Berlari Ke Langit Caucasus – Day 5 (Kazbegi)

Day 5 – 1 Jun 2017

kazbegi after rain 5

Selepas menunggu selama sejam akhirnya van/marshrutkas ni bergerak ke Kazbegi. Ceh buang masa aku, kalau awal-awal lagi ambik marshrutkas dah separuh jalan dah kami ke Kazbegi. Konon nye nak berhenti sepanjang perjalanan ke Kazbegi, jadi kami ambik la keta sewa dengan harga 15 lari seorang. Tapi kena tunggu lagi 3 orang baru depa ni jalan. Beza dengan marshrutkas, lebih murah iaitu seorang 10 lari tapi kita tak boleh nak berhenti kat mana-mana spot yang cantik untuk ambik gambar. Tunggu punya tunggu dekat sejam dah ni wey, buang masa je. Kereta sebelah kami ada satu couple dari korea nak ke Kazbegi jugak, kami cadang nak join je dia so cukop le kuota, tapi tokey kereta lain-lain pulak.

Last-last tokey kete kami & tokey kereta couple dari korea tu mintak  kami naik kereta kawan dia tapi harga lain pulak dah. Dia nak cas sorang 25 lari. Oit….Sorry not interested dah. Dah la aku menuggu lama, lepas tu angpa suka-suka nak naikkan harga tambang. Dia bagi alasan kalau naik van sampai bus station je, lepas tu kena jalan kaki sampai hotel. Ok takde hal…kami bukan nak ke hotel pun, lagipun bukannya besaq mana pun Kazbegi tu. Kami terus ke station van, malas nak nego dengan driver-driver tu. Couple dari Korea tadi proceed dengan derang sebab derang nak ke hotel terus. Tak silap aku depa cas dia 90 lari.

Naik van 10 lari je, kami mintak nak duduk depan supaya senang sikit nak ambik gambar. Sepanjang perjalanan dari Tbilisi ke Kazbegi hujan renyai-renyai. Perjalanan 3 jam tu berhenti sekali untuk ke tandas. Toilet berbayar ala-ala rnr tu bersih & ada air. Tapi azab sikit la…..beristinjak dengan ais batu. Sejuk yang amat, kebas otot.

kazbegi after rain 3

View sepanjang perjalanan ke Kazbegi

after raining

road

Jalan ke Kazbegi berbukit-bukau & bengkang bengkok tapi view sangat cantik. Rugi kalau tido walaupon suasana pada masa tu sangat sesuai untuk tidor. Aku dah balas tidoq masa dalam kete menunggu orang tadi. Ramai yang bermalam ke Kazbegi untuk camping & hiking. Aku tak berminat nak bermalam kat Kazbegi sebab aku dah aim tempat wishlist aku untuk trekking. Tapi cite tempat wishlist aku tu lama lagi nak sampai. Mohon bersabar yek. Jadi kat Kazbegi ni kami sekadar buat daytrip sightseeing & santai-santai tengok kampung orang. Bila sampai Kazbegi ni aku teringat macam dekat Kundasang Sabah. Suasana kampung tu macam suasana kawasan bawah bukit di Kundasang. Cuma nya kat Kundasang angpa boleh pakai singlet lagi kalau sejuk, kat sini kalau bersinglet depa kata kulit biawak ka apa dia ni.

Pelancong atau orang tempatan yang datang ke Kazbegi ni akan pergi ke Gergeti Trinity Church yang terletak di atas gunung Kazbegi . Kalau tak mampu nak hiking, boleh naik jeep dengan harga 40 lari seorang. Kalau sampai dekat station Kazbegi, ramai yang menanti untuk ke Church macam ulat berebut-rebut tanya kita. Kami tak naik pon ke Gergeti Trinity Church, hanya berlegar-legar di kawasan kampung ni sahaja.

kazbegi view

Gergeti Trinity Church sit on the mountain and surrounded by rolling hills and valleys

us kazbegi

Nah sekeping gambaq berpegangan tangan berlatar belakangkan Gergeti Trinity

casino

Kelasss kampung ko jah, ada casino

Kami habiskan masa dua jam je kat sini. Lepas tu masa nak balik jumpa balik driver pagi tadi dekat station bus. Kali ni dia kata kawan dia confirm nak balik Tbilisi, memang kena balik sebab depa semua mai dari Tbilisi. Tapi seperti biasa le kena tunggu kete penuh. Kami kata ok kami booking 2 seats, sementara menunggu orang penuh kami nak jalan-jalan dulu kat pekan ni. Dia setuju. Harga?? Dia kata 15 lari seorang. Ok cun, sebabnya kalau naik van perjalanan mengambil masa 3 jam, tapi kalau naik kete ni dia boleh buat 2 jam je, baik punya rempit. Lagipun petang ni dekat Tbilisi host kami akan transferkan kami ke BNB baru memandangkan BNB aritu ada orang booking. Semua luggage kami host yang akan bawak ke BNB baru, jadi sampai dari Kazbegi kami akan terus ke BNB baru. BNB baru ni terletak di area Dadiani street. Area ni lagi happening & dekat dengan town Tbilisi yang ala-ala Bukit Bintang. Kata nya kami guest pertama BNB ni memandangkan kerja-kerja renovation baru siap dan unit sebelah kami tu sedang dalam kerja-kerja renovation juga. Unit sebelah kami tu sesuai bagi yang menginap dengan keluarga. Ok jom layan gambar sebelum kita balik ke Tbilisi.

 

rose kazbegi

Belakang dapoq umah orang

kazbegi after rain

Ada disediakan perkhidmatan menyewa basikal

truck

Melambak-lambak truck macam ni yang masih lagi digunakan

Kami bergerak meninggalkan Kazbegi pada pukol 4 petang. Sampai di Didube Tbilisi 2 jam lepas tu. Dari Station Didube kami ambik metro ke station Liberty Square untuk cari kedai berbuka puasa. Sebenarnya sampai Liberty Square kami pakai redah je cari kedai makan, tah macam mana boleh pulak sampai ke Dadiani street & terjumpa satu kedai makan iran. Apalagi….dah dekat sangat dengan BNB, kami belasah je la masuk kedai ni. Ok..makan ala-ala orang kaya lagi malam ni kan. Kos berbuka puasa petang ni 37 lari. Apa yang dapat dengan 37 lari tu ? Ada nasi, lamb, salad & satu pot mint tea yang boleh refill air panas. Nasi & lamb seperti biasa sangat besar portion nya. Boleh share.

lamb

Lamb se peha yang boleh dikongsi berdua. Kalau makan sorang boleh menyandaq

Lepas makan Mr Pappi seperti biasa akan meng qado rokok dia sambil menyembang dengan pekerja kedai ni yang berasal dari Nepal. Kamceng dah rupa depa, siap tukar-tukar rokok. Punya la syok geng Nepal tu dapat rasa rokok Malaysia, kata nya rokok Malaysia best, rokok Georgia tak sedap. Esok nya tiap kali lalu depan kedai ni, mesti dia pau rokok Mr Pappi. Masuk hari ke 3 masa lalu depan kedai dia, tobat dah Mr Pappi tak benti masa dia panggil sebab tau mesti nak pau rokok. Dah la stock tak banyak. Rokok kat Georgia tak se power rokok Malaysia kata nya.

Esok kami rasa tak nak jalan jauh-jauh dah. Nak explore Tbilisi central je. Lagipun banyak benda tak habis lagi explore kat Tbilisi ni. Lagipun esok hari jumaat & Mr Pappi bercadang nak solat dekat masjid Tbilisi ni. Iye ada sebijik masjid dekat area sini. Kita tunggu yek apa culture shock yang buat Mr Pappi ternganga lepas je habis solat jumaat tu. Tungga naaa.

kazbegi after rain 2

Bye Kazbegi semoga kita berjumpa lagi

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s