Berlari Ke Langit Caucasus – Day 7 (Tbilisi-Zugdidi)

Day 7 – 3 Jun 2017

train

Malam ni perjalanan kami diteruskan ke Zugdidi. Zugdidi ni pekan kecik tapi menjadi kawasan tumpuan kerana bagi yang hendak ke Mestia haruslah mengambil train dari Tbilisi ke Zugdidi. Boleh jugak bagi yang berkemampuan naik flight dari Tbilisi ke Mestia, tapi seat flight sangat limited, kalau cuaca tak elok penerbangan akan dibatalkan. Bagi rakyat marhaen macam kami ni, option yang ada samada menaiki keretapi ataupun Marshrutkas. Aku memilih train, boleh la tidor semalam dalam train kat situ dah jimat satu malam penginapan.

Malangnya….aku dah salah beli tiket. Tiket ke Zugdidi tu betul cuma aku terbeli kelas 3. Tiket keretapi ni aku beli online masa kat KL. Tah macamana boleh pulak terpilih kelas 3. Maka berhuhuhu lah malam ni, tah macam mana lah rupanya sleepers kelas 3. Harga sangat murah. Bagi perjalanan selama 9 jam tiket kelas 3 berharga 7.50 lari. Kami sampai awal di stesen keretapi Tbilisi. Memang plan nak bukak puasa dekat food court station ni. Makanan tak jamin halal jadi kami memang dah tapau nasi goreng yang kami beli dekat kedai asian semalam. Mr Pappi seperti biasa tak lengkap hidup dia kalau makan takde cili. Melilau lah dia mencari cili hijau dekat pasar di luar station ni. Tu pun main tunjuk-tunjuk je cili tu dengan makcik jual sayur. Nak cakap tak reti. Layan jugak bukak puasa kat food court ni. Sambil makan boleh jamu mata tengok keretapi keluar masuk. Food Court di atas rel keretapi.

Hampir pukul 9 kami turun ke platform. Lampu sepanjang platform suram. Jimat letrik bangkali. Oleh kerana kami punya tiket ni kelas 3, jadi gerabak kami terletak di hadapan sekali. Sampai depan pintu gerabak, operator minta tiket untuk semak. Betul ka dua orang ni nak duduk kelas sini. Mula-mula dia tengok list yang dia ada katanya takde nama kami. Ha sudah….nak buat lawak ke apa pakcik ni. Aku tunjuk confirmation note yang aku print. Lepas tu mari pulak bos dia cek balik list nama. Rupanya last page ada terselit nama kami dua orang. Tu laaaa….lampu romantika di amore sangat. Dah tak nampak nama kami.

Lepas tu bos besaq ni escort kami bawak masuk gerabak. Siap tolong bawakkan beg aku ni ha. Bagus la service walaupun kelas 3. Masuk dalam train, lampu masih lagi suram. Memang konsep romantik ka malam ni dah semua nya malap je. Sampaikan parut psoriasis kat tangan aku pun tak nampak dah, punya la suram nya lampu. Kelas 3 ni memang takde bilik. Angpa tidoq la ramai-ramai dekat katil masing-masing. Satu seksyen ada 4 katil iaitu atas bawah disebelah kiri. Di sebelah kanan laluan ada 2 katil atas bawah. Katil kami sorang bawah, sorang atas. Masa kami sampai dekat katil kami ada sorang makcik duduk kat katil tu. Operator tu cakap dalam bahasa dia dengan makcik tu. Agaknya dia kata ni 2 orang asia pendek sesat beli tiket kelas ni. Ang bangun sat ni tempat depa. Makcik tu bangun terus duduk kat katil dia yang berada di tepi laluan keluar masuk.

Lepas operator tu bereder, aku pun duduk la kat katil aku. Pandang-pandang kat depan aku ada 2 orang pompuan tua duduk tegak tak bergerak pakai dress itam pandang aku tak berkelip-kelip. Pergh…..terkejut kot.  Sapa depa ni? Aku rasa dah macam cita perang askar soviet dah suasana masa tu. Dah la lampu malap, suram, lepas tu ada ada makcik tua staring kat aku dress up ala-ala nurse cite perang yang macam menunggu nak cucuk aku dengan jarum berisi racun. Lepas depa cucuk aku….aku pengsan, lepas tu depa ambik organ aku simpan dalam botol. Haaaa kau…..tinggi nye imaginasi cita seram aku.

Aku cuba buat-buat cool dengan melemparkan senyuman. Tapi hampa. Tak berbalas langsung senyuman aku. Dalam hati aku sah dah malam ni aku tak tido. Risau takut depa keluarkan jarum. Ataupun aku mungkin akan ngigau mimpi askar soviet masuk dalam gerabak berkawad.  Mr pappi angpa tau la mana nak duduk diam. Kalau tak hisap rokok dia pergi tour semua gerabak. Maka aku lah kena mengadap 2 orang pompuan tua yang duduk tegak tak bergerak-gerak ni. Tak lenguh ke makcik oiii duduk tegak tak gerak-gerak tu. 

Aku tengok makcik tu letak air dekat atas meja tepi tingkap. Memang ada satu meja pun kat situ untuk kami letak air atau makanan ringan masing-masing. Apa angpa ingat aku takdak ayaq ka? Dengan berlagak nya aku pun keluarkan lah jugak air mineral letak kat meja tu. Letak sebelah ayaq dia. Pergh….makcik ni bawak vodka kot. Aku bawak air mineral batumi je. Ni kejap lagi kalau dia pelawa aku minum vodka dengan dia ni macamana? Kalau tolak kang dikatakan rude. Maka kami pon berbaik-baik berkenal mesra dengan minum vodka bersama-sama. Hehehe….acah je. Saja je improvised bagi sedap cerita. Sumpah cheq tak minum vodka tu. Harrammmm.

Makcik tadi bangun dari kerusi dan mengeluarkan sesuatu dari beg yang berisi dalam plastik. Haaa…..letih dah le tu. Tadi buat-buat duduk tegak sapa suruh. Aku kerling jugak sikit-sikit walaupun buat-buat tengok ipad dan pakai earphone sambil-sambil dengar lagu. Padahal aku tak pasang muzik apa pun. Kengkonon buat-buat cool kata orang. Rupanya dalam plastik tu adalah cadar & selimut yang di bawa sendiri dari rumah. Kelas 3 tidak dibekalkan dengan kemudahan selimut & cadar. Kena bawak sendiri. Aku?? Ada sweater je untuk dijadikan selimut. Cadar memang takde le kan. Tido lah atas tilam keras keretapi ni. Lagipun boleh tidur ke aku malam ni?

3rd class sleepers

Macamni lah rupanya sleepers kelas 3. Tak le teruk sangat cuma lampu ni suram sesuram pandangan mereka kat aku

Bila train bergerak masing-masing mula lah memasang cadar sendiri. Mr Pappi masuk duduk sebelah aku tanya apa aku sembang kan dengan derang? Sembang?? Sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut depa. Tapi knowing them yang kebanyakkan nya dari russia ni memang macam tu. Suka staring stranger, pendiam tak banyak cakap muka serius 24 jam. Makcik tadi dah merabahkan badan dia atas katil. Lepas Mr Pappi siap-siapkan katil aku, dia pun naik ke katil dia. Aku bukak ipad dengar lagu boyce avenue. Kali ni memang betul aku dengar muzik, bukan acah-acah macam tadi.

Tido aku pun tak lena mana, kalau keretapi berhenti aku terjaga. Sampai kat mana tah, aku tengok Mr Pappi dah turun dari katil. Pantang keretapi berhenti mula lah dia cari peluang untuk turun. Nak hisap rokok le tu. Aku malas nak ke mana-mana. Ipad tadi aku simpan sebab nak sambung balik tidur. Baru nak lelap tiba-tiba aku dengar sayup-sayup suara perempuan melaung nama sesuatu. Dah hantu apa pulak la kali ni wei.  Aku diam tak bergerak-gerak walau seinci pun. Tarik nafas pun pelan-pelan risau takut-takut hantu dengar. Makin lama makin dekat suara perempuan tadi. Adoiii…..berpeluh aku sebab bila keretapi berhenti kipas tak berfungsi. Ni berpeluh sebab takde kipas ke sebab suara perempuan tu. Suara dia makin dekat kali ni betul-betul tepi tingkap aku. Katchapuuuuurriiiiiiii……..Katchapuuuriiiiiii……What? Pergh…..terus aku bernafas sedalam-dalamnya.

Oooooo rupa-rupanya dia jual katchapuri. Angpa tau kan katchapuri tu apa. Kalau lupa nak habaq balik katchapuri ni salah satu makanan tradisi georgia yang dperbuat daripada tepung & cheese yang rupanya ala-ala roti nan versi lembut. Nak jual katchapuri je pun tapi suara mendayu-dayu macam sesuatu je. Ke perasaan aku pada awalnya dah rasa seram sampai terbawak-bawak ke sini. Makcik tadi lena tidur tak bergerak walau seinci pun. Letih sungguh bangkali. Mr pappi masuk jinjit satu plastik bersama-sama dia. Apatu tanya aku. Nah katchapuri untuk sahur. Haaa…..ni sah katchapuri perempuan creepy tadi. Aku takde le lapar sangat tapi bila Mr pappi cakap perempuan yang jual tu sama age dengan mak, terus rasa sebak. Jam menunjukkan 3 pagi. Di saat ni mak-mak kita dah lena berselimut tidur di katil masing-masing, tapi  kat sini masih ada lagi yang menahan sejuk mencari rezeki di tepi rel keretapi. Aku cubit sikit katchapuri yang suam-suam tu untuk alas perut dengan penuh rasa insaf dan bersyukur atas kenikmatan yang aku kecapi sekarang. Mata aku terpandangkan makcik ala-ala nurse zaman soviet yang tidur depan aku ni. Dari raut mukanya aku agak umur dia hampir 60 an. Baya-baya mak aku. Kesian pulak aku tengok dia merekot sejuk dengan selimut nipis tidur atas tilam keras class 3 ni. Agaknya ke mana aja lah destinasi makcik ni sampai kena travel semalaman dalam usia begini seorang diri.

Bila fikir balik ada hikmah rupanya aku tersalah beli tiket kelas 3 ni.  Yang selama ni dok follow instagram orang have-have je, kadang-kadang terfikir betapa beruntung sangat jadi orang have-have ni. Nak travel tak perlu buat budget itinerary, ada private jet anytime je boleh travel. Hari ni kat Athens, esok kat London, shopping kat harrods lusa dah sampai kl makan kat pavillion.  Malam ni baru dapat tengok in real sebenarnya ada lagi orang yang lebih susah dari kita yang tak pernah ada account instagram, facebook mahupun telefon pintar dan i pad sekalipun. Bagi mereka dapat tepung, cheese, selimut dah memadai untuk meneruskan hidup.

DSC_0985

Lena nya adik ni tidoq

Sorry la u olls cerita kali ni tak banyak gambaq. Harapnya tak boring la baca cerita panjang berjela aku ni. Next enry memang banyak gambar yang aku nak letak. Tapi nak memilih tu memang ambik masa almaklumlah 4000 keping. Ate dah gambo lembu berak  saja 20 keping pun Mr Pappi ambik mana tak sampai beribu-ribu keping.

Jam 9 pagi kami sampai ke station Zugdidi. Makcik nurse depan aku ni dah bangun awal, cuci muka make up kemas katil apa bagai. Pagi ni dia mula senyum kat aku. Aku pun senyum balik sambil berkata dila mshvidobisa yang bermaksud selamat pagi. Greeting phrases ni aku mintak orang georgia yang aku jumpa dalam train dari Baku ke Tbilisi tulis dan ajar cara nak sebut. Almaklumlah ejaan msh-msh ni menyembur-nyembur rasa air liur nak menyebut nya. Sampai di Zugdidi memang dah ada van menunggu untuk ke Mestia. Masih ada berbaki 3 jam lagi perjalanan aku untuk smapai ke Mestia. Kali ni perjalanan sangat extreme. Sampaikan 3 kali berhenti sebab ada yang muntah. View sepanjang perjalanan sangat memukau walaupun kadang-kadang rasa ngeri bila nampak gaung di kiri kanan jalan hanya beberapa meter saja dengan van. Ok kita sambung cerita ni nanti yek.

train 3

Semua dah ready nak pulang ke rumah masing-masing

 

 

 

6 thoughts on “Berlari Ke Langit Caucasus – Day 7 (Tbilisi-Zugdidi)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s