Berlari ke Langit Caucasus- Day 3 (Tbilisi)

Day 3 – 30 Mei 2017

rose tbilisi 19Pakcik depan aku ni pagi-pagi dah layan vodka. Nasib baik dia tak pelawa, kalau tak batal puasa aku…..hahaha. (Gurau je u olls) Dasyat ooo pakcik ni, sebelum tido malam tadi dia salin full attire baju tido. Aku? Baju siang tadi la aku belasah tido. Sumpah……aku tak intai. Aku ternampak je. Pakcik tu ingat aku tido mati bangkali. Dalam cabin keretapi ni kami bertiga. Pakcik yang usia lebih kurang pakcik Azman ni berasal dari Azerbaijan, tapi bekerja di Georgia. Itu pun kami tau selepas dia tunjuk-tunjuk passport dia, kalau nak harap menyembang dalam bahasa inggeris memang takde le. Kebanyakkan orang sini bertutur dalam bahasa Russia ataupun Georgia.

Proses di border Azerbaijan sangat straight forward. Pegawai imegresen akan masuk ke coach dengan laptop. Derang akan panggil sorang-sorang masuk ke cabin bawak passport masing-masing beserta soalan-soalan standard yang biasa derang tanya. Beg pulak akan dibuka dan di cek satu-satu. Tapi yang paling lama proses di border Georgia. At least dekat Azerbaijan pegawai nya boleh jugak berbahasa Inggeris, dekat Georgia ni tak semua boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Crew keretapi dah edarkan borang siap-siap malam tadi untuk kami isi. Mana-mana ubat yang kita bawa kena declare. Jadi lama la pulak depa ni interview aku sebab nak cek satu-satu ubat yang aku bawak.  Ubat cap kaki tiga pon aku bawak u olls. Paling lama bila first time derang tengok serunding daging. Aku kata meat floss tapi derang tak paham. Lepas tu derang suruh bukak plastik. Dah bukak plastik derang cium-cium pulak. Haaa….mesti lapaq kan bila dah cium. Aku suruh rasa tak nak pulak korang rasa. Rugi laaaa korang tak rasa. Cik pah aka along bawak dari Kota Bahru u olls. Cicah roti sedap ni.

Lepas tu proses cek baju pulak. Pegawai pompuan akan cek beg pompuan. Derang cek satu-satu bra yang ada span tu takut ada seludup barang-barang terlarang. Lepas tu tanya berapa hari aku kat Georgia sambil-sambil belek baju yang aku bawak satu-satu. Dia tanya lagi apasal baju aku banyak sangat bawak p Georgia? Macam nak duduk sebulan. Aku kata satu ari aku salin baju sampai 3 kali. Lepas tu aku ada sessi photoshoot siap ada scene guling-guling tukar baju kat bukit. Perghhh….confident kan jawapan aku. Ok….aku tipu!  Aku tak jawab macam tu. Aku kata lepas Georgia aku ke Tehran pulak. Padahal kat Tehran aku sehari je. Sampai lani aku pon heran napa aku bawak baju banyak sangat.

Ah lantak la…..bukan aku yang bawak beg pack tu.  Mati laaaa kena sumpah jap lagi dengan Mr Pappi. Aku rasa hampir sejam proses di border Georgia ni. Mana-mana yang dah settle tu boleh lepak luar keretapi sambil-sambil hisap rokok. Terkebil-kebil Mr Pappi tengok derang ni layan rokok dalam cuaca sejuk pagi-pagi sephie ni. Lepas tu dia tengok jam….agaknya mengira berapa jam lagi la baru bleh bukak posa. Tabah la yek.

azerbaijan border

Pejabat Imegresen di sempadan Azerbaijan

local kids

Dalam train bersama-sama kanak-kanak sekolah Tbilisi yang baru selesai pertandingan Teakwando di Baku

Lebih kurang pukol 10.30 pagi kami sampai di Station Central Tbilisi. Tolong jangan bayangkan Tbilisi Central ni macam KL Sentral mahupun Kepong Central yek. Belum lagi sampai tahap tu. Mula-mula aku jejak kaki je aku rasa macam station bus medan kidd Ipoh ala-ala zaman cite rock oo Mamat Khalid tu. Gitu lah rupanya, laluan bawah tanah yang suram, hancing & lantai nye basah, nosing tangga terkopak, cement render yang tercabut tinggal pasir je. Inilah yang kita cari……kata nak travel ke less touristy places kan.  tbilisi train station

Tbilisi Central ni attached dengan station metro central. Terdapat jugak shopping mall di Tbilisi Central ni, tapi bukanlah macam NU Sentral tu. Dalam mall ni ada money changer, restaurant & LC Waikiki. Dari Baku lagi aku peratikan LC Waikiki ni femes dikalangan wanita yang nak shopping baju. Range harga murah sikit dari hnm. Aku pun terbeli selai blouse. Eh beli lagi? Yang bawak banyak-banyak baju tu nak buat apa? Krik…krik

Georgia punya currency adalah GEL (Georgian Lari). Biasanya orang panggil Lari. Masa aku tukar kat sentral tu aku dapat 1.80 ringgit = 1 lari. Tapi dont worry, banyak money changer dekat downtown & di station-station metro. ATM pon boleh digunakan untuk keluarkan duit USD ataupun Lari. Tapi make sure korang activated dulu kat Malaysia.

station central

Tbilisi Central. Depan bangunan ni tempat menunggu bus untuk destinasi sekitar bandar Tbilisi. Belah hujung tu adalah station metro

Lepas tukar duit sikit kami ke station metro. Beli kad metro dekat kaunter yang berharga 2 lari. Lepas tu …. lepas tu topout la apalagi. Satu orang 50 sen bagi satu perjalanan. Turun satu station ke 10 station ke, tambang tetap sama 50 sen seorang. Destinasi aku pagi ni adalah ke bnb.

metro

Escalator ke metro bawah tanah yang mengambil masa 2 minit kot untuk sampai

Aku booked melalui airbnb, harga satu malam 95 ringgit untuk 2 orang. BNB ni terletak di area Rustaveli. Memang aku nak cari area ni sebab kawasan ni di tengah-tengah bandar. Tapi host mesej semalam kata kawasan tu takde air sebab ada kerja-kerja maintenance. Jadi dia dah tukarkan kami ke apartment cousin dia di area Liberty Square & bnb nya berdekatan dengan kedutaan Itali. Dari bnb ni hanya perlu berjalan kurang dari 10 minit ke Tbilisi Furnicular. Geno host baru kami sangat baik. Macam-macam tips & info diberikan. Paling penting naik taxi kalau within town area tambang takkan lebih dari 5 lari. Selalunya dalam 3-5 lari. Kalau tambang taxi tu lebih dari 5 lari maknanya angpa kena kencing la dengan taxi driver. Tapi aku rasa tak perlu la naik taxi. Explore bandar Tbilisi dengan metro, bus & berjalan lagi enjoy. Sini ada banyak taman-taman untuk beriadah. Kalau letih berjalan kaki, boleh berhenti rest di taman.

rwdp

Rain water Down Pipe dia yang unik. Tapi detailing pada bangunan ni cantik. Masih kukuh

typical building 1

Kawasan kejiranan bnb yang kami duduk

typical building

Design yang ada influence middle east

Janji dengan gino pukol 12 depan kedutaan Italy. Kami tunggu dalam pukol 12.30 dia sampai. Berjalan kaki dari situ ke rumah nya tak jauh mana. Tak sampai 5 minit pon, tapi memanjat bukit sikit. Rumah Gino tingkat satu. Masuk je dalam bangunan tu aku rasa macam kembali ke zaman 80 an. Bangunan lantai kayu risau je nak pijak takut reban. Dalam bangunan ni ada banyak unit. Level satu tu yang berpenghuni ada 4 unit. Yang lain tengah dalam renovation kata Gino ramai yang nak jadikan BNB, jadi corridor tu berdebu & berhabuk. Tapi bila masuk je ke dalam bnb gino yang cute tu rasa tenang. Walaupun perabot-perabot dia outdated, tapi basic facilities yang ada semuanya lengkap. Ada mesin basuh, microwave, stove, kettle, cutleries set, teh,coffee & etc. Katil of coz la ada u olls. Wifi pon laju. Maka marilah ber sosial seketika dengan orang tersayang di Malaysia sebab dah semalaman tak dengar berita.

bnb 4

Pandangan bangunan kerajaan dari jendela dapur. Sambil masak boleh skodeng staff gomen yang ngulat

bnb 1

Ceiling height yang tinggi jadi Gino buat loteng untuk dijadikan bilik tidur & bilik air

bnb 2

Bilik air yang comel tapi lengkap

bnb 3

Petang ni aktiviti bebas. Oleh kerana rumah ni dekat sangat dengan Tbilisi Funicular, jadi kami akan ke sini berjalan kaki je. Nak ke Funicular ni boleh menggunakan cable car & bus. Tapi dah rumah dekat dengan cable car, kami beli je lah tiket cable car return berharga 12 lari untuk 2 orang. Tambang 10 lari je tapi kena beli kad tu dengan harga 2 lari. Sampai kat atas kalau nak main dalam taman tema sila la topout kad tu. Furnicular ni dibina untuk memajukan kawasan bukit Mtatsminda di mana ianya dijadikan taman tema yang berviewkan bandar Tbilisi. Dekat atas ni ada ferris wheel, roller coaster, rumah hantu & etc. Tapi yang menarik perhatian kami adalah kawasan hammock. Ralit oiii baring dalam hammock ni. Dah la cuaca cerah & sejuk.

building 1

Mtatsminda Complex di puncak Mtatsminda

tbilisi day 1 view

View Tbilisi dari puncak Mtatsminda

train kanak2

Ada shuttle train. Tapi baru nak naik, pakcik tu kata shift keje dia dah habis. Dia nak balik makan nasi.

us tbilisi 2

Nah….. mohon jangan muntah tengok gambar berpegangan tangan di puncak Mtatsminda (Dah kenapa kepala Mr Pappi tu teleng semacam)

tbilisi 18

Aku beli sebatang Churchkhela ni dengan harga 3 lari sebatang. Churchkhela ni adalah snack tradisi Georgian yang mengandungi grapes juice, kacang seperti almond, cashew & tepung yang dikeringkan. Rasa dia lagi banyak kacang, lagi best. Jadi jangan la angpa cari yang besar sebab yang besar tu juice yang banyak, kacang nye sikit. Yang kedut-kedut banyak tu maknanya kacang dia banyak

buai ku laju

Nah sekeping lagi posing jangan muntah darah kalau tengok

Selepas menghabiskan masa terluang berjam-jam kat atas ni, kami turun semula ke bawah. Nak malam dah wey, nak cari kedai makan. Kami redah je ke Liberty square area. Dekat situ banyak kedai-kedai asian terutama nya kedai-kedai thai. Thai massage pon ada, tah ye ke tak masad nye tu. Jumpa kedai Asian, kami order nasi goreng & mee soup. Air kosong saja. Walaupon tak sesedap kat Malaysia tapi Mr Pappi dapat nasi tu dah cukop berpuas hati. Cost bukak puasa kami malam ni adalah 17 lari. Ok la tu…sahur nanti kita masak maggi & telur yang aku beli dekat kedai tadi. Harga telur 4 biji dalam 1.30 lari.

Lepas bukak puasa memang rasa nak tido je. Jadi jalan-jalan kejap dekat Liberty Square kami terus balik rumah. Pengsan sampai pukol 4 pagi. Sahur mende nye dah pukol 4 pagi. Imsak masuk pukol 3 pagi. Maka berpuasa lah dengan tak bersahur. Eh…aku puasa la…tak ponteng tau.

Esok kami akan ke Signagi. Kata deme, signagi ni kota cinta tu yang aku plan nak ke sana esok sempena tarikh 31 May. Ada apa dengan 31 May tu ?? Muqris kata 31 May tu tarikh mama & papa kawen. Tapi Mursyid tanya napa masa tu gambar kita takde yek?? Peninggggg nak jawab!!

us liberty square

Bermula dari Jitra ke Tbilisi…syukur kau dan aku masih sama-sama di sisi.

Jumpa di cerita seterusnya nanti di Signagi.

 

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “Berlari ke Langit Caucasus- Day 3 (Tbilisi)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s