tiket promo economy ni hanya membolehkan hand luggage tak lebih dari 10 kgs. Dalam flight selama 1 jam ni dihidangkan dengan sandwich & juice & coffee / tea yang boleh refill berapa kali pon kita nak. Sandwich tu besaq kot cukop la untuk kami jadikan sahur. Sahur atas flight sebab kalau dah sampai Baku, tak boleh makan dah. Pemegang passport Malaysia dikenakan voa yek kalau nak masuk Azerbaijan. Senang je proses voa ni. Tak sampai 5 minit. Pergi kat kaunter visa, bayar 20 usd lepas tu siap.

azerbaijan airline

rose baku airport 3

Tak lepaskan peluang menggunakan kemudahan wifi yang laju

baku airport 2

Sampai Baku Airport memang akan terpesona dengan kecantikkan airport Azerbaijan. Sangat cantik & paling penting wifi dia laju. Sementara menunggu hari cerah, kami layan wifi dulu kat airport. Musim summer ni pukol 6 pagi dah cerah macam pukol 8 pagi. Kami tukar duit sikit dekat airport. Currency Azerbaijan adalah manat. Masa aku tukar ni 2.60 manat = 1 ringgit eh terbalik 2.60 ringgit= 1 manat. Dari Airport ke downtown ada bus. Taxi pon ada memanggil-manggil kami, tapi langkah penjimatan baiklah kita naik bus. Mula-mula aku beli kad baku dekat mesin. Lepas tu topout la berapa yang kita nak. Mesin tu ada dekat pintu arrival sebelah luar. Kad sekeping 2 manat. Lepas tu aku isi kad tu 5 manat. Beli satu je boleh guna beberapa orang asalkan korang isi je duit dalam kad tu.

rose baku airport 2

Sementara menunggu bas sempat posing seround dulu

baku airport 2-2

Baku International Airport

us baku airport

Nak jugak berposing ala-ala romantika d amore

Bus dari airport ke downtown Baku sangat selesa. Aku ada baca kat google ada option yang lagi murah dengan menaiki bus berhenti-henti. Tapi yang ni pon ok dah. Tambang  aku tak ingat kalau tak silap 1.5 manat seorang. Tak aware sangat maklumlah pakai touch je kad Baku tadi. Sepanjang perjalanan dari airport ke down town aku disajikan dengan permandangan rekabentuk bangunan yang unik. Oleh kerana aku bukan nak stay lama kat Baku ni, so aku tak buat apa-apa research pasal Baku. Yang aku ambik tau kat mana bus ni berhenti & kat mana aku kena ambik train untuk perjalanan malam ni. Station terakhir bus ni adalah di 28 May street di mana di situ terletak mall, bazaar, metro station & station keretapi. Cantik….tak yah susah-susah nak mengangkut beg turun naik bus lain. 28 May street ni aku rasa ala-ala bukit bintang le rupa nya, ada mall, ada metro, ada budak-budak melepak. Tapi derang tak dibenarkan bersidai duduk atas tangga luar mall, kena halau dengan pak guard. Angpa nak lepak, sila lah bersidai kat tangga metro. Termasuk la kami pon, sementara menunggu Naim sampai kami join la depa ni melepak.

Sapa Naim?? Haaa nak cita masa dalam bus tadi Mr Pappi macam biasa ternganga tidoq tak sedaq diri meninggalkan aku keseorangan melayan kemodenan rekabentuk bandar Baku sengsorang. Punya la helok town depa, bersih & rekabentuk bangunan yang canggih tak sedar sampai ternganga mulut tengok. Sekali sekala terpacul kata-kata seperti wowwww, pergh dari mulut sendiri. Sia-sia je aku cuit Mr Pappi suruh bangun ambik gambaq, tak berkesan nampaknya cuitan manja tu.

Tiba-tiba aku disapa oleh seseorang yang duduk setentang row kerusi aku. Helok ok paras rupa nya (matilaaaa kena kecam) Dia tanya this is your first time here? Obvious sangat kan aku….memang first time lagak aku ni. Mr Pappi tiba-tiba pulak boleh terjaga dengar aku disapa. Ceh….jaga pulak dia. (kecewaaaa cheq) Dia perkenalkan dirinya Naim, berasal dari Azerbaijan tapi belajar di Oslo. Baru je touch down pagi ni dari Oslo, bercadang nak balik rumah tapi agaknya terharu tengok ke jakunan aku tadi, dia dengan rela hati menawarkan service secara percuma membawa kami pusing-pusing pekan Baku ni dengan berjalan kaki. Biar betul? Percuma? Oleh kerana kami pon takde apa-apa aktiviti sementara menanti train malam ni, kami setuju. Katanya dalam pukol 12 tengahari tunggu dia di 28 May street Metro sebab pagi ni dia nak take a nap kejap kat rumah kawan dia. Ok Deal. Sementara menunggu pukol 12 tengahari kami ada masa 4-5 jam untuk buat aktiviti sendiri. Maka….berbaloi aku bayar VOA walaupon sehari je kat sini sebab adanya Naim yang menjadi pemandu pelancong kami.

naim

Inilah Naim yang banyak memberikan penerangan mengenai Baku

Sampai di station 28 May street, kami cari locker untuk simpan beg. Locker ni ada dekat ground floor dalam statio keretapi. Harga sewa 4 manat bagi 6 jam pertama. Tambahan 50 sen dikenakan bagi jam berikutnya. Tapi nak habaq kat sini station keretapi depa bersih gila baq ang. Floor tiles dia berkilat-kilat di lap setiap 5 minit. Tak kotor pon cleaner datang lap. Pendek kata cleaner depa takdak rehat seminit pon melainkan waktu rehat sahaja.

baku railway station 2

Memancor-mancor berkilat lantai station keretapi Baku

baku railway station 3

rose baku 6

Pintu masuk ke Station keretapi. Bertabah la u olls tengok posing i olls.

baku 17

Baku Railway Station

Depan station keretapi ni macam pusat bus dalam bandar berhenti. Jadi tak susah le nak mencari bus ke mana-mana destinasi dalam bandar. Pagi ni kami cadang nak ke Taza Bazaar. Google kata naik bus no 8 & ada 3 stops. Tambang kira sekali naik 50 sen sorang. Tak kira le dekat ke jauh ke angpa nak benti dia kira 50 sen je. Oleh kerana pagi tu awai lagi maka kedai di bazaar tu tak banyak lagi yang bukak. Mana tak nya pukol 8 kami dah sampai situ. Kami pulak rasa dah macam pukol 10 pagi. Jadi tak banyak le benda boleh beli kecuali buah-buahan & sayur. Buah mulbery & strawbery murah gile. Pakai timbang kilo je u olls kaut pakai skop macam kita beli candy timbang-timbang kat giant tu. Pokok mulbery melambak-lambak di tanam sepanjang pekan Baku, jadi bila buah tu dah masak jatuh ke tanah kena pijak-pijak je. Yang aku tak tau gigih la beli kat Bazaar. Kalau tau awal, aku kutip je kat jalanan.

rose baku 7

Takdak orang lagi kami dah sampai. Macam tokeh kedai nak bukak kedai je lagak nya

local baku

Depa ni suka bergambaq. Ingatkan panggil kami nak mintak entrance fee ka? Rupanya nak suruh ambik gambaq

local baku 2

Abam ni pelawa suruh makan buah tu. Tapi bulan posa segan la cheq

local baku 5

local baku 6

Mulbery tu satu mangkuk tu 4 manat

local baku 3

Jus delima diproses sendiri & dibotolkan

Sejam je kami menghabiskan mas dekat bazaar ni lepas tu kami bercadang berjalan kaki ke 28 May street. Dari dalam bus tadi kami dah tertarik dengan kawasan jalanan pekan Baku ni. Ada jugak park disediakan di tengah-tengah pekan ni untuk beriadah & bersantai. Cuaca pulak sangat cerah & berangin, jadi ramai la rakyat jelata keluar bersosial & bersantai. Kalau kat Loq Staq angpa tak boleh buat macam ni. Mau basah ketiak la jawab nya.

rose baku 8

baku 11

Ni kalau bukan bulan posa dah lama aku borong serba satu

baku 10

Taxi ala-ala di London pun banyak digunakan di Baku

rose baku 4

Berlatarbelakang kan bangunan kerajaan depa la kot. Sebelah tu station keretapi

Dibelakang station keretapi ni juga ada bazaar ala-ala bazaar bulat kat ipoh yang famous suatu masa dulu. La ni bazaar bulat dah takde dah. Dah kena roboh untuk pembangunan. Sementara nak menantikan pukol 12 tengahari kami berjalan-jalan dekat bazaar tu. Seperti biasa orang-orang Azerbaijan memang friendly & suka bergambar. Mereka jugak pemurah macam-macam nak bagi kami rasa dari cheese ke roti dan macam-macam lagi. Dek kerana berpuasa aku memandang sepi sambil menelan air liur je la.

local baku 7

Abam ni requested nak bergambar dengan photographer

local baku 8

Segak-segak depa no

rose baku

Dek kerana menunggu naim maka terhasil le gambar-gambar kakak kawasan

Tepat pukol 12 tengahari kami dah menunggu Naim dekat metro. Tunggu punya tunggu dah dekat 12.30 dia tak nampak batang hidung. So we decided untuk tunggu sampai pukol 12.30. Kalau takde kami proceed dengan plan B kami. Tapi ngam-ngam 12.30 dari jauh aku nampak dia berlari-lari menuju ke tempat kami melepak. Berkali-kali dia say sorry sebab dia tertidur. Kami kata kalau u letih takpe la, tapi dia beria-ria kata tak dia tak letih. Dia nak jadi guide kami jugak hari ni. Maka berjalan kaki lah kami bertiga bermula dari 28 May street melalui Nizami street dah berakhir di Old town Baku. Menyusuri jalan-jalan di situ macam-macam info yang Naim ceritakan pada kami. Baru la aku tau yang karya Laila & Majnun adalah karya agung Nizami. Patut lah street ni dinamakan sempena nama nya, disepanjang street ni terletaknya universiti, opera house dan museum. Di dalam underground street ini juga ada diletakkan info berkenaan karya Nizami dan arca-arca seni menggambarkan karya-karya beliau.

baku 13

baku 14

baku 12

 

 

baku 16

Bulan July 2017 adalah berlangsungnya Formula 1 di Baku. Litar F1 ni di tengah-tengah bandar Baku. Jadi masa kami sampai tu seluruh old town tu tengah dalam persiapan F1

us baku 2

Nak jugak berpegangan tangan di tengah-tengah bandar Baku

baku 14-2

Old Town of Baku.

baku 15

Dihujung sana bangunan modern menguasai langit Baku, manakala di Old town bangunan lama seperti ini masih lagi dipelihara keasliannya

Selain daripada melawat Old Town Baku, tujuan Naim bawa kami ke sini adalah untuk membawa kami ke kedai dessert tradisional Azerbaijan. Kedai dessert yang comel ni kepunyaan kawan dia & dia juga pernah berkerja di sini. Kami menghabiskan masa di sini memandangkan cuaca di luar tu dah semakin panas. Kedai ni jugak ada wifi. Tu yang buat lama tu. Siap ber face time apa bagai dengan insan tersayang.

naim baku 2

Pada sesiapa yang nak rasa manisan tradisional Azerbaijan boleh lah ke sini di Old Town Baku. Manisan tersebut datang dari daerah di seluruh Azerbaijan.

Hari semakin petang, maka sampai la masa kami berpisah dengan Naim. Nak balik semula ke 28 May street tak sanggup cheq nak menapak. Naik metro la wey apa lagi. Kami berpisah dengan Naim dekat metro station Old Town ni sebab dia menghala ke laluan lain. Next time kata nya kalau datang ke Oslo jangan lupa contact dia. Harus la…kalau ada rezeki ke scandinavian le kami.

naim baku

Thank you Naim for your kindness. We had a good time together. Good times become good memories.

Sampai semula ke station keretapi aku dah tak larat nak berjalan. Maka aku duduk je la berehat dalam station. Mr Pappi pergi cari makanan untuk berbuka puasa di dalam keretapi malam ni. Sebenarnya malam ni kami akan meneruskan perjalanan ke Tbilisi – ibu negara Georgia. Train malam yang mempunya katil ni akan bertolak pada puko 9.30 malam dan sampai di Tbilisi pada 10 pagi esoknya. Tiket aku dah beli online dengan harga 83 ringgit seorang bagi kelas dua. Kelas dua mempunya 4 katil dalam satu cabin.

trin baku

Ni lah rupa train dari Baku ke Tbilisi

train baku tbilisi

Ejaan depa Baki

timetabe

Timetable train selain menuju ke Tbilisi ada juga destinasi-destinasi lain

Masa menunggu train ke Tbilisi tu, kami berjumpa dengan seorang solo traveller perempuan yang mengayuh basikal daripada France iaitu kampung halaman nya dan dalam perjalanan ke Russia. Tujuan dia ke Georgia sebab nak buat visa Russia. Bulan ni genaplah setahun dia menjelajah menggunakan basikal. Oleh kerana kali pertama dia cuba nak dismantle basikal nya jadi Mr Pappi pun sama-sama menolong dia sebab nampak sangat terkial-kialnya dia. Macamana dia boleh berbasikal selama ni? Tak pernah bukak ke basikal dia ni? Sebenarnya dia dua orang dengan partner dia tapi ada cerita sedih rupanya. Tapi perjalanan dia harus ditamatkan maka berbasikal solo lah dia. Dari ceritanya memang dia dah tak sabar nak balik ke kampung halaman nya semula. Rindu nak lepak minum beer dengan kawan-kawan. Macam kita la rindu nak lepak mamak minum teh tarik dengan kengkawan. Good luck to her. Moga dia sampai selamat ke destinasi yang dituju dan kembali ke France.

french

Dalam kotak tu la basikal yang kami dismantle masa kat Baku. Dah macam kotak tv. Gambar ni masa dah sampai kat Tbilisi train station. Nampak sangat muka tak mandi tiga-tiga orang tu

Maka….tamatlah kisah seharian di Baku. Alhamdulillah kami ditemukan dengan orang-orang yang baik dan dalam masa yang sama kami dapat memberi pertolongan kepada orang lain yang memerlukan. Mana la tau esok lusa kami pulak memerlukan pertolongan. Jumpa di story seterusnya di Tbilisi.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s