Berlari Ke Langit Caucasus – Day 6 (Tbilisi)

Day 6 – 2 Jun 2017

tbilisi 8

Oleh kerana hari ni hanya berpeleseran di Tbilisi, maka kami keluar lewat daripada bnb. Pukul 8 masih lagi bermalas-malasan di atas katil sambil melayan wifi. Tbilisi lewat 4 jam daripada Malaysia. Plan hari ni kami akan berjalan sepanjang Kote Afkhazi Street (betul la ejaan dia macam tu, bukan typing error) yang situasi nya ala-ala Bukit Bintang & Lot 10. Dari situ pulak kami akan memanjat bukit ke Narikala Fortress yang mana  di situ juga ada landmark Georgia yang diberi nama Mother of Georgia. Narikala Fortress ni ancient fortress yang terletak di atas bukit mengadap town Tbilisi. Bersebelahan nya pula terdapat church lama yang sedang dalam kerja-kerja penyelengaraan. Kalau malas nak memanjat boleh jugak naik cable car yang station nya terletak berdekatan Europe Square. Narikala Fortress juga terletak berdekatan dengan Masjid Jumah, jadi senang lah Mr Pappi nak solat jumaat nanti. Berdekatan dengan masjid juga ada tempat sulphur bath yang mana kalau dari fortress kita akan nampak macam kubah-kubah. Mr Pappi ingat yang kubah-kubah tu la masjid, padahal masjid satu kubah je. Yang banyak-banyak kubah tu sulphur bath.

 

DSC_0779

Landmark i heart Tbilisi ni terletak dekat simpang Metekhi Bridge

tbilisi 1

Narikala Fortress dari bawah

Hiking ke Narikala ni tak susah mana pun, budak tadika pun boleh buat tak sampai setengah jam. Aku buat sejam sebab berhenti-henti ambik gambar. Sepanjang ke Narikala tu ada a few cafe yang famous dengan review yang bagus-bagus. Hurm….aku melambai-lambai dari luar je la dekat dessert yang ada dalam cermin cafe tu. Bagi foodie traveller macam aku, ni lah kekurangan kalau berjalan di bulan puasa. Takat nak panjat bukit ni apa lah sangat sebab hari-hari dok buat site valuation panjat bangunan bertingkat-tingkat tu. Tapi bab melintas cafe dengan bau coffee semerbak tu memang boleh buat sakit jiwa baq ang. (Hantuk kepala kat tiang lampu)

rose tbilisi 7

Belakang aku ni salah satu Cafe yang review nya kata crepe & waffle dia sedap. Sambil minum coffee boleh tengok cable car melintas atas kepala

 

rose playing tourist 2

rose trekking

Aku acah-acah trekking, alah panjat sikit je nak ambik gambar view jambatan landmark Tbilisi tu

rose tbilisi 11

Meninjau…. jauh lagi ke nak kena panjat ni

 

rose tbilisi 8

Jalan di Tbilisi ni kebanyakkannya menggunakan cobble stone. Jadi sila lah pakai flat shoes kalau tak nak heels angpa tersepit celah batu & tersadung

Matahari dah mula naik, kami pun turun le  ke bawah menuju ke masjid. Sementara Mr Pappi solat aku tunggu kat luar masjid memerhatikan orang lalu lalang ke waterfall yang terletak di belakang masjid ni. Di kawasan belakang masjid ni terdapat National Botanical Garden of Tbilisi City. Jadi ramai la pelancong yang akan melintasi jalan sebelah masjid ni. Ada jugak yang berhenti ambik gambar & meninjau-ninjau kawasan masjid bila azan berkumandang. Ramai jugak muslim yang berada dekat Tbilisi ni. Kiranya saf sampai ke luar masjid. Aku rasa lebih daripada 150 orang.

Habis je solat, masa Mr Pappi nak pakai kasut dia terkaget sekejap bila geng-geng yang solat dalam masjid tadi keluarkan rokok sorang satu, lepas tu hisap rokok sambil sembang-sembang sesama depa. Pergh……Syok laaaa posa boleh hisap rokok kata Mr Pappi kat aku. Mazhab depa kata boleh hisap rokok, makan dengan minum je tak boleh kot. Aku kata eh u nak hisap rokok pon boleh apa….kita kan musafir. Kejap lagi nak makan nasi campoq pon takpa, musafir kan. Dah jom blah kata nya. Nanti kang terpengaruh pulak. Eh musafir boleh layan crepe, waffle dengan latte tak, tanya aku kat Mr pappi. Lepas tu aku kena starlite kat dahi. Ok tak tanya dah. Musafir 3 ari je cheq oiii…ni dah ari ke 6.

tbilisi 2

Menara tu adalah Masjid Jumah. Kelihatan homeless yang anak-anak dia sangat ekstrem gila siap main peluk-peluk kaki kita mintak sedekah.

Selepas solat jumaat kami buat aktiviti light shopping je di sekitar kawasan underground Tbilisi. Bagi pejalan kaki yang nak menyeberang jalan dikehendaki melalui jalan-jalan terowong bawah tanah. Kalau dekat Ipoh aku ingat lagi jalan underground dari Medan Kidd ke bus station harian tu Masya Allah scary yang amat. Dengan gelap, bau hancing, lantai basah, mat rock melepak, heran aku hidung depa larat la cium bau hancing kat bawah tu. Tapi jalan underground dekat Tbilisi ni sangat meriah dengan kedai-kedai kecik yang comel. Jadi kawasan tu sangat happening, tak sunyi dan terjaga kebersihannya. Kebanyakkan kedai-kedai kecik ni menjual barangan tekstile seperti baju, kain selimut, cadar, sarung bantal, kasut dan lain-lain. Kedai cenderamata & toys pon banyak. Lain underground, lain kedai yang ada. Eh kedai runcit & kedai roti pon ada jugak. Harga sangat mampu milik bagi bajet traveller macam kita orang ni. Harga boleh nego lagi.

Bila masuk kat bawah tu manjang aku lupa nak keluar route mana, dah empat-empat simpang sama je aku tengok. Sampai atas baru perasan laaa aku salah simpang rupanya. Kena turun balik cari simpang lain, tapi biasanya nak cari simpang mesti singgah kedai balik. Abis bila nye nak sampai seberang jalan sana dah asyik salah simpang & menyinggah kedai je. Jadi nasihat aku, kalau rushing jangan guna underground, confirm akan terpesona kat bawah tanah tu.

rose tbilisi 9

Posing ala-ala OOTD hipster tak pandang camera di bawah jambatan landmark Tbilisi yang ala-ala hipster jugak

Kami juga singgah ke Dry bridge market yang terletak di tepi sungai. Dry bridge market ni ala-ala flea market yang menjadi wishlist Mr Pappi. Satu taman tu depa meniaga. Kalau tak larat boleh duduk dekat kerusi kat taman tu sambil menjamu mata melihat street artist melukis & menjual lukisan derang. Harga lukisan tu tak mampu milik, jadi memang aku cuci mata je laaaa. Tapi ada jugak barang yang mampu dibeli seperti fridge magnet & keychain. Kami tak beli barang yang berat-berat sebab lepas Tbilisi kami akan ke Mestia & Ushguli. Train kami ke Zugdidi malam esok, jadi kami dah minta dekat host untuk keluar tengahari, jadi pagi esok sempat la se round lagi ke Dry Bridge Market ni.

dry bridge market

Sebahagian daripada peniaga di Dry Bridge Market

Malam ni kami bukak posa di kedai asian yang kami jumpa dekat dengan underground Liberty Square. What a coincidence kedai yang kami jumpa ni adalah kedai yang sama Yasim makan masa dia ke Tbilisi bulan lepas. Iye…..Mat Sim pun mai Georgia jugak. Cheq tak tiru dia yek, cheq memang dah plan lama.

Kedai makan asian ni ada makanan ala-ala thai & india. Tukang masak dia dari Bangladesh yang boleh berbahasa melayu sebab dia pernah kerja dekat Singapore & Thailand. Menu jugak dalam bahasa melayu contoh nya nasi goreng di tulis dalam bahasa melayu. Dalam menu dia juga ada masakan asam pedas melaka u olls. Mr Pappi order food ala-ala thailand, aku order chicken masala sebab dah tau tukang masak ni ai dari Bangladesh, jadi confirm la dia teror buat masakan indian. Lepas buka puasa kami tapau 2 nasi gorang & telor mata untuk sahur. Tamak sangat order sampai 2, sekali yang mari bapakkk 4 orang boeh makan. Order 1 pon dah cukop. Total cost berbuka nasi putih 2, sup ayam, ayam masala, nasi goreng telo mata 2, teh o panas adalah 43 lari. Murah la jugak kalau tengok kepada portion yang dihidangkan tu.

asian cuisine

Kedai bawah tanah. Gabungan masakan thailand, indian, malay bergabung meletop

toy & owner shop

Chef & mariam yang dah pandai sikit-sikit bahasa melayu. Sikit-sikit dia sebut nasi goreng. Dah tu ada dalam menu

Selesai makan, sambung balik window-window shopping dekat underground. Ok dah addicted dah dengan kedai-kedai underground ni. Esok confirm akan repeat balik. Yang pasti akan ke underground tempat lain pulak. Malam ni malam terakhir kami dekat bnb ni, jadi kena balik awal sikit nak kemas beg. So far beg tak beranak lagi, sebab bekalan makanan yang tak seberapa tu dah mula susut. Malam esok kami akan tido dalam keretapi je sebab perjalanan dari Tbilisi ke Zugdidi mengambil masa 9 jam. Aku tersilap beli tiket daaaa…..terbeli tiket keretapi kelas tiga. Patot la murah 7.50 lari je sorang. Tapi takpa laaa kan walaupon kelas 3 still dapat katil….Ingatkan habis takat tu je tapi rupa-rupanya pengembaraan sebenar kami baru bermula……keretapi yang kami naik ni memang menakutkan. Ada beberapa benda yang memeranjatkan aku bermula aku jejak kaki ke dalam train tu sampai la masa tengah tido di pertengahan perjalanan tu. Ok nantikan  cerita kami denga lebih terperinci lagi dari Tbilisi ke Zugdidi dengan keretapi yang scary tu yek. Byeeee.

tbilisi 9

Narikala Fortress di waktu malam

liberty square

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s