Berlari Ke Langit Caucasus – Day 4 (Signagi)

Day 4 – 31 Mei 2017

signagi 3Happy Anniversary yang ke 14 tahun untuk diri sendiri & Mr pappi. Alhamdulillah dah masuk usia remaja perjalanan kita kan. Maknanya dah nak senja usia kami. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik & dimurahkan rezeki supaya dapat lagi kami ‘bergaduh-gaduh’ sepanjang travel bersama. (Tak gaduh tak sah wey) Jom ke Signangi.

Dikenali sebagai kota wine di Georgia, sepanjang perjalanan dari Tbilisi ke Signagi sila lah menjamu mata dengan deretan ladang-ladang anggur. Datang musim summer memang ada daun-daun anggur je la. Nak ke Signagi kalau nak cepat boleh sewa kereta. Option yang murah dengan menaiki marshrutkas. Marshrutkas adalah mini van awam yang akan bergerak bila van dah penuh. Tambang yang dikenakan adalah per head. Kami ambik metro dari Liberty Square ke Samgori. Tambang lima poseng je sorang. Keluar dari station samgori kena berjalan sikit ke tempat marshrutkas berkumpol. Alah jalan dalam 2 minit je pon. Dari situ ambik marshrutkas yang pergi ke Signagi. Tambang seorang one way 6 lari. Perjalanan akan mengambil masa sejam setengah hingga 2 jam. Dekat seberang jalan station ni ada pasar. Boleh la angpa beli apa-apa2 untuk makan dalam perjalanan nanti. Eh bulan posa nak makan apa nye dak??? Heee….cheq posa la.

Dalam pasar tu kebanyakkan benda yang boleh kita makan adalah buah, kacang & cheese. Tu pon kalau angpa lalu nak makan laaaa…..sebab nye yang lain adalah haremmm untuk dimakan. Nampaknya daging babi adalah daging yang terbaik untuk dinikmati di sini. Berduyun-duyun oink-oink tu beratoq mahupun yang hidup ataupon yang telah mati dan akan dimatikan. Pusat sembelihan adalah di bawah pasar ini yek. Untuk experience boleh la join menonton. Tengkok takdak depa buat lagu mana pon tak tau.

bus station 2

Deretan kedai-kedai menjual jajan-jajan & cafe macam kawasan hentian rnr

Marshrutkas bergerak meninggalkan pasar dan oink-oink yang akan menjadi stew malam ni. Penumpang hampir penuh dengan kebanyakkannya pelancong ke Signagi. Ada la dua-tiga orang rakyat tempatan yang berhenti dipertengahan perjalanan. Balik shopping lauk la tu kat Samgori tadi. Dalam hati derang berbunga-bunga dapat makan daging fresh malam ni. Aku peratikan depa ni kalau muda-muda segak bukan main. Tapi bila dah tua muka depa semua jadi sepesen je. Tau dak sepesen tu apa. Sepesen tu maknanya nampak samaaa ja. Paling obvious hidung depa tajam-tajam, lepas tu makin tua jadi makin pendek, lebaq ikut tepi. (Amboiii kata kat orang diri sendiri pon lebih kurang je pon) Tapi had tua-tua ni baik, pok pek pok pek haram satu apa pon aku tak paham, berletiaq macam mak-mak kita dan rasa diri disayangi bila bercampur gaul dengan depa. Tak caya angpa tengok video ni. Punya la akrab mereka berdua ni  macam dah kenai 10 tahun walaupon cakap macam ayam dengan itik.

Sampai Signagi hampir tengahari. Cuaca panas terik. Van berhenti di bus station yang macam bus stop je pun rupanya. Nak balik nanti tunggu la van dekat bus stop ni. Sebenarnya kalau aku duduk bermalam area ni mau mati kutu tak tau nak buat apa. Patot la depa kata kota cinta hang pandang aku, aku pandang hang maka jatuh la cinta sebab dah tak tau nak buat apa.

signagi bus stop

Aktiviti di Signagi lebih kepada sight seeing, masuk ke dalam kampung ni akan nampak kawasan menghijau terbentang luas dimana tanah lapang di sebalik bukit tu adalah Azerbaijan.

signagi 10

Oleh kerana cuaca panas terik, aku tak berjalan sangat masuk ceruk-ceruk kampung, hanya bersantai-santai di pekan cowboy dia je. Tapi tengah-tengah berjalan ambik gambaq tiba-tiba rasa nak terkencing. Pergi la kami dekat tandas awam, tandas dia dari jauh nampak elok, tapi bila dah dekat tengok pintu toilet dia semua ternganga belah bawah. Pintu sekerat je, dari kepala sampai paras lutut je, dah la tandas cangkung, abis tengah-tengah cangkung korang rasa orang luar nampak apa?

Haish….tak sanggup nak kencing macam tu. Maka kami pon berjalan la ke dalam lagi sampai jumpa kedai tepi bukit yang comel. Tanya makcik kedai tu nak p toilet kat mana. Tu pun punya la susah Mr Pappi dok buat lakonan & gaya mulut nak habaq kata nak kencing. Nasib baik makcik tu paham, dia pon dengan bermurah hati nya bawak kami ke kampung dia tunjukkan toilet kat mana. Makcik ni bawak p umah dia bangkali, boleh la kita menjamu nasi campoq kejap lagi. Alih-alih dia bawak kami balik bukit. Rupa-rupanya toilet yang dia tunjuk tu lebih kurang syahdu dengan yang aku jumpa tadi. Design pintu sama wey……terlopong kat bawah. Tapi disebabkan dia susah-susah bawak kami ke sini di tambah pulak bila nampak je toilet keinginan untuk mengencing berada di tahap maksimum, maka aku pon cepat-cepat suruh Mr Pappi jadi jaga depan pintu belah bawah yang terlopong tu.

toilet

Untuk makluman beg tu bukan aku punya yek. Beg tu memang ada kat situ & dalam beg tu ada kertas soalan exam. Tekun nya sambil membuang hajat sempat dia jawab soalan math

Fuh….lepas saja hajat rasa lega bukan main. Kami pon bergerak semula ke kedai comel makcik tadi. Untuk membalas budi baik dia, kami beli sedikit madu dan garam svaneti. Tapi kedai makcik ni macam seven eleven dah rupanya. Semua benda dia jual termasuk le violin & baju. Dia pon ada jual katchapuri & lain-lain makanan tradisi georgia. Katchapuri ni adalah roti tradisional georgia yang di campur dengan cheese. Ni kalau kat Malaysia macam cheese naan la. Lepas tu ada satu benda nyesal tak beli banyak. Mana nak tau garam svaneti tu sedap, aku beli sebungkus je la. Bila balik kl punya la sedap masakan kita bila guna garam tu. (Sapa tak pandai masak boleh guna garam ni, automatik masakan anda sedap) Depa kata garam svaneti ni boleh digunakan untuk memasak sayur, grill ayam, gulai dan lain-lain. Garam tu adalah garam bukit dan dicampur dengan pelbagai herba-herba. Dah la sebungkus 1 lari je. Jadi satu minggu guna sejemput je yek.

signagi

Habaq mai apa yang takdak kat kedai dia. Semua benda dia jual. Comel je kedai ni, dalam tu jugak la dia menguli & membakar katchapuri

Lepas melepak-lepak kat kedai ni, makcik ni panggil geng dia pulak ajak join nyembang. Tapi member dia ni boleh cakap english sikit-sikit. Dia jemput pulak kami ke rumah dia yang ada banyak bunga rose. Rumah dia lawa sangat & verandah dia mengadap view Azerbaijan. Rupanya dia juga pengusaha guest house. Kata nya lain kali kalau bermalam di sini, boleh la dia bagi special price. Wokey no problem makcik……asalkan design pintu toilet tak sekerat-sekerat macam tadi.

 

bnb 5

Promote skit guest house makcik ni. Sapa berminat boleh email ke ziriko47@mail.ru

bnb

us signagi

Nak jugak berpegangan tangan di bawah sinaran matahari. Dah la itam kan

Signagi ni juga terkenal dengan kraftangan seperti tekstile macam baju, stokin, kasut baby daripada benang kait. Dekat pekan banyak orang jual product kraftangan ni dengan harga yang mampu milik. Kafe pun banyak tapi tengok je la u olls, time bukak puasa lambat lagi.

signagi 5

Deretan barangan kraftangan

signagi 8

Pekan cowboy

signagi 7

Bersih & tersusun kemas

signagi 6

Macam pekan kena tinggal takdak orang. Panas semua orang duduk dalam rumah

rose signagi 2

Pelancong macam dia ni je bersiar-siar kat luar tengah-tengah hari buta

Lepas tak larat dah merayap kami bersantai-santai dekat bus stop. Beli tiket siap-siap dekat bus stop tu sambil melayan Mr Pappi & kawan baru dia bersembang. Sempat la beli buah cherries dekat pakcik ni bawak balik Tbilisi. Buah cherry depa jual longgok-longgok je dalam timba.

cherry

Buah Cherry satu timba tu 3 lari

Hampir pukol 4 van ke Tbilisi pun sampai. Van ni penuh, nasib baik kami sampai awai. Dalam van pakat tidoq sampai Tbilisi. Keletihan menjelajah Signagi di dalam panas terik. Sampai ke station Samgori aku cari bilik air le apa lagi. 2 jam tahan dalam van. Petang tu kami berbuka puasa dekat restaurant halal india di jalan rustaveli. Malam ni makan mewah le u olls sebab letih bukan main lagi arini. Mungkin faktor cuaca. Kos makan malam kami yang mengandungi mutton beriani, hydrabad chicken beriani & mint tea adalah 45 lari. Kalau convert memang mahal. Tapi kalau beli katchapuri sekeping 5 lari je u olls kenyang sampai sahur. Sekali sekala boleh la…kalau hari-hari bankrup.

Mana pulak esok nya?? Kita sambung pulak nanti kisah di Kazbegi yang katanya jalan nak ke Kazbegi ni berbukit bukau & yang pasti view dia sangat memukau.

signagi 11

Kawasan hijau tu adalah Azerbaijan yang dapat dilihat dari Signagi

 

3 thoughts on “Berlari Ke Langit Caucasus – Day 4 (Signagi)

  1. haha..best
    kisah jamban tenganga tu lawak..hahaha..apa motif lopong bawah ek?

    Jamban kt kg ceq kt kedah pun mcm tu gk..tapi lopong kat atas..bila bediri nmpk pale..ok lagi laa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s